Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kahwin Paksa Ke?

Rate this book
Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever After

Itu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan dengan jalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak. Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!

Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapan mata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyo a.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi suka pula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya.

“Nak pergi mana?” – Ariq

“Pergi ke hati awak.” – Dian

Bagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnya menghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi… kalau sudah berjodoh memang takkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkan mereka bersatu juga akhirnya.

“Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, saya akan paksa awak sampai awak jatuh cinta …” – Dian

Jalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mula merancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar ada hati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai ‘happily ever after’, datang pula pelbagai dugaan dan cabaran.

“Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegeh sangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya.” – Dian

“Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?” – Ariq

Masihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwin paksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang Kahwin Paksa?

Paperback

First published January 1, 2018

7 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Yumi Hyra

19 books94 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (35%)
4 stars
34 (52%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
November 14, 2022
Dian Eryna, suka berangan? normal kan, tapi ni dia selalu berangan nak jadi heroin macam dalam novel, kena kahwin paksa + gaduh-gaduh ngade = happy ever after😂 (Ad pernah ye berangan macam ni HAHAHAHH GATAL) tak sangka ye dream Dian jadi real bila ayah Dian nak Dian kahwin dengan pilihan ayah dia. Dian dah excited, tapi jalan cerita novel Dian half way sebab si lelaki 'reject' Dian walaupun dia tak jumpa or kenal Dian lagi tau😂

Ariq Huzair, abang F1👀 oh my myy saya tak kuad🤭 waktu hari Ariq nak race, gadis litar yg sepatutnya ada dengan Ariq tak datang jadi kawan Dian minta dia gantikan. Bila Dian tahu siapa nama yg dia kena temankan tu nervous member sebab Ariqlah calon suami kahwin paksa dia😲

"𝐁𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐢𝐧 𝐟𝐮𝐥𝐥. 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥 𝐁𝐢𝐛𝐬 𝐣𝐞"

Ad sumpah tak boleh stop gelak dengan semua dialog Dian, dia bukan typical girl yg ayu, sopan tau, tapi dia jenis selamba, happy go lucky, tak malu, Ad suka gila character Dian😍 then apa lagi? ni lah chances Dian nak kenakan Ariq😏 ishh nakal gila Dian, yg lelaki blushing teruk tau😆How dorang boleh kahwin? something jadi kat 'socmed' buatkan dorang dua kena kahwin. After kahwin pun, Dian still with mission nak goda Ariq sampai fall in love dengan dia😉brutal gila Dian buat Ariq malu banyak, but once abang F1 ni start kacau haa awal2 surrender dh Dian ni sebab kalah🙈

"𝐢 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐭𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐜𝐢𝐧𝐞𝐬, 𝐃𝐢𝐝𝐢. 𝐈 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮."

"𝐢 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐨 𝐛𝐮𝐬𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮."

bahagia Dian & Ariq, rupanya ada yg cemburu & terluka😟haih ujian untuk rumahtangga Dian Ariq☹️apa jadi? siapa cemburu? success tak mission Dian?😎baca leer😋

Overall, masyaAllah Ad lurve😍 sebab rom + com🥰 dah lama sangat tak baca buku yg dialog dia banyak kelakar🤣 chemistry Dian & Ariq *chef kiss*😘very light bagi Ad, comel, sweet, fun😙 baca baca beli🙆🏻‍♀️🫶🏻 jap last fav quotes from dis book🤍

"𝐛𝐞𝐬𝐭 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐚𝐥𝐥 𝐢𝐧 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐨𝐬𝐭 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐚𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐬𝐭 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐭𝐢𝐦𝐞."
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
June 15, 2023
Okey, yang ini first novel yang saya baca dari penulis. Sangat2 lah kena dengan jiwa saya ni. I'm officially your fan now. Tepuk tangan. Yeay!!!

Kahwin pakse ke? Tak lah. Sebab si Ariq ni terlebih dahulu jatuh cinta dengan Dian aka my Didi. Tapi mana lah Ariq ni mudah-mudah je nak tunjukkan perasaan dia pada Dian. Kena ketuk sikit baru nak pandai luahkan perasaan dekat Didi.

