Tak perlu sempurna untuk jatuh cinta kerana yang sempurna itu hanyalah Dia. HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja.
“Kau datang nak mencuri eh?” – HAKIM
“Mencuri dekat bengkel buruk ni? Hello! Kalau setakat besi buruk aje yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?” – BALQIS
Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.
“Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi.” – HAKIM
“Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah aje.” – BALQIS
“Pergi bawah aje? Kau tahu tak kalau kau leka sikit, dekat bawah tu pun kau boleh mati!” – HAKIM
Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mula hilang arah. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?
“Hakim…kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!” – ANNA BALQIS
Nampaknya penulisan cikpuan penulis semakin bagus. Ada peningkatan dari karya-karya sebelumnya. Inilah yang sepatutnya kan, penulis sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan, bukannya statik dan marah bila dikritik.
Cerita yang menarik, isu yang diutarakan juga luar dari kebiasaan. Tentang nasib anak-anak yang dilahirkan di 'dunia gelap'. Memang bukan salah anak, tetapi seperti pepatah orang putih, sins of the father, mahu atau tidak, nasib anak-anak tetap akan terpalit dengan sikap ibubapanya. Cuma, penulis tidak begitu highlight akan penghinaan dan stigma yang diterima Hakim atau Que, jadi kesan tu tak berapa terasa dalam kisah ini.
Banyak teguran dan ilmu yang dikongsi penulis. Kiranya ada sedikit pengisian di samping episod cinta Hakim-Balqis tu. Cumanya saya tertanya-tanya la jugak, Balqis tu baca Bismillah pun tak tau, sempat tak Hakim nak ajar pasal mandi wajib ?🤭🤭 Nampak macam membawang kan, tapi kalau nak kira perkara tu boleh affected ibadah lain jugak.
Saya agak kecewa sikit dengan penutup kisah. Awal-awal kita dihidangkan dengan pelbagai aksi, kemudian dengan betapa sabar dan penuh kasih-sayang Hakim mendidik Que, tetapi part akhir tu jadi anti-klimaks. Part marah dan mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir, part lari-lari dari rumah, menyesal dan merindu sorang-sorang, hmmm. Entahlah, segala penyesalan dan kebangkitan Hakim selepas kematian ibunya, seperti hilang macam tu saja. Agak contradict dengan perwatakan Hakim yang cuba diangkat penulis pada awalnya.
Saya baca tanpa skip, so in my book of books, it means good. Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang semakin baik di masa akan datang.
Pertemuan tak di duga ketika Anna Balqis aka Que melarikan diri daripada orang2 Henry di bengkel milik Hakim tidak terhenti di situ. Sejak itu, beberapa kali Hakim menyelamatkan Que sehingga Que terpaksa menumpang di runah Hakim. Dek kerana makcik2 bawang yang berleluasa di sekitar kediaman Hakim, Que dan Hakim terpaksa disatukan. Dalam terpaksa, mereka bersatu. Kemunculan Daniel, ayah Que yang disangka sudah mati merubah segalanya. Perlahan-lahan, hubungan mereka semakin terjejas. Dengan kehadiran Hidayah aka Yaya yang tak habis2 menghimoit Hakim dan terbongkarnya kisah silam Hakim, segalanya musnah. Masihkah ada peluang untuk mereka bersatu?
Ini novel kedua Myra Ameer yang saya berjaya habiskan, selepas Kerana Satu Janji (KSJ). Shark tu pending lagi sampai sekarang, tak tau kenapa macam kurang feel.
Berkisar mengenai dunia kongsi gelap, dan kehidupan yatim piatu yang memeritkan ketika remaja yang dihadapi oleh Hakim dan Que. Jalan cerita so far ok, boleh hadam, sedikit thriller dan ada juga sweet2 tapi sikit je la. Mostly perkembangan hubungan Hakim yang melindungi Que sebab rasa kesian dengan nasib Que ni.
Tak banyak nak komen, boleh layan dan tak ka meleret sangat walaupun tebal. Tapi ada la jugak beberapa perkara yang tak dijelaskan, contohnya pekerjaan sebenar Daniel, ayah Que ni. Pembunuh upahan dan pencuri profesional katanye, tapi tak dijelaskan details punca dikhianati kawannya sehingga memaksa dia bersembunyi. Part2 thrilleer not bad la, kira boleh layan.
