Jump to ratings and reviews
Rate this book

Plot Cinta Tak Jadi

Rate this book
“Sapu-Sapu Sdn Bhd? Eh, saya tak ada minta servis sapu-sapu pun.” – Nayla.
“Itu nama syarikat akulah, sengal. Aku bukan nak servis. Aku datang sebab nak tarik kereta kau. Dah empat bulan tak bayar, kan?” – Riyad.

Pertemuan pertama yang sadis itu membuka peluang untuk Nayla membalas dendam kerana hatinya telah dikhianati Hezri. Riyad pemilik Syarikat Sapu-Sapu Sdn Bhd dijadikan kambing hitam untuk Nayla merealisasikan rancangannya. Riyad pula setuju saja kerana bayarannya lumayan. Bolehlah dia langsaikan bil-bil yang lama tertunggak. Maklumlah, syarikatnya berstatus suam-suam suku saja.

Tapi, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Bila kontrak terbatal, hati Nayla pula terpaut dengan sikap Riyad. Walaupun garang macam singa, tapi Riyad selalu melindunginya.

“Nayla, kalaulah kau boleh nampak betapa banyaknya cinta dalam hati aku untuk kau. Tentu kau tak akan merungut apa-apa.” – Riyad.
“Siapa yang tak jatuh cinta dengan abang? Saya jatuh cinta dengan abang setiap hari, setiap saat.” – Nayla.

Perkahwinan mereka yang termeterai menjadi saksi cinta mereka cinta sejati dan bukan cinta jual beli. Namun, Hezri kembali mengemis cinta yang dia khianati dulu. Dan, kebahagiaan mereka teruji apabila Sakinah muncul, lalu menjadikan Nayla orang ketiga dalam hubungan mereka.

Nayla tidak pernah menyangka yang dia akan terperangkap dalam kisah cinta antara dua darjat.

Paperback

Published January 1, 2018

2 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Aunie Ayunie

15 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (40%)
4 stars
9 (30%)
3 stars
7 (23%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
September 8, 2018
Kisah bermula dengan komplot yg dicipta oleh Nayla bersama org upahannya iaitu Riyad untuk membalas sakit hati terhadap kecurangan Hezri dengan teman baik Nayla sendiri iaitu Ranita. Namun plot yg dicipta tidak berlaku spt yg diharapkan dan akhirnya Nayla mengakhiri plot tersebut. Selepas Nayla diculik oleh Apek, hubungan Nayla dan Riyad kembali terjalin walau atas nama majikan dan pekerja. Sikap Riyad yg sentiasa beku, dingin dan tegang kadang kala mencuit hati Nayla. Sikap Nayla yg sengal juga buat Riyad tersentuh hati. Dari lamaran Nayla, Riyad akhirnya setuju utk mengahwininya walau dibantah oleh ayah Nayla. Dari sikap yg dingin, Riyad bertukar pd sikap romantik dan suka merajuk. Rumahtangga mereka mula terancam bila Hezri mahukan Nayla kembali dan Sakinah juga hadir menuntut Riyad utk kembali semula dlm hidupnya. Pada masa inilah terbongkarnya identiti Riyad. Permintaan dari papa Riyad menyebabkan Nayla sedikit terluka namun kerana kekuatan Nayla, pelbagai masalah dpt mereka selesaikan dgn cara baik. Bagi saya, cerita ini agak santai tp masih mempunyai jln cerita yg baik dan sepanjang pembacaan, tiada langsung rasa bosan. Paling best watak Najla yg sentiasa menghiburkan. Walaupon msh berumur 17thn, tetapi otak dia mmg sgt pick up. Mcm detektif conan. Juga tidak lupa pada kelurusan Damu dan Jojo. Tahniah writter atas cerita ini. Hope, selepas ini akan ada lg cerita yg berbentuk sebegini. Santai, lucu tetapi tetap ada kekuatan jalan ceritanya.
Profile Image for alyssæ .
3 reviews
December 26, 2021
i didnt expected that it will be so nicee !! i love Riyad’s personality like when he do a lift up , jaga solat and especially the part where he got into accident but still lari semata mata for Nayla !! Riyad is a type yang love to show his love thru an action . And Nayla such a joyful person , so memang sesuai gilaa diorang dua <3 since it was a light romance , i planning to reread again in the future , thanks to the author for making this nice storyline !
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
February 14, 2023
BOOK 15 📚
TAJUK : PLOT CINTA TAK JADI by AUNIE
•••
📌 RATING : 3.8/5 ⭐️
📌 PAGES :
📌 TROPE : enemies to lovers
•••
Nayla, nasib malang datang bertimpa-timpa kepadanya. Sudahlah kawan baiknya sndiri telah merampas teman lelakinya, keretanya pula hampir ditarik oleh syarikat Sapu-Sapu. Syarikat yg menawarkan semua servis termasuk, mencari kucing yg hilang, menghendap scandal Dato, menarik kereta dan pelbagai lagi servis yg penting halal 🤣

Akibat dendam terhadap bekas teman lelakinya, Nayla bertekad mengupah syarikat Sapu-Sapu untuk servis teman lelaki upahan untuk menyakitkan hati bekas teman lelakinya.

