Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Buku yg saya baca ini buku terbitan PTS yg dicetak dalam tahun 2018 mempunyai 1016 muka surat. Lebih 2 tahun saya ambil masa membacanya. Buku yg sarat dengan fakta2 yg membuat kita terfikir "oh....patutlah begitu dan begini" Buku yg penuh dgn emosi membuatkan saya mengalirkan air mata terutama ketika melihat kekalahan org2 Islam disebabkan oleh pemimpin2 dan org sekeliling yg tidak lagi mengikut ajaran Islam dan pembesar2 negara yg berpaling tadah bersekongkol dgn org2 kafir bagi menjatuhkan pemimpin2 Islam. Sedih sungguh hati ini. Kisah2 bagaimana negeri2 Melayu jatuh ketangan Belanda dan Portugis juga patut menjadi iktibar buat kita. Buku yg patut dibaca oleh kita semua untuk mengetahui bagaimana berkembangnya Islam diseluruh dunia juga kejayaan dan kekalahan negara2 Islam yg boleh kita jadikan pengajaran
Salah satu magnum opus karya Hamka yang wajib dibaca oleh semua pencinta sejarah Islam. Buku ni mengambil masa selama 22 tahun (1939-1961) untuk disiapkan dan karya asalnya mempunyai 4 jilid. Tapi untuk versi keluaran PTS Publishing ni, kesemua jilid tu digabung menjadi satu buku dengan lebih daripada 1000 muka surat. Buku ni mengandungi 7 bahagian dan dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Jadi, pembacaan tidak akan terlalu meleret. Dari segi bahasa, mungkin akan ada sedikit kesukaran sebab buku ni merupakan teks asal (bahasa Indonesia) dengan sedikit penambahbaikan. Tapi konteks yang nak disampaikan tu masih boleh diterima dan difahami dengan baik. Walaupun buku ni adalah edisi kemaskini, masih terdapat banyak kesalahan ejaan yang ketara.
[Bahagian 1: Keadaan Tanah Arab] Dalam bahagian ni, Hamka memperkenalkan kita tentang keadaan geografi di Tanah Arab serta bagaimana Tanah Arab itu dibahagikan berdasarkan politik. Hamka juga memperkenalkan kepada kita tentang bangsa yang ada di Tanah Arab yang berketurunan Saam (Semites). Seterusnya, diceritakan salasilah bangsa-bangsa Arab dan raja-raja zaman silam sebelum kedatangan Islam. Bahagian salasilah ni agak kompleks sebab banyak nama-nama yang berulang. Ditambah pula dengan tahun yang tak disertakan.
[Bahagian 2: Kedatangan Muhammad] Bahagian 2 menceritakan keadaan di tanah Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW dan apakah agama dan kepercayaan yang dianuti oleh kebanyakan orang Arab pada ketika itu. Diceritakan juga secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sehingga kewafatan baginda. Perbincangan paling kritikal dalam bahagian ini ialah ajaran bawaan baginda yang merangkumi setiap aspek kehidupan seperti kedudukan wanita, perhambaan, hukum-hukum dalam Islam serta politik dan sosial mengikut acuan Islam.
[Bahagian 3: Kerajaan-Kerajaan Islam] Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, penyebaran syiar Islam diteruskan menerusi khalifah. Seiringan dengan itu, banyak kerajaan-kerajaan Islam mula ditubuhkan. Antara kerajaan-kerajaan Islam yang diceritakan termasuklah Khulafa Ar-Rashidin, kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Bani Abbasiyah, kerajaan-kerajaan Islam di Andalusia, Afrika, Mesir, Syam dan Semenanjung Arab.
[Bahagian 4: Perkembangan Agama Islam ke Negeri-Negeri Timur] Islam juga berkembang ke negeri-negeri di bahagian Timur atau Asia Tengah seperti Iran, Afghanistan dan Mongolia. Tapi, bahagian ini lebih berfokus kepada Islam di Iran. Bermula daripada kerajaan Parsi, kemudian dijajah oleh kerajaan Mongol sehinggalah jatuh bangun kerajaan Safawiyah.
[Bahagian 5: Perkembangan Agama Islam di India dan Afghanistan] Seterusnya, Islam juga berkembang di negara-negara Asia Tengah dan Asia Selatan seperti India dan Afghanistan. Sebelum kedatangan Islam di India, sudah wujud hubungan antara kerajaan-kerajaan di India dengan bangsa Arab. Sedikit demi sedikit pengaruh Islam meresap ke dalam kerajaan-kerajaan di India. Antara penggerak utamanya ialah kerajaan Mongol. Setelah kejatuhan kerajaan Mongol, bangsa Afghan pula menguasai kawasan sekitar. Boleh dikatakan negara Afghanistan itu adalah antara negara yang paling lasak menghalang pengaruh kuasa luar seperti British dan Soviet Union.
