Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Bermimpi Bulan

Rate this book
" Aku sentiasa muncul dalam mimpinya. Dalam mimpi itu, kami sentiasa bersama. Apabila aku melihatnya seperti kanak-kanak yang naif, aku ketawa melihat kerenahnya tanpa sebab. Ikutkan hatiku, ingin sahaja aku menyatakan rasa cintaku kepadanya. Sayangnya apabila pagi muncul, dia takkan ingat apa yang berlaku. Aku khuatir yang dia akan melupakanku juga."
-ISLAM

"Terkadang, aku memikirkannya pada malam itu. Aku takut dia akan tahu perasaanku, jadi aku tutup pintu hatiku. Apakah dia ingat saat bulan menyanyi dan memberkati kami? Dari banyak bintang di sana, bulan itu sangat besar dan terang. Ia selalu berada di tempat yang sama tetapi saat aku cuba mendengarkannya lagi, aku tidak boleh mendengar lagi. Namun ia tetap melodi yang berharga buatku - melodi cahaya bulan yang tidak dilupakan."
-HANNAH

311 pages, Paperback

First published January 1, 2018

4 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Tiffirah

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (29%)
4 stars
6 (35%)
3 stars
4 (23%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
April 17, 2020
[47-2020]

#SelamatBermimpiBulan #Tiffirah #StayAtHome

Novelnya tipis sahaja lebih kurang 300+ halaman. Tapi, padat dengan informasi berkaitan agama Islam. Plot penceritaan penulis juga tidak seperti kebanyakan novel lain. Kiranya idea penulis ini 'segar'. Secara keseluruhannya, novel ini bagi saya menarik. Cumanya, ada ruang untuk ditambah baik untuk novel akan datang. Usaha penulis menghasilkan karya ini sangat saya kagumi!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 25, 2019
[BOOK 138]

Selamat Bermimpi Bulan by Tiffirah.
.

Okay, ni ialah penyambung legasi arwah Melur Jelita, antara penulis favourite aku.
.

Sebelum baca buku ni, aku macam, alaaa...kenapa buku ni nipis je? Nanti tak puas baca. Well, biasanya kalau baca buku MJ, kalau tak gedebuk jatuh atas muka, memang peliklah. Sebab bukunya tebal giler. Pastu, bila tengok cover, cantiknya warna biru. Rasa ala-ala romance gitu. So, aku curious ni cerita tentang apa.
.

Pastu, bila dah baca, ohh, buku ni kisah berat sebenarnya. Tentang Islam.
.

Ceritanya, Hannah ni bisu. Dia hidup dengan ayahnya berdua sahaja. Dan dia sering dipulaukan oleh kawan-kawannya. Kemuncaknya ialah bila manuskripnya diciplak oleh kawan baiknya sendiri. Masa tu lah, Hannah ni diganggu oleh roh jahat. Kira macam dark side of Hannah la. Mujurlah kawan Islam ni tolong. (Ampun, dah lama sebenarnya baca buku ni. Aku dah lupa nama watak lain selain Hannah dan Islam je).
.

Haaa...lepas tu, Hannah dibawa mengembara ke dunia Islam. Di sana lah, Hannah lebih mengenali tentang Islam dan kawan-kawannya.
.

Okay, aku sebenarnya tak reti nak describe buku ni. Rasa macam something lacking, tapi tak tahu apa. And honestly, buku ni berat sebab berkisarkan tentang perjuangan Islam sejak dulu sampailah sekarang. So, lovey dovey tu takde sangat.
.

Maybe I was expecting something more dramatic and adventurous kot. This book was generally okay. I got the message tentang perjuangan Islam and all. Tapi maybe emosi tu kurang. Buku ni macam ala-ala fantasi pun ada. Sebab Hannah ni bisu. Tapi bila kat dunia Islam, dia boleh bercakap. Dan dia macam takde rasa cuak ke, terkejut ke, bila dia dibawa ke dunia entah mana-mana nih. Dan bila kenal Islam yang sentiasa hidup, tak pernah mati ni sejak kewujudan Islam zaman dulukala lagi.
.

Tapi nampak la perkembangan cerita bila dah masuk part mereka terpaksa berpisah.
.

InsyaAllah, satu hari nanti, plannya nak baca jugak kisah Tuah dan Teja.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
September 16, 2023
Cerita yang membawa kisah buli, plagiat, dan permasalahan sejagat yang didepani oleh watak-watak di dalamnya.

Watak utamanya, seorang gadis bernama Hannah, berusia 16 tahun, yang berdepan dengan rakan-rakan sekolah, malah guru yang tidak punya empati. Dia yang bisu sering diejek dan diperlekeh keupayaannya.

Dicuri manuskripnya. Dibuli di alam siber ketika mempertahan karya. Dikhianati sahabat sendiri yang amat dipercayai.

Hannah juga seorang yang mengalami sindrom Sleeping Beauty. Tidur melebihi 48 jam dan mengembara di alam mimpi.

Sewaktu dia kemalangan dan koma berbulan lamanya, dia sesat ke alam yang satu lagi. Bertemu dengan seorang watak bernama Islam, seorang pemerintah kerajaan di alam mimpinya.

Islam yang sempurna dari segala aspek. Rupa paras, fizikal dan pembawakan diri sebagai pemimpin yang memperjuang agama.

Cerita ini dilihat dari dua sudut. Apabila kita menghayati dialog-dialognya, kita seakan disentap rasa.

