Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora. Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat. Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru.
Terima kasih Fixi for this free copy as an exchange for an honest review at IGTV Kedai Fixi.
Saya amat sukar meminati genre sains fiksyen sejujurnya, apatah lagi daripada industri lokal. Genre sains fiksyen yang kita ada either penuh dengan info dump ataupun world building yang tidak kukuh.
Apa yang saya cari bukan originality, tapi relatability. Pembaca perlulah rasa invested dalam cerita dan watak-watak dan genre sains fiksyen lebih sukar untuk mencapai perkara tersebut berbanding genre lain. Dan ini apa yang Kiub berjaya capai.
Kiub telah menjadi salah satu buku sains fiksyen kegemaran saya. Daripada awal sampai ke akhir, ia berjaya membuat saya tergelak kuat beberapa kali atau giggle sorang-sorang awal pagi.
Kekurangannya mungkin plot cerita yang terlalu panjang dan the last act yang seakan tidak perlu.
Review penuh saya boleh didapati di IGTV Kedai Fixi tak lama lagi.
Satu kisah scifi-komedi yang menarik. Awal bab a bit slow-paced dan saya tak sukakan karakter Anas. Dia terlalu membosankan dengan lawak tak jadi dan tak kena tempat. Pertemuan Anas dengan Hanson dan Mel antara bahagian yang buat saya terus rasa nak sambung baca. Ada sisi thrill dan misteri, kisah outer space yang mencabar, dengan permulaan daripada seketul kiub ayam yang ditelan Anas. Tak masuk akal, tapi di Galaksi Arakian ini adalah kisah benar.
Pengembaraan galaksi dari kes culik ke menjadi sepasukan sahabat baik, saya suka gabungan Anas, Hanson, Mel dan Sofia. Ia satu kembara luar imajinasi dengan penceritaan yang kemas dan oh! sesungguhnya Mel menyelamatkan banyak kejadian saya hampir jadi lebih annoyed dengan lawak Anas-- terima kasih Mel untuk Anas-sila-berhenti-mengarut.
Perkembangan cerita yang bagus, sekurangnya saya tahu ke mana KIUB mahu pergi. Ada watak jahat dan Gogonggo yang oh tuhan dia perlu guru komunikasi untuk betulkan sebutan percakapan dia. Tapi bahagian aksinya amat kemas, perlawanan galaksi dan pemburuan yang mendebarkan. Watak Ketnis-- saya ingat penulis memang sengaja nak uji kesabaran saya dengan watak yang merepek tapi entah kenapa terhibur pula dengan babak Ketnis dan wikiwid.
Ada hal-hal sarcasm/sinis dan isu semasa di medsos yang banyak di naratif-- saya suka yang pasal orang perempuan tak perlu pandai memasak itu, dan walau di mana pun kita berada novel cinta masih juga dengan plot yang klise. Terhibur dengan humor dan beberapa pendapat Anas yang agak bernas juga. Dan paling menarik bila ada sisipan peribahasa galaksi yang diguna dalam cerita, sepertinya penulis masih mahu menerapkan hal-hal tradisi bahasa walau ia sebuah scifi. Saya suka juga tentang Hanson yang gemar membaca buku, dan ingatan dia tentang apa dia pernah baca itu sangat bagus.
Satu kisah adventur galaksi yang menemukan erti persahabatan dan keluarga. Ada sistem komputer yang super emosi juga perihal lif yang jatuh cinta dengan penulis itu sungguh comel lah. Terima kasih kerana selamatkan bumi, dan selamat mengembara GAIS! Rating sebenar, 3.5 bintang.
Jarang buku buku genre jenaka saya sentuh. Sesekali kalau terkena dengan jenaka kampungan seperti raja lawak astro akan saya ketepikan terus. Saya cepat meluat pada jenaka kam kam begitu. Kelolo KIUB agak berbeza… ianya bodoh bodoh urban. I like…
Namun ketepikan soal lucu tersebut. Karya ini digarap sama baiknya dengan karya karya lain Syafiq yang bijak sebagai sastera moden. Ya Syafiq sekali sekala akan memberikan cerpen yang agak mengada ngada. Karya kali ini boleh dikatakan menepati khalayak pembaca muda fixi. Meskipun sepanjang penceritaan ada unsur unsur jenaka, alur kisahnya jadi menarik. Sesekali akan diberikan nota kaki pada falsafah yang dihamburkan dalam pengkisahan. Itu sendiri mencuit rasa lucu dan membacanya kita akan tersenyum kecil.
