Semua warga Sekolah Putra Heights pastinya mengenali Izzi, seorang pelajar tingkatan dua yang penakut hantu. Tempat gelap, kawasan kubur, waktu malam. Oh, itu semua mesti dijauhi! Oleh sebab itu, dirinya sering digelak ketawa dan menjadi mangsa buli oleh senior sekejam iblis! Namun, pertemuan Izzi dengan sebuah entiti pelik bernama Lote telah mengubah hidupnya 360 darjah!
Pontianak... Toyol... Pocong. Ah, rupa-rupanya hantu yang ditakuti selama ini sebenarnya adalah ROBOT! Maka dengan itu bermulalah pengembaraan Izzi dan Lote untuk menangkap kemunculan hantu-hantu robot liar yang dikenali sebagai ROHBOT!
Ini Nomik pertama yang pernah aku baca. Separuh pertama kisah ini dalam bentuk komik dan separuh kedua disampaikan dalam bentuk novel. Versi komik ceritanya lebih pantas dan serta berrmula dengan adventure Izzi dan Lote melawan hntu pertama dalam kisah ini iaitu hntu salon yg dikenali sebagai RamBot. Haha kelakar nama dia bila digabungkan. Hntu2 dlm kisah ni bukan tipikal yg selalu kita dengar atau baca. Roh dari sisa elektrik yang terbazir menjadi tenaga/roh yang kembali mengacau manusia. Keyo watak pakar gadget dalam kisah ni yang membantu tugas Izzi dari jauh. Hantu kedua adalah VisioBot, hnatu televisyen gais 😅.
Versi novel di separuh kedua kisah ini barulah mula menceritakan bagaimana Izzi mula menjadi RohBot Hunter. Budak tingkatan 2 yang menjadi mangsa buli Kak Long kawasan di sekolah. Pertemuan dengan Lote membuka lembaran baru dalam hidupnya yang sentiasa diselubungi ketakutan menjadikan dia anak muda yang tidak gentar hingga Kak Long kawasan tu melarikan diri lintang pukang hingga keluar dari kawasan 😂. Owh versi novel ni ada rohbot nama MenToBot. Hantu mentol. Haha
Bila mood membaca ke laut, aku prefer baca bahan seperti ini yang lebih ringan dan pantas dihabiskan. Di akhir buku ada diselit cover vol.2 rohbot. Wahhhh rasa mcm nak baca yg tu jugak. Hehe