Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru.
Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.
Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.
Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.
Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?
Idea cerita agak bagus dan menarik-- novel remaja yang digabung dengan fantasi, seram dan mistik juga sedikit aksi. Bermula dari pertemuan sebuah buku hitam yang mengandungi magis dan jampi serta penerangan cara dan bagaimana mendapat hajat/pertolongan (boleh jadi sesuatu yang beri malapetaka, zombi, makhluk mitos, atau bermain dengan dimensi, waktu dan ruang) dengan menggunakan kad simbol tertentu. Agak absurd. Permulaan yang okay, ada back story yang bawa saya kenal watak utama. Salah langkah oleh watak utama yang bawa dia ke alam adventur dalam mencari kebenaran dan membetulkan keadaan.
Saya suka penerangan dan helaian-helaian tentang buku hitam. Ia salah satu 'watak utama' yang unik. Namun cara penggunaannya kadang mengelirukan. Saya perasan yang nombor kad simbol jampi pendinding tak sama antara helaian buku hitam dan penceritaan di perenggan. Waktu Iskandar mahu guna jampi pendinding dia guna simbol kad untuk jampi kesan hantu. Juga waktu Iskandar rentas ruang nak selamatkan Khai dia guna simbol #14 yang kalau ikut helaian buku hitam simbol tu untuk hantu raya dan bukan merentas ruang. Agak distracted.
Perkembangan naratif-- ada bab yang okay ada pula yang kurang sedikit. Dialog kadang 'tersekat' atau berbunyi awkward dan sesetengah bahagian kadang saya rasa tak perlu ada dialog pun lagi bagus. Bila ada transisi plot dari slow-paced ke fast-paced ke slow-paced semula ia kadang messy-- penghabisan setiap adegan tidak smooth kadang dibuat terburu-buru. Untuk gabungan genre begini saya faham idea penulis untuk naratif agak banyak jadi bila dihumban semua ia jadi padat dengan momen dan kejadian yang pelbagai sehingga fokus penceritaan boleh jadi kurang teliti.
Suka hal persahabatan dan keluarga yang jadi sub-fokus dalam cerita. Hal tentang main kad Wizards tu antara bab kegemaran saya. Watak Pak Su juga agak menghiburkan. Lebih suka kalau ada lagi watak Sal dan Hud sebab rasa kembar ini macam menarik.
Bab-bab terakhir macam kelam-kabut sikit. Banyak betul benda Iskandar kena buat-- cari Pak Jeb, fikir pasal jampi, nak handle lelaki-lelaki jubah hitam ber-hoodie lagi, nak selamatkan Khai, nak cari Reza, koma, bangun, selamatkan Khai lagi. Busy gila, kasihan betul.
Overall, not bad lah. And thanks untuk 'buku hitam' dalam kotak emel dan sampul coklat kecil dengan dua kad simbol tu-- saya janji takkan panggil Samad atau buat hantu gambar.
Siyess arr...Buku ni memang power. Buku ni memang sesuai untuk meraikan aku yang baru abis exam MPP😄 Best gilerr ar.. Sampai rasa x sanggup nak pulangkan ke perpustakaan...(#mampus aku kalau *** ******** dengar) 😬🤭🤫 Hahahaa GOOD JOB, SYAFIQ AIZAT😆😆😆
Sekian lama aku tak baca novel fixi, kali ni tergerak hati & perasaan yang mengidam-idamkan sebuah buku fixi, tup tup last last novel Entiti ni yang jadi pilihan. Entiti merupakan bacaan pertama dari penulis ni, dan aku consider moment aku dengan novel ni adalah satu blind date yang memuaskan.
Serba sedikit tentang Entiti, novel ini menceritakan tentang seorang Iskandar (lelaki) yang dalam awkward phase bergelar remaja, secara tak dirancang, menemui sebuah jurnal gelap, sarat dengan tutorial pasal benda2 ghaib. Start dari sini la bermulanya sebuah adventure, penuh dengan misteri & makhluk mitos.
