Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Stupid Cupid

Rate this book
"Mulai hari ni, Patricia Eden akan jadi anak kita. Kita namakan dia Sonia Iris." - Puan Naimah

Mata kebiruan dan rambut keperangan membuatkan bayi berusia empat bulan itu sungguh comel dan menawan.

Tak sampai lima minit Shah dan Sonia bersua muka, Shah telah menepuk wajah Sonia sehingga ruang tamu mulai bergema dengan tangisan.

"Shah! Kenapa pukul adik macam tu?" - Encik Yusuf

"Shah tak suka adik baby." - Aiden Shah

Mulut kata tak suka, ucapan benci meniti sedia di bibir. Tapi hati berkata lain.

"Ehem! Dengar sini semua ya? Aku tak suka sesiapa buli girlfriend aku. Mulai hari ini, aku nak beritahu korang, Sonia ni awek aku. Kalau ada sesiapa yang kirim surat bodoh tu lagi atau kacau dia, siap korang!" - Aiden Shah

"Abang demam ke ni?" - Sonia Iris

"Eh, bodoh! Berapa kali aku cakap jangan panggil aku abang? Kau tak faham bahasa eh? Kan mama dah cakap banyak kali, kau tu anak pungut! Kau tak faham ke?" - Aiden Shah

Sedikit sebanyak Sonia terkesan dengan sikap kasar abangnya itu. Namun, lelaki itu tetap dia sayang. Tetap dia cari.

"Abang tahu tak first kiss tu apa?" - Sonia Iris

"Ehem. Tahu, kenapa?" - Aiden Shah

Sonia gelisah apabila Shah akan dihantar ke luar negara. Semuanya kerana dirinya. Shah dibuang sekolah dan daddy dan mama bertegas mahu menghantar Shah tinggal dengan saudara mereka di sana.

Bertahun-tahun Shah tidak pulang dek terasa hati dengan orang tua mereka. Sehinggalah lelaki itu muncul di hadapan semua. Dan tiba-tiba juga mama mereka meminta sesuatu secara tiba-tiba.

"Nia tak ingat ke first kiss kita dulu?" - Aiden Shah

408 pages, Paperback

First published April 1, 2018

5 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Miss Elle

6 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (57%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
3 (21%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
May 31, 2018
camno den nak khobar... camnilah. akak suka dengan permulaan idea. puan naimah dan encik yusuf hanya punya seorang cahaya mata iaitu aiden shah dan kemudian mengambil seorang anal angkat, sonia iris. hubungan dua beradik itu sangat buruk kerana shah tidak sukakan iris. dia sering dimarahi oleh daddy dan mamanya kerana iris...

sering ungkap kata benci. itulah shah terhadap iris. zaman persekolahan klimaksnya di mana shah dibuang sekolah kerana mencederakan cikgu dan merosakkan kereta cikgu malang itu. alasan hanya iris yang tahu, shah tak suka iris rapat dengan cikgu tersebut..

nak kata sangat ringan kisah pun tak boleh juga. tapi ada certain part mendatar sangat bila shah berkahwin dengan iris atas permintaan mamanya yang sakit... shah ni dah digambarkan ada split identity which ia sepatutnya sangat bahaya. seksa,suka, seksa, suka.. haha!! terseksa akak baca dik! part hujung pun kejahatan tu memang sangat kejam, dan ending pun ok. cuma mungkin ada part kena tengok kesesuaian jalan cerita dan olahannya. kalau oleh kurangkan ulangan babak..

kasih dalam hati memang tiada siapa yang tahu. cuma tak salah jika luahkan dan jika tak diterima maka janganlah sampai jadi benci...
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
March 24, 2023
Dasar jantan ada penyakit kecelaruan otak. Tak habis habis nak marah macam orang bangang. Yang si bini tadah je.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
December 25, 2022
🖇Sepatutnya, saya dapat habiskan dalam masa sehari. Tapi, saya ter-drag selama 3 hari. Maaf untuk ulasan MSC ini.

Saya ada beberapa perkara yang saya nak highlight untuk cerita ini. Ini merupakan pendapat peribadi saya dan tak ada niat untuk menjatuhkan semangat penulis.

Pada awal cerita. Best sebab nak juga mengikuti perjalanan mak dan ayah Aiden mencari anak angkat. Sebab mak Aiden tak boleh lahirkan anak lagi. Sampailah mereka berjumpa dengan Iris di rumah anak yatim. Dan decide untuk mengambil Iris. Dibawanya Iris ke rumah namun penerimaan anak lelaki mereka tidak seperti yang mereka harapkan. Dari kecil sehingga ke besar. Ada saja benda yang tidak kena di mata Aiden.

Apa terjadi seterusnya antara mereka?. Akan berbaikkan hubungan antara abang dan adik? Sampai satu tahap Aiden dibuang sekolah dan dihantar ke luar negara gara-gara perbuatannya itu.

Heroin: (Sonia Iris)

•Pada usia yang muda. Iris terlalu naif dan lurus. Sehinggakan dia sendiri tidak dapat menilai yang perbuatan abangnya itu bukanlah perkara yang normal dan sweet. Big no. ❌Malahan perbuatan tersebut dikira sebagai mengambil kesempatan dan tidak senonoh.
Jangan kita rasa cium itu bukan satu kesalahan pada usia yang terlalu muda. Otak kita maybe something wrong somewhere la kot. Ke otak saya je rasa macam tu?. Cium di bibir kononnya nak tunjuk contoh. Memang pelik.

Please la. Saya paling tak gemar baca sesuatu yang memang nampak sangat karakter heroin terlalu naif.

