Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sejati

Rate this book
YAYA pilih Faiz jadi cinta sejatinya. Namun harapan jadi-isteri-orang lebur setelah Faiz tewas pada bedilan tentera Israel. Empat tahun Yaya jadi perindu bayang-bayang Faiz.

"Yaya tunggu sampai seratus tahun sekali pun, Faiz takkan balik lagi. Dunia Faiz dah tak sama dengan kita." - Mak cik Yasemin

"Faiz masih hidup, mak. Satu hari nanti Faiz pasti balik." - Yaya

Faiz yang dinanti tak juga kunjung datang. Yang datang si bijak pandai bernama Andre. Demi Allah, melihat Andre seperti melihat Faiz.

"Saya sepatutnya cuma kesian dengan awak. Kemudian tolong awak bangun dari mimpi sedih awak. Sekarang hidup saya dah berterabur. Siapa nak susun balik?" - Andre

"Saya tak minta awak buat semua tu." - Yaya

"Awak tak minta, tapi awak jerat saya sampai gila. Kalau sabit kesalahan, awak boleh dijatuhkan hukuman mandatori kahwin dengan saya." - Andre

Bukan sekali dua Yaya menjauhkan diri. Malang sungguh apabila Andre tetap jadi magnet yang pintar mencari Yaya.

“Saya nak bagi warning. Esok pun hati saya masih jatuh dekat awak. Lusa, tulat dan sampai akhir dunia.” - Andre

Andre seperti vacuum. Dia buang Faiz dari kepala Yaya. Jadi tak salah, bukan... Kalau Yaya tutup buku tentang Faiz?

SALAH!
SALAH sebab Faiz masih hidup.
SALAH sebab Andre adalah penjahat yang mendajjalkan Faiz di tanah Palestine.

Yaya mesti betulkan apa yang salah dan delete Andre serta-merta. tetapi benarkah 'delete' boleh menyelesaikan masalah?

397 pages, Paperback

Published January 1, 2018

11 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books86 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
8 (44%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
2 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 3, 2018
Simple problem became emotionally complicated. And honestly, I disliked Andre tremendously. Kejujuran tiada pada Yaya. No explanation given. Sering meninggi suara dengan Yaya tentang apa2 melibatkan Ulfah. Like really? Siapa isteri dia sebenarnya hingga begitu kasar dia melayani Yaya. He shd know where and when to draw a line. Dengan Ulfah dulu dia begini, dengan Yaya dia begitu. Ending berbaik gitu2 saja.

Honestly, novel dia bagus tapi saya tak boleh ngam ngan watak begini. Semua watak dlm ni bermasalah tapi paling teruk Andre yg baran dan Ulfah yg mental.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
June 12, 2018
tak pernah bosan dengan cara penyampaian, olahan, arrangement cerita dari puan penulis Pena Kayu. sentiasa tak melebih-lebih dan tahu mana nak letakkan tanda noktah dan perkataan tamat.
yaya, gadis yang 4 tahun kehilangan tunangnya, faiz yang dikata terkorban di palestine. muncul andre, yang taklah seromantik mana tapi sangat mahukan yaya dalam hidupnya.

faiz muncul. muncul kembali setelah empat tahun hilang. dia rupanya hilang ingatan bila terbabit dalam pengeboman dan kehilangannya rupanya andre tahu! dan andre rupanya terlibat sama. andre jahat! andre buruk! andre pendusta! itu yang melintas tapi rupanya bukan itu saja. jauh di bawah minda sedar yaya, andre adalah cahayanya..

ketenangan penulisan puan penulis sangat tidak boleh dinafikan, tenangnya, adalah gelora rasa bagai ombak dahsyat yang melanda dalam jiwa pembaca. nampak tak kelebihan itu? buat pembaca rasa sama setiap satu babak yang ada dalam naskah dari awal hingga helaian terakhir muka surat. mampu ke nak menidakkan rasa hati yaya yang sangat sayang pada faiz? mampu ke kata tidak pada perasaan andre yang sangat terluka bila yaya kembali pada faiz? mampu ke mendung cemburu ulfah yang suka bersimpang siur dalam merencana kehidupan?. aduhai..

santai tapi sarat emosi. rasa dalam hati, bila disimpan memang akan mencengkam jiwa. tapi, semuanya sebenar ada jalan keluar...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
July 11, 2018
SEJATI
by Pena Kayu

Dr Faiz, tunang Yaya hilang ketika menyertai misi Peduli Palestin. Yaya terus setia selama 4 tahun, percaya Faiz masih hidup dan akan kembali menunaikan janji mereka. Kehadiran Andre yang seiras Faiz mencetuskan satu rasa dalam jiwa Yaya, yang selama ini setia untuk Faiz. Bibit2 pertengkaran antara mereka semakin menjadi lantaran Andre yang bermulut longkang. Namun, semua sepakat menjodohkan mereka, termasuk Mak cik Yasemin, mak Yaya dan Maira, kawan baik Yaya. Ketika Andre meluah rasa dan Yaya mula membalas, kemunculan Faiz menghancurkan segalanya. Tanpa sedar, Andre tahu Faiz masih hidup dan rahsia kehilangan Faiz selama 4 tahun. Hati Yaya di duga lagi, kali ini dikecewakan dan mengecewakan, lantas dia membawa diri ke Liverpool. Selepas setahun setengah, dia kembali..

Kali ini, sangat berbeza dengan #kerinduan, saya rasa lagi berat tema dan lagi complicated hubungan Yaya-Andre-Faiz ni. Tak suka dengan sikap Yaya yang cepat sangat emo, sentap, event dengan mak dia n Maira tu.. sentap je masuk bilik...lepas tu menyesal..

Kesian dekat Faiz sebenarnya, nak salahkan dia pun tak boleh. N tak patut Andre salahkan Faiz terus, tak patut rahsiakan dari Yaya pasal Faiz tu. Andre pun cakap lepas n kadang over garang, macam dia je la paling terluka.. (walaupun macam betul je).

Susah nak sebelahkan dekat siapa kali ini, tapi so far jalan cerita ok la.. saya boleh hadam. Tak tebal pun, dalam 400 ms je. Cuma ada sikit la ayat kena baiki, awal2 tu. tapi lama2 makin ok n smooth je jalan cerita.

Sekadar perbandingan, dari segi watak2 saya suka lagi #kerinduan, tapi #sejati ni ada tarikan tersendiri yang bila da start baca, susah nak letak (tu yang terhabis baca sampai pagi). Tapi saya tak gemar sangat watak2 dalam #sejati sebab banyak ikut emosi..hahha.. susah nak explain.
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
March 9, 2019
Novel kedua PK yg sy baca selepas Erwan Helena.

Mulanya saya ingat Faiz hero novel ni dan saya sangat tak suka Andre. Andre sangat menjengkelkan, sepertimana Yaya tak suka Andre seperti itulah saya rasa.

Tapi, bila dah masuk pertengahan cerita eh kenapa banyak sangat kisah Andre then saya yg x penyabar ni mulalah skip pages nak tahu next next apa jadi 😂😂😂 Dah tak surprise jadinya. Tapi, saya tak terus ke ending. Saya patah balik baca ke belakang dan tak skip satu pon ayat sampai ke ending. Hahaha. Perangai betol.

Saya suka cara penulisan PK yg ini. Cara PK twist the plot. Cerita tak meleret. Best.

Novel ni berjaya up mood membaca saya semula setelah ia hiatus beberapa minggu.
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
February 13, 2022
Ebook

Salah satu cerita yang terbaik dari PK.
Congrats ❤❤❤
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.