Dari apa yang dapat aku ulaskan dari novel ini, pertama sekali, novel ini penuh dengan rujukan dari fandom paranormal seluruh benua, dari orang minyak, Jin, Kappa hantu air, Anubis, cheshire cat interdimensi, sampailah entiti kosmik eldritch yang diluar kotak pemikiran. Kalau korang lebih gemarkan horror yang kearah seram & gore, mungkin korang boleh skip novel ni.
Kedua, gaya penulisan novel ini agak selamba, ketara daripada novel2 paranormal lain yang lebih menekankan unsur2 suspense. Aku sangat suka sense of humour dalam novel ni yang aku rasa tak semua orang boleh terima. Satu benda yang aku nak complain ialah penulisan dalam babak2 syahdu, terasa cringe & tak mampu mewujudkan rasa empati terhadap karakter.
Ketiga, dari segi karakter, rata2 aku rasa semua watak tu relatable, terutama dua watak hero utama, iaitu Iskandar & Khairil. Watak2 misteri kekal misteri, pasti membuatkan pembaca tertanya-tanya, sampailah jawapan tu terjawab. Pengolahan watak jahat ahli2 kultus terasa kurang mengancam. Watak kameo juga ada, tanpa spoilkan banyak perkara, just cukup untuk korang tahu apa yang perlu. Jadi jangan bimbang kalau belum baca novel sebelumnya.
Keempat ialah sedikit peringatan untuk pembaca, novel2 dari penulis ni semuanya berkait dalam satu universe yang sama, kalau korang berfikiran rasional, korang takkan baca Anomali selepas baca sinopsisnya tanpa membaca novel2 sebelumnya, sebab jelas2 tertulis hint yang Anomali ialah titik pertemuan semua karakter dari novel2 sebelumnya, sangat disyorkan korang habiskan dulu novel2 lain. Untuk turutan aku tak berapa pasti, tapi aku bercadang untuk baca trilogi ajaib, lepas tu Kampus, then Anomali.
Secara kesimpulan, kelebihan novel ini ialah pada ideanya, aku memuji kemampuan penulis untuk mengaitkan semua idea2 horror/mystery ni menjadi satu stew campuran kontemporari yang maha lazat. Ending novel ini sangat kemas, minimal plothole, ditutup dengan satu perasaan tak sedap "a bad omen, sense of foreboding danger that humanity is fucked" yang akan terjawab dalam novel seterusnya. Unsur2 cliche memang tak dapat lari, sixth sense, kebolehan baca fikiran, kuasa magic, tu semua penambah perisa, dan aku tak kisah, cuma gaya penulisan perlu dipertingkatkan lagi untuk membuatkan pembaca lagi terpukau. Aku harap penulis akan hasilkan karya yang lagi dark & bleak next time. Apa-apapun, tahniah penulis, teruskan berkarya.
Sangat direkomenkan kepada peminat2 SCP Foundation, H.P Lovecraft, Supernatural, Fullmetal Alchemist, dan segala macam lagi benda yang tak logik di akal. Baca boleh, percaya tu berpada-pada.
Mengisahkan tentang seorang pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru dan dianggap nerd. Seorang pelajar yang baik dan pandai. Tapi tak ada kawan. Satu hari terjumpa buku hitam yang mengandungi pelbagai cara untuk memanggil hantu. Tanpa sedar dan secara tidak sengaja, Iskandar telah melepaskan satu Entiti.
Buku Entiti ialah buku pertama yang aku baca oleh Syafiq Aizat. Ada yang mengatakan buku ni macam spin-off untuk Trilogi Ajaib dan Kampus, tapi aku tak tau betul ke tidak sebab tak pernah baca.
Pada permulaannya, jalan cerita ini agak perlahan, namun di tengah-tengah jalan cerita, bila dah ada entiti keluar, baru aku rasa tertarik dan tak sabar untuk tahu apa yang akan jadi seterusnya. Watak-watak yang diperkenalkan juga seperti tiada kaitan pada mulanya sehinggalah hampir ke pengakhiran cerita, watak-watak tu semua mempunyai kaitan antara satu sama lain. Secara peribadi, aku rasa pelik dengan hubungan antara mak Iskandar dengan Iskandar, rasa seperti tak cukup kuat hubungan ibu dan anak. Mungkin juga dari gaya mereka berbual antara satu sama lain. Ianya seperti mengganggu dan aku tak dapat nak kaitkan hubungan mereka.
