Buku Yang Hilang Yang Datang cukup menarik dibaca oleh semua rakyat Malaysia khususnya para guru, pelajar penulis, pengkaji perubahan masyarakat dan mereka yang mencintai ilmu pengetahuan. Buku ini wajar diletakkan di setiap rumah di negara ini untuk dibaca, di perpustakaan awam, perpustakaan sekolah dan sebagainya untuk mereka mengetahuinya autobiografi tokoh ini. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman hidup yang mahal harganya terungkap dalam buku ini yang disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah, komunikatif, kreatif dan inovatif.
Zaman kanak-kanak saya adalah waktu yang sangat indah dan waktu yang paling dirindui. Apabila dikenang kembali saat membaca buku ini, kenangan itu masih segar dalam ingatan. Apa yang penulis coretkan di awal bab mengenai suasana kampung itu, sesungguhnya ia amat menggamit kotak memori untuk mengenang suasana itu.
Berlari-lari di bendang sawah, Menemani arwah atok & nenek menuai padi, Berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau,
Semua itu adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan!
Penulis membawa kita menelusuri kembali zaman dan waktu di kampung suatu ketika dahulu sebelum zaman kemodenan menjengah hidup. Penulis menggambarkan hidup pada ketika itu amat mudah apabila hampir semua keperluan hidup boleh didapati di sekeliling rumah dan kampung. Apa yang penulis ceritakan adalah suatu perkara yang saya juga berkesempatan untuk mengalaminya sewaktu kecil. Suasana menoreh getah, keseronokan musim buah-buahan, menangkap ikan di parit dan paya, zaman persekolahan, mandi di sungai dan sebagainya. Andai waktu boleh diputar kembali!
Penulis juga memberikan banyak maklumat penting dan menarik mengenai adat masyarakat kampung seperti perkahwinan, sambutan hari raya, adat panggilan dan gelaran dalam keluarga, pantang larang sehinggalah ke bab timbangan, ukuran dan sukatan dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.
Apabila difikirkan kembali, benar apa yang penulis coretkan bahawa kehidupan suatu ketika dahulu amat mudah dan senang. Berbanding kehidupan kita sekarang yang dihimpit arus kemodenan. Namun, kita tiada pilihan. Manusia harus berkembang demi menjamin sebuah ketamadunan. Apa yang penting, hargailah hidup kita walau bagaimana keadaan sekalipun. Kita sentiasa beruntung berbanding mereka yang hidup dalam kancah peperangan dan krisis kemanusiaan yang seolah-olah tidak berpenghujung. Apa yang penulis ceritakan ini merupakan pengalaman beliau yang mahal yang tidak mampu untuk kita kecapi kini.
Penulis buku ini berada dalam era perubahan, banyak yang berubah. Dari adat, persekitaran, sistem sosial dan teknologi. Beliau melihat semua dan mencatat dalam buku ini serba ringkas.
Tidak menyalahkan zaman atas perubahan yang berlaku, ada sebab dan alasan kenapa orang melayu dahulu mulanya hanya mencari ikan di bendang, namun sejak penanaman padi dua kali setahun diperkenal,ikan tidak lagi ada di dalam bendang.
Permainan anak anak sekolah dahulu menggunakan pisau lipat kerana tidak ada pengasah pensel. Nama panggilan Long, Yong, Ngah, Lang antara adat orang dahulu
Nukilan otai yang pasti menggamit juga golongan otai untuk beli dan baca. Penulis tahu kumpulan sasar buku ini. Kandungannya menggamit nostalgia silam pembaca golongan otai. Tahniah!!!