Jump to ratings and reviews
Rate this book

PULUN: Lima Huruf Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Rate this book
Sebuah buku yang menyuntik motivasi di dalam diri insan yang mahu menggapai kejayaan duniawi dan ukhrawi melalui sifat berusaha untuk mengubah nasib hidup kerana sifat malas adalah virus yang mematikan kejayaan.

Penulis merupakan seorang cendekiawan syariah elit dunia oleh para pengamal industri kewangan islam dan telah diundang oleh beberapa negara untuk berkongsi pengalaman beliau dalam dunia syariah perbankan. Melalui buku ini, beliau sedaya upaya mencurahkan penat lelah beliau untuk mendapatkan apa yang dicita serta kata-kata nasihat yang amat berharga.

202 pages, Paperback

First published January 1, 2018

8 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Mohd. Daud Bakar

27 books37 followers
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar is the Founder and Executive Chairman of Amanie Group. One of its flagship companies namely Amanie Advisors, is operating in 6 cities globally. He currently serves as the Chairman of the Shariah Advisory Council at the Central Bank of Malaysia, the Securities Commission of Malaysia, the Labuan Financial Services Authority, and the First Abu Dhabi Bank. He is also a Shariah board member of various global financial institutions, including the National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (France), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain), and Dow Jones Islamic Market Index (New York) amongst many others.

In the corporate world, he sits as a Board Director at Sime Darby Berhad and a member of the PNB Investment Committee. He is also the third Chair Professor in Islamic Banking and Finance of Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB at Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

In 2016, he received the “Award of Excellence for Outstanding Contribution for Shariah Leadership & Advisory” at London Sukuk Summit Awards and “Shariah Adviser Award” at The Asset Triple A Islamic Finance Award. In 2014, he received the “Most Outstanding Individual” award by His Majesty, the King of Malaysia, in conjunction with the national-level Prophet Muhammad’s birthday.

Under his leadership, Amanie Advisors received the “Islamic Economy Knowledge Infrastructure Award” at the Global Islamic Economy Summit, Dubai 2015, by His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, Oct 2015.

Prior to this, he was the Deputy Vice-Chancellor at the International Islamic University Malaysia. He received his first degree in Shariah from University of Kuwait in 1988 and obtained his PhD from University of St. Andrews, United Kingdom in 1993. In 2002, he completed his external Bachelor of Jurisprudence at University of Malaya.

His publications include articles in various academic journals and presentations of more than 150 papers in both local and international conferences. His first book entitled “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” has won the “Islamic Finance Book of the Year 2016” by the Global Islamic Finance Award (GIFA).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (69%)
4 stars
7 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nur Fikri.
35 reviews2 followers
September 16, 2024
Bacaan santai bagi tahun 2024. Buku ini aku beli di Selangor International Book Festival (SIBF) 2022.

Buku pertama nukilan Dr Daud Bakar yang aku baca ialah 'Saya ada 25 Jam sehari ' yang dikira sebagai panduan praktikal dalam menguruskan tugasan dalam ruang masa yang ada.

Buku Pulun (baca dengan loghat Kedah) yang ditulis dalam masa 30 hari sahaja ini aku kira ia salah satu buku panduan pembinaan watak usaha sehabis baik untuk pembaca ketahui akan kepentingan dan kesedaran untuk peka dengan ruang dan peluang dalam lingkup perkembangan kerjaya mahupun dalam hidup secara amnya.

Apa yang menarik di dalam buku ini ialah, Dr Daud Bakar sendiri memberikan contoh realiti semasa yang berlaku pada dirinya sendiri dan solusi berpandukan kerangka/dimensi pulun itu sebagai satu cara hidup yang ideal untuk berjaya dalam sesuatu organisasi mahupun kelompok masyarakat.

Keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan contoh yang ideal dalam memperkaya diri dengan kerangka fikir yang membina dalam bekerjaya sekali gus dapat menguruskan tugasan bersama jaringan masyarakat dengan baik.

