Tiba-tiba mata Zainuddin dibuka luas. Dia berpaling merenung wajah Doktor Roslan. Seakan-akan ternampak sesuatu yang menakutkan. " Ke... kenapa awak ni?" Tanya Doktor Roslan risau. "Kasut, doktor! Kasut!" Teriak Zainuddin tersenyum sambil menggegar-gegarkan tubuh Doktor Roslan yang sedang memandu. Doktor Roslan menepis tangan Zainuddin lalu perlahan-lahan memberhentikan keretanya ke tepi jalan. Dia memandang marah kepada Zainuddin.
***
"Rumah ni ada tujuh pintu bilik. Lima bilik tidur dan dua bilik air. Tapi, dalam kenyataan Faris dan Zulaikha, rumah mereka cuma ada empat bilik tidur dan dua bilik air. Kenapa?" Soal Zainuddin tanpa mengharapkan sebarang jawaoan.
Kes pembunuhan 3 beradik dan suspek utamanya adalah kedua ibu bapa mereka menggemparkan seluruh negara. Namun, mahkamah memutuskan Faris, suspek utama kes tersebut untuk dihantar ke rumah sakit jiwa supaya dapat dinilai kewarasannya. Doktor Roslan, yang bertanggungjawap memantau Faris, bermula dengan kejadian aneh. Pertemuan dengan Zainuddin, wartawan sambilan yang begitu peka dengan perjalanan dan latar belakang kes mmbuatkan dia terjebak dalam penyiasatan kes itu. Dengan bantuk Konstabel Khalid, rahsia demi rahsia mula terbongkar dan kisah silam yang hitam kembali menghantui mereka.
Saya tertarik dengan olahan penulis dalam naskhah ini. Susunan plot yang kemas dan ayat yang sesuai, menjadikan naskhah ini menarik dan mendebarkan. Walaupun ada imbas balik kejadian lampau, namun diasingkan begitu baik dan teratur. Watak-watak yang muncul dijelaskan latar belakang dan kisah mereka mengikut tajuk di setiap bab. Boleh dikatakan, banyak watak-watak dalam novel ini yang tidak boleh diabaikan, kerana akan muncul kembali di bab-bab kemudain tanpa disangka.
Masih mengambil konsep sihir kuno yang menjadi taboo dalam masyarakat Melayu, namun diolah dari sudut berbeza. Diadun dengan sedikit sejarah pendudukan Birtish dan Jepun di Tanah Melayu, penulis membawa pembaca satu persepsi lain mengenai sejarah sihir kuno dan jin yang mendampingi manusia.
Namun, sedikit kelemahan dalam editing menjadikan pembaca adakalanya tidak perasan dengan peralihan plot dan latar tempat atau masa. Selain itu, font yang agak kecil juga sedikit menyukarkan untuk dibaca. Nasib baik naskhah ini harus diteliti satu persatu, jika tertinggal boleh keliru dan lost pulak.
Ada beberapa perkara juga tidak diterangkan (atau mungkin dalam buku kedua) seperti relevennya kasut dipakai dan mangsa pertama yang berjarak (atau mungkin dijadikan makanan?). Namun, pencertiaan dalam imbas kembali lebih details dan saya kira menjawap banyak persoalan.
Secara keseluruhan, tak rugi membaca karya ini, sebuah karya yang diadun cantik dan tidak klise. Sesuatu yang segar bagi peminat seram thriller, 5* bintang untuk jalan cerita yang segar.
walaupun saiz font agak kecil, tapi perjalanan kisahnya buat akak rasa tak peduli dengan font buku ini. kecik pun keciklah. pembukaan kisahnya biasa je. tapi ada sesuatu yang buat pembaca tertarik nak baca. betul ke kampung alor ni wujud kat banting? haa.. permulaan je dah buat pembaca tertanya..
terus. tertanya pula apa yang 7 pintu? rumah mana? masuk kisah faris dan zulaikha. zulaikha yang mula menyedari ada sesuatu tak kena pada dirinya. dia menggesa faris agar bawanya berjumpa doktor. doktor salhah menyarankan agar zulaikha membuat catatan harian, apa yang dilakukan sepanjang hari setiap hari. dari catatan inilah buat doktor salhah tahu ada yang tak kena. tambah burukkan keadaan sebenarnya bukan saja pada zulaikha tapi pada faris juga ada yang tak kena!
klimaksnya, doktor salhah terbunuh, kesnya konon bunuh diri tapi sebenar ada sesuatu yang memberi amaran. dan menjadi lagi teruk dua anak faris juga dijumpai mati dan bila disiasat sebenar anak mereka tiga orang! tuan penulis Ahmad Rusydi memang mampu buat ritma debar pembaca tunggang langgang beb!
ok. kita slow balik. ada sesuatu sebenar pada faris. waktu doktor roslan berjumpa dengannya, muncul satu personaliti dalam faris, argono. watak zainuddin pun muncul cantik je sebelah doktor roslan. suka dengan cara siasatan mereka. faham dah apa kaitan pintu ketujuh itu. makanya mulalah imbauan kisah tentang argono pula. makin jelas perkaitan bab permulaan, kisah 7 pintu dan imbauan masa lalu. tuan penulis, walaupun secara kasarnya pembaca boleh persoalkan, kenapa tajuknya 7 pintu tapi kisahnya sikit je. tapi bagi akak tajuk itulah membuka semua pintu-pintu misteri cerita dalam naskah ini. tahniah tuan penulis untuk satu cerita yang sangat menarik ini.
