ENGKU EZRAEL. Setiap detik dalam hidup lelaki itu hanya untuk melebarkan sayap kekayaan. Tanpa peduli caranya. Halal atau haram. Asalkan ada hasilnya.
Langsung tiada ruang dalam hidupnya buat makhluk yang bernama perempuan dan sejenis perasaan bernama cinta. Melainkan apabila perlu. Apabila kedua-duanya itu perlu dijadikan alat atau alas kaki merentang jalan Ezrael menuju matlamat utama hidupnya.
“Awak perlu tahu yang tak semua benda boleh dibeli dengan duit!” - Ezza Ezreena.
“Dan kau perlu tahu Ezza Ezreena binti Naser, seorang Engku Ezrael, tak pernah tak dapat apa yang dia nak.” - Engku Ezrael.
EZZA EZREENA. Entah mengapa gadis itu terheret ke dalam permainan ini. Sedangkan Ezza, gadis yang tak punya apa-apa. Hidup hanya bersandarkan cinta Saiful, yang diharapkan untuk menjadi pelindung sehingga ke syurga. Tapi malang bagi Ezza, apabila Saiful sama seperti Ezrael. Mata hatinya buta dipalam wang ringgit.
“Lupakan Saiful. Lelaki jenis apa sanggup jual tunang sendiri. Dan kau patut berterima kasih dan bersyukur sebab aku sudi beli kau.”
“Yang menjual dan yang membeli, sama-sama syaitan!” Ezrael tak peduli. Ezza yang sudah meringkuk di dalam penjaranya tak akan dibebaskan selagi apa yang dikejarnya tidak dia miliki.
“Apa yang awak nak sebenarnya Ezrael?”
“Jatuh cinta dengan aku. Dan selepas itu aku akan bebaskan kau.”
Syarat gila apakah ini? Dan benarkah apabila cinta itu bersemi nanti, Ezrael sanggup mengotakan janji?
Ni satu lagi cerita Bad Boy daripada SH. Aku beli buku ni sebab terpikat ngan teasernya. Hahaa... Ye la. Hari-hari duk lalu-lalang kat wall aku. .
Aku sengaja pilih buku ni untuk dibaca time mood aku tengah kelaut, sebab ku agak yang buku ni santai dan dapat dihabiskan in one sitting. .
Hurm, sebenarnya kan, bagi aku, watak Ezrael ni takde aura pemikat pon. Mungkinlah dia handsome. Nak kata kaya dan berkarisma, dah nak lingkup dah Ehsan Holding tu dikerjakannya. Dahlah mamat ni kejam dan berlagak je lebih. Ego tu setinggi langit. Menyampah betul. .
Ezrael ni sejenis gila harta. Dia plan nak kahwin ngan Amanda sebab nak bolot harta Amanda. Tapi, bondanya tak setuju. Bonda bersetuju untuk membantu Ehsan Holding, dengan syarat, Ezrael kena cari Ezza, kahwin dan bercinta dengannya. Haihhh, sesungguhnya aku menyampah part ni. Memang orang kaya ni, tak boleh nak mempertimbangkan hati dan perasaan orang miskin ke? Dan dia sendiri dah tahu perangai anaknya tu macam hantu, takkanlah dia expect yang Ezrael akan memujuk rayu Ezza. Haihh .
Ya. Aku faham cinta tu buta. Mungkin sebab tu, Ezza senang je jatuh cinta ngan Ezrael. Dah nama pun suami, kan? Tapi part Ezrael tetiba insaf dan sayang kat Ezza tu, ku tak dapat rasa. Dahlah nak pujuk Ezza pon, still berkasar. Tak boleh ke kau rendahkan sikit ego kau tu? Dan tak boleh ke Ezza ni jual mahal sikit? Bagi aku, scene ending tu agak rushing. Ku tak puas hati, senang je Ezza maafkan Ezrael. (Ampun, ku pulak yang terlebih emosi).
Firstly untuk kualiti kertas n font yang besar, agak mengecewakan memandangkan harganya boleh tahan.
Kisahnya boleh dikatakan biasa2 sahaja tak ada konflik yang berat2 atau bersimpang siur jalan ceritanya. Agak straightforward. Kisah tentang Ezrael yang ego dan matlamat hidupnya adalah untuk mengumpul kekayaan walau dengan apa cara sekalipun.