Olahan penulis pun ok je, tak de la berbunga sangat sampai pening nak baca. Cuma kurang kick sikit, tak tau kenapa. Mungkin tak suka dengan watak2 sampingan dalam ni yang sedikit annoying, lepas tu macam muncul camtu je, lepas tu watak lain pulak.. macam tak de kesinambungan. N sikap Hakim yang macam tak mature sangat tu. konflik pun agak klise sebenarnya. Tapi ok la, sesuatu yang fresh dan antara terbaik dari penulis so far.
Novel ini saya kira boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berfokus pada tanggungjawab Hakim melindungi Que dan bahagian kedua saat mereka bersama-sama memaknakan rumah tangga. Bagi saya novel ini punya jalan cerita yang menarik, jarang diketengahkan oleh kebanyakan penulis. Cumanya, mungkin bagi saya ceritanya tidak begitu menyengat (ini bagi sayalah, pembaca lain mungkin berbeza). Apa-apa pun, novel ini masih boleh dihadam. Tahniah buat penulis.
Buku ni best,tak bosan langsung bila baca tapi aku ambil masa yang lama sikit untuk habiskan sebab sedikit busy.
So,buku ni kisah tentang Que yang melarikan diri dari diburu ahli kongsi gelap yang cuba menculik dia disebabkan dendam dengan ayah Que ni.Sepanjang pelarian dia ni,dia terjumpa dengan Hakim.So,Hakim memang banyak membantu Que atas sifat kemanusiaan sehinggalah mereka terpaksa berkahwin atas desakan orang kampung.
Aku tak tahu lah pandangan orang lain macam mana tapi bagi aku usia Que ni masih terlalu mentah untuk mendirikan rumah tangga😭.Jarak umur dia dengan Hakim pun agak jauh buatkan aku sedikit tak selesa.Nasib baik lah lepas tinggal dengan Umi perangai dia berubah jadi matang sikit.
Untuk watak Hakim pula aku ada rasa sedikit geram dengan dia ni.Sikit2 nak cemburu bila Que rapat dengan lelaki lain.Padahal dia rapat dengan Yaya tu takpe pulak.
Ada lagi beberapa bahagian yang aku nak komen tapi aku malas nak menaip.So,rasanya tu je kot review untuk buku ni.😂✌️
Mood membaca saya sangat2 menurun bila sampai kepada peristiwa Hakim melakukan hubungan suami isteri secara paksa ke atas Que. Hanya kerana marah dan cemburu bersatu. Dan Que ...... Sangat lah tak sepadan dengan perwatakan Que yang kasar. Hanya kerana sayang hati boleh jadi selembut tisu.
Lepas tu konflik dimana Hakim mendapat tahu siapa pembunuh ibunya. Terus merudum mood membaca. Terus saya selak muka surat terakhir. Maaf ye penulis....
Ikotkan novel ni boleh je dihabiskan dlm mase satu hari.. Tapi disebabkan byk perkara yg kne settle... Jadi lambat sikit dapat khatam..
Ini karya ke 3 yang aku baca daripada penulis myra ameer/ameera ameer. Seperti novel utusan cinta buat adam.. Novel ini ada keistimewaannya sendiri. Dimana setiap novel myra ameer yang aku pernah bace, pasti terselit potongan ayat2 Al-Quran.
Terpaut dengan watak heroinnya, anna balqis yang berpewatakan kasar.. Manakala heronya berpewatakan lembut... Not lembut yang auw auw... Tapi seorang lelaki yang sangat menjaga adab2.. Actually terpaut sebab name husband aku pun hakim jugak... Perangai pon lebih kurang same.. Heh heh heh.
Novel ini bagi aku perjalanan cerita sangat 'smooth'. Tiada part2 yang menyebabkan aku boring atau part yang meleret-leret... Itu yang membuatkan aku sangat lancar membace novel ini seperti UCBA.
konflik dalam novel ini tidak terlalu berat... Ianya bagi aku sebuah novel yang 'ringan'... Tidak terlalu berat dengan 'masalah' yang kadangnya terlalu cliche..
