Jump to ratings and reviews
Rate this book

Calon Suami Buat Novelis

Rate this book
Nak cari calon suami bukan semudah ABC. Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa sesak nafas.

Qaira Nur Imani, seorang novelis yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.

“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini

Bagi Qaira Nur Imani, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.

Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira Nur Imani. Hadif Asyraf yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira Nur Imani melamar Qaira Nur Imani walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif Asyraf, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia.

“Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif Asyraf

“Memang kita dah berkenalan. Kita pun dah berkawan. Tapi kita belum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira Nur Imani

“Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kita bercinta. Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif Asyraf

Qaira Nur Imani dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif Asyraf menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?

592 pages, Paperback

First published April 1, 2018

17 people want to read

About the author

Eliza Ab

8 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (10%)
4 stars
5 (26%)
3 stars
8 (42%)
2 stars
2 (10%)
1 star
2 (10%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
October 22, 2018
Masa kat PBAKL hari tu, novel Ros Ab mmg dlm list me NAK KENA BELI. Awal2 lagi me da DM her and ask kalau her new novel will be out ke tak nanti masa Pesta Buku and I wanna meet her so much. Yelah, asyik bersembang kat Fb aje kan, nak jgk jumpa in person. But, tkde jodoh 😞 Insya Allah next tym we jumpa k sis...
So bila kat Pesta Buku hari tu, my friends duduk 1 corner... I go and find my “treasure” as in my Novels 😂 Now, lets review....

“Jodoh itu rahsia Allah. Lambat dengan cepat saja. Kena yakin kepada Allah...”

“Jika lelaki itu berjaya membuat jantung Qaira berdegup dengan kencang, serba tak kena, rasa rindu, merajuk, rasa marah dan geram., lelaki itu yg Qaira akan sayang dan cinta. Lelaki Terakhir dan tidak ada lelaki lain selepas itu... Bukan Cinta Pertama tetapi Cinta Terakhir...”

Kisah tentang Qaira Nur Imani seorang novelist. Nama penanya Tia Alisya. Da serik jatuh cinta. Hidup realiti tk sama mcm mana dlm cerita cinta dlm novel2nya. Tiga kali dikecewakan, she da give up... Tutup hati dia rapat2. Setiap kali ibunya, Puan Noraini aturkan blind date, ada aje si Qaira ni nak kenakan calonnya.
Qaira akan “lakonkan” diri dia mcm heroin2 dlm novel dia, Dia My Wife, Cinta Encik Jutawan, My Best Husband... Pernah tu, Qaira Buat2 suara sengau.

Wonder siapa jejaka yg akan berjaya buat jantung Qaira ni berdegup kencang....🤨 Qaira ingat dunia realiti ala2 mcm novel? Hero & heroin bertemu, jatung masing2 dag dig dug? 😂 Tapi itu yg Qaira mahu kan! Bila she jumpa si “dia”, Qaira ada jadi gelabah, kalut, serba tak kena... This is realiti Qaira!! Jgn ler nak compare diri tu dengan watak2 heroin ciptaannya...

Puan Noraini, Ibu Qaira will nvr stop match make for her until dia bwk balik calon suami...

Qaira ni da sebenarnya serik jatuh cinta. Asfan & Ady, ada keistimewaannya tersendiri, tapi malang, Qaira bertepuk sebelah tangan. 2 kali Qaira malukan diri sendiri. Enough is Enough!!

If only only yg ditulis dlm novel tu adalah dirinya sendiri. Confirm Qaira tk perlu pening2 fikirkan soal jodoh. Mustahil Qaira akan dpt sepertil Aeril, seorang suami penyabar, soleh & tegas dlm kelembutan. Tak mungkin Qaira akan dpt lelaki seperti Hafizi, seorang yg romantik, caring, tegas & cool. Tak mungkin jgk mcm Zahrain, seorang yg cerewet, pemarah, perengus, nakal tapi dia romantik & pelindung. Well, tu semua rekaan hero2 aje... sama seperti penulis2 yg lain. But sometimes, she wish it really happen in her life tho.

Mamat yg mulut mcm puaka, yg selamba badak kritik Qaira sewaktu meeting tadi Qaira nak masukkan mamat tu dlm novel dia... Watak Antagonis! Tapi kenapa jantung Qaira berdegup kencang bila melihat wajah mamat kerek tu? Is he the ONE??