"Kalau sayang, kena cakap Bos."

Dian Eryna. Gadis selamba dan suka sangat mengusik apek poyo aka apek handsome ni. Kasihan jugak sebab kadang-kadang macam Dian yang terhegeh-hegeh sangat dekat Ariq. Lama-lama Dian pun rasa malu dengan diri sendiri.

Aliff dan Ariq. Suka buat aksi renung-merenung. Yang sampai ke sudah Dian tak tahu pun semua tu disebabkan dia. Haha.

Dah habis baca patah balik baca prolog. Sweet nye.

Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 7, 2023
Enemies to Lovers trope lovers where you at?

The book is actually entertaining, but I think the push and pull, the pranks feel a little too forced.

I like the comedy element in this book. Dian always likes to imagine she's the novel heroine and she has lots of scenarios going on in her head haha.

As much as I root for our smexy Ariq - Aliff, my man. He deserves to be happy too. And I wish he has his own book mweheheheh
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
November 23, 2021
comel dian ni. dengan skuter merah putihnya, dia ke sana sini termasuk ke kedai dia. didi, nama panggilan. kawan baik pula dengan nana dan aliff. didi and friends! hahaha...

berjumpa dengan calon jodoh tak jadinya, ariq di litar lumba. awal dulu ayah masing-masing nak jodohkan mereka berdua tapi ariq tolak. dan bila pertama kali bertemu dengan bibah a.k.a. dian, ariq rasakan bertemu dengan gadis itu sangat mengujakan.

ha... sebab dian ni hebat sangat memanjat sampai jatuh timpa ariq hingga menyebabkan tangan lelaki tu terkehel, sebagai denda dian kena jadi pa ariq. banyak sungguh adegan yang mampu buat pembaca senyum dan gelak sorang-sorang.

dan kemudian secara tak sengaja, dengan drama yang berlaku, tiba-tiba mereka perlu berkahwin! ha... misi dian best. dia nak buat ariq jatuh cinta. tapi dia tak tau ariq dan aliff berebutkan dia atas alasan yang sama. lurus dian ni. dia sukar nampak perkara di sebaliknya.

anatagonis anak bawang tu ada. tapi watak hazel ni boleh jentik saja. banyak ikut telunjuk mak dia. hazel ni contoh anak yang dirosakkan oleh mak sendiri. terlalu dimanja dan diikutkan telunjuknya. sampai tahap tak boleh langsung terima penolakan. yang dia tahu, semua dia nak akan jadi milik dia. senget.

penulis comel molek Yumi Hyra macam biasa, tahu bagaimana nak jentik perasaan pembaca untuk lalui pelbagai emosi. tapi sama macam penulis, kisah beliau sentiasa ceria. seronok baca dari awal hingga habis kisah.

kahwin ni paksa atau tak, kalau lorongnya menunju puncak bahagia, kenapa nak disekat-sekat. lainlah kalau menuju lembah derita. dari awal jangan jejak garis mula.

tapi, takdir. mana kita tahu, kan?
Profile Image for NA.
96 reviews3 followers
June 13, 2023
3.5⭐

Alhamdulilah, habis sudah saya baca dan ni first time saya baca novel from this author. Cerita ini mengisahkan tentang Dian Eryna atau nama manjanya Didi seorang Instafamous yang mempunyai kedai hadiah yang bernama 'Suprises Inside'. Dian Eryna telah dipaksa kahwin oleh ayahnya dengan seorang F1 racer iaitu, Ariq Huzair aka Apek Poyo. Namun begitu, perkahwinan itu tidak dapat berlangsung kerana Ariq Huzair reject Dian as calon isteri. 3 tahun kemudiannya, Dian bertemu kembali dengan Ariq Huzair ketika Dian terpaksa menjadi gadis litar untuk Ariq Huzair atas paksaan kawan Dian iaitu Kawai bagi perlumbaan F1 di Sepang. So, if korang nak tahu bagaimana first meeting mereka selepas 3 tahun, korang kenalah baca novel ni.