•Cuba elak untuk tanya benda sensitif/private kepada lelaki. Jika boleh elak. Elaklah. Takut nanti syaitan tu berbisik benda lain pula. Kita nakkan explanation tapi dia siap tunjuk demo pulak. Haru.

Di usia yang muda. Soalan yang dia tanya dekat abang dia pun macam mengundang pada sesuatu perkara yang tak diingini. Asal kau berbual dengan abang kau pasal first kiss? I wonder.

•Seronok atau tidak dikongkong 24/7 ketika di sekolah. Dalam hal ini. Mungkin ada pro dan cons. Pronya ialah dari segi keselamatan Iris yang dijaga rapi oleh kawan abangnya. Soal akan berlaku perkara tidak diingini itu boleh dielakkan. Tapi. Masa zaman sekolahlah kita nak explore benda menarik.

• Tak pernah terfikirkah Iris yang perangai abangnya yang sentiasa bencikan dia seperti tidak kena. Walaupun bukan salah dia pun, abangnya tetap salahkan diri dia. Iris sepatutnya belajar untuk tidak mengiyakan semua perkara. Jika bukan salah dia, dia kena bangkit mempertahankan diri dia bukannya mengalah.

•Meningkat usia. Iris boleh dikatakan seorang perempuan yang sangat penyabar melayan kerenah suaminya yang tidak matang. Keliru kalau ditempat Iris. Perbuatan suami seperti sayang. Tapi bila ditanya soal hati dan perasaan. Tidak seperti yang diharapkan. Sedih dan sangat melelahkan.

Hero : (Aiden Shah)

• Budak pandai di sekolah tapi sayang tak boleh nak kawal emosi. Rugi. Tapi sebab anak orang kaya. Takda terasa kudis pun sebab dapat juga sambung belajar di Ireland. Ada duit, semua benda pun on.

• Jika sayang sekalipun perlu ke ambil kesempatan atas orang tersebut. Budak tu dah cukup polos dah. Siap ugut lepastu. Budak polos lepastu kena ugut. Memang dia turutkan je la. Tak boleh nak faham dengan Aiden yang lansung tidak menjaga batas dan adab dia sebagai seorang abang. Meskipun Iris bukan adik kandung dia. Tapi ada perbuatannya yang sudah melebih.

Jangan anggap benda kiss peluk tu normal especially bila dalam keluarga. Walaupun adik angkat. Hormat dengan maruah dia. Jangan suka-suka hati nak ikut kehendak kau.

• Kalau sayang memang kena menyakitkan hati orang eh? Isteri ni memang la manusia complicated. Jadi mudahkan saja la. Pertanyaan isteri kau sangat simple. Sayang dia atau tidak. Tapi kau tetap dengan ego kau memanjang. Cakap sayang kan senang. Hm

Senang cerita memang tak suka cara layanan Aiden dekat Iris lepas merekakahwin. Bila mood Aiden baik dia layan Iris dengan baik. Bila datang cemburu buta gila babeng dia. Dia layan Iris macam sampah pun ya. Terlalu sayang sampaikan kadang dia tak sedar yang perbuatan dia menyakitkan isteri sendiri. Dah macam diktator. Dan alasan kenapa dia letakkan ego untuk luahkan perasaan dia sangat tak logik. Kenapa letakkan jurang pemisah antara kalian.

Mood saya serius upside down nak menghabiskan buku ni sebab ada beberapa part yang drag. Banyak main tarik tali selepas mereka mereka berdua berkahwin. Penat tau. Dan ya masih ada diselitkan sedikit elemen softporn di dalam ini. Mungkin saya patut cuba baca buku penulis yang lain.

Saya memang turn off bila baca benda-benda yang tak normal dalam ni. Kalau korang rasa ini sweet. Memang weng weng la. 🫤

Persoalan:-
• Kenapa Aiden stop menulis diari?. Ke ada diberitahu sebabnya cuma saya tak perasan? 🧐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
September 21, 2018
Permulaan cerita saya teruja utk membaca kisah sonia airis dan aiden shah. Tapi semakin lama pembacaan saya mkn menurun tahap terujanya tu terutama part selepas mereka berkahwin. Mcm main2 tarik tali. Sekejap suka, x sampai bp minit lak tu baran x tentu tempat. Sonia ni plg kesian. Kena hadap perangai suami yg mcm org perempuan dtg bulan. Tak faham dengan lelaki sebegini. Konflik yg diutarakan pon ditulis penyelesaiannya dgn cara tergesa2. Keseluruhan isi ceritanya sgt bgs cuma mmg ada part berulang yg x perlu ditulis berulangkali. Bagi saya, kalau penulis detailskan lg bagaimana sonia diculik dan perasaan shah selama sebulan sonia diculik, akan menjadikan cerita ini bertambah menarik. Apa pon tahniah kerana kepelbagaian perasaan dlm kisah shah sonia ini dan hope novel seterusnya akan setanding DOML yg sgt ohsem
Profile Image for Always smile.
52 reviews15 followers
August 29, 2020
AKU JUAL NOVEL NI DENGAN HARGA RM8(PRELOVED)
Mesej kalau korang berminat :)
(TRUSTED SELLER)
(OTW NAK KOSONGKAN RAK NOVEL AKU)

Ending dia mcm tertinggal sesuatu. Entahlah nk kata..hm
3 reviews
November 3, 2018
Cerita yang agak menarik dan luar biasa! Pertama kali saya baca novel di mana hero dia ibarat seorang lelaki bipolar. Sekejap ok dan sekejap ko. Sakit hati jugalah melihat perangai si Shah bila susah sangat nak luahkan perasaan. Apa pun, sekali lagi. Miss Elle berjaya mengusik jiwa saya dengan karya beliau. Good job cik writer! Kipidap dongibab. ;p
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.