Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bidan Siam

Rate this book
Nai Uteh atau Nek Uteh telah menerima tawaran ilmu perbidanan daripada Tok Phrak Nyai ekoran kemelut rumah tangganya. Seisi keluarga cukup tahu perbidanan yang dijalankannya berlandaskan amalan syaitan. Setelah usianya kian menginjak, Nek Uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan dan anak belaannya. Dia cuba bermacam cara memujuk menantu dan cucu perempuannya, namun tidak berhasil.

Nuwairah, jururawat hospital swasta mengalami gangguan sejak pertunangannya dengan Haziq. Rupa-rupanya Haziq adalah cucu kepada Nek Uteh. Tiada siapa yang tahu muslihat jahat Nek Uteh ke atas Nuwairah. Di sebalik kejahatan itu, ada mata ghaib lain pula sedang menghuru-harakan kehidupan Nek Uteh dan keturunannya. Di antara Nuwairah dan Haziq, muncul Yusuf Imran mengubati sakit misteri itu. Disebabkan pertemuan semua insan ini, rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi dan kejutan yang tidak disangka. Siapa sebenarnya Nek Uteh? Dan siapa di sebalik mata ghaib yang cuba menghuru-harakan Nek Uteh dan keluarganya?

“Tidak! Aku tak mungkin terima ilmu syaitanmu.” - Nuwairah

“Pertemuan kalian dengan Wairah dan keluarga ini, ada kisah silam yang memburu satu sama lainkan? Semuanya bermula dari kampung yang Wairah kunjungi tu.” -Ustaz Khir.

496 pages, Paperback

First published June 1, 2018

2 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Noorfadzillah Omar

27 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (38%)
4 stars
21 (47%)
3 stars
6 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
September 18, 2019
Nek uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan siam dan anak belaannya. Nuwairah yg bekerja sebagai jururawat pula sering diganggu sejak bertunang dengan haziq, cucu nek uteh. Rupanya ada kisah dan rahsia di sebalik gangguan yg menimpa nuwairah. Kena baca sampai jumpa perkataan TAMAT baru tahu apa perkaitan antara watak2 utama.
Tahniah penulis sebab berjaya menerbitkan perasaan ingin tahu yg kuat utk sis habiskan novel bidan siam ni. Garapan plot cerita yg tersusun - nek uteh (muda) ke nek uteh (tua). 4 ⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
July 30, 2024
Nai Uteh atau Nek Uteh mempunyai ilmu perbidanan dan kini sudah sampai masanya untuk diwariskan. Cumanya tiada seorang pun di kalangan ahli keluarganya yang mahu mewarisi ilmu tersebut. Hingga dia sangat terdesak untuk mencari waris. Kekayaan dijadikan umpan untuk menarik minat calon warisnya.

Sememangnya keadaan hidup yang terdesak dengan pasangan yang kaki pukul mampu mengelabui mata untuk memilih tindakan yang salah. Begitulah Nai Uteh dan Syima. Angkara lelaki yang seharusnya melindungi mereka, mereka nekad untuk bersekutu dengan syaitan.

SH kasihankan mereka yang menjadi mangsa minyak cenuai seperti dalam naskah ini. Mereka bernikah tanpa kerelaan yang sebenar dan hilang ingatan di sepanjang tempoh itu. Andai kesannya hilang, maka meranalah dia mengenangkan perkahwinan yang terjadi tanpa relanya. Yang menggunakan memanglah seronok tetapi yang merana mangsa yang dicalit dengan minyak tersebut.

Baru nak rasa kasihan dengan Haziq tapi makin lama makin nampak 'red flag' dia tu. Dan apabila terbongkar semuanya memang menyirap SH dengan perangai Haziq ni. Bukan geram lagi tapi memang marah sungguh SH dengan perangai dan sikap dia tu.

SH ingatkan tajuk Bidan Siam ni hanyalah sebatas dia dapat ilmu dari Bidan dari Siam tetapi sebenarnya ada lagi yang tersembunyi di sebaliknya.

Babak dekat hospital tu membuatkan SH rasa kalau baca novel ni masa ditahan wad atau jaga orang sakit dekat hospital, mungkin tak tenang malam tu. Silap-silap bawa ke mimpi.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
July 29, 2025
Bidan Siam.

Bidan siam atau bidan yang siam?