Satu perkara yang sangat menyentuh hati, apabila penulis mengetengahkan unsur-unsur persahabatan dalam buku ni. Perkara yang aku selalu nilai tinggi ialah hubungan keluarga dan persahabatan.
Satu penulisan yang bagus. Berbaloi masa aku baca buku ni.
Idea yang menarik walaupun sedikit cliche tetapi imaginasi cliche dalam buku ini adalah termasuk dalam kategori cliche yang menarik dan tak bosan. Tak bosan mungkin kerana penulisannya fast-paced dan penuh isi dengan makhluk makhluk dari Ensiklopedia Benda Benda Ghaib sampai aku rasa macam banyak sangat ia jadi serabut sikit. Mungkin aku akan lebih suka jika ada 'depth' pada karakter karakter dan makhluk makhluk yang muncul, bukannya on surface saja. Tapi apa apa pun satu pembacaan yang menarik dan menghiburkan!
Disebabkan pace cerita ni laju, dan bab-babnya ditulis agak pendek, aku mampu habiskan buku ni dalam masa sehari saja. Sapit memang dikenali dengan kemampuannya untuk menulis watak-watak yang relatable dan ‘hidup’, dan itulah yang aku rasa bila baca buku ni. Aku jadi nak tahu dan kisah akan apa yang berlaku pada watak-watak dalam buku ni. Kehadiran jurnal bertulisan tangan dan lukisan lebih menghidupkan universe yang Sapit cuba bina ni. Dengan penerangan yang details, universe Sapit jadi believable (tak macam buku Fixi lain yang mahu cipta universe baru, tapi tak menjadi pun).
Dan seperti biasa, Sapit akan meletakkan watak-watak dari bukunya yang lain sebagai cameo dan aku sangat suka tu. ending buku ni memanglah buat aku tak sabar nak tunggu karya Sapit yang seterusnya. Setelah sedikit hampa dengan Kampus haritu, Entiti berjaya memuaskan hati aku sebagai pembaca. Kudos Sapit! Dan jangan berhenti menulis okay!
Novel ini menarik bagi saya. Ceritanya tiada simpang siur, terus ke tujuan utama. Tidak perlu berfikir panjang. Ditambah lagi dengan koleksi hantu yang ada di dalam novel ini sedikit sebanyak menghidupkan jalan cerita.
I gave it a five star because Sapit ask me to. Haha jk. Anyway I think by far this is his best writing. Like a compendium. There's a universe of its own. You can see the effort he put in the drawings and stories. If you are a geek, there's a lot of pop culture reference like the cursed Kyubei and the Elric brothers. Some of our traditional ghost and ancient creatures from various folklores. Kinda nice to have this kind of fiction in our community.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Power gila.. Suka betul baca pengembaraan Iskandar yang baru berusia 15 tahun dalam menyelesaikan misteri Encyclopedia Benda-benda Ghaib yang diambil tanpa sengaja kerana ingin menyertai kumpulan bad boys..
Iskandar, pelajar tingkatan 3 yang baru bertukar sekolah dan dianggap nerd- tiada kawan, perwatakkan baik dan pandai, terjumpa sebuah nuku berkulit hitam yang dipanggil Ensiklopedia Benda Ghaib (ye ke..lupa). Di dalamnya, pelbagai cara memanggil hantu dan mengenai Alam Roh dinyatakan, dan secara tidak sengaja telah membebaskan entiti. Di sebalik semua itu, ada perkara yang lebih besar menanti Iskandar.