[Bahagian 6: Daulat Osmaniah] Setelah runtuhnya kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan naiknya bangsa Mongol dan Tartar, boleh dikatakan tiada lagi sebuah Kerajaan Islam yang besar dan dapat menjadi tumpuan harapan Dunia Islam. Negeri-negeri Islam berpecah, bahkan wilayah Islam itu sendiri terlalu luas. Kemudian, muncullah kerajaan Uthmaniyah yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam sebelum ini. Bahagian ni menceritakan tentang kerajaan Uthmaniyah dari masa kebangkitannya sehinggalah kejatuhannya pada awal abad ke-20.
[Bahagian 7: Perkembangan Agama Islam di Nusantara] Dikatakan Islam mula tersebar di Nusantara pada abad ketujuh Masihi. Islam juga dikatakan disebarkan melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Nusantara. Sehinggalah tertubuhnya kerajaan Islam pertama di Nusatara iaitu Kerajaan Samudera-Pasai pada abad ke-13/14 Masihi. Selepas itu, muncullah kerajaan Islam yang kuat iaitu Kerajaan Melaka. Jatuhnya Kerajaan Melaka ke tangan Portugis bukan bermakna Islam juga jatuh, malahan syiar Islam disebarkan melalui kerajaan Islam yang lain seperti Aceh, Demak dan Johor. Selepas itu, kerajaan-kerajaan inilah yang menjadi benteng untuk menghalang pengaruh dan peluasan agama Kristian daripada kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol.
Buku sejarah umat Islam yang boleh dikatakan lengkap dari sebelum zaman kelahiran Nabi Muhammad sehinggalah kejatuhan khilafah Usmaniyah dan kelahiran negara bangsa selepas perang dunia kedua. Naskah yang patut dimiliki buat rujukan.
Sejarah Umat Islam merupakan sebuah buku sejarah mengenai Islam,terutamanya membincangkan sejarah kerajaan-kerajaan Islam yang wujud apabila Islam tersebar selepas keangkatan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai nabi dan rasul Allah S.W.T. yang terakhir di Mekah pada sekitar abad ke-7 Masihi. Dari Tanah Arab sehingga ke Asia Tenggara,kerajaan-kerajaan ini dibincangkan asal usul kewujudannya secara ringkas. Saya katakan "secara ringkas" kerana jika anda mahukan perbincangan atau maklumat yang lebih lanjut,anda perlu merujuk kepada sumber-sumber bacaan yang lain. Walaupun demikian,buku ini sesuai dibaca sebagai permulaan atau pengenalan mengenai topik sejarah umat Islam.
Dari sudut yang lain,saya sedikit kecewa dengan mutu penerbitan yang dihasilkan oleh PTS. Saya perhatikan terdapat banyak kesilapan ejaan di dalam edisi buku ini. Malahan,memandangkan edisi buku ini disasarkan pada pasaran Malaysia,saya fikirkan lenggok bahasa Melayu-Indonesianya masih kuat dan digantikan dengan lenggok bahasa Melayu-Malaysia yang lebih mudah difahami. Saya memahami perkara ini mungkin terjadi untuk mengekalkan keaslian karya Hamka. Tetapi,seperti yang saya nyatakan,buku ini sepatutnya disasarkan kepada pembaca di Malaysia dan langkah-langkah untuk memastikan isi buku ini dipersembahkan secara berkesan dan mudah difahami oleh para pembaca di Malaysia.
Sejarah Umat Islam-edisi kemas kini terbitan PTS ini adalah salah sebuah buku yang komprehensif dalam menceritakan sejarah Islam. Bukan sahaja di tanah Arab atau di zaman Nabi Muhammmad, malah meliputi seluruh dunia, dari zaman kegemilangan hinggalah era kejatuhan.
Ia banyak menumpukan sejarah perkembangan kerajaan-kerajaan Islam setelah kewafatan Baginda Nabi. Dari Tanah Arab, ke negeri-negeri Timur seperti Parsi, ke India dan Afghanistan, juga sehingga ke daerah Nusantara di Asia Tenggara. Kewujudan dan asal usul setiap kerajaan ini dikupas secara ringkas yang mana saya rasakan sekiranya benar-benar ingin mengetahui secara mendalam, perlu juga anda dapatkan dari sumber yang lain. Namun ia boleh dikatakan sesuai sebagai pengenalan umum bagi setiap kerajaan Islam yang tertubuh kerana sifatnya yang ringkas namun mencakupi titik-titik penting dalam sejarah umat Islam.