Bab menakutkan tu tak dapat dinafikan. Nak termuntah pun ada. Cerita yang mudah difahami walaupun banyak watak yang ada. Walaupun berlatar belakang kan kelantan-siam tapi bahasa yang digunakan tak banyak sangat. Saya mengharapkan lebih banyak dialek.

Wairah yang kuat. Yusuf yang helok hehhehe. Pace laju sebenarnya baca buku ni tapi disebabkan reading slump, baca prolog, saya tinggal terus. Bila ada mood baru baca balik dan 2 hari dah selesai.

Saya respect dengan anak menantu Nek Uteh yang langsung taknak terima belaan mak mereka. Betul lah iman tak dapat diwarisi, sama juga dengan saka bidan siam. Tapi saya macam faham niat Uteh sebenarnya, nak bagi suami sayang dan nak tambah pendapatan tapi sayangnya niat tak menghalalkan cara.

Terima kasih penulis.
Profile Image for Aqilah.
15 reviews
January 15, 2025
Penceritaan yang menarik, namun saya rasa ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan lagi. Endingnya juga seperti "rushing". Namun jalan cerita menarik dan tidak terlalu seram untuk dibaca.
Profile Image for Choon Sukkhumvitthaya.
20 reviews
May 2, 2020
Sangat best jalan ceritanya.. cuma translate dari Thai terlalu sopan dan rasmi tak sesuai dengan ayat bahasa. Bagi yang faham bahasa Thai macam saya mungkin akan rasa yang sama. Apa pun novel ni memang terbaik..
Profile Image for Hamidah Effendi.
351 reviews3 followers
July 21, 2025
📖 Judul: Bidan Siam
✍️ Penulis: Noorfadzillah Omar

Cerita ini dibuka dengan kematian pasangan kepada bayi kembar. Nampak macam misteri biasa, tapi sebenarnya itu permulaan kepada satu kisah yang lebih rumit. Plot terus melonjak ke masa depan — mengisahkan seorang gadis yang diganggu penyakit pelik selepas bertunang. Gangguan demi gangguan datang silih berganti. Mula-mula aku sangka sebab cemburu orang ketiga… rupanya tidak.

Apa yang berlaku sebenarnya?
Ada dalang yang sudah lama merancang — dengan tujuan untuk dapatkan pewaris baru dan sesuatu yang lebih besar dari cinta. Cerita ini menyentuh tentang dunia perbidanan tradisional — bukan yang biasa kita dengar macam "hantu bebalan masa bersalin" tu. Tapi lebih mendalam — ada kaitan dengan khadam cik bidan, pengkhianatan, dan perebutan harta.

Menariknya?

Plot tak klise, susunannya membuatkan kita nak terus baca sampai ke hujung sebab curious nak tahu apa punca sebenar gangguan.

Ada elemen gore yang buat rasa geli — especially bab apa yang jadi pada mangsa. Bayangkan bila tubuh diserang atau usik oleh makhluk ‘menumpang’ 😖. kudis, ulat..aiuk..

Ada babak seram sikit (contoh: langsuir baring atas badan 🤫), tapi secara keseluruhan cerita ni tak terlalu seram, jadi pembaca yang penakut masih boleh layan malam-malam.

Dan ya, ada watak bermuka dua yang buat kita marah dan rasa nak tahu siapa sebenarnya manipulatif.



---

🔎 Sebab kenapa patut baca:

Untuk yang minat kisah mistik tapi tak nak terlalu berat atau horror tahap trauma — ini sesuai.

Kalau nak tengok sisi gelap perbidanan tradisional + unsur khurafat moden — ini pilihan tepat.

Cerita ini juga menyelitkan unsur keluarga, kambing hitam dan pergelutan jiwa.



---

✅ Kesimpulan:

"Bidan Siam" bukan kisah seram semata, tapi tentang kepercayaan, pengkhianatan dan rahsia silam yang cuba dikubur. Dan bila kebenaran terbongkar, semua yang terlibat takkan keluar dengan jiwa yang sama.
Soalannya… siapa sebenarnya dalang? Dan kenapa?
Baca sendiri. Ending dia buat kita senyum kelat.
Profile Image for dalillah.
29 reviews
June 5, 2025
Akibat kemelut rumah tangganya, Nai Uteh menerima tawaran daripada Tok Phrak Nyai untuk mewarisi ilmu perbidanan. Biarpun dia tahu ilmu itu berlandaskan amalan syaitan, tetapi bagi Nai Uteh ilmu itulah merupakan segala-galanya untuk dia. Sehinggalah dia perlu mencari pewaris yang boleh menjaga "anaknya". Di sinilah kejutan demi kejutan dan rahsia demi rahsia terbongkar.