Saya kira ini spin off daripada Trilogi Ajaib dan Kampus, berkaitan sebuah buku yang mempunyai rahsia mengenai alam ghaib yang tidak sepatutnya didedahkan. Secara peribadi, permualaan buku ini agak perlahan, dan mungkin sebab jangkaan asal saya mengenai misi Iskandar bersama kawannya dalam membendung mahkluk yang keluar hasil daripada jampi yang digunakan. Namun, towards the end, makin banyak perkaitan antara satu sama lain dan makin mengujakan. Well, mungkin sebab dihidangkan dengan #kampus sebelum ini yang lebih santai dan tidak banyak kejutan berbandung Trilogi Ajaib, so expectation untuk Entiti tidak la setinggi mana.
Seperti biasa, saya kagum dengan olahan Sapik yang menerapkan unsur-unsur BFF aka persahabatan sampai mati dalam setiap karya dia (yang selalu diterapkan dalam manga Jepun) dan nilai-nilai nostalgik dalam karya ini. Sedikit sebanyak, tetap menyentuh hati.
Perkaitan antara watak-watak yang pada mulanya kelihatan seperti tidak berkaitan antara satu sama lain juga dilakukan secara terperinci dan tak dijangk (tapi boleh agak sikit kot kalau baca betuk-betul buku ni). Kemunculan watak-watak cameo dari buku sebelum ni jugak dimasukkan pada masa yang tepat dan tidak mengganggu penceritaan.
Mungkin sebab permulaan berkaitan dengan permainan kad dan saya secara tidak langsung ingat buku ini pasal permainan tu je, nyata silap. Sesuatu yang berbaloi untuk dibaca sehingga ke hujung.
Tahniah untuk penulis, tak pernah mengecewakan saya!
3.8 bintang. Bundarkan menjadi 4. A bit rushed. Konsepnya baik, aku suka. Dari segi buku, code dan plot semuanya ada originality dan unik.
Tetapi mcm saya katakan, buku ni agak fast pace, dan sesetengah situasi seperti terlalu cepat untuk lompat kepada satu situasi. Banyak perkara yang perlu diceritakan daripada penulis di samping membina plot dan misteri, jadi bagi saya memuatkan semua di dalam satu buku ini mungkin agak padat.
Mungkin entiti lebih bagus dipisahkan kepada dua buku seperti trilogi ajaib juga kerana cerita Iskandar berkembang jauh selain menceritakan tentang ensiklopedia ajaibnya sahaja.
It still a good book nevertheless. Pack with action, mysteries dan pembinaan plot yg berkembang lebih jauh untuk ajaib universe. Aku suka. Untuk peminat karya syafiq, aku sarankan korang baca saja dan nikmati cerita Iskandar. Tak sabar untuk membaca Anomali, sambungan dan buku pengakhiran cerita ini.
Sempoi saja budak umur 15 tahun bernama Iskandar ni bercerita. Sempoi-sempoi pun best baca. Angle kreativiti yang menarik dan fast-paced. Watak Mama dia pun jadi comel dibuatnya.
Aku tak tahu nak kategorikan novel ni as horror ke macam mana sebab bila aku baca ni, takde rasa seram langsung! Cuma part orang minyak tu je lah kot but still... takde seram sangat pun. Hahaha... Kelakar lagi adelah buku ni woii! Aku tak boleh blah dgn cara-cara yg ditetapkan untuk hidupkan dan kalahkan entiti-entiti tu. Salah satunya yang guna kain batik untuk kalahkan satu entiti ni. Seriously lah kain batik? Like whaaatt???
Pastu dengan dialog diorang especially bila munculnya si Samad. Mak oii si Samad ni kelakar dowhh! Aku dah imagine kucing yg dalam movie Alice In Wonderland tu. And pasal buku yg Iskandar jumpa dekat bilik pengetua tu, bila scene Iskandar dengan Pak Jeb dekat rumah lama tu yg buat aku dah rasa macam movie Spiderwick Chronicles pulak. Maybe penulis mengambil inspirasi dari movie tu kot?
Overall, pada mulanya beli novel ni dengan harapan citer dia seram yang amat lah sebab tengok je lah cover dia. Tapi bila dah start baca, kelakar je pulak. Semua entiti tu tak seram sangat. Aku siap imagine if buku ni dijadikan movie, perrghhh mesti gempak. Macam syok je kalau dapat tengok citer ni di layar TV.