Soo to kak myra ameer.. Keep it up... Teruskan menghasilkan novel yang best seperti ini.
Suka latar belakang cerita ni yang bersahaja dan bukan bersifat kayangan. Hakim dan Que boleh dikatakan pasangan yg serasi dan punya jalan hidup yg hampir serupa. Takdir Tuhan yg menemukan dua insan yg saling memerlukan. Perwatakan Hakim yg sangat melindungi dan bertanggungjawab. Que yang kasar dan juga polos dalam masa yang sama.
**Mungkin sesetengah akan membenci dan melabelkan watak Hakim sebagai "Red Flag" kerana satu tindakan yg tak patut dilakukan. Geram jugak tapi nasib baiklah si Hakim ni sedar diri atas keterlanjuran dia.
Boleh layan lah buku ni.. sekejab je dah habis.. cerita pun kemas.. senang nak hadam. Kisah seorang lelaki nak jaga dan lindung seorang perempuan sehingga terpaksa berkahwin.. tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang buku ini.. apa yang penting.. buku ni boleh dilayan.. tahniah buat penulis ...
sebenarnya nak bagi 4 star sebab idea cerita ni memang boleh pergi jauh tapi sebab ada marital r*** kena tolak 1 bintang. but since buku ni cetakan 2018 tak silap, so malas nak ulas lebih pasal tu sebab cerita lama kan. dulu orang tak aware sangat.
ok berbalik kepada cerita ni, saya suka the idea. banter antara hakim dan balqis pun kelakar. dua latar belakang berbeza tetapi sama-sama samar pasal asal usul.
cerita ni nak kata draggy, tak juga sebenarnya. sebab saya enjoy baca semua filler scenes tu. cuma di akhirnya, jadi tak cukup sebab rushing and banyak sangat benda jadi. tak cukup ruang untuk dirungkaikan dengan baik.
Hakim seorang lelaki yang tidak tahu siapa bapanya disebabkan oleh kerja ibunya yang sangat dipandang hina oleh masyarakat. Tak perlu aku nyatakan di sini. Masa silam dia dan ibunya membuatkan dia sedar bahawa betapa penting untuk seorang perempuan itu dilindungi.
Anna Balqis, seorang gadis yang secara fitrahnya dia ialah seorang muslim tetapi dibesarkan oleh lelaki bernama Daniel Liew membuatkan dia terpesong jauh dan tidak pernah walau sekali sujud menyembah Illahi.
Sembunyi di bengkel Hakim untuk mendapatkan perlindungan adalah satu keputusan yang dia sendiri keliru sama ada salah atau betul. Tetapi keputusannya itu berjaya melindungi dia dari terus dikejar oleh Hendry.
Disebabkan masa lalu, Hakim bersetuju untuk melindungi Balqis walaupun hakikatnya dia takut jika sesuatu buruk berlaku pada dirinya. Tinggalnya Balqis di rumahnya itu, membawa warna-warni dan pelbagai ragam yang menceriakan dan mengusik hati lelaki Hakim.
Pada pandangan Hakim, Balqis berbeza. Sangat berbeza.
Dia tidak pernah menjangka yang dia akan disatukan dengan Balqis. Tetapi perkahwinan itu hanya atas dasar ingin melindungi Balqis. Perlahan-lahan dua jiwa itu saling jatuh antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi bila mereka mendapat tahu bapa Balqis sudah tiada, semakin membuak rasa sayang dan kasih Hakim pada perempuan itu.
The story changed. Daniel Liew hidup. Dan tika itu Balqis adalah orang yang paling gembira manakala Hakim manusia paling gusar dan sedih. Mengapa? Kerana dia tahu dia perlu lepaskan Balqis.
Kononnya mahu ke New Zealand untuk tinggalkan negara ini demi keselamatan Balqis namun, segalanya gagal bila Hendry berjaya menangkap Balqis dan Daniel.
As always, Hakim came and save the them. But unfortunately, they lost Tiger… Daniel Liew. They lost him.
Hakim tekad mahu menjaga Balqis. Happiness. That’s what Hakim and Balqis got after that.
