Tiga tahun lalu, Azmira memang bahagia menjadi isteri seorang Ahmad Syukri Iman. Namun bahagia yang diharapkan tidak berpanjangan. Dan yang membuat angkara bukannya orang lain, melainkan encik suami sendiri. Kecewa dengan apa yang berlaku, Azmira tekad menjauh.
Kini, takdir mempertemukan mereka kembali. Azmira bukan lagi gadis polos seperti dahulu. Kehadiran Hafeez dalam hidupnya buat dia tekad mengubah status diri. Permintaan Azmira pada Syukri cuma satu. Bercerai. Tetapi kenapa payah sangat lelaki itu mahu melepaskannya? Kenapa perlu ada syarat yang dikenakan lelaki yang jelas tidak pernah mencintainya itu?
“Mira kena tinggal selama seratus hari di rumah ini. Bantu abang jaga Rifqi, lepas tu abang akan pertimbangkan permintaan Mira!”
“Kenapa pulak Mira kena tolong jaga Rifqi? Dia anak abang dengan Mona, bukan anak Mira!”
“Suka hati abanglah nak kenakan apa syarat sekali pun. Soalnya sekarang Mira tak ada pilihan. Kalau Mira tak nak pun tak apa. Abang tak rugi apa-apa pun. Cuma… Mira akan kekal sebagai isteri abang dan abang akan tuntut hak mutlak sebagai suami!”
Azmira nanar! Kalau tak diturut, dia akan terus memegang status isteri. Status yang banyak buat dia makan hati daripada bahagia. Namun, kalau diturut, dia bimbang! Bimbang kalau hatinya kembali rapuh bila terpaksa berhadapan dengan Syukri setiap hari.
“Susahnya nak yakinkan Cik Bomba abang ni yang abang memang betul-betul sayang dan cintakan dia aje. Apa abang kena buat supaya Mira percaya segala kata-kata abang?”
Apabila sering dilayan dengan lembut, disogok kata cinta setiap hari... hati mana yang tidak terusik. Namun kenangan lama buat Azmira terpaksa berhati-hati. Bukan mudah untuknya mempercayai kata-kata Syukri lebih-lebih lagi dengan kemunculan Tengku Nelly!
Bagi Syukri, sekali akad dilafazkan, yang itulah yang menjadi pemilik hatinya hingga akhir hayat. Namun, mampukah Syukri mempertahankan haknya sebagai suami dan meneruskan rumah tangga mereka jika hati cik isteri masih lagi diselubungi perasaan waswas?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
One of the principles that I hold dear in my life is 'Niat tidak pernah menghalalkan cara.' Because of this creed, N susah nak faham and terima watak Mira.
Yes, Syukri may not be the best husband but it still doesn't change the fact that dia tetap seorang suami kepada Mira. Ia tetap tidak mengubah hakikat yang Mira tetap seorang isteri. So how is it that Mira boleh tanpa rasa bersalah bercinta dengan lelaki lain di depan suami sendiri? How does that make her any better than Syukri yang dikatakan curang?
While I believe that everyone deserves to be happy and that everyone should pursue their own happiness, jika salah caranya, ia tetap salah.
I also hate the fact that Mira ni terlalu cepat terpengaruh and judgmental.
Awalnya saya nak beri 1* je sebab benar2 tak berkenan dengan novel ni. But then saya tanya diri saya, apa yg buat saya tak suka..jalan ceritanya atau watak2nya. Apa yg buat penerbit think when they decided to publish this story. Jadi saya go with the latter. Kira cerita dia okay juga sebab mmg ada je berlaku sekeliling kita. Jadi saya rasa unfair jika saya boleh terima cerita yg mirip begini but not this story.
Sejujurnya, 1st half of the book buat saya menyampah dengan character dalam novel ni. Belakang2 dah okay sikit tapi still ada sikit rasa geram dengan Syukri bila Mira dah mula beralah. Salah Syukri kah kerana sangsi dengan keakraban Mira/Hafeez? Salah Mira kah kerana memberi peluang pada Hafeez?
