Koleksi Cerpen Hanni Ramsul memuatkan himpunan cerita-cerita pendek yang ditulis sejak pembabitan beliau dalam bidang penulisan. Mengandungi cerita-cerita yang digarap dalam pelbagai 'rasa'. Manisnya Kenangan akan membawa pembaca ke dalam dunia yang penuh dengan humour, kesedihan dan pastinya kegembiraan.
Itu rating KakChik, pemberian rating banyak dipengaruhi rasa teruja yang melambung tinggi di langit selepas tu terhempas kuat ke gaung paling dalam.
Sebenarnyaaaaaa, KakChik rasa tak puas baca kisah yang pendek-pendek apatah lagi KakChik rasa sesetengah cerpen tu macaammmmmmmmmm boleh dipanjangkan jadi novel. Inilah dilemanya kalau sudah terlalu biasa dengan kisah-kisah yang panjang meleret-leret. :(
Secara tersurat koleksi ini penuh dengan pelbagai rasa. Ada waktu tergelak terutama 4-5 koleksi cerpen yang pertama tu. Kelakar sungguh bila terjadi komunikasi makhluk lain ini. Baca waktu malam pun mata asyik jeling-jeling tepi tingkap.
Dan 4-5 koleksi terakhir pula kisah berat yang kesemuanya berakhir dengan sedih untuk 'percubaan' pertama. Ada yang jumpa bahagia dan ada yang bahagia itu tidak semestinya kita bersama.
Saya rasa.. cerpen last tu xpatut diletak akhir sekali.. sebab cerita yang akhir kita akan paling ingat. cerita dia tinggalkan rasa xbest terus rating pon jatuh merudum.
Kisah 3 sekawan memang menarik dan kelakar! Paling suka yang itu! Hahaha
Kebanyakan cerpen menarik juga tapi sedikit melankolik. Ok lar.. haha
~koleksi cerpen daripada penulis, boleh dikatakan ada berberapa genre berbeza yang diketengahkan.
1. Dinner Konon!
Kisah pekerja kilang yang ingin menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan bosnya yang kedekut, dan bersama pekerja bangla yang lain. Simple, kelakar dan cukup sebagai pembuka selera yang mencuit hati untuk meneruskan bacaan.
2. Jiran Baru, Jiran Baru : KL Kami Datang & Jiran Baru : Aku Masih Sayang Kamu
Mengenai 3 ekor hantu yang tinggal bersama, walaupun menakutkan tapi ingin berkawan dengan manusia tanpa sedar diri mereka tu sebenarnya menakutkan! Seram komedi yang agak menarik, tak sangka di masukkan dalam kompilasi ini.
3. Sumpah Itu Hantu!
Cameo watak2 daripada Jiran Baru, tapi lebih fokus kepada kisah rumah bujang yang dihantui dengan bunyi misteri. Masih seram komedi.
4. Akukah Lelaki Itu?
Dilema seorang bapa yang diduga dengan kehadiran cahaya mata cacat dan tidak redha dengan dugaan. Malangnya, terlalu pendek sehingga kurang rasa, berpotensi untuk menjadi kisah yang lebih menyentuh hati.
5. Diari Firqan, Hati Firqan
Anak kecil yang menjadi mangsa amarah ibu tiri yang tidak suka dengan kehadirannya. Seperti Akukah Lelaki Itu?, menyentuh hati tapi kali ini rasanya cukup padat dan pengakhiran yang lebih positif.
6. Menantu oh Menantu
Kisah menantu bukan pilihan, dan sikap ibu mertua yang marah-marah sayang. Saya kira ini antara cerpen kegemaran kerana dekatnya dengan realiti dan cara watak menangani konflik dengan matang.
7. Tak Apa Papa, Mama Tak Kisah
Konflik perhubungan suami isteri yang kurang diberi perhatian, apabila telah lama bersama dalam zone selesa, dan mengganggap semuanya okey, sehingga lupa untuk menyemarakkan rasa cinta. Setelah lelah menghadam beberapa kisah yang merobek emosi, kehadiran cerpen ini seperti memberi ketengan sebentar kepada pembaca. Diolah santai dan cukup padat.