pembaca dibawa masuk dalam perjalanan kisah, apa yang terjadi sebenarnya memang sangat menimbulkan rasa kesal dalam hati. betapa hasad dengki dan iri hati mampu merosakkan perhubungan baik antara manusia. batu api, sangat bahaya. insan yang baik mampu menjadi sejahat-jahat manusia bila teraniaya. makhluk yang satu itu, memang menanti saja perasaan negatif yang ada pada manusia dan dia mula main peranan memporak perandakan semuanya. dendam tak berkesudahan, ilmu hitam yang sangat salah, halusinasi minda bila kemurungan dan banyak lagi. kita mampu mengawal sebenarnya. bukan pada syaitan durjana tempat kita mengadu tapi pada Yang Maha Esa. akal diberi. gunakanlah sebaiknya.
Nak bagi 5 tapi tak jadi sebab saiz tulisan tu sangat-sangat mengganggu pembacaan.. Cerita dan isi buku ini memang sangat best.. Permulaan baca je dah penuh misteri.. Pintu dan anak yang tak ada tapi kemudiannya ada.. Memang misteri.. Kelibat lelaki tua.. Semakin Sha baca semakin seronok rasanya membongkar cerita.. Yang pasti sifat dengki manusia, mampu menjadikan manusia lain kejam.. Dendam yang disimpan didalam hati menjadikan diri dekat dengan kejahatan..Terbaik.. Tahniah buat penulis..
Hampir-hampir DNF dan banyak kali pujuk hati untuk habiskan buku ni. Bila masuk part flashback baru rasa menarik nak baca pasal Kadir, Adan, Deli dengan Argono.
Awal cerita tu tak faham apa. Saya still keliru apa kaitan pintu tersembunyi dengan kisah Argono-Getih and pening-pening lalat pasal Zainuddin, Faris, Ja'afar dengan Mustafa.
Best je cerita ni, cuma bukan untuk saya. Dan mungkin kalau saya ulang baca pada masa akan datang, rating saya akan berubah pula.
Last but not least, good job author!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tepat jam 23:14, pada 9 May 2018 jumpa perkataan TAMAT. Satu naskhah yang cukup-cukup menarik. Hari ni baru nak post kat goodreads.
Permulaan cerita yang membuatkan rasa ingin tahu kisah seterusnya. Sungguh tak terjangkau dek minda saat mentelaah naskhah setebal 402 mukasurat ini. Perkara pertama yang duk fikir, apa benda 7 pintu nih??😎 Jadinya.... Setiap perkataan aku baca dengan berhati- hati kerana cerita ini memerlukan minda yang sentiasa berfikir. Perkaitan setiap watak yang ada. Akhirnya...misteri 7 pintu terungkai! Hebat! Cara penulis menggarap dan meletakkan plot cerita cukup teratur sehingga ke akhir bab. Perjalanan cerita yang begitu lancar dan mudah difahami. Sejarah setiap tempat dan watak dilontarkan dengan baik melalui scene flashback terutama tentang siapa Argono dan kaitannya dengan Kampung Alor. Thumbs up untuk penulis!👏👏👏👏 Itu ulasan ikhlas aku tentang plot cerita. Sememangnya aku seorang peminat cerita misteri dan penyiasatan dan semua itu ada dalam 7 Pintu!💛 Tapi.... Ada tapinya.....😂 ada beberapa perkara teknikal aku rasa nak komen. 1. Aku ni bermata empat, susunan isi kandungan novel agak tidak tersusun antara dialog dan naratif. Jadi terpaksalah berhati- hati membaca. 😎 Of coz la wei, cerita best. Haruslah aku baca word by word gitu! Jadi, perenggan perlu ada untuk dialog dan naratif supaya manusia bermata empat macam aku ni senang nak baca.😝 2. Bab 9 - kuingat tak ada, rupanya ada. Terselit dalam perenggan. Apa pun, itu hanya perkara teknikal saja yang boleh diperbaiki. Langsung tidak menjejaskan cerita. Last word.... ARGONO! You are truly hero to me!!😈 So, apa lagi guys! 7 PINTU harus dimiliki!! 5 bintang!! #7pintu #humairapublication #ahmadrusydi
Baca blurb belakang dah memberi tarikan untuk terus membaca naskah ini hingga tamat. Cerita yang diolah dengan kemas. Pandai penulis meninggalkan tanda tanya pada setiap bab hingga buat pembaca seperti saya tak sabar nak tahu apa terjadi hingga penghujung. Memang best & highly recommended. Cuma saiz font agak kecil sedikit rasa tak selesa. Tapi tetap boleh meneruskan bacaan.
Saya hanya ambil masa 2-3 hari utk baca buku ini, sesuatu yang jarang berlaku bagi saya! Saya sangat kagum dengan kemahiran penulis yang mampu menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dengan penuh butiran sehingga jadi "masuk akal" kepada pembaca.
Ceritanya lebih menyeramkan daripada yang saya sangka. Buku yang patut dibaca oleh semua peminat cerita seram, malah layak difilemkan!
Saya terjumpa cerita ini di Cereka App. Saya suka jalan penceritaan yang teratur dan cara penulis menerangkan sesuatu kejadian tu secara details membuatkan pembaca lebih faham kenapa sesuatu karakter itu bertindak sedemikian. Setiap karakter dalam cerita ini mempunyai signifikan dan peranan tersendiri yang membuatkan cerita sangat menarik.