RAEED AMZAR dan RANAA AISHA. Kerana sejarah hitam kehidupan silam masing-masing, kedua-duanya senang saling mencintai tanpa mengenal antara satu sama lain. ♥️ Selamat pagi, sayang. 💙 Morning, sayang. ♥️ Awak baru bangun? 💙 Hmm... baru bangun. ♥️ Tido lewat semalam? 💙 Yup... ♥️ Dating? Jumpa girlfriend la tu kan... 💙 Haha! Taklah. Mana ada gf. Dah siap nak pergi kuliah? ♥️ Yup! Baru lepas pakai baju. Nak mekap kejap. 💙 Pakai baju warna apa? ♥️ As usual. Pink! My favourite. 💙 Seksi tak? ♥️ Of course! 💙 Not good. Naughty girl. ♥️ Haha! Whatever... 💙 Hmm. Jaga diri awak. ♥️ Okies! Dah siap. Cantiknya saya hari ni. ♥️ Huh... yelah tu. ♥️ Tak percaya? 💙 Percaya. ♥️ Awak tak teringin nak jumpa saya? Tak nak tengok saya? 💙 Hmm... awak? ♥️ Hmm... nak. Tapi tak nak. Saya selesa kita macam ni. Saya tak kenal awak. Dan awak tak kenal saya. But... we love each other. We share everything together. 💙 Yup... saya pun rasa yang sama. Mungkin lebih baik kita terus macam ni. ♥️ Got to go now. I love you...Mr. Stranger. 💙 Love you too... Miss I-Don't-Know-Who. ♥️ Haha! Muah! See you! 💙 See you, sayang.
Sehinggalah berlaku satu tragedi yang membongkarkan siapa diri mereka yang sebenarnya. Membogelkan kisah perit semalam. Masihkah mereka saling mencinta? Atau itu petanda berakhirnya sebuah kisah bahagia?
Aduiii kalau kes rogol,if taknak g hospital pun kat farmasi ada la morning after pill untuk elakkan pregnant. Bukan berserah je n berharap untuk tak pregnant. Sampai part tu i dah rasa malas nak teruskan tapi habiskan jugakla.
Mengharapkan cerita yang makin matang dari Suci tapi kecewaaaa....huhu..sebelum ni i layan je novel suci yang lain tapi untuk both badboys ni agak kureng.
i layan je cerita santai tapi susah nak terima bila citer tak matang n tak natural.
rasanya antara ketiga hero hot puan Novelis Suci Hidayat, ezrael, raeed dan jibrael, raeed ni paling kurang menonjol. watak ini lebih selesa behind the scenes. tapi dia juga beri impak besar dalam kehidupan ranaa.
ranaa aisha. sedih bila dapat tahu yang sebenar dia adalah anak luar nikah. bila papanya tan sri umar mahu bernikah dengan ustazah jannah, terbongkar segala rahsia. ustazah jannah pun, langsung tak menggambarkan ustazah yang mulia hati. sesuka hati memburukkan ranaa dan tambah sadis sentiasa menyebut tentang anak haram.
maunya anak gadis itu tidak kecewa? tambah bila ummi tirinya itu pandai bermuka-muka di hadapan papanya.
bila akal pendek, lebih pada mahu puaskan hati, ranaa lebih suka habiskan masa keluar. here and there, disebabkan tindak tanduknya, maka tan sri umar mahu menikahkannya dengan fayyadh. ranaa menolak kerana tahu yang lelaki itu pusat segala kejahatan. tapi dia silap percaturan yang buatkan fayyadh berdendam dan atur strategi untuk merosakkan segalanya.
mana letaknya raeed? di sini bijak puan penulis. raeed sahabat baik fayyadh dan ada satu lagi peranan utama watak ini. walaupun terfitnah, lelaki ini marah tapi tak mudah melatah.
dia tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak.
dia juga lelaki yang ranaa harap untuk membantu tatkala dia hendak dijodohkan dengan fayyadh.
satu yang utama, media sosial. anak muda yang kurang pertahanan memang akan mudah terjebak dan terpengaruh. segala janji di medsos ini pun payah dijangka. ada yang membantu tapi banyak yang memusnahkan.
bantu kawal. bantu sesiapa yang ada disekeliling agar tidak tewas pada penipuan.
Aku boleh bagi cerita ni 3.5 bintang.. Tak boleh bagi lebih Sebab cerita ini mcm ada kekurangan.. Tapi tak bermakna cerita ini tak best.. Boleh lah dibaca.. Cuma aku harapkan lebih dari novel ini.. Tapi hadapan aku tak sampai...
A simple storyline cuma kurang jiwa dan agak hambar. Plot tak berat dan senang faham cuma tak berkembang. Mengisahkan Ranaa Aisha yang baru tahu dia adalah anak luar nikah hanya selepas mamanya meninggal dunia. Itu pun bukan dari papanya, Tan Sri Umar tapi dari Ustazah Jannah, bakal isteri papanya. Ranaa meluahkan masalah kehidupannya pada Raff yang ditemuinya di alam maya. Raff saja yang Ranaa sayang dan cinta walaupun mereka hanya berbicara dan berjumpa di alam maya. Bila Ranaa dipaksa kahwin dengan Fayyadh, Ranaa minta tolong Raeed Amzar, sahabat Fayyadh agar kahwin dengannya. Fayyadh pula dendam dengan Ranaa dan akan buat Ranaa menyesal kerana memperlekehkan dirinya. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita tak meleret-leret cuma ada beberapa bab yang tergantung sepi. Raeed takde keluarga ke tapi dia kan ada balik kampung. Begitu juga dengan Suri yang macam takde keluarga sampai bunuh diri akibat Fayyadh. Bila Raudah, anak Ustazah Jannah dah terlanjur dengan kekasihnya, mereka berdua terpaksa tinggal di tempat lain. Tan Sri Umar tinggal sendirian lah gitu. Kalau paparan digambarkan dengan jelas, jalan cerita akan lebih menarik lagi. Romance Raeed dan Ranaa is missing dan epilog pun hanging.
Dari alam maya hingga ke alam reality, mereka tak tau yg sebenarnya mereka dah pun bertemu.
Atas sebab dendam, Ranaa diperkosa. Kemudiannya, Raeed yg dipersalahkan. Ada sebab mengapa Raeed tak suka perempuan yg berpakaian terlalu seksi. Tapi tetap tak diendahkan Ranaa. Sampaikan perkara teruk berlaku, baru nak insaf.
This entire review has been hidden because of spoilers.