Sewaktu penulis menerangkan watak Islam yang sempurna daripada kaca mata watak Hannah, kita sebagai pembaca akan melihatnya bukan hanya sebagai watak, sebaliknya sebagai agama!
.
Islam yang sempurna.
.
Islam yang menyamankan ketika ia di sisi menemani.
.
Islam dalam fizikal seorang lelaki.
.
Islam sebagai agama yang dianuti.
.
Jika di dunia realiti, Hannah dibuli, di dunia mimpi, Islam menemani. Malah, ada watak Iman dan Syara.

Ketika Islam diculik, dialog si penculik membuatkan kita tersentak seketika,

"Kenapa aku tak culik Iman daripada Islam?"

Cerita ini, menginsafkan betapa kita memuja kesempurnaan ciptaan Tuhan pada makhluk tetapi melupakan kesempurnaan pada ciptaan agama.

Nota:

Jika nak dapatkan diskaun 10%, boleh masukkan kod voucher SAMILA10 sewaktu membuat pembelian.

Ulasan dalam bentuk video ada di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.
.
@anggunmelor.official
@tiffirah
.
#selamatbermimpibulan
#tiffirah
#anggunmelor
#ulasanbuku
#booktubemy
#booktubemalaysia
#norsamilasamsudin
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
September 28, 2024
📚 𝚂𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝 𝙱𝚎𝚛𝚖𝚒𝚖𝚙𝚒 𝙱𝚞𝚕𝚊𝚗
🖋️ 𝚃𝚒𝚏𝚏𝚒𝚛𝚊𝚑

“𝘈𝘬𝘶 𝘬𝘩𝘶𝘢𝘵𝘪𝘳 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘫𝘶𝘨𝘢.”
“𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘬.”

-

Impiannya menjadi mimpi ngeri saat karya miliknya diciplak sahabat sendiri. Hannah, gadis bisu yang dunianya kelam semenjak dari itu. Tiada lagi sokongan, malah yang diterima hanya hinaan.

Pelbagai peristiwa berlaku membuatkan Hannah selesa berada di alam mimpi. Sebuah kejadian membawa Hannah ke dunia Islam. Siapa Islam?
-

Jalan cerita yang unik dan menarik. Sejujurnya, idea yang ditulis sangat baik. Kisah tentang realiti dan mimpi. Turut diselitkan perihal agama biarpun latar belakangnya adalah sebuah kisah fantasi.

Aku sukakan watak Islam. Islam sebagai sebuah agama. Islam sebagai seorang lelaki. Islam sebagai penunjuk arah. Cukup bijak bagaimana penulis mengaitkan unsur-unsur islam di dalam cerita ini. Buktinya, penggunaan nama watak Islam, Iman dan Syara’.

Tapi, buku ini sejujurnya agak berat. Perlu difahami ikut mata hati. Jika dilihat, penuh dengan makna-makna tersirat. Penuh dengan nasihat. Lihat sahaja pada isu yang disentuh. LGBT, Islamophobia, plagiat dan sebagainya.

Oh, part paling terkedu adalah sewaktu Islam diculik oleh sisi jahat Hannah. Dialognya, “Kenapa aku tak culik Islam dari Iman?” MasyaAllah, tersentap seketika.

Aku menantikan sambungan kisah ini kerana penutupnya membuatkan aku tertanya-tanya dengan apa yang berlaku pada Islam. Hanya sekadar berhenti di situ, atau kisah mereka akan disambung. Apa-apa pun, tahniah untuk penulis. Idea yang baik, namun penceritaan di bahagian fantasinya perlu digilap lebih sedikit supaya pembaca boleh turut sama dibaaa ke alam sana.
Profile Image for the faerie book.
11 reviews
September 14, 2023
Buku ini mengisahkan tentang Hannah seorang pelajar sekolah menengah yang berbakat dalam bidang penulisan novel. Dalam usia yang muda, dah banyak novel yang diterbit. Nak dijadikan cerita, kawan Hannah , Nursya mencuri dan menciplak karya Hannah dan yang lagi sakitkan hati, bila novel yang diciplak tu mendapat sambutan ramai. Semangat Hannah makin hari makin hilang tambah pula dia bisu. Nak pergi marah si Nursya ni pun jadi tak puas. Satu hari, Hannah kemalangan dan tidak sedarkan diri.

Dalam buku ni, penulis menceritakan bagaimana Hannah masuk ke dalam dunia yang lain dimana Islam, Iman dan Syara’ merupakan orang. Bermulalah pengembaraan Hannah di dunia yang baru ni yang bagaikan semuanya indah belaka. Lagi seronok dari dunia lamanya yang semua orang pulaukan Hannah.

Buku ni tak tebal, cuma 311 muka surat sahaja tapi padat tentang agama Islam. Senang faham dan fast-paced lagi. Buku ni untuk sesiapa yang rasa down hari-hari sebab hidup dia rasa tak bergerak, tak seronok, rasa patah semangat dan nak hadap hari esok pun malas, bacalah buku ni. Untuk yang dalam proses mengarang untuk menulis buku atau cerita dan sedang dalam writer block, buku ini lagi sesuai untuk kalian.

Bagi saya, saya puas baca, sebab buku ni bagaikan penampar untuk saya sedar sebenarnya banyak nikmat yang Allah bagi saya sia-siakan. Terima kasih Anggun Melur untuk buku ni.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
June 30, 2020
Plot penceritaan yang unik dan menarik.. Sha suka hasil karya beliau walaupun baru pertama kali membaca.. Membawa tema mengenai Islam dalam penceritaan memang menarik..
Olahan yang ala fantasi tapi ada isinya.. Cuma masih ada yang perlu ditambah baik..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.