Pengenalan pada tiga watak utama dilakukan dengan kemas sekali. Representasi dialog bagi setiap watak amat berhati hati, bersinambung dengan sikap awal sewaktu diperkenalkan. Mohd Anas manusia yang kekwat, Hanson yang tertib menghafal falsafah ketua ketuanya dan Melur alien cantik yang gemarkan kecantikan meskipun alien.
Tahap sinis penulis sangatlah menakjubkan.
Perjalanan merentasi galaksi juga terasa realistik dan tidak membosankan.
Objek pelengking cerita juga sangat menarik, perisa msg cap Nora.
Tanpa mahu bercerita lebih, naskah ini harus kamu baca sendiri. Saya sukakan karya yang ringan tidak ringan sebegini.
Cerita yang menghiburkan dan santai. Aku banyak gelak waktu baca. Idea yang wow. Plot kemas. Aku suka sangat stail penulisan. Jarang ada genre macam ni. Buku ni bagi aku superb untuk genre komedi + futuristik.
Anas, seorang ketua eksekutif yang angkuh dan sentiasa merasa dirinya betul dan berkuasa. Suatu hari, ketiaka ingin memasak kari ayam, dia terlah tertelan sebiji kiub yang menjadi rebutaan angkasaraya. Bersama Melorr, Hanson dan Sofia, mereka mengembara merentas cakerawala demi menyelamatakan keamanan sejagat.
Membaca naskhah ini seakan menonton filem Guardian of the Galaxy tanpa Chris Pratt, tetapi Tom Cruise dengan watak hero bajet macho dan buat lawak hambar seperti dalam The Mummy. Banyak juga adengan kelakar dan ayat-ayat sarkastik Anas, namun tidak dapat mengurangkan ke-annoying-an Anas sepanjang membaca buku ini.
Jarang kisah sains fiksyen komedi sebegini diketengahkan, namun saya akui penulis berjaya menarik minat pembaca kali ini. Walaupun sekadar fiksyen, namun pengembaraannya begitu mendebarkan dan tidak terlalu merepek.
Namun, dipermulaan cerita agak lambat untuk menangkap minat pembaca bagi meneruskan bacaan. Tapi, selepas itu semakin menarik.
👉 Aku enjoy baca buku ni di samping tunggu waktu nak berbuka.
👉 Unsur² seperti penyiasatan, suspen dan lawak yang tak berpenghujung.
👉 Dalam ni watak hanson cool giler, while Anas Mohd adalah watak yang selalu buat aku tergelak tiba-tiba. Lol!
👉 Melor pun cool jugak. I love you Ketnis. Hahahaha hidup Yuyayiyuha! Hidup GAIS! Tapi paling cool Jeneral Gogonggo lah! Hahahahahahahah
👉 Tak keterlaluan utk aku cakap aku willing to read jika ada kiub 2
👉 Aku dapat bayangkan keseronokan dapat kawan² mcm Anas Mohd yang tall, handsome and funny acah² tu. Hanson yang cool, Melor yang typical makeup girl but cool and Ketnis si penghibur. Dan tak dilupakan Sofia si komputer berperasaan.
Kiub karya Syafiq Ghazali ni memang sesedap kiub ayam knorr. Nak-nak kalau bercantum dengan maggie kari. Fuhh... Asyuuuk.
Membacanya tak bosan sebab kau akan ternanti-nanti joke bengong apa yang bakal keluar lebih-lebih lagi daripada watak utama cerita ni, Anas Mohd. Ini kisah pengembaraan dia selepas tersilap memakan kiub istimewa daripada planet Zzabaya di Galaksi Arakian nun jauh ya amat daripada Bumi. Bersama Melorr, seorang gadis badass daripada planet Bunia, dan Hanson, seorang putera raja berwarna hijau daripada planet Mostafar serta Ketnis seorang gadis penyanyi suara tak sedap di planet Sarius, Anas menempuh satu pengembaraan ala-ala Guardian of the Galaxy.
Santai dan seronok sahaja buku ni. Elemen sci-fi nya digabungkan dengan komedi dan aksi. Komedinya juga melucukan. Bagi aku lah. Memang siot je si Anas tu. Aku rasa mesti Kiub ni akan ada sekuelnya. Yuyayiyahaaaa!