Walaubagaimanapun, saya belum menghabiskan lagi buku ini kerana saya rasakan tidak sesuai untuk terburu-buru membacanya memandangkan banyak fakta perlu dihadam dan saya kira sangat bagus pula dijadikan sebagai bahan rujukan. Namun begitu, secara peribadi lenggok penulisan Hamka di dalam buku ini sedikit sukar untuk saya fahami. Mungkin bagi yang terbiasa membaca karya-karya non-fiksyen Hamka tiada masalah dalam hal ini. Apapon buku yang baik untuk mengenali susur galur sejarah umat Islam, namun bacaan tambahan juga diperlukam sekiranya ingin mendalami perkembangan kerajaan Islam di sesebuah tempat.
Alhamdulillah setelah sekian lamanya membaca buku ini selesai juga akhirnya. Buku yang paling tebal saya pernah baca. Buku yang membicarakan tentang sejarah kerajaan Islam bermula dengan sejarah orang Arab sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w sehingga lah sejarah kerajaan Johor dan Aceh. Bila membaca buku ini kita akan kagum dengan keluasan maklumat yang dimiliki oleh Buya Hamka tentang sejarah.
Bagaimana membaca sejarah umat Islam yg rumit & perlu kehati- hati an dlm analisa peristiwa nya? Buya Hamka membuat itu menjadi mudah. Dgn cita rasa narasi sbg sastrawan, kita spt diajak kembali ke abad 7. Membaca kebangkitan, kemajuan hingga keruntuhannya...
Nama Prof. Dr. Hamka sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Nusantara. Setelah membaca karya ini secara eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/7..., karya ini telah memberi kesedaran dan pengajaran kepada aku tentang pengorbanan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan dan menyebarkan agama Islam ke seantero dunia demi mengakhiri zaman kegelapan yang menyelimuti dunia ketika itu. Sekiranya ringkasan aku ini korang tidak berapa fahami, boleh pergi baca sinopsis yang telah disediakan bagi versi eBook novel ini di link yang diatas
Sejarah Umat Islam (Edisi Kemas Kini) oleh HAMKA RM 59.00 / RM 62.00Sabah/Sarawak ISBN: 978-967-481-181-5 Muka Surat: 1080 Saiz: 6x9 Tarikh Terbit: 19 Jul 2018 Bukan Fiksyen, Islam, Politik & Sejarah Siri: Karya Hamka Imprint: PTS Publishing House
Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya.
Saya sebagai pembaca sangat mengagumi usaha Hamka menyusun dan menulis karya setebal ini walaupun pada asalnya dibukukan mengikut jilid-jilid. Satu usaha yang wajar dipuji dan dihargai. Buku ini mencakupi sejarah umat Islam di Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara semenjak pemerintah Rasulullah SAW sehingga pasca Perang Dunia Kedua. Ralatnya dalam buku ini tidak dimasukkan sejarah umat Islam di Patani dan kawasan sekitarnya, Brunei dan Mindanao.
Hamka menjabarkan proses "penyebaran" Islam melalui Politik dari zaman Rasulullah hingga masuk ke Nusantara. Saya mengakui bahwa Hamka menjelaskan kurang atau tidak terlalu mendalam dan merinci. Tapi saya rasa sudah cukup untuk mengetahui secara "singkat" Islam hadir dan jatuh sebagai sebuah agama yang dianut di tiap-tiap peradaban (kerajaan, negara).
"Hanya Sultan-sultan yang jatuh, Islamnya sendiri tidak. Kalau dahulu benteng Islam ialah Sultan-sultan itu sendiri, namun kemudiannya benteng Islam ialah hati nurani kaum Muslimin itu sendiri"
Besar jasa Buya meninggalkan suatu naskah hebat buat kita semua. Suatu buku yang wajib ada & dibaca setiap orang.
Catatan sejarah dari pelbagai sumber dikumpulkan & disusun dengan tertib.
Although a bit hard to swallow, I personally think this is a great book for references. It is divided into categories and subcategories so we know what are we actually reading. It is also condensed and less flowery as other books that tell histories, making the occurrences more believable and rationally thought. Also, the addition of different perspective of Muslims and non-Muslims, negative and positive values helps to curb any extremism, thus free from propaganda.