Jika kita bercakap dari conteks keagamaan, mmglah seorang perempuan yg dah bersuami tu berdosa jika menjalinkan hubungan dengan jejaka lain. Mira juga sedar dia berdosa dan seorang isteri yg nusyuz. Saya rasa concept yang sama juga apply to men. Sayangnya, men usually argue boleh nikah empat. Itu mmg tak boleh di sangkal tapi kalau bercinta dahulu mmg salah juga kan. Sedangkan Nabi kita pun tak berlaku curang. Dia di usulkan oleh orang terdekat dan dia menghadap yg Esa setelah itu langsung nikah dahulu dengan niat menaikkan martabat dan melindungi seorang wanita. Kira concept bercinta selepas nikah. Tapi people nowadays ambil concept nikah 4 je tapi tidak pada apa yg Nabi praktikkan. Ok berleteh bab ni habis sini je. Bukan pandai sangat saya ni. 😅😅
Urutan kisah ni : 1. Cara Syukri melayan Mira semasa awal perkahwinan acuh tak acuh gitu. Sebab tu bila ada Mona yg katakan dia akan bernikah somewhere dengan Syukri yg sdg bertugas di negara lain, Mira kabut lari kerana kecewa. Kebetulan Mona katakan nikah di tempat yg sama Syukri sedang bertugas.
Bagi saya Syukri yg mulakannya membuka ruang sangsi pada diri sendiri hingga buat hati Mira yg kecewa di ubati lelaki lain. Sementelah lagi dia tidak pernah meluahkan rasa cinta buat Mira sedangkan Mira fikir dia hanya pilihan ibu Syukri and Mona was his lover. Inilah gambaran yg diberikan Syukri dari awal perkahwinan sedangkan Syukri dah jatuh hati sejak Mira berumur 17 tahun lagi.
2. Bila berjumpa, Syukri fikir tiada jalan lain untuk memujuk Mira kembali kecuali ugutan pelepasan diri selepas bersama 100 hari. Demi si kecil, Mira terpaksa turutkan. Itupun selepas Hafeez beri lampu hijau agar kes mereka selesai secepat mungkin.
Hampir 3/5 of the book baru tahu siapa sebenarnya Mona pada Syukri. Jika dia beri penerangan dari awal kan bagus. Mira juga tiada alasan untuk bercerai kerana selama ini Syukri tidak pernah culas dari memberi nafkah pada Mira. 'Peng' betul dgn Syukri this part.
3. Dalam masa yg sama, Tengku Nelly juga menyatakan Syukri boyfriend dia secara terang2an. He didn't acknowledge nor did he deny until later on. Bukankah ini menambahkan lagi masalah buat Syukri untuk mengambil hati Mira?
4. Mira pula secara terang2an meluahkan rasa cinta pada Hafeez di hadapan suaminya. Syukri pula ego. Payahlah nak pulih hubungan kecuali Syukri beri penjelasan tentang Mona dan Tengku Nelly. Mira pula, bila dah tahu kebenaran kerja asyik mengelak dari Hafeez. Well, dia berjanji mestilah orang tuntut. Ya kan?
5. Bila dah selesai, Syukri pula termakan fitnah Nelly. Alahai..tengok cara Mira bersama Hafeez dan Nelly bila bersama Syukri, ada beza tau. Mira jaga batasan pergaulan tapi bukan hatinya. Nelly semua tak jaga. 😅
Ending ceritanya, ya lah ikut tajuk buku. Mmg tepat. Cuma tajuknya sangat luas part sekali akad ku lafazkan, bukan sekali akad je..itu yg buat hati saya pun turut ragu2 dengan Syukri.