Hadif Asyraf tk setuju dengan teori jodoh pilihan mak bpk ni. Pada Hadif, kononnya bercinta selepas berkahwin, akan bawa bahagia especially dengan restu keluarga. Pada Hadif, itu semua kolot. Kalau boleh, biar dia sendiri yg cari, kenal & bercinta. Sejak kejadian yg menimpa pada kakaknya, Hazleen, sampai ke sekarang Hadif tk boleh maafkan ayahnya... dan mayb sebab itu jgk tanggapan negative timbul kalau jodoh parents yg carikan 🤷🏻‍♀️

Hadif & Qaira...masing2 ada masalah yg sama, JODOH! How Hadif & Qaira kenal each other, read u korang akan tau. Hadif gelarkan Qaira “Minah Gila”. Tetiba aje Qaira sound Hadif

“Awak jadi Calon suami saya boleh...? Kalau awak setuju kita tetapkan syarat... Saya tahu awak ada masalah yg sama mcm saya..”

Hadif terkedu. How actually she knows???

“Aku tak berminat...”

Mereka bertemu lagi, tapi kali ni Hadif pula yg bersuara...

Kerana Hadif jgk tk mahu parents dia carikan jodoh untuknya....So...

“Aku ada business proposal untuk kau. Aku jadi calon suami kau dan kau jadi calon suami aku...”

Memang ler Qaira ada masalah tentang jodoh, tapi tk bermakna dia kena terima cadangan Hadif, si mamat kerek. Walhal, she bergurau aje bila ajak mamat tu jadi calon suami.

- Pertama, tk kenal each other, mcm mana nak jadi calon suami?
- Kedua, mamat tu bukan dlm kategori yg Qaira idam2 kan... mcm hero2 dlm kesemua novel dia.
- Ketiga, she tak rasa yg mamat tu terdesak sgt mcm dia...
- Keempat, mamat tu tk mesra alam... Sombong & berlagak...
- Last! Mamat tu tk boleh jadi Imam yg baik untuk Qaira...

Pada Hadif, terlalu awal untuk Minah Gila tu nak menilai dia...

- Pertama, mereka boleh aje berkenalan.
- Kedua, hero2 novel ciptaannya? Qaira belum kenal lagi siap dirinya, kalau dah kenal baru leh “compare” ngan hero2 novelnya.
- Ketiga, mungkin Hadif sedikit terdesak tapi ler ler sampai terdesak sgt...
- Keempat dan terakhir, belum tentu Qaira boleh jadi Makmum yg terbaik untuknya.

Kalau dengan terima cadangan Mamat Kerek ni dia dpt “terlepas” dari lelaki2 yg di reject tapi sampai sekarang ganggu & susahkan dia... Qaira Terima!! Terima cadangan untuk kenalkan Hadif sebagai Calon Suami! Perjanjian antara Qaira & Hadif akn dibuat... Salah sorang dari mereka cannot fall in love with other, once da jumpa pasangan yg sesuai, mereka akan berterus terang dengan family masing2...😑

Mereka sedar tk “Cinta tk boleh dipaksa... Cinta hadir dengan tiba2 tanpa kita sedar... Sekali dah jatuh cinta, tk boleh nak undur balik...” 😌

And suddenly Hadif tetiba nak tukar racangan... Bukan sebagai Calon suami but SUAMI QAIRA!

“Kita Kahwin...”

“Awak ingat kahwin tu semudah ABC..”

“Yup, semudah ABC. Kita pergi kursus, kita kahwin then kita duduk serumah... mudah kan. Kalau kau tk setuju, aku akan beritahu satu Malaysia yg kau terdesak nk cari calon suami. Semua suratkhabar akan cerita tentang kau. Kau kan novelis. Semua peminat novel mesti kenal kau...”

“Kau tak kenal aku lagi. Kalau kau dah kenal, baru kau nilai aku mcm mana orangnya. Aku boleh jadi lebih bagus dari hero2 kau tu semua...”

Makin Hadif mengenali Qaira, Hadif da pandai bergurau & mengusik. Hidupnya makin ceria...senyum aje. Tho baru aje kenal, Hadif dpt rasakan keserasian antara mereka. Hadif suka menyakah Qaira, seorang gadis yg ceria... Hadif rasa selesa berkawan dengan Qaira.

5B! Berkenalan, Berkawan, Bercinta, Berkahwin dan Berbahagia 😂😂

2 pilihan yg Qaira ada. Bersetuju dengan rancangan Hadif dan berkahwin atau berkenalan dengan calon suami yg seterusnya 💆🏻‍♀️

Tapi tiap kali Qaira berada di sisi Hadif, serba tak kena rasanya. Kalut! Cemas! Seram sejuk! Berdebar-debar! Kenapa?? Semua perasaan tu wujud kalau heroin atau hero Qaira jatuh cinta. Takkan Qaira jatuh cinta dengan Hadif Asyraf??

