“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta
Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.
““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta
Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.
Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.
“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran
Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.
Leyla mahu rebah dan Hatta pula sudah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.
Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa?
‘Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.’
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
The last Jaja Ahmad's novel yang N baca adalah Kunci Hati Hanim. I hated the book so much sampai N pernah terfikir to never ever read another Jaja Ahmad's novel.
EVER.
Tapi last weekend N sempat ke kedai buku and nampak Umar Hatta. N tertarik dengan cover bukunya. N tertarik dengan nama wataknya.
Without much thinking, I picked up the book and head over to the cashier.
Dah sampai rumah, baru N teringat how much I hated the author's previous novel. Tapi kalau dah beli, takkan tak nak baca kan?
So with great hesitation, N mula membaca. And terus membaca. I never stopped reading sehingga ke muka surat terakhir.
In one seating.
Pembukaan cerita N sudah dihidangkan dengan watak Leyla yang annoying sebab pada usia 27 tahun tu masih lagi macam budak-budak and manja semacam. Geli.
Kemudian watak Umar Hatta diperkenalkan. I was intrigued sebab Hatta bukannya seorang yang mesra alam. Tapi bukan juga seorang yang berlagak.
Apabila watak Dahlia diperkenalkan, I knew there was something more with Hatta. And I pretty much died with curiosity setiap kali nama Zafran disebut sebab reaksi Hatta yang lain macam.
Adakah...? Could it be....?
I was right.
Then, the story just gets better and better.
And as the story progresses, watak Ley dah jadi kurang annoying, and mungkin kerana fokus sudah jatuh pada Hatta who I adore.
Let me just put it out there and say that Umar Hatta is a pretty dark story. It isn't pretty. It isn't sweet and romantic.
Umar Hatta has a past. A dark, shady past. When he needed support and trust the most, everyone turned their backs on him.
Dia tak segagah and sebaik Umar, dia hanyalah seorang Hatta.
Tak sangka kisah silam Hatta macam tu. Memang aku tak jangka langsung.
Tapi, kisah silam tetap kisah silam. Yang penting pada waktu sekarang, sama ada dia telah berubah atau masih kekal dalam kejahilan.
Jujurnya aku tak suka sikap judgemental Leyla masa dia tahu kisah silam Hatta. Memanglah... Siapa aje yang tak kecewa kan bila tahu begitu rupanya sejarah hidup suami sendiri, tapi bagi aku... Bila orang tu dah berubah, betul-betul tinggalkan dosa lama tu, tak perlulah kita pada masa sekarang nak menghukum dan mengata lebih-lebih. Seolah-olah manusia yang berdosa begitu tidak layak berubah dan tidak akan mungkin berubah.
Memang sedih dekat part orang-orang sekeliling dah tahu kisah silam Hatta dan mula tuduh Hatta bukan-bukan. Langsung tak bagi dia peluang jelaskan semuanya dari awal. Sedangkan dia buat semua itu pun kerana terpaksa, dipaksa dan diugut Zafran. Tapi orang-orang menuduh dia macam dia yang mulakan dulu dan ajar Zafran bukan-bukan. Padahal Zafran tu yang... 🙄
Okey, watak Zafran dlm citer ni lain macam dia punya aura 'seram' tu. Seram dengan tingkah laku dia yang nampak sangat tak normal tu. Huh, gila punya orang. Macamlah takde member-member satu golongan dia, tapi tetap juga dia nak abang sendiri yang buat semua tu untuk dia. GILA.
Keseluruhan, citer ni memang best sangat. Suka dengan hubungan Hatta dan Leyla sebagai bos dan pekerja masa mula-mula cerita. Sweet dan sengal, hahaha. Tapi gitulah, Hatta tu sweet dia tak macam hero-hero lain punya sweet. Hatta tu sebenarnya garang dan langsung tak sweet. Sampai ke habis cerita dia kekal dgn perwatakan garang dia tu.
