Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awak Suka Saya Tak? #2

Awak Suka Saya Tak? 2

Rate this book
Sayang sayang sayang sayang sangat-sangat ~ HILMAN YONG

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?"

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Untunglah Hilman memiliki seorang insan berjiwa bidadari. Intan yang sentiasa meniupkan semangat kepada apek hensemnya.

Jika dunia ini masih punya sedetik lagi masa... saya akan minta dengan Allah masa yang sedetik itu... untuk bersama awak, Hilmanku ~ INTAN YONG

Manusia terlalu banyak sangkaan sehingga menimbulkan kebencian dan mencipta permusuhan ~ HILMAN YONG

Everyone has an addiction... mine happens to be you ~ DAMIEN YONG

Dengan kasih sayang ALLAH, tiada yang mustahil

850 pages, Paperback

First published May 15, 2018

15 people are currently reading
299 people want to read

About the author

Melur Jelita

10 books427 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (54%)
4 stars
21 (20%)
3 stars
13 (12%)
2 stars
10 (9%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
890 reviews85 followers
April 19, 2020
[48-2020]

#AwakSukaSayaTak2 #MelurJelita #StayAtHome

Terlebih dahulu al-Fatihah buat arwah penulis. Moga ditempatkan dalam kalangan insan yang dirahmati Illahi. Ini nukilan terakhir daripada penulis. Ramai tidak menyangka saya kira dengan kemunculan ini memandangkan novel sebelum ini, sekuelnya akan muncul setahun selepas itu. Berbanding ASST yang mengambil masa lebih kurang 5 tahun.

Jadinya, secara jujur saya sudah lupa bagaimana gerak cerita novel pertama secara lengkapnya. Namun, itu tidak menggusarkan kerana tulisan penulis untuk novel ini tidak merumitkan. Secara keseluruhannya, novel ASST2 ini menarik bagi saya. Penulis menceritakan tentang kisah cinta Intan dan Hilman berpuasa di Makkah dan Madinah dengan teliti menjadikan babak itu seperti 'hidup'. Cumanya, dialog sweet yang digunakan bagi saya tidak kena. Itu saja.

p/s:- Menantikan karya Mikayla 2 yang katanya bakal diterbitkan kelak!
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
February 5, 2019
#16-2019

Karya terakhir dari Melur Jelita ini sangat menghiburkan. Hilman dalam Awak Suka Saya Tak? tidak sama dengan Hilman dalam ASST 2. Hilman kali ini lebih nakal dan suka melawak. Mungkin dah terjangkit dengan perangai loklaq Intan. Hahahaha. Cumanya perasaan membaca buku ini seperti terbantut. Tersekat-sekat kalau tengah bernafas. Flow ceritanya terputus-putus. Seolah-olah sebuah snippets yang dikompilasikan menjadi sebuah buku. Tengah rancak membaca tetiba masuk selingan babak lain pulak. Sedikit mengelirukan tapi masih berjaya membuat saya menghabiskan karya ini.
Profile Image for Reen❣.
6 reviews1 follower
August 5, 2021
Awak suka saya tak? Buku nombor 2 best👍. Karya arwah Melur Jelita yang ni best sbb ada jalan cerita pergi umrah masa Ramadhan. Subhanallah, rindu dkt Baitullah terubat dan mengebu tika itu. Penulisan novel utk remaja, sesuai pendedahan ilmu agama secara tidak langsung.

Mungkin arwah nak sambung lagi cerita. Part Alan dgn Cherish still lagi tergantung, sbb part Alan sembam Cherish dalam tub.
Part Cherish yg nak bgthu dkt Intan
Part Cik Lily dgn Cik Farah mcm ada rasakan sifat baik hilman akan ada org salah guna. Part Damien yg agresif.

Part yang Hilman ceritakan tentang Damien, hanya suku sahaja yang sejarah silam disimpan lagi. Part mommy Hilman mau revert in Islam, mcm tergantung diakhir bab. Bersangka baik dgn karya Arwah, mungkin arwah ada draf utk panjangkan lagi cerita Awak Suka Saya Tak?, takde rezeki.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 25, 2019
Done asst 2.
Dengan ketebalan 800++ ms. Huh. Makan masa nak habiskan. Sibuk dengan PRU kan. Hahaha. 😅😅😅

Asst dua kisah sambungan hilman yong dan intan selepas mereka berkahwin. Kali ni penulis membuat pecahan pov. Dalam asst dua, kisahkan bagaimana pasangan ini menyesuaikan diri dalam hidup berumah tangga, penerimaan mummy dan daddy hilman terhadap menantu mereka. Dugaan demi dugaan mereka tempuh. Antaranya, intan beberapa kali mengalami keguguran, didesak mertua untuk cepat2 melahirkan pewaris yong.

Siapa peminat mereka berdua boleh dapatkan novel ni. Kisah mereka berdua pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2012. Hihi.. Adios
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
June 17, 2020
Rindu nak baca karya Arwah Melur Jelita
Alfatihah
Profile Image for Shahirah Adnan.
30 reviews6 followers
June 26, 2023
Very cringe. I couldn't even finish the whole book. ASST 1 has lots of input and knowledge about variety of topics but ASST 2 is more towards family i guess? I should manage my expectation
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 31, 2021
Sambungan kisah Hilman dan Intan. Kalini dalam ikatan perkahwinan. Intan yang didesak dengan soalan pregnancy oleh ibu mertua. Kesedihan dia dua kali keguguran. Kisah bulan madu mereka di Mekah. Sangat indah...
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.