Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca

Rate this book
Buku Projek Bibliofil ditulis untuk mengajak semua orang supaya membaca dengan aktif. Antara caranya adalah dengan membuat catatan tentang buku yang dibaca.

Oleh itu, buku ini didatangkan dengan jurnal membaca yang ringkas. Pembaca juga digalakkan untuk berkongsi jurnal membaca mereka di laman sosial.

122 pages, Paperback

Published January 1, 2018

6 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Zahrah Yunos

5 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
68 (51%)
4 stars
51 (38%)
3 stars
14 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 4, 2020
Ini kali kedua saya baca buku ini. Bagi tahun 2020, saya memilih untuk memulakan bacaan dengan buku ini bagi mengingatkan saya tentang semangat dan minat membaca. Banyak tip bermanfaat yang boleh didapati dalam buku yang ringan dan santai ini. Seperkara yang menarik dalam buku ini ialah biblioterapi iaitu terapi menggunakan buku. Nak tahu lebih lanjut mengenainya? Bacalah buku ini!
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
July 23, 2018
Projek Bibliofil : Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca. Zahrah Yunos. 2018.

1) Ini salah satu buku yang aku beli sewaktu pembukaan Galeri Buku Jejak Tarbiah haritu.

2) Buku ini mengandungi 10 bab dan setebal 129 mukasurat.

3) Di dalam buku ini penulis menyatakan betapa nikmatnya membaca buku. Ia bukan sekadar hobi tetapi, membaca adalah satu keperluan sepertimana perut memerlukan makanan.

4) Penulis juga ada berkongsi pelbagai tips dan panduan. Antaranya, tips membeli buku dan oanduan memilih buku untuk dibaca.

5) Sejujurnya, buku ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk merasai nikmat membaca, buku ini memang sesuai untuk anda.

6) Memetik kata-kata penulis, " Bagi seorang pencinta buku, berada di perpustakaan dan kedai buku ibarat berada di dalam syurga buku. Syurga merujuk kepada sebuah tempat yang memberi ketenangan dan kebahagiaan. Begitulah perasaan pencinta buku apabila dikelilingi buku yang banyak." Aku memang setuju dengan kenyataan tu sebab aku sendiri pernah merasa sebegitu .😁

7) Nak bagitahu, penulis merupakan graduan USIM. Nak tumpang bangga sikit. Kah kah kah! 😆

8) Banyak lagi perkara yang kau boleh temui dalam buku ni. Kalau nak tahu, bacalah sendiri.

9) Duhai manusia, membacalah kamu! Sebab membaca adalah perjalanan diri, bukan perlumbaan dengan orang lain.

10) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2018readingchallenge
[ DUApuluhLAPAN ]
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
June 10, 2020
Penulisan yang mudah difahami dan sangat membantu terutamanya kepada orang yang baru mula hendak membaca seperti saya. Saya tertarik apabila membaca bab biblioterapi tapi sayangnya bab ini tidak dikupas dengan terperinci. Nampaknya kena buat pencarian dan pembacaan susulan tentang biblioterapi.

Kesimpulan yang dapat saya berikan setelah membaca buku ini ialah dengan memulakan aktiviti membaca, kehidupan sebelum mula membaca tidak akan sama lagi dengan kehidupan selepas terperangkap dalam dunia membaca. Sila cuba jika hendak merasai apa perbezaan itu.

Saya kira saya telah membuat tindakan yang tepat apabila tahun ini saya membuat keputusan untuk move on dengan membaca buku dan saya berharap agar semangat membaca ini akan terus marak dalam jiwa saya.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
June 7, 2021
Buku pembantu peribadi yang bagus jika anda ingin mula membaca namun tidak tahu cara yang betulnya bagaimana, ataupun buku apa yang perlu dicuba. Boleh juga dibaca oleh anda yang sudah lama tidak bersemangat untuk membaca. Kita semua sebenarnya 😊

Memandangkan saya sudah banyak membaca buku sebegini sebelumnya, buku ini terasa ringan pada saya. Namun itu tidak bermakna ianya tidak mampu memberikan pelbagai info & ilmu tambahan. Banyak juga yang penulis nukilkan menjadi ilmu baru buat saya. Berkenaan maksud sebenar perkataan 'tsundoku', genre buku apa yang sesuai dibaca pada waktu apa, empat peringkat pembacaan sintopik yang ada, serta buku sebagai terapi minda kita, atau lebih dikenali sebagai 'biblioterapi'. Terima kasih untuk itu.

