Jump to ratings and reviews
Rate this book

Di Bawah Teduhan Kisah-kisah Al-Quran

Rate this book
“Al-Quran bukanlah rujukan sejarah sahaja. Ia adalah kitab pentunjuk untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia. Antara bentuk petunjuk itu ialah Allah SWT membawanya dalam bentuk kisah-kisah dari masa lampau." - Ustaz Syaari Ab Rahman

Di bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran oleh Ustaz Syaari Ab Rahman ini mengandungi tafsiran terpilih beberapa ayat quran yang relevan dalam kehidupan seharian kita.

Paperback

First published January 1, 2018

20 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

32 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (71%)
4 stars
11 (19%)
3 stars
1 (1%)
2 stars
2 (3%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
October 24, 2021
Karya Ustaz Syaari antara karya terbaik apabila melibatkan pentadabburan surah dan kisah dalam Al-Quran. Tidak akan pernah jemu jika diulang-ulang dengan kisah yang sama kerana pasti ada ibrah yg berguna yg tidak akan pernah luput dalam kehidupan manusia. Antara yg menarik ialah

- Belajar daripada lelaki hujung kota dari Surah Yasin.
- Surah Sad: Nabi Daud merampas isteri orang?
- Surah Al-Anbiya: Nabi Daud bergurukan anaknya, Nabi Sulaiman.
- Dakwah Nabi Yusuf disebalik tirai besi.
- Belajar memberi arahan daripada semut.

**5/5 bintang
Profile Image for Naimah.
3 reviews
January 7, 2019
Buku yang mengandungi mesej ringkas dan mudah difahami bagi mereka yang baru hendak mendekati Alquran, pemilihan kisah-kisah Alquran yang dekat di hati masyarakat supaya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian 😊💖
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
April 10, 2020
Buku yang banyak berkongsi detail al quran dari sudut bahasa dan sirah. Penulisan yang mudah difahami, dan sesuai dibaca newbie yang kurang ilmu lughah bahasa arab.
Sesuai untuk bacaan keluarga juga!
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
December 19, 2020
Buku yang sangat saya sukai. Buku ni memang sangat sesuai untuk orang macam saya yang baru mula bertatih dalam tadabbur. Banyak topik yang ditulis buat saya teruja untuk terus mempelajari Al Quran. Terima kasih pada penulis, semoga Allah membalas usaha ustaz dalam tadabbur dengan syurga Firdaus.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
July 4, 2020
Buku yang dapat membantu saya memahami lagi ayat Al-Quran. Saya juga dapat mengambil banyak lagi ibrah yang tidak pernah saya tahu.
Profile Image for sekaliduaa.
26 reviews1 follower
April 19, 2021
Penulisan yang mudah difahami dan tak pernah mengecewakan.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
April 26, 2021
Buku ini menyediakan ‘snippets’ berkenaan kisah-kisah dalam al-Quran. Perasaan setelah menghabiskan buku ini: Masih banyak yang aku tak tahu tentang al-Quran.
Profile Image for Ujie Othman.
15 reviews
January 21, 2022
Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran, bacaan permulaan yang baik untuk orang awam memahami keindahan kisah-kisah al-Quran sekaligus menimbulkan kecintaan dan debaran kepada ayat-ayat Allah. Laras bahasa yang digunakan juga InsyaAllah tidak sukar difahami.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis kerana berjaya menghasilkan penulisan yang begitu bagus dan seronok dibaca.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
October 16, 2020
Melalui pembacaan buku ini, saya dapat refresh semula beberapa istilah Ulum Al-Quran yang pernah dipelajari di samping mendapat banyak ilmu baru.

Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.