Pada permulaannya cerita agak jengkel dengan ayat-ayat yang terkeluar dari watak utama Anas Mohd seperti "What the fart" yang berulang-ulang. Selepas bermulanya pengembaraan antara galaksi, ceritanya menjadi lancar dan sedap dibaca.
Garapan karektor bagi setiap watak menjadi faktor utama cerita ini menarik dan hidup. Ceritanya kelakar, teringat pula kepada Pengembaraan Laki-Laki Scorpio tulisan Hadi M. Nor terbitan Roman.
Penulis ada menyatakan di twitter yang cerita ini di inspirasi dari pada kisah Star Wars dan Indiana Jones, tapi aku lebih merasakan ianya seakan cerita Dragon Ball ketika Goku pergi ke planet Nameck. Ianya menyeronokkan dan bukanlah saifai yang memeningkan kepala. Lebih kepada saifai komedi.
Setelah habis naskah ini, aku rasa eloklah untuk meletakkan naskah ini sebaris dengan novel saifai lain terbitan Fixi iaitu Tuhan tulisan Hasrul Rizwan dan Sejadah (Saat Omar).
Kalau rasa hidup bosan dan ingin membaca dengan gembira, inilah bukunya!
Ceritanya best juga. Penuh pengembaraan, cabaran dan jenaka-entah-apa-apa. Berjaya juga buat aku tergelak sambil terus mengikuti kisah mereka. Watak-watak utamanya tak statik. Setiap watak ada perwatakan masing-masing yang berbeza, antara salah satu sebab ceritanya tidak bosan.
Aku paling suka watak Ketnis. Nampak gedik tapi naif sebenarnya.
Di awal pembacaan aku, berkerut-kerut dahi. Hmmh sana, hmmh sini. Aku rasa aku payah nak habiskan buku ni. Aku tak suka karakter Anas. Dan aku rasa sangat krik krik dalam bab-bab awal.
Ini naskah yang santai dan sinikal. Menghiburkan dan ada bahagian yang tak terjangka. Ada bahagian yang aku suka juga. Antaranya aku suka bagaimana galaksi dan kehidupan lain selain manusia diceritakan.
Jalan ceritanya lancar, mudah tapi berlebih-lebih, bagi aku. Aku tak suka bagaimana kemunculan semula Snapdragonn terlalu longgar, tiba-tiba. Aku lebih suka kalau ia lebih dramatik, dibina dengan sedikit emosi sebagaimana Hidios. (Psst, takkah orang kacak patut dapat lebih screen time? 😜)
Endingnya okay saja bagi aku. Watak yang paling aku suka dari awal hingga akhir ialah Hanson.
Oh ya. Buku aku, ada banyak juga tersilap nama karakter dalam dialog atau situasi. Aku agak sendiri saja itu sebenarnya siapa. Kalau nak cetak lagi, cuba semak semula dulu. Tambah sikit sisipan untuk Snapdragonn. Kesian orang kacak tu muncul sekejap je 😝
Aku tak pernah. Kebanyakan novel yang pernah aku baca terdiri daripada genre seram, cinta, aksi dan non-fiction. Komedi? Belum pernah. Jika ada pun hanyalah babak-babak komedi yang terselit dalam novel-novel genre yang aku sebutkan tadi. Bukan komedi sejati.
Hadirlah naskah ini. Naskah yang membuatkan aku sering tersenyum dan terkadang ketawa kecil sendirian di dalam bilik. Menggelikan hati dengan telatah watak-watak campuran Bumi dan makhluk asing. Premisnya sahaja sudah bikin ngakak. Kehancuran dunia hampir berlaku hanya kerana kiub pati ayam NORA.
Dan aku mula mencari dengan giat, novel yang bisa membuatkan deria humorku terangsang....
1. Komedi. Novel ni kelakar la. Banyak punch line dia. Dalam 10 ke 20 punch line dia (atau lebih), takkan la tak ada satu pun yg akan buat kau gelak. Atau at least tersenyum. ye dak?
2. Science fiction. Dia macam Star wars la. Pengembaraan angkasa lepas. Planet2. Bole buat kiub no.2 dan seterusnya la kot. Bersiri.