Tapi, kan... Aku rasa citer ni punya adegan sweet macam 'terbalik' pulak dgn buku-buku lain. Kebiasaan buku-buku lain aku baca scene lepas kahwin baru sweet-sweet, tapi sebelum kahwin biasa-biasa. Tapi untuk buku ni aku rasa sebelum kahwin pulak diorang ni sweet, then lepas kahwin, tiba-tiba jln ceritanya berubah serius dan konfliknya jadi berat. Ada sikit-sikit gitu jer babak sweet tu...
Apa-apa pun, buku ni tetap terbaik! Tak sabar nak beli Lillyann(karya terbaru penulis) pulak lepas ni. 😍
nak baca watak heroin yang kuat, tabah, cekal, hebat walaupun punya kekurangan, novel ini antara pilihan terbaik. tajuk memang khas untuk hero tapi penggerak keseluruhan kisah letaknya pada leyla. korang takkan jumpa heroin ini meleleh atau lembik. keep that!
penulis cantik Jaja Ahmad ini tahu apa yang mahu diberikan pada pembaca karyanya. serius, penyampaiannya buat kita pembaca ni akan leka, akan senyum, akan gembira... tak lupa mampu tertawa sendiri. walaupun ada dugaan hebat tapi mood pembaca tidak merudum. malah terus bangga menjadi salah seorang yang membaca.
umar, so seriousss.... berlawanan dengan leyla yang sangat ceria. awal lagi pembaca disajikan dengan warna-warna pelangi indah yang menceriakan kehidupan indah leyla. sepenat dan seteruk mana dia bekerja tapi semua positif. tambah pula punya bos seperti umar, seperti pemangkin semangat untuknya. hatinya juga suka pada umar. ngada eh leyla?..
umar pula walaupun beku, tapi personaliti leyla mampu menangkap pandangannya. hari demi hari makin menusuk hatinya, lalu tanpa bertangguh dia melamar leyla. terlalu pantas? naa... kalau korang baca, mesti boleh tangkap gerak hatinya.
dahlia. antagonis yang sangat annoying. adik umar tapi bukan adik kandung. jadi dia sememangnya menyimpan rasa terhadap umar. leyla penghalangnya. dan bila zafran muncul, keadaan menjadi bertambah huru hara. leyla nyaris saja membatalkan perkahwinannya dengan umar!
manusia ni, terkadang lebih memikirkan keadaan dan kisah silam dari cuba terus perbaiki diri dan keadaan kehidupan. itu belum lagi datang manusia yang suka mengungkit dan menjatuhkan hukum. lagak mahu ambil kuasa tuhan.
hidayah. rahsia-Nya. manusia perlu berusaha untuk lebih baik. itu saja.
perkahwinan. jujur dan percaya berjalan seiring.
adik-beradik. walau bagaimana keadaan sekalipun, tidak akan lenyap hubungan itu.
Kenapa.. kenapa saya lambat tahu kewujudan si Umar ni? Best betul cerita dia. Plot twist yang tak disangka-sangka. Kagum dengan Umar yang tabah, tapi lagi kagum dengan heroin yang sangat supportive. Tak judge atau tinggalkan Umar.
Ending dia memuaskan hati. Walaupun lepas dah terdedah segalanya, orang yang menjadi punca kepada masalah Umar masih taknak menyesal, akhirnya haaa hambik!
Harap lepasni penulis akan teruskan menulis kisah yang ada konflik dengan pengajaran macam ni. Sangat membuka minda dan bermain dengan emosi gitew. Tahniah, penulis.
Kisah seorang lelaki bernama Umar Hatta yang punya sejarah silam yang kelam.. Namun dia berusaha berubah.. Saat hatinya mula berdetak dengan lagu cinta untuk Leyla, masa lalunya muncul dan mula menghambat dirinya.. Namun kerana sikap beku dan tidak mahu berterus terang, hubungan yang baru nak diikat mula berantakkan.. Mampukah Leyla menerima Umar Hatta yang gelap jalan hidupnya sedangkan Leyla juga bukanlah manusia sempurna..
Buku ni sebenarnya tertinggal di pulau. Disebabkan pkp jadi tertangguh. Ni bila dah dapat balik buku ni, selak punya selak sbb dah tak ingat al kisahnya. Jadi terus kan lah baca sampai part Umar Hatta dah mula solat dan berubah untuk jadi lebih baik. Aku pun baca lah laju2 dan lompat2 je baca. Macam meleret pulak hujung2 tu.