Ok, sebab aku tak bagi 5 bintang adalah kerana permulaan cerita ni yang macam agak slow dan ending dia tu ada sambungan ke woii? And also.... of course sebab tak seram sangat. Tidak seperti yang aku expect.
Segalanya bermula ketika Iskandar yang sepatutnya mendapatkan semula 'buku lucah' Khai dari bilik rahsia Pengetua -- untuk mendapat pengiktirafan budak lelaki itu sebagai 'bad boy' juga -- namun sebaliknya telah terambil jurnal berkulit hitam yang ditulis oleh individu bernama Reza yang seterusnya Iskandar namakan Ensiklopedia Benda-benda Ghaib.
Pelbagai jampi dari jurnal tersebut seterusnya telah disalahgunakan selepas Iskandar secara tidak sengaja melepaskan Jin Permintaan. Dan Iskandar terpaksa melalui perjalanan yang penuh cabaran untuk memperbetulkan segalanya semula, dengan merungkai setiap catatan di dalam Ensiklopedia Benda-benda Ghaib itu; berlawan dengan makhluk-mahkluk dari dimensi lain dan juga dengan manusia sendiri; seterusnya telah menciptakan persahabatan -- yang dia tidak pernah ada sebelum ini -- bersama Khai; dan mengenali siapa Reza yang sebenarnya.
______
Entiti; plot buku ini sangat penuh dengan idea yang kompleks dan luar daripada biasa. Penulis sangat berjaya melaksankan dan menjadikan ideanya hidup dan tersusun dengan gambar penerangan setiap 'jampi-jampi' yang membantu pembaca visual seperti saya. Perjalanan cerita penuh dengan unsur-unsur saspen dan misteri, membuatkan saya berasa seperti berada dalam sebuah ekspedisi pengembaraan.
Unsur dan nilai kekeluargaan serta persahabatan yang ditonjolkan dalam cerita ini juga sangat hidup. Saya suka hubungan di antara Iskandar dan ibunya dan juga hubungan persahabatan yang beransur-ansur tercipta antara Iskandar dan Khai.
Kelebihan penulis yang saya suka ialah, dalam menyampaikan kesedaran bertuhan yang subtle tapi sangat sampai kepada diri saya sendiri.
4*. Tambah 1* sbb adanya Ensiklopedia Benda Ghaib. Novel: Menariknya naskhah ini dalah terdapat banyak rujukan drpd cerita-cerita penulis yg sebelum ini. Dua watak penting drpd Trilogi Ajaib (taknak bagitahu siapa), ada Hud, Sal and the gang drpd Cerpen Jumaat, dan juga menjawab beberapa persoalan mengenai Datin Maimun dan situasi Krampus drpd Kampus. Keseluruhan plot bergerak disebabkan tindakan watak utama, Iskandar. Dia yg curi buku sebab nak join geng bad boys, dia yg terlepaskan jin permintaan, dia punca tersebarnya cara-cara panggil hantu lain. Jadi dialah juga yg kena selesaikan semua masalah itu. Cerita ini juga banyak sentuh bab keluarga yg tidak sempurna dan setiap watak mempunyai cara berbeza menerima keadaan itu. Macam biasa, ada juga kisah persahabatan yg sangat menyenangkan hati. Banyak benda yg tidak dapat jangka langsung. Diakhir cerita sepertinya akan ada sambungan lagi. Jadi, mari kita tunggu apa yg akan jadi. Satu kekurangan novel ini, setiap bahagian kes hantu diakhiri dengan agak terlalu cepat. Mungkin perlu panjangkan sedikit supaya pembaca tidak terkejut. Watak kegemaran: Aunty Laura
Ensiklopedia: Ensiklopedia ini saya data melalui hadiah misteri. Jadi saya dapat versi penuh. Dalam Ensiklopedia ini terdapat tulisan rahsia yang perlu diterjemahkan sendiri dgn cara yg diberikan dr dlm novel. Gigih saya terjemahkan, tapi berbaloi. Tulisan rahsia ni memberikan lagi banyak layer kpd novelnya. Gambar pun comel dan isinya pun menarik. Hantu kegemaran: Pocong.