3. Kritikan semasa. Novel ni banyak kritikan situasi semasa. Trend2 media sosial, politik, ekonomi, & dll.
4. Aksi. Banyak scene fighting.
5. Bole di dramakan. Watak anas = Zizan Razak Hanson = Abam Bocey Melur = Jihan muse Gogonggo = Johan Rajalawak
Buku ni tebal. Ya, aku suka buku tebal dan harga berpatutan. Syabas Buku Fixi! Hehe. Kenapa aku beli buku ni (selain ia tebal) ialah kerana penulisnya ialah Syafiq Ghazali. Aku pernah baca Debu Bidadari (oleh Syafiq Ghazali) dan aku rasa beliau ialah seorang penulis tempatan yang fun. Lagipun genre buku ini komedi saifai. Aku sukakan komedi dan benda-serious-yang-ditakseriouskan. Jadi, Kiub ada benda-benda yang aku suka. Sebab itu aku beli dan sedang tulis review tentang buku ni.
Kulit buku yang menarik. Kiub rilis serentak dengan One Two Jaga dan Entiti, dan aku rasa buku ini punya kulit buku berjaya mara satu langkah ke depan berbanding dua lagi buku yang aku tulis tadi. Idea dan jalan cerita Kiub sangat menarik. Ia mengingatkan aku pada Pengembaraan Laki-Laki Scorpio tulisan Hadi M. Nor. Pengembaraan watak utama yang ke tempat-tempat yang ada dalam kepala penulis.
Secara jujur, aku gelak baca buku ni. Aku bukanlah seorang yang periang dan mudah terhibur di dunia nyata tapi Syafiq Ghazali benar-benar lucu. Aku rasa kalau zaman sekarang ni ketawa semasa membaca buku lebih pelik berbanding ketawa semasa menatap telefon pintar. Aku juga ialah orang yang sukakan komedi sejak kecil. Aku tonton Maharaja Lawak dan bla bla bla berunsurkan lawak jenaka. Tapi bila aku dah sedikit berusia aku mula menjauhkan diri dengan lawak terjerit-jerit, terkinja-kinja dan bahan-membahan itu. Aku mula rasakan komedi dalam penulisan lebih cool dan lucu lepas baca tulisan Hadi M. Nor dan Mat Gorn. Aku rasa Syafiq Ghazali patut tumpu tulis buku komedi selepas ini. Terimalah 4 bintang dari aku. Ikhlust.
Aku tak pernah baca buku dari penulis jadi aku tak tahu dia selalu buat cerita macam mana. Dan aku gamble je sebenarnya beli buku ni. Tetapi aku tak menyesal.
Aku suka cerita dia yang ringan, dan juga deselitkan kritikan terhadap masyarakat dalam bentuk komedi.
Buku ni ada semuanya. Komedi, aksi, pengembaraan merentasi galaksi, peperangan. Namun buku ni bukanlah satu bacaan yanh berat (yang bermakna ini perkara bagus!) Walaupun aku baca buku ni waktu kerja, dia punya feel lawak tu kadang-kadang aku tak boleh nak sorok dari customer yang ambil order dari kaunter aku.
Apa pun aku rekemen kepada seluruh rakyat galaksi bima sakti, untuk baca buku ni bagi menggembirakan hari anda!
Jalan cerita yang menarik selepas Anas berjumpa dengan Ketnis, Han dan Mel. Terutamanya humor jenaka Anas yang sentiasa membuatkan saya tersenyum sendirian dan ada je lawak yang segar XD. Kembangan plot yang menarik tentang kiub masakan kepada sesuatu yang tidak pernah dijangka
Saya sangat merekomendasikan novel ini kalau awak :-
Namun, pada awal bab cerita terlalu panjang dan menceritakan sisi gelap Anas yang memberikan perspektif negatif terhadap Anas. membuatkan saya kurang minat untuk menghabiskan novel.
Secara keseluruhannya,
Storyline : 4/5 Humor : 5/5 character development : 3/5
Tak sangka boleh suka dengan buku ni sebab saya bukan peminat sci-fi. Tapi serius buku ni BEST, KELAKAR & MEGHIBURKAN! Anas sangatlah cool & funny. Melorr berani & badass. Hanson pulak ermm asyik terimagine dia ni hensem, kacak, segak tapi bila tengok balik cover depan buku ni, ternyata kecewa hahaha patutnya putera raja kena hensem! Ketnis memang kelakar teruk, ingatkan dia ni tak berguna sangat tapi banyak jugak dia tolong sepanjang adventure diorang, takleh blah betul la bagi nama group diorang “GAIS” hahaha 😂😂😂 4 stars for KIUB!