Hadif berharap sgt agar Qaira bersetuju untuk jadi isterinya. Entah kenapa dia inginkan Qaira sgt2. Not any other gal but only Qaira. Adakah Hadif da jatuh cinta dengan Qaira?

Bila Qaira nampak Hadif “dating” dengan perempuan lain... dia rasa marah sgt! Sakit hati! Kenapa perlu ada perasaan tu kalau takde ape2 dengan Hadif kan?

Novelis Tia Alisya dah jatuh cinta??

Bila Hadif “temankan” Qaira untuk berjumpa dengan “calon terakhir” ibunya, Hadif rasa sakit hati sgt! Boleh pulak dia ckp yg Qaira tu tergedik-gedik, Qaira mcm teruja jumpa Azizul Hadi. Yup, calon Ibu Qaira yg jgk merangkap jiran & rakan belajar Qaira dan juga mamat yg sama yg Qaira pernah luahkan perasaan suaru ketika dulu tapi Azizul Hadi hanya dipandang sepi. Azizul sukakan gadis lain. Tapi kini, Azizul kembali. Menyesal kerana tolak Qaira dulu...

Qaira & Hadif... kalau cemburu tu, mengaku aje ler 💁🏻‍♀️

“Aku tak paksa kau untuk sukakan aku dan aku takkan halang kau suka pada lelaki lain. Perasaan tu dtg tanpa kita sedari. Cinta tak boleh nak dipaksa. Kalau kau sukakan Azizul dan setuju dengan pilihan ibu kau, aku takkan halang. Kau ada hak untuk buat keputusan demi masa depan kau...”

“Aku cintakan dia...” bisik kepada dirinya sendiri 😊

“Aku tak pernah terfikir yg aku akan jatuh cinta dengan seorang perempuan. Selama ini, aku cuba mengelak dari berbincang pasal perempuan, cinta dan kahwin. Apa yg terjadi pada kakak aku membuatkan aku jadi takut dan tak percaya pasa perkahwinan yg dirancanh oleh keluarga. Aku sayang dan cintakan kau Qaira. Aku janji akan membahagiakan kau. Aku janji akan jadi seorang imam, suami, kekasih dan hero yg kau inginkan selama ini. Aku akan cuba beri yg terbaik untuk kau...”

Antara Hadif Asyraf & Azizul Hadi (pilihan ibu), yang mana satu pilihan hati Qaira Nur Imani?

Korang mesti da agak kan siapa pilihan Qaira...😌 Yup, Hadif.

Hari pernikahan Hadif & Qaira tiba. Majlis nikah 11am tapi da pukul 12 pengantin perempuan tk sampai2. Mana Qaira? Kol tak berjawab... Hilang mcm tu aje. Lija, teman Qaira terlepas kata yg Qaira ada plan nak larikan diri pada hari pernikahannya. Sangkanya Qaira bergurau... takkan betul kan?? Hadif terdengar ape yg Lija katakan itu

Hadif rasa diperbodohkan. Kenapa Qaira sanggup lakukan mcm ni pada dia? Hadif ikhlas sayangkan Qaira. Ikhlas cintaka Qaira... tapi kita, Hadif terlalu bencikan Qaira. Hadif berdendam kepada Qaira kerana memalukan dia & keluarganya. Hadif menyesal cinta, suka dan sayangkan Qaira. Pengantin perempuan lari pada hari pernikahan!!

2 minggu Qaira “hilang”. Ibu rak terasa pun nak cari Qaira. Qaira da lukakan hati ibu. Qaira da kecewakan ibu. Kalau tetiba Qaira pulang ke rumah ni, ibu tak akan terima Qaira sebagai anak.

Along, abg Qaira, Qamarul yakin dengan firasatnya yg adiknya hadapi masalah tika ini. Bila disuruh buat laporan polis, Ibu akan mogok lapar. Dia tetap akan mencari adiknya.

After nearly a month, Qaira muncul semula. Kembali untuk tebus segala kesalahannya. Tapi ibu takmu terima dia... tak benarkan Qaira jejak kaki ke dlm rumah. Hadif? Langsung takmu dengar sikit pun penjelasan Qaira.