Apa yang saya rasa about this novel, jalan cerita dia sangat menarik dan bukan tipikal kahwin paksa punya romance. Ketika saya baca novel ni, auto teringat kdrama 'A Business Proposal'. Memang asyik gelak dan tersengih je dengan perangai sengal Dian yang suka menyakat Ariq Huzair. Nak2 bila PA si Ariq itu pun turut sama tumpang sekaki bila Dian menyakat Ariq😂. Apa yang saya kurang pasal novel ni adalah disebabkan saya rasa annoyed dengan sikap Dian ketika gambar Dian yang ditangkap oleh mamat miang itu, Ya Allah memang rasa nak maki Dian time tu. Apalah function Ariq jadi laki kau. Mujurlah Ariq nampak gambar itu disebabkan perangai Dian yang suka meletak barang merata-rata tempat... kalau tidak naya je. Overall, I had fun reading this novel.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
July 29, 2018
Kartoon, Comel, Lucu, Ceria, Poyo, Cinta, Sayang, Kelakar.... semua saya suka hahaha. I love it!
Profile Image for amirah sofia.
8 reviews
August 26, 2023
Ingat perangai Jiyan dah terpaling "ngok ngek". Rupanya Dian lagi ngok ngek 😂.

Bermula dengan "kahwin paksa" tapi kena reject lah pulak dengan apek poyo ni. Maka terlahirlah "kahwin paksa luar biasa". Serius cakap story ni best + lawak gila. Si Dian ni gila² betul, cakap pun asal boleh je *penat hamba tahan gelak baca dlm bas. Dia punya ayat flirt org mengalahkan laki, kita lak yg malu² 😌. Scene nikah mmg unforgettable haha rare betul depa ni. Goodluck lah apek poyo ni nak layan peel si Dian a.k.a Didi. Siap ada group whatsApp didi and friends sumpah cute (╥﹏╥). Susah nak nmpk Ariq ni ckp sweet² sbb bak kata dia "action speak louder than words" #ytjt👀

Jalan cerita yang ringan dan tak berat, sesuai untuk mereka yang tak minat pain atau plot twist yg buat pusing otak. personally saya jrg baca light romance tapi yang ni mmg boleh "masuk" dengan jiwa saya. Oh tapi still ada ayat yang buat diri ini sengih non stop. Ayat nya ialah..

"Kenapa lah you selalu lupa yang I memang sayangkan you. Cintakan you."

*Okey apek you boleh stop, diri ini dah tak sanggup 😔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 26, 2024
Cerita ni sangat santai eh hahahaha awal tu macam slow sikit tapi dah sampai tengah laju jeee so best. Conflict ni tak buat kita rasa macam haa habislah salah faham ke apa ke, like santai je sebab the truth revealed cepat gila. plus chemistry ariq and dian ni kuat, kelakar. tak annoying pun. baru best nak baca kahwin paksa gini, takdelah asyik nak berkontrak la pisah katil la. ni kahwin paksa sampai jatuh cinta. no turn back, early disclaimer hehehe
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
August 14, 2018
Its full of laughter..mmg gelak je la baca buku ni...mcm baca buku aidil+fitri jugak. Konflik x terlalu berat. Cuma geram dgn si ariq. Samada dia mmg naif, atau langsung x reti nk amik hati si dian. Nasib baik dian jenis happy go lucky.
.
.
Worth to read untuk menghilangkan stress...
Profile Image for Am. Han.
106 reviews1 follower
December 29, 2022
Abah Didi dengan Dato' Azhar nak kahwinkan Didi dengan apek poyo aka Ariq Huzair tapi Ariq taknak.

Didi punya rasa berangan nak jadi heroin dalam cerita kahwin paksa abah dia ni. Tiba-tiba lepas 3 tahun, Didi dengan apek ni berjumpa empat mata. Baru lah time ni apek ni nak berkenalan dengan Bibs short form Bibah ni sebab Ariq kata 'she's interesting"

Tapi mereka ni kena paksa kahwin ke?

"Jangan nak poyo sangat

"Ala, awak pun poyo. Apa salahnya saya pun poyo. We will make a great poya couple,
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.