Secara keseluruhannya, semua character harus di persalahkan. Satu isteri orang tapi curang. Satu pula ego, hingga dah kembali bersama pun masih simpan rahsia kerana ingin menjaga aib Mona, sahabatnya. Satu lagi dah tahu isteri orang masih lagi menaruh harapan. Mira pun tak terangkan apa2 pada Hafeez. Haruslah Hafeez asyik salahkan Syukri. Dan Tengku Nelly tak harusnya pass judgment about Mira sedangkan dia juga mengejar suami orang. Kiranya dalam cerita ni kesemuanya seperti the pot is calling the kettle black.
perempuan ni adakala buat keputusan lebih pada emosi. macam watak azmira nilah. cepat benar terpengaruh dengan mona, konon akan berkahwin dengan suaminya syukri. lari dan duduk bekerja sampaikan bercinta dengan hafeez.
mereka bertemu kembali setelah dua tahun terpisah sewaktu kompeni tempat syukri bekerja menginap di hotel azmira bertugas. haa.... hambik. syukri mula main peranan. bila dah tau mana azmira bekerja dan tahu kewujudan hafeez, dia mula bertindak. nak pula azmira minta cerai, syarat untuk memenuhi permintaan dikemukakan. tulah kau mira, nak sangat bercerai, kan?
dia perlu tinggal kembali dengan syukri selama 100 hari. jaga rifqi, anak 'madunya' sebab madunya itu sedang meroyan. alah korang ni. novelkan. semuanya mestilah dipenuhi dengan perisa sesedap rasa. macam perjalanan kisah ni jugaklah. kalau realitinya, banyak benda boleh dibuat nak pastikan kebenaran tapi kembali pada fitrah kejadian. pompuan ni kan banyak fikir... hehe...
tapi itulah. dalam rumahtangga ni setiapnya patut tahu peranan masing-masing. bila ada masalah, gaduh tu normal cuma jangan terus pendek akal sampai tak mahu berbincang. buat keputusan sendiri lebih pada ikut emosi. cik puan penulis Jazzmeen Jaz mengenengahkan masalah yang biasa ada dalam satu-satu perkahwinan dan kesilapan yang sering berlaku. benda boleh bincang, kan?
Nak cakap cerita ni menarik, tak menarik sangat tapi keinginan untuk mengetahui perkembangan dalam cerita ini tebal. Jalan cerita yang diolah oleh penulis menarik minat.
Cerita biasa-biasa yang di kalangan masyarakat. Isteri melarikan diri kerana salah faham, bina hidup baru dan bertemu dengan duda yang bersikap penyayang dan melindungi serta terbuka dengan status yang do miliki oleh wanita tersebut. Cliche tapi saya suka.
Sikap judgmental Mira ni memang boleh diterima (pada saya). Baru menikah, suami sangat committed dengan kerja, menyukarkan Amira untuk belajar memahami sikap suami, Syukri. Di tambah pula Mona yang mengeruhkan keadaan menjadi penyebab Amira melarikan diri setelah kematian ibubapanya. Sebagai anak tunggal semestinya Amira merasa kehilangan. Suami disangkakan acuh tak acuh malah dimadukan selepas sebulan menikah. Bagi Amira, ia adalah tamparan hebat buat dirinya.
Tak berkenan sangat dengan sikap Syukri yang suka mendesak Amira. Mengenakan syarat 100 hari untuk tinggal sebagai layaknya suami dan isteri sebelum melepaskan Amira kepada Hafeez. He loves to keep Amira in the dark. Letihnya.
Nasib baik Syed Aqil hadir untuk 'mengetuk' otak Amira agar berfungsi dan sedar diri. Walau apa cara atau sebab sekalipun, Amira kena menjaga statusnya sebagai isteri then again keadaan yang menjadikan Amira alpa.
Tak suka dengan semua watak; baik si heroin, si hero dan juga si hero kedua. Entahlah. Macam tiada daya tarikan.
Susah nak hadam kisah ini. Tu yang ambil masa lama nak habiskan. Ikutkan, lagi lama dari yang di-update.
Maaf ya penulis. Masih boleh belajar lagi untuk dapatkan garapan ayat/bahasa yang boleh menarik minat untuk terus membaca tanpa letak ke tepi dalam tempoh yang lama.