Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tokyo dan Osaka dalam 8 Hari

Rate this book
Kenapa Fizah nyaris tertinggal flight?
Bagaimana orang melintas jalan raya menjadi tontonan yang mengasyikkan?
Kenapa kami berlari-lari di Terminal Bas Shinjuku?
Apa keistimewaan berbasikal di Kawaguchiko?
Kenapa Yati muntah di The Wizarding World of Harry Potter?
Siapa di belakang Lean dan Yati semasa pementasan Sadako di USJ?
Macam mana pakai tudung? Pertanyaan dari orang Kobe
Siapa Hideyoshi Toyotomi dan kaitannya dengan Osaka?
Kenapa kami mencuba kimono di Arashiyama? Nak jadi diva ke?
Kenapa pelancong hendak bergambar di papan tanda Glico Running Man?
Betul ke ada geisha di sini?
Tak bahaya ke pegang rusa di Nara Park?

Adakah persoalan di atas akan terjawab apabila anda membaca Tokyo dan Osaka dalam 8 hari?

Mungkin ya, mungkin tidak. Bacalah buku ini untuk tahu sama ada anda akan mendapat jawapan atau sebaliknya.

Paperback

Published May 1, 2018

4 people want to read

About the author

Norsa'adah Ahmad

15 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (14%)
4 stars
4 (28%)
3 stars
6 (42%)
2 stars
2 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
April 19, 2021
Mereka aneh, tapi logik! Itu yang berlegar dalam kepala apabila membaca babak pertama sebelum mereka berlepas ke Tokyo. Lapan orang, dengan setiap orang dari lokasi berbeza, dan dua orang daripadanya telah sampai ke Tokyo terlebih dahulu.

Selalu saya bayangkan kembara berkumpulan itu seperti 'rombongan cik kiah' yang perlu sama-sama tiba di lokasi bergerak, sama-sama ke sana ke mari. Tetapi ini sebuah gabungan kembara yang realistik. Tidak kisah pergi sama atau asing asalkan tujuan dan matlamat tercapai. Malahan di Jepun pun, mereka boleh berpecah kepada dua kumpulan dan menikmati tempat yang mereka ingin lawati.

Penulisan lancar dan berbentuk visual menjadikan saya seperti bersama-sama mereka menelusuri Jepun dan menikmati keseronokan, kekaguman dan getir-getir yang mereka alami. Tempat menarik dipaparkan melalui penceritaan bersahaja (tetapi diselitkan dengan maklumat berguna) dan tentunya bersekali dengan gambar berwarna yang menjadikan buku ini tidak sia-sia dibaca.

Ia mungkin sekadar sebuah kembara biasa sekumpulan perempuan menikmati perjalanan mereka meneroka Jepun, tetapi menjadi luar biasa apabila diceritakan dengan tersusun. Bahagian akhir - ringkasan perjalanan dan itinenary menjadi panduan kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Jepun.

Terima kasih berkongsi pengalaman!
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
September 11, 2018
Buku ini adalah sekadar catitan percutian dan pelancongan sekumpulan perempuan / anak muda. Membaca buku ini memberikan anda gambaran serta idea, lokasi dan aktiviti percutian di jepun. ada juga nasihat yang mungkin berguna jika anda ada prancangan untuk ke sana. Buku ini adalah jawapan panjang jika kita bertanya kepada kenalan kita yang baru balik bercuti dari jepun. "Eh, mcmane cuti kat jepun? Apa yang kamu orang buat di sana? ....". Begitulah secara amnya buku ini. Namun terima kasih berkongsi pengalaman di sana...
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 21, 2024
Sesi berjimbaan 8 sekawan 3 hari di Tokyo dan Osaka secara sendiri tanpa khidmat pemandu pelancong dan pakej.  

Mereka atur sendiri itinerari.  

Ada pelbagai tips, cadangan aktiviti, sepintas lalu sejarah tempat yang dilawati, pengalaman, cerita, etc diterangkan dalam buku ini.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.