hahaha!! memang ikut setiap kali penulis Ilya Abdullah up kisah kak lang ni di facebook. suka baca telatah hantu sekor ni. lepas tu siap ada geng, penanggal dan toyol.
comel je buku anekdot ni. banyak yang lawak cuma mungkin sedikit je kelemahan, pemilihan font dan susunan kisah. tapi memang best, lawak sempoi. kak lang jual bantal golek, kak lang suka makan cempedak goreng, kak lang suka abang beck... pak sameon dan tok imam yang geng dengan kak lang. kak nab yang hilang baju kurung rupanya kak lang yang ambik pakai... adoi... kak lang... kak lang...
best buku ni puan penulis. hope ada lagi kisah kak lang. dia kan up-to-date. mesti banyak kisah dia sekarang. kot ada ikut kiki challenge ke, falling star challenge ke, confirm kalah yang lain. gegar vaganza pun dah mula tu, kot dia ajak penanggal ngan si kecik toyol. haha!!
Buku yang dilengkapi komik dan cerita pendek Kak Lang yang sentiasa gojes bersama geng-gengnya iaitu toyol, pocong dan penanggal.. Turut serta dalam cerita ini ialah Pak Semeon dan Tok Imam.. Memang kelakar dan pecah perut nengokkan perangai Kak Lang yang selamba..
Nomik (komik+novel) tentang kisah lucu seekor langsuir bernama Kak Lang yang gojes, bersama penduduk-penduduk kampung seperti Pak Sameon, Tok Imam, Abang Beck, dan lain-lain. Watak-watak hantu lain seperti Acong, Ayol, dan Penanggal bisu turut menambahkan ceria cerita.