What do you think?

Urusan Yang Belum Selesai...
Mikael sudah mati dan dia sepatutnya 'pergi' ke alam lain. Sebaliknya dia masih terkandas di dunia. Kematiannya membongkar rahsia demi rahsia tentang ibu kandungnya.
Iryna yang mencintai Mikael pula ingin menuntut bela atas kematian lelaki itu. Pembongkaran misteri membawa Mikael yang ditemani Iryna ke sebuah pekan yang menyimpan kisah silam susur galurnya. Ketika itulah mereka menemui Hantu Putih, Puntianak dan makhluk kecil hijau yang mungkin memberi penyelesaian kepada persoalannya.
Apa urusan Mikael yang belum selesai sebenarnya?

252 pages, Paperback
First published July 1, 2018
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
October 16, 2018
mikael, pelajar kolej yang didengki oleh teman seperjuangan, khai kerana berjaya menarik perhatian iryna. khai yang lama suka dengan iryna bertindak sesuatu hingga menyebabkan mikael meninggal dalam kemalangan.
tidak habis di situ saja, mikael menjelma dalam bentuk hantu. dia sendiri tak pasti kenapa tapi dia rasakan ada sesuatu yang membuatkan dia tidak boleh ke mana-mana. menjelma depan ayahnya sehingga buat ayahnya pengsan dan kemudian ayahnya encik jamel dapat menerangkan siapa dan dari mana asalnya ibu kandung mikael. iryna membantu. mereka kembali ke kampung asal mikael...
ala.. nama pun fiction. semua boleh jadi. jangan korang cari di mana logiknya tapi ambil pengajaran yang dendam takkan mampu merubah apa-apa. ingat kiera tu gembira ke bila balas dendam? busuk hati pun takkan dapat merubah apa-apa, malah khai mendapat balasan di akhirnya. idea yang best. muncul toyol belaan wawan yang ambik jalan mudah untuk kaya. muncul puntianak jelmaan dari akim yang kecewa. apa jua dalam kehidupan, terima dengan tenang dan seikhlas hati moga semuanya akan baik-baik saja pengakhirannya...

September 15, 2018
Cerita yang mudah dan sesuai untuk pelajar sekolah menangah. Saya suka penamatnya yang sedikit memilukan untuk percintaan remaja. Namun struktur ayat belum kemas dan kosakata tak cukup mewah.
January 21, 2019
Cerita fantasi yang menarik.. Mikael mati dianiaya.. Jadi hantu dan cuba menyelesaikan misteri kematiannya dan kenapa dia jadi hantu.. Terdengar satu rahsia yang tak dijangka dari mak dan ayah sendiri.. Mikael yang kadi hantu, mula menyiasat.. Penyiasatan Mikael membawa beliau ke sebuah pekan yang diganggu 3 hantu.. Berjayakah Mikael menyelesaikan misteri kematian beliau dan apakah kaitannya dengan pekan yang berhantu..
September 10, 2018
Mikael yang terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian, telah menjelma menjadi hantu dan roh tidak tenteram. Merasakan ada urusan yang belum selesai, dia berkeliaran di rumah keluarganya dan Irdina, gadis yang diminatinya. Tanpa diduga, rahsia siapa sebenarnya Mikael terbongkar dan dengan bantuan Irdina, dia pergi ke Pekan Kelam untuk membingkar rahsia tersebut. Di sana, dia berhadapan dengan 3 mahkluk yang sering menghantui Pekan Kelam, dan tanpa disedari mempunyai kaitan dengan kisah silamnya.
Sebuah kisah paranormal remaja, yang segar dan lain dari kebiasaan cerita hantu. Kalau mencari sebuah cerita seram, ni bukanlah jawapannya. Namun, kisah percintaan remaja yang terpisah antara dua dunia, dan mengembara bersama untuk mencari jawapan.
Pengakhiran yang agak sedih, tak ada plot twist pun namun masih menarik untuk di baca. Mungkin ada beberapa ruang yang perlu dibaiki, namun kerana kisha remaja so saya kira masih ok untuk sebuah kisah yang santai.
Tahniah untuk penulis.

November 7, 2018
Mengisahkan tentang Mikael dan Iryna yang saling mencintai. Kerana cemburu, Khai telah merosakkan scutter kepunyaan Mikael, lalu menyebabkan Mikael terkorban dalam kemalangan. Rohnya yang tidak tenteram terkandas di dunia, dan menjadi hantu. Untuk menyelesaikan urusannya yang belum selesai, dia meminta bantuan Iryna untuk menyiasat tentang ibu kandungnya di Pekan Kelam yang kini huru-hara diserang toyol, pontianak dan hantu putih.
Satu lagi novel ringan Magic Bean yang bolehlah aku layan sebab genrenya misteri/ seram. Jalan cerita disusun dan ditulis dengan baik. Bolehlah layan time bosan2...

