Jump to ratings and reviews
Rate this book

Genderuwo

Rate this book
Sejak Faris kerap ke pohon banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi ‘sesuatu’. ‘Sesuatu’ yang menyerupai seekor mawas!

Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong di atas bukit berhampiran rumah mereka.

Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar. Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya!

Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan daripada anak kecil itu.

Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu? Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris?

“Saya takut ada benda cuba dekati Tikah. Yalah, apa yang hilang lapan tahun dulu masih tak dijumpai hingga sekarang, kan? Saya takut ada yang tak tenang.” - Latifah

“Aku rasa mungkin disebabkan adik aku dapat tengok makhluk-makhluk dari alam lain buat dia jadi macam tu.” -Aminah

“Kalau betul makhluk macam mawas tu Genderuwo seperti yang Gunawan katakan semalam, bermakna ada seseorang dah seru makhluk tu.” - Syamimi.

432 pages, Paperback

First published May 1, 2018

2 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Hasrudi Jawawi

21 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (26%)
4 stars
6 (23%)
3 stars
11 (42%)
2 stars
2 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews43 followers
April 15, 2023
Aminah diburu keresahan apabila perangai pelik adiknya Faris semakin menjadi-jadi. Ditambah pula gangguan yang berlaku di rumahnya. Penampakan makhluk halus dan kejadian aneh turut berlaku. Ibunya pula seakan tidak mempercayai dia apabila bercerita tentang gangguan tersebut.

Cerita yang agak menarik plot dan jalan ceritanya. Walaupun pengakhiran cerita kurang memuaskan kerana tergantung tetapi masih memberi keseronokan dalam membaca. Ada bahagian yang agak klise dan dapat diteka persoalannya namun tidak menjadi masalah buat SH.

Sedikit kurang berpuas hati apabila ada kesalahan watak di dalam naskah ini yang membuatkan pembacaan terbantut. SH terpaksa ulang baca 2 3 kali di bahagian itu untuk memastikan apa yang dibaca betul dan memahami bahagian tersebut.

Kisah Badarsilla dan Mustikah terlalu pendek seolah-olah penjadi pelengkap cerita sahaja. Apakah Faris menjadi mangsa Badarsilla hanya kerana kebolehannya atau ada sebab lain. Tapi cerita mereka seolah-olah tergantung. Apakah ada naskah yang seterusnya?

Tapi yang SH geram gara-gara oramg lain, orang lain terkorban menjadi mangsa kemarahan Si Genderuwo. Yang tak boleh hadam tu apa pulak yang menyeru makhluk halus gara-gara merasa kesepian. Macam tak ada benda lain nak dibuat bagi mengisi kesepian tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
365 reviews1 follower
December 6, 2025
✨ Genderuwo — Hasrudi Jawawi ✨

Cerita tentang genderuwo yang mencari kembali keturunannya. Watak utama yang menerima gangguan ialah Rozana dan anaknya, Faris — tapi Faris bukan diganggu satu makhluk sahaja. Selain genderuwo, ada juga Badarsila, makhluk dari dunia Projek Seram Lombong (PSL).

Kebetulan Aku dah baca PSL dulu, jadi kemunculan Badarsila dekat sini memang menjawab sikit misteri di lombong tu. Konsep kedua-dua buku pun lebih kurang — para isteri didampingi makhluk ghaib.

TAPI… jujurnya, banyak bab yang buat aku geram. Terlalu banyak benda dirahsiakan, banyak plot dileret seperti sengaja taknak bagi jawapan. Penat nak tunggu pendedahan. Sampai ke hujung pun masih rasa tak puas sebab penjelasan banyak yang sipi-sipi.

Dan prolog tu… ‘abang’ yang disebut tu suami dia ke atau makhluk lain? Semua tu dibiarkan samar sangat. 😤

Paling buat aku meluap — epilog Faris!
Kenapa dia macam nak tolong Badarsila lagi?! Kejam betul tindakan dia. Sebab satu keturunan, jadi geng sendiri pun dia nak back-up juga? Kesian watak Mustikah. Memang buat aku menyumpah dekat Faris. 😡

Kesimpulan aku:
Walau apa keadaan kita, kembalilah kepada-Nya. Kita tak pernah sendiri. Sibukkan diri, elakkan fikiran negatif dan jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita cuma nampak luaran — isi dalam belum tentu seperti sangkaan kita. Jaga hati, jaga pandangan, dekatkan diri dengan-Nya.

Genre: Seram, konflik wanita kesepian, unsur syirik

Mood baca: Geram + misteri + banyak rahsia tersangkut 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
July 7, 2018
Bila manusia terlalu mengikut perasaan, maka berpalinglah mereka dari Allah.. Kisah yang berlaku 8 tahun dahulu kembali menghantui hidup Rozana dan meragut nyawa sahabat baiknya Zalika.. Makhluk Genderuwo tu mengganggu Faris, Aminah dan siapa sahaja yang ada didalam rumah itu.. Semuanya demi keturunanya.. Siapa keturunan yang dimaksudkan dan apa kaitan makhluk tu dengan Badarsila yang mengganggu Faris dan Aminah.. Memang penuh misteri dan teka- teki..
Profile Image for Kai Tungkai.
24 reviews1 follower
September 25, 2020
Jalan cerita agak slow dan penuh dengan persoalan dari awal hinggalah tamat. Sangat meletihkan & merimaskan untuk meneruskan pembacaan. Seolah2 idea yang ada di"simpan" untuk buat surprise atau plot twist. Sama seperti novel2 nukilan penulis, ceritanya agak meleret.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
January 7, 2019
Baru sahaja berjaya habiskan naskhah ini siang tadi. Saya ingatkan makhluk berbulu lebat itu adalah hantu raya, tetapi rupanya genderuwo. Bila dah baca novel ini baru tahu genderuwo itu makhluk apa sebenarnya. Keseluruhannya best tapi apa yang saya geramkan ialah sifat berahsia Mak Piah pada awalnya dan juga Rozana yang bagi saya lagi mengeruhkan lagi keadaan. Sedikit kesal dengan keputusan Rozana yang memilih jalan penyelesaian yang kurang bijak sedangkan dia boleh ja cuba untuk berubat cara Islam.
Profile Image for Puteri Tasha.
11 reviews
January 13, 2025
Ngl, I absolutely loved every bit of the novel—chef’s kiss! It had me hooked from start to finish. But I'm dying to know if there’s a continuation, because it didn’t exactly clarify what Harizon/Faris plans to do now that Aminah knows. That loose end is killing me!

Now, about Syamimi... I cannot stand her. Sure, she’s a good friend to Aminah, keeping her company even when she’s scared (okay, points for that) but honestly, the endless questions? They were driving me up the wall. So annoying! Emosi ye dengan soalan-soalan dia.

And Rozana? I didn’t expect her to wrap things up that way. It’s not your typical ending, and while I was annoyed at first, it made sense eventually. Still, she managed to piss me off a few times before that!
Profile Image for Ubi.
314 reviews
September 18, 2020
Rsa cm hampes sbb xtau crita badarsila. Kena baca lombong la plak pasni
Profile Image for Beverley.
33 reviews
April 16, 2025
storyline attracted my curiosity which in the end I find out that Aminah's brother Faris is the son of Genderuwo
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.