Tapi tak lama. Satu rahsia terbongkar dan segalanya berubah. Hakim mula didakap dengan rasa amarah terhadap Balqis dan arwah bapanya. Balqis pula, mula dihurung rasa bersalah. Dia tahu, dia tidak layak untuk Hakim. Lima bulan, mereka kehilangan satu sama lain.
Pengakhiran? Entah, aku tak mahu cerita di sini. Yang penting, aku suka perjalanan kisah mereka.
Aku belajar betapa pentingnya pendidikan awal tentang gejala sosial di dalam kalangan generasi muda supaya mereka tidak melibatkan diri di dalam legiatan berisiko itu. Kisah ini membuka mata pembaca tentang kepentingan kita untuk percaya pada takdir. Setiap yang berlaku itu ada sebabnya.
Trust Him no matter what because He is the one who wrote everything for you. And He knows what the best for you.
“Demi Kamu, Anna Balais, suamimu ini akan melakukan apa sahaja”
P/s: For me, Hyza kurang selesa dengan cara penulisannya tetapi itu hanya sekadar pandangan dan pendapat Hyza. Setiap orang berbeza pandangannya. Mungkin ada yang selesa sahaja tetapi Hyza tidak. But overall, I love the plot. Smooth dan mudah untuk kita faham.
Que gadis remaja, yang buta agama, kasar orangnya, dan masih muda. Hakim pulak, lelaki yang gigih bekerja dan baik orangnya. .
Mereka bertemu apabila Hakim selalu selamatkan Que yang dalam bahaya. Sehinggalah Hakim menyimpan Que di rumahnya. Akhirnya, mereka terpaksa berkahwin. .
Cerita ni okay je, sehinggalah bila Hakim tahu yang ayah Que merupakan pembunuh kepada ibunya. Lepas tu, mulalah Hakim memulaukan Que sehingga Que berundur. Part ni, aku geram la ngan Hakim. .
Mula je baca novel ni, terus punggung melekat kat kerusi. Tak dapat nak stop baca. Ambil masa dalam 6-7 jam gitu nak habiskan. Mula-mula cam takut sebelum nak baca sebab pernah nampak ada bookstagram kata dia DNF buku ni. Tak masuk dengan jiwa dia. Tapi bagi saya, okay je. Buku ni menarik jugak. Dapatlah mengubatkan rasa frust dengan previous novel. 😬
Mula-mula cam terkejut sikit age gap hero heroin. Tapi tak apalah yang tu. Asalkan 2-2 dah dewasa. 😅😂
Cerita ni ada dark² sikit. Ada kaitan dengan gangster bagai. Balqis atau lebih mahu dikenali sebagai Que ni agak degil dan keras kepala. Suka ikut kepala sendiri walaupun dia tahu apa yang dia buat tu cuma letakkan diri dia lebih dalam keadaan merbahaya. Tiber pulak terserempak dengan Hakim dalam bengkel Hakim. Fast forward, tiber jadi tanggungjawab Hakim nak kena jaga dan lindungi Que. Paling dekah rasanya part Hakim ajar Que siang ikan dengan memasak. 😂 Tapi paling wow, Hakim ajar Que untuk jadi orang Islam sebenarnya, contohnya dia ajar Que cara berdoa yang betul, mengaji, solat dan macam-macam lagi. Dia bukannya warak, tapi dia cuba bimbing Que setakat yang dia mampu. Tambahan lagi penulis pun banyak selitkan pelbagai ilmu agama mengikut kesesuaian scene.
Seiring dengan masa berlalu, Que pun berubah. Tak adalah drastik, tapi slowly but surely gitu.