First time baca advencer saifai komedi. Mula-mula baca tu macam jengkel sikit sebab penulis macam try hard sangat nak berjenaka komedi dalam penulisan dia. Tapi selepas gagahkan diri habiskan pembacaan, ternyata ada jenaka yang menggeletek. Nama watak yang mengarut, kritikan tentang hal semasa dalam nada sinis, scene-scene yang macam what the fart, peribahasa yang macam-macam dan banyak lagi tapi dah nama pun fiksyen so layankan je lah. Best best. Jalan cerita straight je takde plot twist ke apa. Tapi seronok baca pasal pengembaraan Anas selepas termakan kiub kuasa.
1. Buku ini mengambil dalam 5 hari untuk saya habiskan sebab ini kali pertama saya baca buku bergenrekan sains fiction. 2. Buku ini berjaya membuatkan saya gelak tanpa dipaksa dengan cara penulisan yang mudah terhibur. 3. Buku ini juga ialah buku pertama saya yang penuh dengan tabbing : dari segi informasi, kelakar dan poin poin penting seperti peribahasa yang Syafiq Ghazali reka.
overall 4/5 bintang untuk saya. Sesuai untuk mereka yang telah menghabiskan masa dengan novel sedih. Novel ini memang untuk mereka yang baru sahaja brokEn dan mahukan genre kelakaerr🤗🤗
Sangat-sangat tak tertarik dengan cover buku dia. Beli sebab buku ni ada sale dekat fixi shopee. Starting baca mengekek jugak la aku tapi makin lama macam ermm try hard nya. Rasa bodoh pula. Tapi rasa bodoh tu buatkan aku habiskan buku ni dalam 1 pembacaan. Bodohkan. 🤣
Bolehlah baca untuk mengishi masha lapang. Jalan cerita yang menarik yang buatkan kau rasha nak baling buku dan mempershoalkan kewarashan diri kau. Tahniah.
Cerita yang serius tapi kelakar. Jarang la jumpa gini. Buku random yang aku terbeli akhirnya aku baca jugak. Geli hati bila baca. Plot menarik, susunan aksi pun best (dapat bayangkan semuanya macam tengok filem).
Aku banyak kali tangguh baca tapi bile dah lekat, memang binge sebab penulisan sedap. Watak kelakar dan comel. Kurang satu bintang sebab dialog buat aku pening dengan lawak tak habis-habis. Tapi nice la
Review panjang- Hahahahahahaha. Mujur tak tersedak nasi goreng aku makan. Tengok cover dia macam novel jenaka untuk budak2 tomtombak.. tapi sekali lawak seisi keluarga. Jalan ceritanya biasa2 je, takde plot twist bagai. Tapi lawak dia tak berenti-renti. Straight dari awal sampai habis.
Annoying yang bodo-bodo tapi menghiburkan cuma kadang agak overdid 🥲 geram je dengan si Anas ni ek. Aku tak tahulah buku ni nak menganjing siapa. Tapi menghiburkan, checked ✅
Yang aku tak suka sikit akronim BUBS DAN TITS tu jelah. Nasiblah aku baca tahun 2021 semua benda gini dah sensitif.
Kena pujilah name play kat situ. YaRabbiiiii, nakal penulisnya 😭
Kenapa kelakar sangat ni? Hahahaha. Tersengih-sengih aku dalam tren. Sebuah kisah yang biasa2, tentang Anas Mohd yang termakan kiub kuasa dan terus membawa beliau ke pengembaraan angkasa bersama makhluk asing. Terbitan
Pengembaraan yang menarik oleh Anas dan juga rakan makhluk asingnya yang bernama Melor, Hanson dan Keknis serta Sofia si komputer.. Memang kelakar dari awal sampailah ke hujung cerita.. Cumanya terlalu banyak nama je..
Sangat menghiburkan! Jalan cerita tak ada yang istimewa tetapi tak menghalang pembaca daripada menyukai cerita ini. Penulis boleh improve lagi pada babak tempur. Agak kurang mengghairahkan di situ.