Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", Jawab Rasullullah: "Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". . . Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) .... 40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;- . 1 hari yang pertama seumpama setahun, 1 hari kedua seumpama sebulan, 1 hari ketiga seumpama seminggu, Dan hari selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita... ...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu".. .... . Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. . . Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. .... . Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. . . . Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat. .... Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud.
Perkongsian yang amat menarik daripada penulis. Kalau sebelum ini di dalam 'Silence Protocol' berkisarkan tentang Dajjal, yang ini pulak lebih memfokuskan tentang orang-orang yang berlindung di sebalik nama Illuminati, Freemason dan beberapa pertubuhan rahsia yang lain. Banyak perkara yang disentuh yang boleh membuatkan pembaca rasa terkejut dan terkelu dengan permainan yang cuba mereka mainkan. Generally, apa yang dikongsi daripada penulis adalah sesuatu yang dah menjadi kebiasaan bagi aku. Mungkin ada satu dua topik yang menjadi info baru tapi mostly banyak yang aku dah tau. Sebabnya Ilmu Eskatologi dah semakin berkembang dan ada jugak beberapa Ustaz yang pakar dalam ilmu ni yang aku ikuti. Jadi, apa yang boleh aku simpulkan ini bukan sesuatu perkara yang baru. . Mungkin ada beberapa individu yang mungkin beranggapan apa yang disampaikan oleh penulis adalah mengarut tetapi bagi aku kita tak boleh nak paksa orang untuk menerima apa yang kita nampak. Aku sendiri pun tidak meletakkan kepercayaan yang 100% terhadap teori yang dikemukakan. Sebab itulah ia diklasifikasikan sebagai teori, boleh jadi perkara itu betul dan boleh jugak jadi perkara itu salah. Yang penting adalah hubungan dan kepercayaan kita kepada Allah SWT adalah perkara yang perlu kita risaukan; yang perlu dititikberatkan. Buku ini adalah mungkin salah satu cara untuk bagi kau jelas apa yang kau tak nampak dengan mata kasar. . Satu kekurangan yang ada pada buku ini adalah dari segi penulisan. To be truth, 'Silence Protocol' lebih seronok untuk dibaca dan susunannya lebih kemas. Tapi aku tak kisah sangat sebab buku ini diterbitkan dah lama dan untuk 'Silence Protocol' adalah antara novel yang baru diterbitkan. Jadi, boleh dikatakan penulis telah membuat penambahbaikkan terhadap penulisan beliau. Tak sabar untuk membaca karya seterusnya dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya ini dengan sehabis baik.
Sememang ada hal yg baru diketahui n ilmu tambahan dlm buku ini. Seolah baca buku sejarah tapi mengasyikkan sbb berdebar n perasan ingin tahu membuak-buak. Menceritakan agenda jahat yg tersembunyi di sebalik teknologi kini. Buku yg memaparkan rahsia dunia yg mungkin ada yg ketahui tapi tidak mengendahkan, tidak memikirkan sekadar berlalu mcm tu je, Bila baca tau laa kenapa ianya sebuah naskah yg penuh kontroversi dlm proses menerbitkannya. Byk ilmu n pencerahan yg dpt. Bab yg goosebumps DUA KUNCI RAHSIA YANG TERSEMBUNYI, CONTROL MIND AND SOUL, WORLS WAR 3. Ini senarai pendeknya laa tp x sangkal semua yg dinyatakan dlm naskah ini sgt2 buat diri termenung n berdebar hingga muka terakhir.
go get this book for awareness. don't let this lone one star rating stop you. however, this book isn't entirely hf's 'work'. the original sources deserve their recognition, atleast put references/footnote/bibliography? hahaha. proof: "Dan jika anda ikuti semua article yang dipaparkan di blog ini, anda akan dapati bahawa mereka telah 70% berjaya." -second paragraph, page 257. You have a blog, bro?
Buku yg berinformasi. Banyak fakta dari pelbagai sumber rujukan. Boleh menjadi peringatan kepada setiap pembaca.
Kurang 2 star kerana penggunaan tatabahasa yg mengelirukan. Ada ayat yg seolah-oleh direct translate dari bahasa inggeris & penggunaan bahasa indonisea. Walaupun ulang2 baca sesetengah ayat tapi masih x dapat faham kerana ayat yg berbelit-belit. Mohon penulis perbaiki aspek ini di masa hadapan.
This is a good book, Informasi yang sangat berguna, discover the scary truth. Dunia sudah semakin tua... kiamat semakin dekat.... bersedia kah sudah kitani? Don't let the my rate menganggu ke-iskian kn membaca... read it! and thank me later 💕
Kami bertanya : "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia (Dajjal) akan tinggal di mukabumi ini? Nabi SAW, menjawab : Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hari pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi :
Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja).
Nabi SAW menjawab : Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang." _[H.R. Muslim] [m/s 68]