Kisah mengenai Iskandar, seorang remaja berusia 15 tahun. Iskandar telah menjumpai sebuah ensiklopedia benda-benda ghaib. Sejak itu, Iskandar cuba untuk merungkai segala yg tercatat dalam ensiklopedia tersebut. Iskandar secara tak sengaja melepaskan jin permintaan dari kurungan yg membawa mewujudkan pelbagai jampi dan makhluk dari dimensi yg lain telah mengganggu hidup manusia.
Bersama kawan barunya iaitu Khai, Iskandar menyelami satu-persatu jampi dalam ensiklopedia tersebut. Bagaimanakah ensiklopedia tersebut boleh ada dlm bilik pengetua Dan siapakah Reza yg dimaksudkan oleh penulis jurnal?
Buku ini aku recommend kpd sesiapa yg suka baca kisah hantu. Badut adalah salah satu entiti seram yg terdapat dlm buku ini. Aku enjoy baca kisah pengembaraan Iskandar ni, pd aku sgt menarik. Penggunaan bahasa juga agak santai dan mencuit hati.
Aku suka konsep yang digunakan dalam buku ni. More darker and deeper from trilogi. Cuma bagi aku feeling bromance masih lagi Awan pilihan hati.
Tapi idea-idea yg ditonjolkan dalam buku ni kena dengan taste aku. Hantu, benda-benda mistik. Dalam buku ni pelbagai genre yang diadunkan dan aku rasa adunan tu merupakan satu adunan yang berjaya.
Thumbs up kepada penulis! Buku ni merupakan satu perjalanan yang menyeronokkan.
as usual, karya syafiq aizat xpernah mengecewakan. so thumbs up & 4.76 🌟 for writer 👏👏👏 part plg best bile writer bawak masuk & sumbat balik a few important & main characters from previous novel. Yes! truly rasa smua ada hubung kait.. lastly, bile sampai pkataan last & noktah in last page, terus down, sbb rasa nk lagi & lagi.. hahaha.. serius aq tamak 😅 so teruskan berkarya syafiq.
Naskhah terbaik daripada Syafiq Aizat setakat ni. Sebagai orang Kuantan, Pahang aku cukup suka bila nama nama tempat kat Kuantan macam Alor Akar dan Tanjung Lumpur disebut. Oh ya, bonus buku ni disertakan sekali watak watak alam ghaib yang popular macam Anubis, Orang Minyak, Kappa dan Homunculus. Siap ada ilustrasi lagi. Buku mesti beli dan baca!
…i lost my Word. Lagi lagi sebab dah terbaca siri gram before siri ajaib semua ni. Fuh 🤯
Banyak gila layer dalam buku sekadar 330 muka surat ni. Selitan kod semua ni bukan sekadar tambah misteri, there’s a lot Easter Egg if you rajin translate sikit sikit. Author mesti spend masa banyak gila nk bagi feel tu and it’s really worth it. Sangat menjadi 5/5 !
Somehow, buku ni tk banyak kaitan dengan Kampus tapi heavily related dengan Siri Ajaib so make sure dah khatam tiga tu dulu before baca yang ini. Boleh je if nak tebuk baca je untuk feel misteri semua tu tapi impak dia maybe kurang sikit bila berkait dgn cameo karakter before before this.
World building memang tkleh deny memang mantap habislah, semua rasa solid . I need to jot down and search a lot baru boleh relate dengan semua benda yang dimention. Perasan gak, sejak buku Kampus lagi pen dengan kertas dah kena ready kat sebelah. If not banyak info boleh terlepas lalu macam tu.
Semua makhluk asing semua tu menarik - ada kait dengan folklore Melayu, ada western, japanese. But maybe sebab terfokus lebih ke World building , chara tk dapat develop dengan menarik sangat. But still okey lh, kinda rememberable - especially Mak Su. Eh Pak Su.