Sesuai dibaca oleh semua. Tidak kira anda seorang bibliofil ataupun sebaliknya.

Buku lain dalam konsep yang sama yang boleh saya cadangkan adalah buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya, Aku, Buku & Kota Kaherah: Kembara Sang Pencinta Buku serta Rihlah Ilmiah di Kota Kaherah.

Kerana kita semua adalah pembaca sebenarnya, cuma belum bertemu buku yang sesuai sahaja 😊
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews212 followers
November 5, 2020
Kecil-kecil cili padi. Nipis dan ringkas, tetapi padat dengan isinya yang menarik, memotivasikan, menginspirasikan, mudah hadam dan sedikit kelakar kerana ianya seolah-olah tentang saya, dunia membaca saya, dan pendapat serta pemikiran saya tentang buku dan membaca.

Jika anda seorang pemula, baru hendak mula berjinak dalam pembacaan, atau seperti saya yang telah membaca seawal 24 tahun yang lepas, bacalah buku ini! Setiap orang perlu ada sebuah di rumah!

Banyak isu, informasi, tips, nasihat, saranan dan kata-kata penyuntik semangat berkaitan buku dan pembacaan dikongsikan penulis hingga saya tak dapat memilih tajuk yang mana paling saya sukai. Dari membina habit membaca, tips memilih genre, lokasi membaca, hingga menyentuh soal perangai pembaca, semuanya tidak terkecuali dari coretan.

This book is unapologetically bookish! (tak pasti terjemahannya dalam bahasa melayu. hahahaha)
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 13, 2020
Buku tentang pembacaan. Bermula dengan tujuan membaca, tips memilih jenis pembacaan, waktu sesuai untuk membaca dan sebagainya. Banyak banyak buku tentang buku yang pernah saya baca, kaedah rawatan biblioterapi tidak diceritakan secara menyeluruh lebih-lebih lagi di negara Malaysia. Rupa-rupanya HUSM sudahpun mengorak langkah merawat pesakit menggunakan kaedah biblioterapi.

Secara keseluruhannya saya bersetuju bahawa membaca itu tidaklah boleh diletakkan atas nama 'hobi'. Tetapi membaca itu perlu dijadikan rutin. Jikalau dijadikan hobi, apa yang kita buat itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang, boleh jadi hobi itu berubah mengikut masa dan sebagainya.
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
January 9, 2019
"Membaca tak sekadar melihat kata, tetapi mendapatkan makna dari apa yang dibaca."
—Najwa Shihab

Pertama kali mengenali Zahrah Yunos adalah sewaktu beliau mengikuti beberapa program anjuran Projek Kaki Buku pada tahun 2017. Selepas berkenalan di facebook, baru aku tahu akan minatnya yang mendalam terhadap buku.

Projek Bibliofil merupakan satu perkongsian penulis mengenai buku, pembaca dan pengalamannya dengan matlamat untuk melawan mitos bangsa malas membaca.

Antara topik yang dibincangkan adalah jenis-jenis buku, kaedah membaca dengan betul, kembara buku dan tip-tip membeli buku.

Aku suka dengan penulisan dan susunan perkongsian dalam buku ni. Nampak teratur dan mencapai objektif. Cuma, nak beritahu yang cover buku cetakan kedua lebih cantik dari yang pertama.

Sewaktu membaca Projek Bibliofil, bulan lepas aku berjaya mengamalkan sikap beli-bila-perlu kerana tidak mahu digelar tsundoku lagi. Sebagai contoh, aku beli sikit je di Negara Buku dan tak pergi langsung BBW ha ha ha.

Sekian.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
September 25, 2018
Projek Bibliofil : Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca by Zahrah Yunos.

- Masa mula-mula tengok buku ni, aku tak tahu pun apa yang aku akan baca. Haa nak tahu tak ada apa dalam ni ?

- Penulis buat buku ni sebab beliau nak galakkan orang lain membaca, atau dengan kata lain beliau nak hapuskan golongan yang malas membaca.

- Sebenarnya, istilah malas membaca tu boleh digantikan dengan banyak lagi perkataan lain seperti, tiada masa untuk membaca, bila nak start baca ada la benda lain yang menghalang, takpun buku tu tak seronok.