Isu gay diketengahkan. Dengan gaya yang agak berani. Good point. Cumanya bila boss jatuh suka dgn staf sendiri, saya rasa biasa sgt dah. Tak teruja dengan love story diorang.
Hatta tu bos Leyla. Biasalah, bos hensem, so, Leyla pun kiranya crush la kat bos sendiri. Dan rupanya, Leyla tidak bertepuk sebelah tangan. .
Bila dorang dah kahwin, baru tahu kisah silam Hatta. So, biasalah, mesti lah, ada rasa terkilan, sedih, dikhianati semua la. .
Sebenarnya, sebelum baca novel ni lagi, aku dah tahu spoiler. Ye la. buku dah lama, aku yang baru nak baca. hahaha... .
Tapi, walaupun dah tahu spoiler, cerita ni tetap best. Leyla dan Hatta ni berbeza karakter. Sorang serius, sorang happy go lucky. Dan watak jahatnya, Dahlia dan Zafran. Tapi takde lah jahat sangat pun.
Waktu baca blurb tak jangka langsung plot dia macam ni. Terkejut gak tapi cara penyampaian penulis buat sedap je baca n tak sabar nk tahu apa jadi. Suka watak2 dalam novel ni sebab bukan jenis manusia luar alam tapi ada kekurangan dan kelemahan masing2. 2 hari habis baca sebab tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang jadi.
Selepas 'Cinta Han Dan Nad', novel ni merupakan karya Jaja Ahmad yang kedua yang aku baca. Kalau ikutkan, aku lebih excited nak baca novel ni (without any specific reason) tapi entahlah, seorang Suraya memang akan kaut je novel mana yang capai dek tangan untuk dibaca. Since aku enjoy novel daripada penulis ni sebelum ni jadi aku punya expectation untuk novel ni juga pada aras yang sama. Mengharapkan ceritanya punya isi. Dan aku tidak kecewa.
Leyla, pekerja yang penuh dedikasi, agak masuk air dan ramah. Normal bagi seorang Ley untuk ada crush dan kalini, dia sukakan big boss aka Umar Hatta. Selamba derk dia je tenung anak teruna orang, siap pakej berangan! Tapi bila tertangkap dengan tuan badan hah, malu kauuu! Hatta. Seorang ketua yang serious semasa bekerja, jarang senyum, dan beku. Pendek kata Hatta seorang yang expressionless. Dalam pada beku Hatta, hati Ley tetap terpikat. Dan kerana kelakuan Ley yang bagi Hatta itu aneh dan pelik, dalam diam dia diperhatikan. Sehinggalah Hatta yakin tentang perasaannya, lalu di kafe isi hati diluahkan.
Jujurnya, aku ingatkan novel ni takde konflik yang berat. Hatta suka Ley, Ley suka Hatta, throw in a jealous ex-boyfriend or something, fight, kahwin, tutup buku. Tapi rupanya aku silap. Sungguh aku tak sangka adanya rahsia di sebalik seorang Umar Hatta. Dan hashtag pada cover buku ni rupanya sangat bermakna. #HattaBukanUmar Aku ingatkan sekadar tagline biasa rupanya sangat mendalam maksud hashtag tu.
Identiti Zafran yang pada mulanya aku ingatkan ex-bf Ley sangat meleset. Dan kehadiran Zafran ni memang mengkucar-kacirkan lagi hidup seorang Hatta. To be honest, aku geram gila dengan Hatta yang mengunci mulut setiap kali Ley cuba untuk faham dia. Even lepas mereka dah kahwin. Hish, emo betul. Bukan ke orang kata tiada rahsia antara suami isteri (orang kata bukan aku, aku dengar orang kata je). Dan bila dia dah buka mulut, aku faham kenapa Ley react the way she did. After his silences, haruslah Ley came up dengan dia punya andaian sendiri, maklumlah perempuan kan. Tapi aku salute dengan watak Ley ni, dia tetap cuba pertahankan rumahtangga dia walaupun Hatta kononnya nak lepaskan dia (hah geram gak part Hatta ni dok fight separuh jalan hish).