August 5, 2020
The story is there but too messy.
May 27, 2019
Koleksi kedua aku bagi Siri Novel Ringan Magic Bean, selepas Hyouka.
Sinopsis buku ni berjaya menarik perhatian aku untuk belek dan beli. hahaha. Kisah seorang lelaki, Mikael, yang telah menjadi hantu!! hahaha.
Mikael telah maut dalam kemalangan jalan raya. Namun, dia telah menjadi hantu berkeliaran dan tidak boleh teruskan perjalanan dia ke alam yang lain. Patah hati betul apabila watak utama awal-awal dah mati. Sah-sah dia tak akan hidup balik. Sedih!
Disebabkan diri sendiri terkandas di dunia ni, maka, Mikael tekad untuk mencari asbab dia jadi begitu. Dan dalam pencariannya, dia telah menemui satu rahsia tentang kisah silam susur galurnya. Firasat dia kuat mengatakan, rahsia itulah urusan yang belum selesai untuknya. Bermula dari detik inilah, cerita ni jadi semakin menarik.
Ada dua tiga kisah berlaku dan semuanya berkait dengan antara satu sama lain. Dari rentetan kisah-kisah itu, Mikael akhirnya temui semua jawapan yang dia mahukan dan dengan itu, urusan dia di dunia ini selesai sepenuhnya.
Aku suka dengan jalan cerita dalam kisah ini. Berjaya buat aku tertanya-tanya, malah, tersalah sangka, juga tidak menyangka watak sekian sekian adalah penyebab kejadian-kejadian yang kecoh berlaku di kampung tersebut.
Baca buku ini juga, seolah-olah aku sedang menonton anime serta K-drama. Hahaha.
Begitulah. Tahniah kepada penulis atas cerita yang nampak biasa tapi berjaya jadikannya sedikit luar biasa, lebih-lebih lagi dengan keupayaan Mikael menjelmakan dirinya. Kreatif!
Sikap dendam, amarah dan khianat ni, jika masih berbekas dalam hati, sampai-bila-bila pun kita tidak akan tenang. Ya, memang bukan mudah untuk melafazkan kata maaf serta seikhlasnya memaafkan, tapi tak salah jika kita cuba, kan? Mana tahu, hati dan hidup kita akan jadi jauh lebih tenang dan bahagia. :)
Terima kasih dan teruskan berkarya!

August 4, 2022
Alright.. I FINALLY FINISHED THIS BOOK AFTER A READING SLUMP WHILE READING IT 😭
🚨 SPOILERS 🚨
I got mixed feelings while reading this fr 🥲 What happened to Khai? DESERVE BITCH ✨
I STILL COULDN'T MOVE ON FROM THE FACT THAT KHAI KILLED MIKAEL 😭😭 MIKAEL AND IRYNA DESERVED BETTER THEY WERE MENT FOR EACH OTHER AND KHAI RUINED IT BY KILLING MIKAEL. WHY DIDN'T THE TRUCK JUST HIT HIM HARDER OMFG
okay but anyway, this book was REALLY good. I absolutely DIDN'T REGRET A THING SPENDING MY MONEY ON THIS ✨ THE PLOT TWIST? GADDAMN!! NO ONE WERE EXPECTING THAT
THE PLOT, THE CHARACTER, THE STORY, THE PLOT TWIST, THE ROMANCE, THE MIXED FEELINGS, THE PLOT TWIST!! *slams the table* it's perfect.

This entire review has been hidden because of spoilers.
August 9, 2026
Bacaan santai. Agak suka jalan cerita yang sangat mudah difahami, cuma penulisan macam agak berterabur. Mula-mula saya ingat watak Wawan dan Akim tu watak budak kecil sebab penulis tulis situasi macam mereka berdua budak kecil. Rupa-rupanya watak orang dewasa. Hahaha
Dan ada banyak babak yang timbul tanda tanya tapi tak ada jawapan. Juga, emosi yang ditampilkan oleh beberapa watak itu macam tak berapa logik, terutamanya waktu Mikael munculkan diri di hadapan Encik Jamel (ayahnya). Tapi apa-apapun, pengakhiran cerita agai memilukan. Huuuu....sedih.

April 23, 2019
Ini first buku magic bean yg I ada n baca.Buku ini banyak membawa aku ke alam lagi satu.Terbang bersama mikael,muncul bersama mikael dhadapan keluarga dan kekasih yg dia cintai tetapi semasa ayatnya beliau tidak smpt meluahkan kepada iryna.
Novel ini berkisarkan tentang alam kematian dan urusan keluarga beliau yang dulunya tertinggal begitu sahaja kerana ayah mikael berpindah keluar dari kpg tersebut.