- So, dalam buku ni penulis kongsi baaaaanyak tips untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pembacaan. Oh ya, bukan untuk first reader je tau, penulis pun syorkan kepada pencinta buku ni untuk spread ilmu-ilmu yang ada dalam buku ni kepada orang lain terutama golongan yang kurang minat untuk membaca.

- Buku ni sesuai untuk semua golongan umur dan peringkat. Bagi aku tips-tips yang beliau share ni sangat bermanfaat dan kita boleh amalkan. Ada tips macam mana nak pilih buku yang sesuai, ada jugak pasal tempat sesuai untuk membaca, ada pasal biblioterapi haa kalau nak tahu tu apa sila baca atau boleh dm aku.

- Siapa kata ulat buku tu selalu je ada mood untuk membaca, kadang-kadang tu ada jugak time bila rasa malas tu datang hmm memang ambil masa yang lama la untuk buka buku balik. So buku ni sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk buang mood tu.

- So apa tunggu lagi, cepat-cepat laa beli buku ni atau pinjam je dengan siapa-siapa yang ada buku ni !

- Selamat Membaca !

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#projekbibliofil
#bukuempatpuluhsatu
Profile Image for Mali.
210 reviews
June 2, 2018
comel shj cover ni. buku ni antara buku yg sy beli di pbakl.

buku ni for me sesuai dijdkan hadiah kpd rakan/ahli keluarga yg kurang mmbaca but you wish they would read more. buku ni include steps on how to be a bookworm/read more, find your type of book/style of reading, etc. Asalnya nak bagi three stars shj sbb apa yg diceritakan dlm buku ni mostly stuffs that I already know, not to mention that I already am a bookworm, but I decided to give it 4 stars for the activity sheets included in this book and for the bookish facts, as well.

Sejujurnya aku beli buku ni mmg sebab nakkan activity pages/sheets yg trdpt dlm buku ni.

Also, buku ni inspire aku untuk take pictures of kedai buku (smthg that nvr crossed my mind before).
Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books108 followers
November 29, 2020
Satu usaha penulisan dan bimbingan yang sangat baik dalam mengajak dan melahirkan seorang pembaca baharu.

Buku ini boleh dyang]ibaca oleh mereka yang ada kenginan untuk meningkatkan diri menjadi seorang pembaca aktif.

Ia juga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin membuat sesi bimbingan dan motivasi untuk galakan membaca.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
July 10, 2021
Akhirnya dengan sekali duduk, habis membaca buku ini.

Sangat sesuai untuk yang mahu mencari arah untuk memulakan projek membaca. Ada beberapa kuiz yang boleh dijawab untuk tahu kita pembaca bagaimana.

Selepas baca buku ini, bolehlah mulakan projek membaca versi sendiri.
Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
June 25, 2018
Recommended untuk semua yang suka membaca atau mencari “sebab” untuk membaca. Paling best sebab buku ni sangat banyak relatable stuffs yang berkaitan diri sendiri. 💕
Profile Image for Ieyda Hidayah.
65 reviews4 followers
January 3, 2021
buku bacaan santai pada yang baru melangkah ke dunia pembacaan..
Profile Image for Nadia.
53 reviews
March 6, 2021
Tahniah kepada penulis. Bila membaca buku ini, terasa bersemangat utk sambung buku yg seterusnya.

Sesuai utk dibaca apabila mengalami reader block kerana buku yg santai. Sedar-sedar dah habis 😬
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
February 22, 2022
Saya lupa, selain panadol, yg boleh membantu menghilangkan stress, kegusaran, kerisauan, tekanan, fikiran yg tidak baik dan bukan-bukan itu --

Ada di celah helaian kertas yg bernama buku.

Nah, buku itu natijahnya tenang. Kita keluar dari keserabutan dunia yg tidak pernah berhenti mengejar. Dan sekali lagi, buku ini buat saya rasa -- tidak mengapa beli dulu baca kemudian. Kerana di akhirnya, di setiap lirikan mata ke arah susunan buku di rak itu, niat untuk membaca timbul tanpa dipinta. Lagi² waktu-waktu yg kita sendiri letih menghadap skrin dan bacaan bersifat akademik.

Buku ini mungkin sesuai utk mereka yg ingin jadi pembaca buku, tapi taktahu nak mula bagaimana. Tapi saya secara personal, rasa buku ini agak menarik. Lagi² bab yg diterangkan tentang Biblioterapi, dan juga kelab buku yg wujud di Malaysia.