Perjalanan Hatta-Leyla untuk happy ending ni bukan mudah. Filled with sadness, grief, loss dan kembali semula pada acceptance and repentance. Rahsia yang Hatta simpan kemas pun sangat aku tak jangka dan semestinya bila rahsia tu pecah, sangat menyakitkan. Aku suka dengan character development Hatta. Saat dia mula sedar silap dia yang jauh daripada Tuhan, serious aku rasa sangat tersentuh. Leyla juga, the way she supported and bring her husband back to the right path, ohhh, I loved that scene. So overall, Umar Hatta bukanlah satu novel yang oh-so-cliche dan lame walaupun temanya memang lame and cliche.
Done. Penulis jaja Ahmad. Ni first time aku baca buku penulis. ☺
Kisah hatta dan leyla. Bekerja dibawah satu bumbung dan leyla tak sangka akan jatuh cinta dengan hatta aka bos nya sendiri. 😁
Dalam diam dia menyimpan perasaan pada majikannya dan leyla tak sangka cinta dia tak bertepuk sebelah tangan. Di new york, hatta melamar leylanya. Dan tanpa banyak soal, leyla terima.
Nampak macam mudah kan hubungan ni, tapi salah. Kerana dosa silam hatta menggangu keharmonian rumah tangga mereka bilamana hatta sembunyikan satu rahsia besar dari leyla.
Leyla terkejut. Dia sangka suami nya seorang yang sempurna, tapi rupanya.. Hati leyla mula bersangka yang tidak2.membuat telahan sendiri sehingga hatta makan hati dan merajuk.
Rahsia apa yang hatta sembunyikan? Apa yang akan berlaku bila rahsia besar hatta diketahui oleh family dia sendiri? Dapatkah dia pohon kemaafan dari si isteri dan juga keluarganya?
Aku tertarik dengan kata2 dlm novel ni.
Suami itu adalah rezeki yang tuhan berikan kepada kita. Ikhlaskan hati menerima dirinya, demi Allah akan bahagia rumah tangga.
Tak rugi beli novel oleh penulis Jaja Ahmad ini. Gaya bahasa yang digunakan juga mudah. Mengisahkan Leyla Adra yang jatuh cinta dengan Umar Hatta, bos di syarikat Leyla bekerja. I fall in love many times with Umar Hatta. Walaupun serious memanjang dengan muka bekunya namun Hatta tak sombong dengan statusnya. Cuma saya terfikir berapa umur Hatta ya? Leyla tidak ada ciri-ciri perempuan Melayu terakhir. Berumur 27 tahun, perangai gedik dan gila-gilanya macam remaja 17 tahun. Kadang menyampah juga. Kemuncak cerita apabila Leyla Adra dapat tahu sejarah hitam Umar Hatta. Lebih mencengkam lagi bila Dahlia jumpa gambar-gambar tak senonoh Hatta dan Zafran semasa mereka belajar di London. Betapa hancur luluh serta kecewa Tan Sri Zakuan dan Puan Sri Suhaila dengan kedua anak lelakinya itu. Keseluruhan cerita yang tak meleret dan tak membosankan. Ada motivasi keluarga, ada motivasi wanita, ada motivasi agama dan semestinya ada kisah cinta Leyla dan Hatta. Penceritaan yang baik dengan isi cerita dan plot yang cantik. Tidak payah ada emosi air mata to capture all the moments. Terbaik dan best sangat!
Kurang berkenan sikit dengan karakter Leyla, mungkin sebab dia macam budak-budak sikit kot, tapi tu yang buat Hatta boleh suka tu. Hatta pula, cepat sungguh jadi pemarah, baru Leyla nak cakap sikit je, dia dah emo. Tapi bila dah kahwin tu, sweet dia tu dah macam bukan Hatta pula.
Entah kenapa sekarang ni asal sis baca novel je, mesti kisah silam hero tu pasal benda tu....dah jadi trend ke sis yang terpilih novel konsep sama? hahaha... apa pun, karya penulis ni boleh baca lar, tak pernah baca lagi sebelum ni tulisan JA ni.