Samad tu, somehow terbayang Mew. Macam kucing tapi bukan kucing. Diva jelah macam kucing.
Cerita ni cool bagi aku. Cerita yang memerlukan otak untuk imagine😂 dan lebih cool lagi imaginasi tu dibantu dengan lukisan lukisan yg terang tentang hantu-hantu tu. Besides, aku tak dapat bayang betapa gempaknya budak 15 tahun boleh handle kejadian pelik dari dunia lain. Kalau aku maybe dah K.O🤣. Cumanya aku kurang suka part nak kenan faham panduan symbol, contoh #14 symbol apa. A bit confusing lah.
Apa apa pon jalan cerita yg mantap👍🏻 characters pon di-develop dengn elok. Worth to read ✨
Kisah remaja lelaki, Islandar yang terjumpa sebuah ensiklopedia benda-benda ghaib. Sejak itu dia cuba merungkai rahsia setiap entiti dalam buku tersebut.
Iskandar perlu mencari jalan dalam menyelamatkan semua orang. Ada ‘kebenaran’ yang perlu dicari.
P/: Suka sangat dengan sketch tentang entiti dalam buku ni and cara penulis menggabungkan semua entiti dalam dunia ni menjadi satu cerita.
First of all, I think the idea of this book is great, it’s fresh and the imagination of the author is really on a whole new level. He incorporates the local ghosts, such as Orang Minyak, Jin, Hantu Air, plus the cards game, secret codes and a bunch of other stuff to build up the plot and this entire book. I also like the pacing of this book, it was rather fast and it makes reading go really smooth. I also appreciate other issues that was brought up such as family issues that were faced by teenagers and how it affects them (divorced parents and living with single parent).
However, there were things like the extract of the pages of the ‘Encyclopedia’ itself somehow did not stand out for me as I stopped caring for it after several spells and spirits were mentioned. I also had issue with the sudden change of the POV in the last 100 pages or so. The two very short chapters highlighting the best friend’s perspective in between the last 100 pages, to me, was somewhat unnecessary and didn’t have any impact for the readers. Also, the author’s attempt at addressing depression was somehow lack of depth for me? Like it was really on the surface and I know that Khai might have depression based on the way he acts but was it enough? Also, there was this one part, whereby a dialogue was used to address this issue and honestly, it has been used too often by the public, if only it were done more thoroughly and was consistently mentioned along the book, it would have a better impact, in my opinion.
In the first 100 pages, I didn’t really know who is who and when names were mentioned, I was like, who’s this? But after that, the characters were addressed with more focused and I got to know them more clearly. I like how each of them carried different personalities and how their actions and characteristics contribute to the plot. The whole story was very eventful and packed with actions and a lot was going on in the book. This aspect is indeed good but there were certain things that I feel could be cut short and then maybe more could be added to other more significant scenes so that it could have more depth and explained thoroughly. I love cliffhangers but this cliffhanger though, it didn’t get me too hyped up honestly.
BEST! Ambik masa sehari je untuk habiskan buku ni. Totally my cup of tea! Rasanya kalau nak repeat baca balik buku ni in the future pon memang takkan bosan. Satu benda je yang mengecewakan sikit pasal cerita ni.. kenapa last sekali Lana pilih ketua pelajar as boyfriend dia? Sobsss 😢
[Sinopsis] Iskandar baru berpindah ke sekolah baru dan salah sebab utama dia berpindah adalah untuk mendapat kawan baru. Salah satu cara paling cepat untuk mendapat kawan adalah dengan menjadi ‘bad boy’ sekolah dan demi mendapatkan pengktirafan ‘bad boy’ dari Khai dan kawan kawan, dia sahut cabaran masuk ke bilik pengetua untuk ambil buku Khai yang dirampas namun sebaliknya terjadi bila buku yang diambil adalah sebuah jurnal hitam berjudul “Ensiklopedia Benda-benda Ghaib”.
