Seorang gadis bingung. Bingung sama ada mahu menerima atau terus membenci ayahnya sendiri.
Seorang ayah yang 15 tahun merengkok di penjara kerana satu pertuduhan. Hakikatnya ada 1001 dosa lagi yang dia lakukan dalam keluarga, termasuklah meratah anak sendiri. Patutkah ayah begini diterima? Konflik dalamannya bertambah berat apabila melihat ayahnya tidak berubah. Dia bebas dari penjara namun masih terkurung dalam sangkar dendam dan kemarahan.
Jika lelaki ini seorang suami, mungkin gadis ini memilih untuk bercerai sahaja. Namun, dia adalah ayah. Hubungan darah membuatkan gadis ini semakin bingung, membiarkan saja atau menghulurkan dakwah.
“Jika Apak terus begini, bagaimana agaknya nanti cara Apak mati?”
“Setiap hamba akan dibangkitkan sebagaimana keadaan dia mati” (Riwayat Imam Muslim)
Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.
Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.
Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
1. Trigger warning for this book: child abuse, child neglect, rape, pedophilia.
Drpd trigger warning, nmpk cam dahsyat sngt buku ni. Tp tak. Tulisan yg santai. Fokus pd sakarat aka kematian, melalui kaca mata seorang pelajar tahfiz.
2. Kematian kita menggambarkan kehidupan kita. Jika kita ingin mati dlm keadaan mulia, sewajarnya kehidupan kita diisi dgn aktiviti2 yg mulia.
3. Buku ini adalah respon bg mereka yg mempermainkan taubat, melambat2 kan taubat, utk sek2 yg suka kuarkan ayat “alah, tua nnti taubat lah”.
6. Sekalipun seseorang mati dlm keadaan hina, bersangka baiklah dan menganggap bhw hati mereka sempat bersyahadat/kehidupan mereka sbnrny diisi dgn amalan soleh.
7. Need better proofreading sbb typos yg overwhelming serta English yg x brape btol grammarnya.
8. Readers, tlg jgn jd mcm mek n apak smpai anak pompuan dihalau, yg laki lari dari rumah, yg bongsu lak trauma.