I really Feel Good baca buku ni tau.. Kisah Umar Hatta yang punyai sejarah silam yang gelap dan hitam. Pertemuannya dengan Leyla Adra pekerja di pejabatnya telah mengubah Umar Hatta. Sejujurnya aku mengakui hidayah itu milik Allah. Kerana Ley, Umar Hatta mula kenal Tuhan dan kembali bertaubat memohon keampunan Allah SWT dan kembali menjadi muslim yang sebenar.
Its Unique... Thats all i can say. If i were in her shoes... I will take a really long time to accept it, and i want to see his effort to get me.. Thats how i know that he really loves me..
Really feel good reading buku ni.. Hidayah itu milik Tuhan.. Xsemua pendosa tu akan kekal berdosa hingga ke akhir hayat.. UH yg serius meet up with happy go lucky, Ley.. Sparks fly Cuma..rasa mcm short sgt UH n Ley story 😝😝😝 ke me je rasa gitu.. X sia2 cari sana sini buku ni..😝😝😝
1st time baca buku cerita pasal ni.. KEsilapan umar hatta yg dulu membawa kepada masalah dia dgn family n isteri dia.. Tpi, taubat tu senantiasa terbuka n org yg bertaubat lebih baik dari org yg tak pernah mengaku kesalahannya.. So cerita overall OK.. 4 star
Menarik! Suka flow cerita dia, tak sesak dada ni nak baca cerita ni. Jenuh berteka teki pasal kisah silam hatta ni. Btw, sedap la nama umar hatta ni hahaha
🖇 Bayangkan crush dekat boss sendiri, lepastu boss ajak kahwin. Padahal dekat office, boss beku, dingin dan garang. Tak semena-mena melamar. Just imagine sajalah. Nak terima ke tidak?
Itulah yang terjadi kepada si Leyla. Dekat ofis, mata dia takkan lari dari pandang bos dia bernama Umar Hatta. Tak sangka pula, lama kelamaan Umar mula menunjukkan sisi lainnya di depan Layla dan terus melamar Leyla untuk jadi suri hati. Tak tepuk sebelah tangan ya.
Ketika lamaran diterima & persiapan dah siap. Muncul Zafran, adiknya membawa onar mengenai dirinya. Umar serabut memikirkan Leyla yang mungkin susah untuk menerimanya jika tahu apa yang Zafran akan sampaikan. hm. Kena baca kalau nak tahu apa yang jadi!
Isu yang dibawa penulis mengenai kisah silam Umar memang tak pernah terfikir dek akal sekalipun. Sangkaanya mungkin sama seperti kisah silam budak-budak baru nak up pergi ke luar negara, berpeleseran dan liar. Sangkaan meleset kerana kisah silam itu terlalu sonsang dan melibatkan adik Umar sendiri iaitu Zafran.
Serius geram dengan Zafran. Mencuba dan terus mencuba untuk ganggu hidup Umar. Meminta sesuatu yang bodoh. Bodohnya Zafran korang boleh baca sendiri buku ni. but i wonder, realiti macam ni em memang ada kan?. Hm. Ada juga rasa geram dekat Dahlia. Pada awal cerita, perangai macam adik tak ada akal. Nasib baik la perangai tu tak sampai ke sudah macam tu. Blergh.
Kita kena faham. Konsep menerima seseorang yang dah berubah dan telah meninggalkan perangai jahatnya dulu. Jangan bawa kisah silam ke masa hadapan dan jadikan ianya satu alasan untuk menjadikan keadaan lebih rumit. Kalau sudah sampai ke tahap ingin hidup bersama. Rasanya, kena terima lebih kurang pasangan. Kan?. Saya puji Leyla. Walaupun sedikit lambat dan mengambil masa, dia tetap terima Umar Hatta apa adanya dan berada disisi Umar.
* nak letgo novel ni RM12 (include postage).. berminat boleh la PM
Umar Hatta....dia tidak sempurna tetapi kerana Ley dia dapat mengenal erti Tuhan & kehidupan yang sebenarnya...Mereka saling melengkapi..percayalah hidayah Itu milik Allah..Allah adalah sebaik baik perancang