8. U and I Boleh Kahwin Kan?
Berdasarkan kisah Si Itik Hodoh, masing-masing takut untuk meluah. Menarik, walaupun agak klise tapi ada kelainan dan komedinya.
9. Surat Cinta Oh Surat 'Cinta'
Kisah cinta polis trafik dan cikgu sekolah, yang merupakan musuh tradisi masa sekolah. Ada potensi untuk dipanjangkan, agak menarik dan kelakar juga kisah mereka sebenarnya.
10. Mimpi Itu Milik KIta
Dipaksa berkahwin demi sebuah wasiat, namun menjeruk rasa akhirnya. Kemballi tema konflik perkahwinan, sekadar ok saja bagi saya.
11. Terima Kasih Sahabatku Yang Hampeh!
Kerana malu untuk berterus terang dan saling memendam rasa, kekasih pujaan dirambas sahabat sendiri. Namun, bahagiakan hubungan atas penipuan?
12. Jalinan Kasih Kita
Kisah duda garang yang cuba mengembirakan anak-anaknya, tanpa sedar kegembiraan tersebut ada didepan mata.
13. Andai Mampu Kuubah Segala-galanya
Masalah keluarga yang menghancurkan hidup seorang remaja, membuatkan hidupnya terumbang-ambing sehingga menghancurkan hati yang setia menanti. Pertemuan semula mereka menjanjikan seusatu yang payah untuk ditelan.
14. Ada Cinta DI Hatinya
Serik dimalukan selepas ditolak, Mira serik untuk menerima lelaki. Desakan maknya memaksa dia bersetuju, tanpa sedar orang yang sama pernah memalukannya.
15. Anugerah
Kisah bermadu, atas alasan zuriat. Bila hajat tercapai, ada hati yang terluka. Penuh konflik, antara yang saya suka andai dipanjangkan.
16. Lara Jiwa Duka
Setelah janji dimungkiri, masihkah ada ruang untuk kembali? Kisah paling melankolik saya kira dalam kompilasi ini.
17. Anak
Atas alasan anak, haknya diabaikan sebagai isteri pertama. Tatkala tragedi menimpa, barulah kewujudannya disedari. Antara kesukaan saya juga, dan berharap dipanjangkan kerana turut menyelitkan kisah mualaf.
18. Sebentar Cuma
Isteri yang diabaikan, namun masih setia memberi senyum. Agak klise, tapi masih ok.
19. Rasa
Konflik rumah tangga apabila suami hanya tahu memberi dan tidak memahami rasa si isteri. Seperti beberapa cerpen yang penuh konflik sebelum ini, agak menarik andai dikembangkan untuk lebih memahami gejolak hati Zarra.
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pellbagai genre dan tema yang diketengahkan, walaupun ada beberapa kisah seakan sama dan mengetengahkan tema yang hampir sama. Namun, tetap ada perbezaan konflik dan peleraian.
Ada beberapa yang sesuai dikembangkan, tapi mingkin cukup setakat cerpen. Andai dikembangkan mungkin terlalu berkonflik dan meleret.
Apa pun, tetap menghiburkan. Tak dinafikan, saya dapat melihat beberapa genre yang diolah baik penulis, yang tidak saya sangkakan.
himpunan cerpen karya puan penulis Hanni Ramsul. permulaan yang seronok dibaca. diteruskan dengan beberapa cerpen yang akak rasa kalau korang baca pun, boleh hilang stress. ni pasal jiran tau. lawak dan sangat menarik.
terus dengan cerpen yang ada sempoi, sedih, luka, gembira... pendek kata setiap satu mampu menggerakkan fikiran dan emosi pembaca dalam 'merasai' setiap cerita yang ada.
begitulah kehidupan. tidak sentiasa serius dan tidak sentiasa bergelumang dengan kesedihan. selagi nyawa dikandung badan, hadapi segalanya dengan penuh redha dan kesyukuran. emosi memang akan bergelora tapi akal mampu mengawal sebaiknya...