Antara niatnya, lepas master dapat join mana2 kelab buku/membaca. Setakat ni yg rasa menarik (sebab tak terdedah dgn kelab membaca yg lain), Suri Membaca.
Profile Image for Cikgu Salman.
8 reviews2 followers
September 19, 2020
Membaca adalah perkara mudah bagi sesetengah orang yang sudah menjadikan membaca sebagai satu rutin atau tabiat dalam kehidupan mereka.
.
Sesetengah orang pula perlukan masa untuk didorong serta membina tabiat membaca dalam diri mereka. Membaca bukan satu pilihan tapi adalah satu keperluan. Keperluan untuk menyihatkan intelektual dan cara berfikir. Proses yang mengambil masa untuk sebati dalam jiwa manusia.
.
Kita semua adalah pembaca sebenarnya, cuma dalam kategori yang berbeza. Setiap kategori harus disokong dan diraikan.
.
Mulakan dengan membaca buku yang dikategorikan sebagai 'ringan' atau nipis terlebih dahulu dan yang menarik minat anda. Buku ini sangat sesuai dan boleh dijadikan sebagai panduan bagi anda yang ingin memulakan tabiat membaca dalam kehidupan anda. Seperti tajuknya 'Projek Bibliofil' sudah pasti ia adalah merupakan satu projek untuk membentuk diri anda menjadi seorang pembaca sekaligus menjadikan anda seorang pencinta buku.
.
#projekbibliofil
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 29, 2022
Perkara baharu yang saya belajar dari buku ini adalah: .
.
• Semua orang ada 24 jam yang sama setiap hari. Ada waktu orang lain sibuk, kita lapang. Ada waktu orang lain lapang, kita sibuk. Samada nak pilih untuk baca buku atau baca 'muka buku'/ig/twitter–kuasa memilih ada pada diri sendiri. .
.
• Bangsa membaca adalah bangsa yang lebih terbuka minda dan lebih berlapang dada. Maka, begitulah sebaliknya buat bangsa yang MALAS membaca. Mereka mahu meREALISASIkan mitos berbanding membuktikan ia hanya sekadar mitos.
.
.
Kandungan #projekbibliofil telah menjadikan saya seorang yang lebih bersemangat untuk berkongsi tentang buku yang telah/akan dibaca nanti. Sudah tiba masanya kita mulakan gerakan 'membawang' tentang buku.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 21, 2021
Sebuah naskhah yang patut dibaca bagi yang mahu menjinakkan diri di dalam dunia membaca. Dengan menampilkan, jenis-jenis buku-buku yang patut dimulakan.

Lengkap dengan kuiz bagi mengetahui genre yang sesuai terhadap pembaca tersebut. Turut dilampirkan dengan fakta dan kajian.
Profile Image for Khir.
15 reviews2 followers
September 5, 2022
Apa yang menarik ialah penulis memulakan persoalan sebahagian individu yang malas membaca – sekatan pembaca (reader’s block )puncanya terlalu penat atau sibuk bekerja, lama berpisah dengan buku, dan bab-bab yang seterusnya penulis memberi suatu suntikan motivasi siapa kita sebagai pembaca dan peranannya untuk menjadi pembaca yang aktif.

Selain itu, turut juga dimuatkan panduan yang mudah dan praktikal dalam memilih buku, dan cara membeli buku. Asasnya adalah utamakan kualiti kerana sebuah buku yang dibeli untuk dibaca, lebih baik daripada membeli banyak buku tetapi tak dibaca.

Tabiat MALAS akan hadir tanpa diundang dan diduga. Cara untuk mengatasi tabiat tersebut adalah dengan mencipta rutin membaca di peringkat individu dengan merangka jadual pembacaan. Dalam jadual tersebut diletakkan beberapa butiran seperti tajuk buku, kategori, masa membaca. Malahan, seorang pembaca hendaklah ambil kira masa membaca juga, kerana otak kita juga berfungsi secara efektif pada waktu-waktu dalam menghadam dan menganalisis maklumat.