Qaira tetap ingin berkahwin dengan Hadif. Qaira rasa bersalah pada Hadif, ayah, ibu, uncle dan auntie... pada org sekelilingnya. Qaira nak tebus kesalahnya. Qaira tk peduli dengan kemarahan dan kebencian Hadif terhadapnya. Mmg Qaira selayaknya mendapat natijah atas perbuatannya itu. Ape sebenarnya terjadi pada Qaira? 🤔

Ikhwan, sahabat Hadif, says yg Hadif ni ego! Jatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Ikhwan kecewa dengan Hadif. Kalau benar Hadif cintakan Qaira, Hadif sepatutnya dptkan kebenaran what actually happen to her... bukan mengutuk, menghina, memaki Qaira.

“Aku tahu Qaira bersalah pada kau. Dia larikan diri pada hari perkahwinan kau org berdua. Tapi kau ada bagi peluang pada dia untuk jelaskan apa yg sebenarnya berlaku? Kenapa dia larikan diri pada hari tu? Memang kau yg alaminya, kau malu. Kau tak percaya pada takdir Allah, Hadif? Kau tak dpt terima Qadak dan Qadar Allah...?”

“Aku nak bagi cadangan pada kau Hadif. Kalau kau betul2 sakit hati dengan dia, kenapa kau tak balas dendam atas apa yg dia lakukan pada kau? Kau kahwin dengan dia. Kan lebih mudah kalau kau nak balas dendam sebab dia da sah dan halal pada kau...”

Kalau da jodoh tak kemana kan. Hadif & Qaira berkahwin juga. Majlis kecil2 aje. Ikhlas ke Hadif berkahwin dengan Qaira? Atau Hadif mmg nak balas dendam selepas dicabar...?

Sikap Hadip pada Qaira selepas berkahwin? Teruk... Teruk Hadif selalu lepaskan kemarahkan & kebencian pada Qaira. Sungguh Qaira terasa hati sgt2.

“Kau jangan ganggu aku di pejabat. Aku tak ada masa nak layan kau. Kalau kau nak ke mana2, kau tk perlu nak beritahu pada aku. Tak perlu nak minta izin daripada aku. Suka hati kau nak ke mana saja asalkan kau tahu jaga maruah aku sebagai suami kau...”

Umi Hadif dpt rasakan yg Hadif tak ikhlas berkahwin dengan Qaira. Dia tahu yg anaknya Hadif masih marahkan Qaira. Berkahwin untuk balas dendam. Tapi firasat ibu tak pernah salah, dia tahu yg Qaira ada masalah, dlm process untuk sembuh tapi Qaira tak mahu ceritakan ape masalahnya yg sebenarnya.

Qaira hampir di ragut di carpark pejabat Hadif. Bila Hadif jumpa Qaira di bilik securiti, Qaira mengigil ketakutan... and keep saying...

“Jangan sentuh aku...Jangan apa2 kan aku...”

Even doktor yg merawat Qaira mengatakan Qaira mengalami trauma. Kenapa? Kenapa dan kenapa? Ape sebenarnya terjadi pada Qaira 2 bulan yg lepas? Qaira seperti mahu sembunyikan sesuatu. Is that what actually ape yg Qaira ingin jelskan pada Hadif? Menyesal Hadif sebab menolak untuk mendengar penjelasan Qaira waktu itu.

“Qaira tak perlulan ubat. Dia perlulan semangat dan kekuatan. Dia perlukan sokongan... Qaira trauma dengan kejadian lepas. Kita kena pulihkan semangat dia...”

“Saya sayang dan cintakan dia. Dia cinta pertama saya dan saya takut kehilangan dia untuk kali kedua. Sebab tu saya bersikap dingin, benci dan marah pada dia...”

Hadif change, change to be a better husband to Qaira. Saat Hadif tahu isi hati sebenar Qaira dari “pendrv” Qaira... Saat Hadif nyaris2 kehilangan Qaira. Tapi, Qaira pula bersikap dingin. Ntah, mungkin Qaira tk pasti kalau Hadif benar2 ikhlas atau pun tidak.

“Abang akan cuba jadi seperti Hafizi, seorang yg romantik, caring dan cool. Abang akan jadi pelindung buat sayang sepertimana Zahrin melindungi kekasih hatinya. Abang akan cuba jadi imam untuk sayang dunia dan akhirat. Mungkin tak sehebat Aeril tapi abang akan cuba jadi seperti dia... “

“Hanya sayang yang bisa membuat jantung abang berdegup kencang. Buat abang rindu. Buat abang teringat-ingatkan sayang. Buat abang tersenyum sendiri...Abang sayang dan cintakan Qaira. Bagi abang peluang untuk perbetulkan segalanya...”