Bermula dengan Iskandar tak sengaja melepaskan Jin Permintaan dari kurungan membawa kepada pelbagai jampi dan makhluk-makhluk dari dimensi lain yang mengganggu hidup manusia di Kuantan. Satu demi satu jampi Iskandar selami, merungkai misteri jurnal tersebut bersama kawan barunya, Khai.
Bagaimana jurnal itu boleh berada di bilik pengetua? Siapa Reza yang dikatakan penulis buku tersebut? Adakah Khai ikhlas berkawan dengan Iskandar atau ada udang di sebalik batu?
[Review]
Bila kita tutup buku ni and look at the cover, how can I miss that? The clue was so well written on the cover and relatable! Wah, baca buku ni buat kita fikir, how will I write the review later on, but ok I’ll try. Let’s get started.
First 100 pages for me a bit bland, deep down macam “hm biasa je pasal a boy and a mystery book”. Im glad kita teruskan baca sebab masuk page 120+ wah lain ye, kita fikir kita tahu semua but im totally wrong 😮💨 The illustrations in this book kita rasa lebih 20 so it makes your imagination went wild tambah tambah bila Iskandar cakap dia asyik rasa diperhatikan, kita yang membaca malam malam ni pun naik takut nak baca sorang sorang and minta adik kita teman 🤣
Baca Entiti ni ingatkan kita hanya tonton Iskandar selesaikan misteri je tapi bila lama lama baca rasa inclusive, macam kita sama sama selesaikan misteri “eh apa ni what happen actually?”, I’d recommend you to get sticky notes untuk conteng conteng and decode all the mystery codes in the book! Sama sama jadi detektif dengan Iskandar and Khai 😝
Ada few references dengan Ajaib Trilogi & Krampus, which I recommend you to read in this sequence Ajaib-Awan-Aksara-Krampus to get the most experience out of this novel. I did and that yes, the best decision indeed!
[Rekomendasi] Sesuai untuk siapa yang suka cerita hantu, misteri and sedikit sci-fi. If you are not a visual person, pun bolehhh baca sebab illustrations dia banyak gila, buku ni buat rasa inclusive betul macam kita sama sama join the adventure I swear.
🌟🌟🌟🌟🌟/5 ————— Well done penulis! Syafiq Aizat definitely in my list of favourite author now, keluarkan je buku apapun pasti beli inshaaAllah. 😍 Keep it up! ✨
Aku terlupa nak baca Kampus sebelum baca entiti, punya lama aku tak baca karya si syafiq ni. Aku jadi macam seronok baca penulisannya, menggamit memori zaman sekolah. Penulisan yang lancar, rasa macam kau baca kisah masa kau sekolah dulu, rasa macam tak stress baca, ye menjadi budak sekolah kan best? Dunia orang dewasa ni sangat menekan diri, jadi bila aku baca buku ni, macam an escape ke dunia penuh excitement sebab budak sekolah ni kan beraninya lain macam kan?
Macam biasa, karya syafiq aizat akan berkisah tentang budak yang ada gifted, 6th sense, atau berhubung dengan makhluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar. Aku suka idea tentang buku ensiklopedia benda benda ghaib yang dijumpai Iskandar, macam kau tumpang membaca cara watak utama memanggil makhluk ghaib ni, tapi terlihat bijak bila kau tak boleh cuba sendiri sebab simbol yang diperlukan untuk menyeru itu digambarkan dalam bentuk gambar polaroid, jadi kau macam geram je sebab tak dapat tau simbol apa yang diguna sebenarnya.
Tak sempat nak bosan, satu satu makhluk keluar dan Iskandar akan cuba mengalahkan makhluk tu, sebab kalau tak, bumi Kuantan mungkin huru hara. Oh ye kejadian berkisar disekitar bandar Kuantan. Budak 15 tahun ni kira sangat berani melawan makhluk yang mungkin membahayakam diri, kalau aku, aku surrender awal sebab aku memang penakut. Buku ni akan peningkan kau dengan kewujudan alam alam yang kita tak biasa dengar, jadi baca betul betul baru paham. Tapi bila kau dah habis baca, rasa seronok menguasai diri sebab baru sudah baca karya yang menarik dan mencabar minda macam ni.