Sisi baik seorang Ezrael ni tak ditonjolkan oleh penulis so hairan jugakla camana si heroin boleh terjatuh cinta. Harapkan hensem n kaya je la kot.Bayangkan suka2 hati orang culik you and then paksa kahwin n then you jatuh hati. Mungkin kalau diselitkan scene2 yang menunjukkan sisi baik Ezrael boleh diterima la jalan cerita ni. Walaupun hero badboy kenala tonjolkan sisi baik jugak sikit2 barulah boleh menawan hati.Ni tak asyik mengugut je and ego sangat nak mengaku perasaan tu. Dalam duk berbolak balik nak lepaskan Ezza tu masih lagi boleh teruskan niat nak berkahwin dengan Amanda. So tak mampu nak terjatuh suka dengan hero ni.SORRY
yang sangat bagus tentang engku ezrael ni, dia punya determination. watak yang dibina oleh puan Novelis Suci Hidayat ini, tak peduli perkara lain. yang ditahu, apa yang dimahu, semua akan dapat dalam tangan.
bila syarikatnya sedikit goyang, rancangan perkahwinan dengan amanda dan seterusnya mampu beri jalan dia bolot harta anak jutawan itu ditentang keras oleh bondanya.
engku elina sebaliknya punya perancangan lain. dia setuju untuk bantu anaknya tapi dengan syarat, ezrael mencari di mana ezza ezreena dan seterusnya mengahwini gadis itu.
lelaki yang begitu kuat azamnya, mula merancang.
rancangannya berjaya bila berjaya merampas ezza dari saiful, lelaki yang sanggup 'jual' tunang sendiri demi duit.
dia beri syarat pada ezza. berkahwin dengannya, jatuh cinta dan seterusnya melahirkan anak untuknya.
semua hanya kerana nak kaut semua harta.
berbaloi?
bagi dia, ya. tapi... hmm...
ezza. walaupun wataknya lemah, tak boleh nak buat apa yang dia mahu, terpaksa untuk segalanya tapi dialah yang pegang tampuk cinta agung. cuma likunya, sangat sedih.
First time saya baca novel Suci Hidayat. Mukadimah sangat menarik. Permulaan cerita buat saya teruja dan tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Tetapi pembacaan saya semakin merudum. Watak Engku Ezrael yang menjengkelkan tak menarik langsung. Watak Ezza yang naif dan polos boleh pula jatuh cinta dengan Ezrael lagi tak menambat hati saya. Tapi Saiful yang saya kesian sampai dia kehilangan ibu dan tunang tersayang demi duit. Nak menyesal pun dah tak guna. Bagaimanapun, watak Engku Ellina dan Engku Ehsan yang menyentuh perasaan saya. Mak Munah hanya pembantu rumah tapi mereka layan dengan baik. Amanda yang gedik dan juga kekasih Ezrael, mereka masih berbudi bahasa bila berbicara. Engku Eqram yang banyak menyokong jalan cerita pun saya suka. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik tapi hambar. Plot yang tak berkembang jadikan cerita ini kurang jiwa.
Sebelum novel ini, aku baca RAEED. Jalan cerita novel ini lagi menarik 😄 pada awal babak Ezza ada nyatakan tentang maknya dan 'hati'. Sepanjang pembacaan, aku dapat agak yang pasti ada rasa terhutang budi antara Engku Elina dan mak Ezza. Engku Ezrael dengan lakonannya. Engku Elina, Eqram & Ezza dengan lakonan masing². Babak semasa hampir² pernikahan 'Eqram & Ezza', rasa gementar pula bila Ezrael datang acukan pistol ke kepala Eqram. Aku tak suka 'sad ending'. Walaupun Ezrael ini 'bad boy' 😅 tapi watak macam ini yang aku suka. Pelik? 😌 Nasib 'happy ending'
Tak sabar nak baca kisah bad boy yang seterusnya... JIBRAEL.
Idea keseluruhan menarik. Tapi corak penulisan kurang menarik. Tiada climax yg memberangsangkan. Kesimpulan, masih boleh dibaca utk mengisi masa lapang.