Bab yang paling aku suka dalam buku ini ialah Pelengkap pada Pulun itu sendiri.
✅ Doa dan Tawakal
✅ Minda yang strategik
✅ Kerja bersama
✅ Jangan Ulangi Kesalahan
✅ Sokongan dan Dorongan Ekosistem
✅ Berani Mencuba dan Berinovasi

Ruang penambahbaikan:
Penulis boleh menambah baik kualiti perbincangan setiap bab secara terperinci itu yang disusuli dengan rumusan atau "Apa yang anda dapati dalam bab ini (?)" sebagai salah satu panduan ringkas sebelum pembaca beralih ke bab seterusnya.

Moga bermanfaat buat pembaca resensi buku ini di Goodreads ✨🫰
Profile Image for Nik Mohamed  Kamarudin.
16 reviews242 followers
Read
June 8, 2023
Sebuah buku motivasi yang merangsang individu membentuk sifat pulun dalam apa jua bidang yang ceburi.

Sebagai pengamal kewangan Islam bertaraf global. Dr Daud Bakar menhidangkan kepada kita buah fikir & wasiat yang berguna untuk dipraktikan dalam kehidupan.

Pulun bukan hanya sifat tapi ia watak individu.
2 reviews
September 13, 2019
Buku ni adalah bagus kerana bahasa mudah dan penulis menggunakan contoh pengalaman dirinya.
Sesuai bagi yang kehilangan energy dalam diri untuk mencetuskan semangat baharu dan lari dari rutin yang telah dilakukan sejak sekian lama.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
November 6, 2022
Meletakkan ibu sebagai salah satu ikon dan hero pulun dan pemulun adalah suatu yang unik dalam buku ini. Begitu juga dengan bapa tiri pengarang. Juga dalamnya ada pengiktirafan buat Sultan Muhammad al-Fateh, Bill Gates, Warren Buffett, Sulaiman al-Rajhi, Mercy Malaysia, Emirates Airline, burung Hudhud dan lain-lain.

Menurut penulis 'Minda Syariah Kewangan Islam' ini, markah usaha pulun bukan sekadar 10/10, bahkan perlu mencapai 12/10 sekiranya mahu benar-benar menyerlah. Beliau jadikan Hadis Nabi SAW sebagai antara landasan motivasi pulun, bahawa 1 pahala buat niat biarpun tanpa melakukannya, manakala jika dilakukan, ada ganjaran pahala 1-700 ganda atau lebih!

Horizon pulun di sini dapat dibahagikan kepada cabaran pulun, rangsangan pulun, muhasabah pulun dan pelengkap pulun (tawakal, tidak ulangi kesalahan dan lain-lain). Dalam muhasabah pulun, pengarang menggunakan metafora MRI terhadap diri sendiri. Antara yang perlu diimbas ialah sikap terhadap masa.

Beliau menilai semula takrifan 'pembaziran masa' sebagai gagal menggunakan masa yang tepat untuk tugas yang tepat. Menurut beliau lagi, "Jadikan masa sebagai kawan dan ia akan membantu kita."

Buku ini banyak menyorot pengalaman pengarang; pengalaman peribadi dan pengalaman menguruskan perniagaan. Ia cuba dihidangkan secara santai ala buku motivasi kontemporari. Barangkali ia naskhah awal kepada penghasilan autobiografi.

Tahniah buat TS Mohd Daud Bakar yang telah pulun menulis sebahagian besar buku setempoh 3 hari dengan purata 10 jam sehari. Saya yakin dan percaya, selain daripada melestarikan firmanya yang sedia ada kini beliau antara lain sedang pulun memartabatkan kembali pasukan bolasepak Kedah - Pulun Kedah Pulun!
Profile Image for Siti Sarah Izham.
12 reviews
December 18, 2021
Buku yang sangat bagus untuk dibaca menjelang memasuki tahun baru. Ia mengingatkan diri kita untuk sentiasa pulun melakukan peningkatan dalam hidup dan kerjaya.

Perbincangan yang dikaitkan dengan pengalaman hidup Dato’, dimasukkan ayat alQuran, hadith dan peribahasa Melayu menyebabkan membacanya mudah difahami.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.