Akhir sekali, buku juga boleh dijadikan sebagai rawatan disamping menggunakan ubat-ubatan, senaman dan lain-lain. Hal ini disebut sebagai biblioterapi.Digunakan pada tahun 1912 oleh Samuel Crothers; buku sebegai rawatan walaupun sebenarnya telah digunakan sejak awal dari itu. Perincian berkenaan biblioterapi dimuatkan dalam bab 8 untuk tahu dengan lebih jelas.

Saya sarankan buku ini dibeli dan dibaca bagi individu yang sedar diri akan kekangan dalam membaca dan ingin menyelesaikan secara praktikal dan mudah untuk dilaksanakan segera. Kerana disediakan tugasan secara langsung bagi memastikan kefahaman dalam membaca buku ini jelas dengan catatan.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews7 followers
January 30, 2025
Buku tentang buku’ kedua saya untuk tahun ke 2025 tetapi saya tak akan pernah jemu untuk baca buku yang konsep nya begini sebab saya memang suka buku ! Tak dapat nak dibendung lagi haha. Saya pinjam buku ni dari perpustakaan dan baru tahu rupanya buku ni versi kemaskini daripada terbitan 2018.

Seperti tajuknya ‘Projek Bibilofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca’, buku ni banyak berkongsi tentang bagaimana mahu jadikan bibilofil itu suatu projek yang kita boleh realisasikan. Penulis ada berkongsi tentang strategi dan tips yang kita boleh ikuti untuk jadikan membaca sebagai antara aktiviti utama dalam kehidupan seharian.

Mungkin ada antara kita yang selama ni teringin untuk fokus membaca, minat beli buku, suka tengok orang lain membaca dan menulis ulasan buku, tetapi sangat sukar untuk merealisasikan habit tersebut. Jadinya, buku ni ada memberi banyak tips yang boleh diikuti. Kalau saya lah, benda paling susah tetapi bermanfaat untuk saya ialah bersenam. Memang liat dan berat sangat. Perlu dipaksa untuk dijadikan habit saya dan saya perlu selalu tanamkan dalam fikiran ianya ntuk kebaikan saya sendiri. Begitu juga dengan membaca. Kenapa kita mahu membaca, at the first place?

Bab yang saya paling suka ialah bab terakhir iaitu ‘Projek Bibliofil Bersama Si Kecil’. Saya rasa kebanyakan parents pun mesti nak yang terbaik untuk anak. Nak anak itu soleh, bijak, baik budi pekerti, tangkas dalam bersukan dan serba-serbi lah haha. Jadinya sebagai ibu-bapa, kena lah kita mulakan dengan tunjuk contoh yang baik, salah satunya dengan membaca. Sediakan bahan-bahan dan platform untuk mereka mengasah minat dan bakat. Zaman gajet sekarang ni, memang tak boleh lari dari screen tetapi kitalah yang perlu kawal. Semoga berjaya jadikan buku dan Al-Quran, bestfriend anak ya.

Buku ni senang sangat nak dibaca. Kalau awak beli sendiri, boleh terus tulis nota dalam buku ni.
Semoga bermanfaat !
39 reviews3 followers
September 16, 2025
Alhamdulillah. Sebuah buku yang baik. Buku tentang buku/membaca buku.

Buku yang 'ringan' dibaca. Santai santai je.

Ada 11 bab. Bab terakhir tu tambahan dalam edisi kemaskini. Suka pesanan terakhir penulis dalam bab terakhir. Bab projek bibliofil bersama si kecil.

Saya nukilkan balik pesanan penulis,

"Dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak anak, ada 3 perkara yang harus ibu bapa tanamkan dalam fikiran :

1. Jangan memandang rendah keupayaan dan manfaat buku kepada perkembangan anak anak.

2. Jangan memandang rendah keupayaan anak anak memahami dan menyukai buku.

3. Jangan memandang rendah keupayaan diri sendiri sebagai ibu bapa untuk melahirkan serta mendidik anak sehingga menjadi pencinta buku. Ketahuilah bahawa kita mampu melakukan nya. In Sha Allah."

Sebenarnya, menjawab persoalan diri sendiri sejak dua menjak ni.

Sejak dapat lesen memandu, benda yang pertama nak buat adalah, pergi perpustakaan. Paling kurang dua minggu sekali.

Ada la dalam 2-3 bulan jugak dah jadi rutin ke perpustakaan awam negeri. Daripada perpustakaan Seremban berpindah ke perpustakaan kuantan.