Hadif rindukan jelingan Qaira. Dia rindukan Qaira yg dulu. Qaira yg selamba, manja, suka mengusik, bergurau dan kuat merajuk.

Barulah Hadif tahu kenapa Qaira menghilangkan diri selama sebulan... Sungguh Hadif menyesal. Adakah kini Hadif terlambat?

- Apa akan terjadi dengan perkahwinan Hadif & Qaira?
- Saat Hadif sedar dan menyesal, Qaira pula mcm mana?
- Hadif da tak berdendam dengan Qaira lagi ke?
- Ikhlas ke Hadif terima Qaira selepas tau ape sebenarnya terjadi pada Qaira? Atau Hadif berlakon?
- Apa sebenarnya yg terjadi pada Qaira, pada hari pernikahannya?
- Teruk sgt ke sampai Qaira trauma?
- Hazleen, Kakak Hadif, apa terjadi pada dia? Kemana dia pergi?
- Hazleen akan bertemu kembali dengan keluarganya?
- Hubungan Hadif dan ayahnya? Masih dingin ke?
Ibu Qaira... Betul ke da buang Qaira setelah Qaira menconteng arang ke muka dia... menghilangkan diri pada hari pernikahannya?

Bnyk lagi persoalan nak tulis sebenarnya, biar korang tertanya-tanya 😂

But...
As usual, I will leave my ending hanging 😌💁🏻‍♀️ Korang nak tau ape jdi kesudahannya, Buy this novel and read. Trust me, the moment you flip this novel to start reading, you cannot stop! For me, personally, me suka novel ni... suka sgt but, lain org lain pendapatkan. But still! You wont regret buying this novel!!
#CalonSuamiBuatNovelis
63 reviews
September 5, 2019
Bagi admin novel ni ada kisah yang comel dimana si heroin, Qaira ada sedikit watak lucu yang diceritakan oleh penulis. Dia sering saja kenakan calon lelaki yang diaturkan oleh ibunya, Puan Noraini supaya lelaki2 tersebut tarik diri. Qaira sebenarnya sudah serik untuk bercinta kerana seringkali dipermainkan. Tetapi kemunculan Hadif mengubah kehidupan Qaira. Walaupun lelaki itu agak sombong pada awalnya tetapi dia mampu membuat jantun si Qaira berdegup kencang. Akhirnya Hadif melamar Qaira kerana dia pun pernah mengalami situasi sama seperti Qaira. Apakah keputusan Qaira? Adakah dia terima untuk jadi isteri Hadif? Dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com/ :)
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
April 28, 2020
Cerita yang sangat sweet. Sebuah novel genre cinta dengan plot yang cantik tersusun. Gaya bahasa pun mudah difahami.
Mengisahkan Qaira yang bekerja di pejabat Encik Borhan di samping menulis novel dengan nama pena Tia Alisya.
Dahulu Qaira mudah jatuh suka dengan lelaki. Pertama yang diminati Qaira ialah Asfan. Diikuti pula dengan Ady dan kemudiannya Azizul Hadi. Luahan hatinya tidak berbalas. Qaira malu kerana dia bertepuk sebelah tangan dan serik untuk kenal rapat dengan lelaki lagi.
Selepas itu ibu Qaira, Puan Noraini mula berusaha mencari calon suami buat Qaira namun semuanya Qaira elak dan tolak dengan berbagai cara. Qaira tidak mahu fikir pasal kahwin sehinggalah Qaira bertemu dengan Hadif Asyraf. Mereka setuju untuk berkahwin demi mengelak dari berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing.
Tiba hari pernikahan, Qaira hilang tidak dapat dicari. Hadif marah dan mula membenci Qaira kerana sanggup malukan keluarganya.
Sebulan kemudian Qaira muncul. Semua orang simpati dengan Qaira dan faham akan dirinya yang suka pendam masalah sendirian kecuali Puan Noraini dan Hadif.
Untuk tebus rasa bersalahnya terhadap Hadif, Qaira ajak Hadif kahwin walaupun dia tahu Hadif membencinya.
Apakah rahsia di sebalik kehilangan Qaira? Bagaimana kehidupan Qaira selepas berkahwin dengan Hadif? Semua persoalan akan terjawab dalam naskhah ini.
Tahniah Eliza A.B untuk satu karya yang agak menarik untuk dibaca oleh semua golongan. Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.