Riyad Maulana. Nama lembut je kan. Tapi garang mengalahkan singa. Tak romantik langsung. Asyik marah memanjang. CEO syarikat Sapu-Sapu. Nama je CEO tapi pejabat mcm hidup segan mati tak mahu. Riyad yg berambut pnjng and sedikit selekeh , saling tak tumpah mcm gangster. Gangster-gangster jugak, tapi solat tak tinggal 🤣 Ringtone pn zikir tau. Jgn memain 🤣

Ada satu part tu, dia nak paksa sorang tu mengaku yg dia bocorkan rahsia syarikat, siap bawak gi bilik tahanan. Igtkan nak bunuh, rupanya cabut bulu ketiak laki tu bagi dia mengaku 🤣 Btw sebelum kena dera, yg nk kena dera tu solat jemaah dlu dgn diorang 🤣

Nayla, haih taktahu nk ckp nayla ni mcmna 😂 dia pnya random tu xleh bawak bincang. Tak tahu malu pun ya jugak 🤣 Sanggup tau dia yg melamar Riyad ni dlu sebab dia terfall in love lepas Riyad ni selamatkan dia. Sengal sengal Nayla ni berjaya la jugak buat Riyad yg garang tu tersuka dekat dia jugak. Tapi lepas kahwin, oklah jgk Nayla ni sebab dia matang. Tak cepat melatah.

Family Nayla kan sumpah nice gile. Semua sporting and diorang matang. Lawak pn yaa jgk 🤣

Mesti pelik an puji melambung kenapa bintang 3.8 je 🤣 First half mmg lawak tau novel ni. Tapi saya tak suka Nayla buat keputusan tak fikir panjang. Terus ajak Riyad kahwin. Tah sapa sapa tah Riyad tu. Tak kenal family Riyad lagi.

And then, cane eh nk ckp. Lepas diorang kahwin rsa bosan pulak HAHAHAHA saya suka part diorang gaduh2 sebelum couple tu. Rasa Nayla fall in love cepat sgt. Tetiba drastik suka kan Riyad.

Oh and novel ni ada typo sikit2. Dia mcm spoil mood sikit 😂

Tapi ni pendapat saya je tau. Lain org lain citarasa. Maybe org lain sukaa novel ni 🙈

Part part hujung tu, terasa mcm tgh tgk kabhi kushi kabhi gham. Kalau yg pernah baca and penah tgk KKKG mesti rsa dejavu giteww waktu baca satu part tu 😂

Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
July 24, 2022
• Stranger to enemies to lover.

• Srsly, buku ni mmg lawak. Even dengar nama company dia je dh lawak kan. Banyak jugak la scene yg mmg buat saya gelak. 😂

• Buku ni pun light read je. But, not too light for me because last few chapters banyak pulak drama dia. Plus, tetiba ada plot twist. 🤧

•One thing I don't quite like about this book because it has too many kiss scene. Yes, scene tu mmglah diceritakan lepas diorang dah kahwin, but still, it's too much. I feel uneasy while reading this book. 😬

• But, ngl srsly buku ni mmg best pun. Dahlah enemies to lover! First ii mcm biasalah ml dgn fl asyik gaduh je mcm anjing dgn kucing, tapi lepas je diorang dah kahwin, HSHSHSHSH tak boleh dipisahkan terus. 🙈

• The male lead: Riyad Maulana. Daripada cold, hati keras mcm batu pun boleh jadi sweet gila lepas kahwin. HSHSHSHS . Even sebelum kahwin pun, bnyk kali dia caring, protective dekat Nayla. He even sacrificed himself for Nayla! 🥺😭 (Just nk bgtau yg Riyad ni hot + sexy gila. 🥵🤪) Mula ii je nampak mcm gangster but don't judge a book by its cover tau. 🙈

• Totally recomended! 😍👍💙
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
July 17, 2022
I suka dengan plot and storyline novel ni. Tajuk cerita dia comel! Jalan cerita pun senang nak faham. Pada awalnya, Nayla and Riyad ni memang benci each other sangat ii. Mereka berdua tak pernah sebulu.

- But it's a bit 'turn off' for me sebab terlalu banyak sangat typo yang menganggu kita untuk membaca. Untuk cerita dia, I bagi 4 bintang. Overall, this is such a cute and easy read !
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.