Soalan dalam diri sendiri, berbaloi ke bersusah payah turun naik perpustakaan hampir setiap minggu. 😅 Bila penulis tulis macam tu, terjawab dan terubat jugak jiwa yang bertanya tanya. 😄

Actually, umi dia yang banyak meminjam buku mengalahkan anak. Tapi nak jugak anak suka membaca sendiri suatu hari nanti.

Sekian catatan. Kholas. 😄
Profile Image for Azlan Budun.
1 review
April 5, 2021
Buku ini mengandungi 10 bab. Saya tertarik dengan sub tajuk bab 9 iaitu Daripada Pembaca Menjadi Penulis. Rugi rasanya buku yang dibaca tidak disebar luaskan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Salah satu cara paling efektif adalah dengan menulis. Menulis menjadikan saya pembaca aktif. Membaca dan menulis. Kalau saya tidak menulis saya sibuk membaca. Kalau saya membaca, saya akan menulis. Menulis tak perlu panjang, yang penting bermanfaat. Melalui buku ini, saya belajar perkataan baru iaitu tsundoku. Tsundoku adalah perkataan Jepun yang merujuk kepada perbuatan mengumpulkan buku-buku di rumah tanpa membacanya. Penulis turut menyatakan individu dengan masalah kecelaruan obsesif-kompulsif dalam mengumpul buku digelar bibliomania kerana ia boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan sosial dan kesihatan seseorang. Dicontohkan oleh penulis buku ini Thomas Phillipps (1792-1872), pengumpul buku dari United Kingdom. Dia bercita-cita memiliki setiap buku yang ada di dunia sehingga sanggup membebankan keluarganya dengan hutang. Bayangkan, pada akhir hayatnya dia dilaporkan memiliki kira-kira 40 ribu buah buku dan 60 ribu manuskrip. 100 tahun diperlukan untuk menjual semua koleksi itu kepada individu dan perpustakaan di seluruh dunia selepas kematiannya.
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
January 19, 2020
Projek Bibliofil : Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca (Zahrah Yunos)
Oleh: @nurfarrahatiqah

Bacaan yang amat sesuai untuk mereka yang baru mula untuk memupuk sikap suka membaca, mereka yang ada reader's block.

Ayat-ayat yang digunakan dalam buku ini santai dan mudah, seolah-olah penulis sedang bercakap dengan pembaca.

Bermula dengan Bab 1: Kenapa Membaca? sehingga Bab 10: Perjalanan Bermula, buku ini merupakan sebuah bacaan yang disertakan kuiz dan tugasan untuk dilengkapkan sesuai dengan tajuknya iaitu Projek Bibliofil.

Menerusi buku ini juga, saya mengetahui banyak hal yang baru, terutamanya tentang bibioterapi. Rupa-rupanya buku juga boleh digunakan sebagai kaedah terapi untuk pelbagai masalah mental dan emosi. Malah penulis juga turut menceritakan bahawa ungkapan “Rumah Pemulihan Untuk Jiwa” tertulis pada pintu masuk bilik penyimpanan buku milik Raja Mesir, Raja Ramses II.

Saya sendiri dalam usaha untuk mendisiplinkan diri terhadap bacaan saya, jadi sengaja saya memilih buku ini untuk menjadi pemangkin semangat untuk misi ini.

Nota kaki: Ini cover lama, buku ni dah ada cover baru.

#BangsaMembacaBangsaBerjaya #MalaysiaMembaca #ProjekBibliofil
Profile Image for Bidasari.
338 reviews
October 7, 2025
Sebuah buku yang yang sesuai untuk semua peringkat umur, mereka yang membaca buku, sesiapa yang baru berhasrat hendak membaca buku, mereka yang telah lama tidak membaca buku, mereka yang tidak pasti apa yang heboh sangat tentang membaca, dsb.

Buku yang mengupas pelbagai persoalan dan tips secara santai berkaitan buku dan membaca.

📘Kitanya spesies pembaca yang mana satu?
📘Buku genre apa yang hendak dibaca?
📘Meminjam buku di perpustakaan vs membeli buku?
📘Apa ceritanya asyik membeli tetapi tidak terbaca buku-buku yang dibeli? Ini den la ni😅.
📘Mengelakkan perangkap keterhutangan serius akibat membeli buku. Ini pesanan yang paling sesuai untuk den😅.
📘Perlukah menyertai mana-mana konco-konco membaca buku?
📘Berbaloikah membaca buku yang diadaptasi ke filem atau drama?
📘Buku yang sesuai untuk anak-anak setiap peringkat umur.
📘Boleh mengembara ke tempat-tempat menarik melalui pembacaan di samping kita usahakan menabung untuk ke tempat tersebut.
📘Memupuk budaya membaca
📘Giving back to the communities through reading and books.

