Peristiwa hitam yang menimpa Iris telah mengubah segala-galanya. Rahsia yang disimpan rapi selama ini oleh neneknya, Seruni kini terbongkar. Kematian Rizal masih belum terjawab. Sepuluh tahun berlalu, Iris bertemu semula dengan mereka yang pernah muncul dalam hidupnya dan mempunyai kaitan dengan neneknya selama ini.
“Jadi, kau betul-betul terima semua yang ditinggalkan Atuk Indra?” “Mestilah aku terima!” Usai berkata-kata Balqis terasa hembusan angin lembut di belakang lehernya.
3/5 ⭐️ A bit boring because the storylines were just basic. There were some murders involved with mystic. The story does remind me of I spit on Your Grave a little bit. Overall, it's okay to give a shot. Fast read as well.
Satu-satunya buku yang buat saya terpanggil untuk tuliskan review. Bacaan sebelum ni biasanya saya akan tinggalkan rating sahaja tanpa mengulas lanjut. Tapi Mangsa ni, deserve this review. Dan juga memandangkan tak banyak review untuk Mangsa disini, harapnya dapat membantu yang sedang berkira-kira untuk meneruskan pembelian.
PSA: Ini bacaan pertama saya daripada penulis, sebaik sahaja saya habiskan bacaan terus rasa berminat nak baca Orang Gaji daripada penulis yang sama. Dah cari di merata tempat tapi tak jumpa. Kalau ada yang tahu dimana saya boleh dapatkan Orang Gaji tulisan Daisy Zahra, tolong beritahu ya.
Awal penceritaan disajikan dengan watak-watak pelajar universiti yang berbeza taraf. Rasanya agak cliche lah tentang tindasan yang berlaku. Kehidupan watak utama bersama neneknya dan ‘sesuatu’ juga adalah perkara yang boleh dijangka.
Tapi plot berkembang dengan sangat menarik. Bermula dengan tragedi pertama yang menimpa Iris, membawa ke tragedi kedua dan yang mengubah Iris. Plot diteruskan dengan beberapa tahun kehadapan dan banyak kejutan serta twist yang memang tak disangka.
Selepas selesai dengan buku ni saya terus yakin untuk tinggalkan review disini sebab plotnya yang berkembang menarik dan tidak cliche. Nak komen mengenai teknik penulisan memang bukan bidang lah. Apa pun buku ini memang patut dibaca dan sekarang harganya murah sahaja di official Shopee penerbit.
Suka, suka!!! Agaknya saya sudah semakin serasi dengan gaya penulisan DZ :) Bagi saya secara peribadi, karya2 penulis ni tak pernah menghampakan. Membaca Mangsa, mengingatkan saya kepada watak Femme Fatale, watak heroin yang tak lemah (ada kalanya dia begitu) & watak wanita yang boleh menggoda & berbahaya, I like!!
Mangsa mengenai Iris, yang pada mulanya polos & baik yang kemudiannya berubah selepas berlaku satu kejadian. Sejak itu, dia menjadi seorang yang pendendam. Gabungan kisah moden dan unsur2 mistik dalam novel ni, saya suka. Tak bosan dan tak terasa masa cepat berlalu bila baca naskah ni. Kisah Nek Seruni, oh my... memang seram!
Love the twist yang ada dalam kisah ni, tapi how I wish kalau ending dia a little bit different, hihi... whatever it is, you did a good job writer. Thumbs up!
Buku kedua hasil daripada Daisy Zahra yang saya baca. Mula mula mcm biasa je jalan ceritanya. Tapi plotnya semakin menarik. Bermula waktu Rizal dtg kerumah, semuanya berubah. Cara Iris balas dendam pon sgt memuaskan. Memang bagus. Sebab tak suka cerita yang nak balas dendam tapi akhirnya memaafkan musuh. Tapi novel mangsa ni lain. Tu yang suka tu.