I love this romance thriller. Tajuk buku pun tidak lari dari inti pati cerita. Biarpun karya biasa-biasa sahaja tetapi ada bab-bab dan cerita yang boleh dibuat pedoman. Penceritaan yang cukup perencah dan rempah ratusnya serta perkongsian ilmu yang bermanfaat. Tidak ada karakter kaya raya empunya syarikat besar yang terkenal. Tidak ada watak hero yang lengkap pakej dengan rupa yang kacak dambaan gadis-gadis seksi. Cerita berkisar seorang anak yatim piatu yang tidak tahu siapa ayahnya. Hakim uruskan bengkel kecil dan menaruh impian untuk melamar Yaya, anak Mak Cik Hasmah yang agak rapat dengannya. Babak semakin hangat bila Anna Balqis atau Que dikejar gengster. Hakim selamatkan Que dari ditangkap oleh konco-konco Hendry. Demi menjaga maruah dan juga menutup mulut jiran-jiran, Hakim terpaksa kahwin dengan Que yang baru berumur 18 tahun. Di saat cinta mula hadir, Hakim dapat tahu Daniel Liew yang bunuh maknya. Tidak dapat terima kenyataan yang isterinya adalah anak seorang pembunuh, Hakim lemparkan berbagai cercaan dan hinaan pada isterinya sehingga Que penasaran. Saya suka penghijrahan Anna Balqis. Dari zero knowledge pasal Islam, Que menjadi muslimah yang lebih baik dari semalam. Epilog masa Hakim hadir di majlis perkahwinan anak Mak Cik Jah buat saya teruja dengan kejutan. Pendek kata, saya puas hatilah membaca novel ini. Cuma saya musykil kerana tidak ada pengakhiran cerita pasal Mak Cik Hasmah dan Yaya, dua watak sampingan yang agak rapat dengan Hakim. Bagi saya, novel ini tidak mengecewakan. Garapan bahasa serta olahan cukup mudah difahami. Tidak banyak melankolik atau metafora. Tahniah buat penulis, Myra Ameer atau Ameera Ameer untuk sebuah karya yang cukup menarik untuk dibaca.
4.5 novel ni tak masuk dengan saya, tapi okay jer.. best.. hehe cuma umur sy belum sampai untuk baca buku ni.. HAHAHA.. ad yg sy tk fhm, ad yg sy fhm.. 😂 ni kali kedua sy beli novel by myra ameer.. mula² membaca, baca buku dia laa.. tk silp sy tjuk nya, dicintai atau mencintai.. buku tu pon sy rasa meremang.. tpi okay jer.. hehe.. tapi itu laaa.. tk cukup umur lagi🤣🤣
Fuh!! Best sangat...Kisah perjalanan hidup Que dan Hakim dlm menempuhi rintangan demi rintangan.
Buku ni sy hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja.Jalan cerita dia memang betul ii buat sy takleh berhenti.Nak tahu jgk apa yg trjd.Gabungan unsur action+comedy+romence(bersemut woo) iyup memang kenalah.
Tahniah kepada Myra Ameer yg menghasilkan karya ni.
Kerana menyelamatkan Anna Balqis, hidup Hakim mula berubah.. Dari perasaan tolong akhurnya bertukar kepada sayang.. Namun saat hati dah mula berbahagia, satu kebenaran yang menyakitkan terbongkar hingga membuat hubungan Hakim dan Anna Balqis berantakkan.
cerita ni biasa2 je. bolehlah nak buat baca dan hilangkan bosan.
semua ok je tapi ada satu part yang buat saya turn off gila gila waktu si Hakim ni paksa Que. Dan konflik cepat sangat diselesaikan. too fast. lah yala takkan nak merajuk lama lama tapi ok jugak cerita ni
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya beli sebab review orang dekat tiktok kata best. Tapi,bila baca rasa nak cepat habiskan. Saya pun tak igt sgt dah apa yang saya baca haritu. Saya tak boleh nak ceritakan balik apa yang saya baca. Saya cuma igt heroin ni dekat bengkel heroin tak silap. huhu. bye
Sesuai untuk bacaan santai, tapi geram betul dengan makcik-makcik bawang dalam novel ni. btw saya baca novel ni dekat link ni https://www.e-sentral.com/book/info/2...
don't get me wrong, cara penulisan dan ada selitkan juga tentang agama islam memang Best dan banyak berikan ilmu baru pada saya, but i just can't that the fact that hakim rap*ed her and she's forgave him easily. camtu je? 😭 I CANTTT.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Finished this book a long time ago and I still liked it. Oh my god, sukanya dengan Hakim yang selalu caring dengan Balqis eventho mulut dia macam laser. The relationship between them are soo cute !!