Banyak lagi maklumat berkaitan membaca yang dikupas di dalam buku ini.
Profile Image for MN Khamis.
25 reviews
February 2, 2020
Buku yang sangat baik untuk dimiliki oleh para pencinta buku dan yang baru ingin menyuburkan minat membaca. Penulis menulis dengan cara yang baik, seperti seorang ibu memujuk anaknya membaca, tanpa sebarang ancaman, paksaan dan ugutan. Kita dapat membaca dengan tenang sambil dimotivasikan. Ya betul, mengapa perlu tergesa membaca dan berlumba. Ambil masa kerana membaca adalah sebuah terapi yang menenangkan.

Setiap bab diolah, ditulis dan disusun dengan padat dan baik. Setiap bab dapat dihabiskan sebelum rasa bosan datang untuk menghalang meneruskan pembacaan. Satu perkara yang saya lihat ia merupakan keistimewaan dalam buku ini. Penulis tidak memanjangkan isi ke tahap membebel. Ringkas dan memberi makna. Tahniah. Terima kasih kerana menulis buku seperti ini.
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews35 followers
October 3, 2019
Saya baca buku ini awal tahun ketika berdepan dengan ‘reader’s block’ yang agak teruk selepas mula bekerja sepenuh masa.

Buku ini buku yang sangat baik untuk motivasi dan panduan kepada mereka yang mahu mula menjadi pembaca yang baik dan menjadikan membaca sebagai rutin dan gaya hidup.

Saya suka dengan persembahan dan gaya bahasa yang digunakan penulis dalam buku ini, mudah dan senang.

Boleh dikategorikan sebagai antara buku ringan yang boleh dibaca oleh semua golongan.

Usaha penulis dalam menghasilkan buku ini sangat perlu dihargai, dalam usaha untuk membanyakkan buku yang berbicara tentang buku dan membaca di Malaysia ini.

Profile Image for Roda Buku.
33 reviews4 followers
June 10, 2018
Ia menyentuh pelbagai aspek asas mengenai dunia membaca seperti kelebihan membaca & pemilihan buku yang sesuai. Bagi seorang ulat buku tentulah perkara-perkara begini sudah sedia dimaklumi. Namun apa yang menarik ialah saranan yang tak semua ulat buku lakukan seperti kembara buku, kumpulan buku, membuat catatan & menyebarkan minat membaca dengan pelbagai cara. Buku yang baik, interaktif & gaya penulisannya mudah difahami.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
October 29, 2020
Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca

Buku yang sangat ringan bahasa dan penyampaian nya. Susunan bacaan yang kemas, dan dapat beri gambaran yang halus kepada pemula yang ingin membaca. Kurang sehari untuk habiskan bacaan.
.
Jika anda orang yang jenis tak minat membaca, atau ingin mula membaca tapi tak tahu nak bermula dari mana, buku ini mampu pimpin anda dalam melayari dunia bibliofil.
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Najwa Azrin.
20 reviews1 follower
December 31, 2025
Saya membaca buku ini saat saya alami reading slump. Buku ini bagus untuk dibaca kalau tiada mood nak baca bahan bacaan yang lebih berat dan tebal.

Penulis banyak kongsikan perkara yang berkaitan perbukuan dan terselit buku baru untuk saya nak beli. Ada ditunjukkan beberapa gambar hak milik penulis semasa pergi pesta buku dan kedai buku di luar negara yang membuatkan dan mendorong saya untuk menyimpan cita-cita untuk ke sana juga suatu hari nanti!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
June 7, 2021
Sebuah buku yang merupakan kempen galakan membaca. Buku yang padat dengan maklumat dan cara penulisan yang santai. Sesuai dibaca secara tahunan untuk meningkatkan keghairahan membaca. Berjaya habis dalam masa 1 jam.

Ilmu baru daripada buku ini ialah tentang Biblioterapi. Dan ini antara sebab kuat saya membeli buku ini. Tak sangka wujudnya rawatan psikosipiritual menggunakan buku.
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.