Antara perkara yang disentuh dalam novel ini ialah amalan ilmu hitam dan syirik dalam perbidanan. Bagaimana amalan ini akhirnya memakan diri Nai Uteh di saat dia mencari pewaris untuk mewarisi ilmunya itu. Sebagai seorang muslim, adalah berdosa besar untuk kita menyekutukan Allah dan dosa ini tidak akan diampuni oleh Allah.

Genre seram dan mistik yang dibawakan oleh penulis sesuai untuk pemula yang nak baca cerita seram. Sebab bagi saya cerita ini tak seram sangat, tapi masih ada unsur suspen. Sepanjang bacaan, saya banyak berteka-teki juga, terutama sekali bila munculnya watak Yusuf Imran dan emaknya. Kaitan antara watak yang ada tu agak mind-blowing juga, sebab banyak yang perlu dirungkaikan dan setiap pendedahan membawa kepada persoalan baharu. Itu yang menariknya cerita Bidan Siam ni.
52 reviews4 followers
October 15, 2018
bila baca kisah ni baru dapat rasakan betapa susahnya nak sampaikan cerita mengenai perubahan seseorang dari muda ke tua. bukan imbas kembali, bukan berlainan dimensi, bukan time travel, tapi 'perjalanan' menjadi tua. tak terasa 'perjalanan' nek uteh dari perempuan muda bertukar menjadi nenek tua. tiba tiba je, "eh dah tua dah dia?"

agak terganggu juga la dengan bahasa yg digunakan. kata ganti nama diri terutamanya. elemen seram pun tak rasa sangat. tapi.. babak katil enam kat hospital tu seram la juga. wanita mengandung yg bakal melahirkan tidak digalakkan baca part ni takut terbayang je bila kat hospital nanti. hehe

lepas baca baru i tahu limau nipis juga dipanggil limau kapas. hehe nice info!
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
January 6, 2019
Kerana perangai suaminya yang tak semenggah tu telah menyebabkan Nai Uteh pilih jalan hitam. Dari situ, semua yang mengata atau menyakitkan hati dia, pasti akan menerima habuannya. Ada juga rasa kesian dekat Nek Uteh bila usaha dia mencari pewaris seringkali diganggu sehingga membuatkan orang salah faham terhadap dia. Lepas baca novel ni rasa macam seriau pula nak bersalin di hospital bila teringat part di mana ada syaitan bertopengkan manusia yang bekerja di hospital, yang menjadikan darah nifas contohnya sebagai "makanan" mereka.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
September 23, 2018
Kisah mengenai bidan siam.. Memang menarik.. Rupa-rupanya perkaitan antara mereka sangat berselirat.. Kebenaran dan doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan.. Niat tidak menghalalkan cara.. Sepatutnya pertolongan diminta pada Allah bukan pada makhluk terkutuk.. Dalam Bidan Uteh mencari waris, ada yang mengganggu.. Wairah yang tak bersalah menjadi mangsa angkara orang yang gelap mata.. Siapa sebenarnya dalang yang melakukan semua pembunuhan di kampung itu?
Profile Image for Sallyza.
7 reviews
September 26, 2018
Kisah yang disampaikan menarik..lain dari yang lain, cuma penyampaian cerita dan susunan ayat kurang menarik. Diharap akan karya akan datang penulis dapat perbaiki kekurangan ini dan dapat olah cerita supaya nampak cantik dan tersusun.
12 reviews
February 11, 2019
pertama kali membaca karya noorfadzillah. sgt best dan saya boleh bayangkan suasana scenery yg cuba ditulis kan dalam novel ini.
Author 2 books12 followers
August 25, 2021
Bab awal pun dah seronok baca tapi ending mcm terlalu sekejap habis 😂 bab ustaz, cara berubat seolah-olah penulis tahu tau dan kaji tentangnya. Tajuk pun double meaning. Playwords! Ttg bhs siam tu pulak agak halus. Malay yg pndai bhs siam maybe fhm and dpt bezakn bhs ksr atau halus.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.