Jump to ratings and reviews
Rate this book

JARI

Rate this book
“Tangan abang ni special. Tak sama macam tangan orang lain.”

“Macam mana Kimi tahu?”

“Sebab Kimi pun special macam abang.”

“Kimi pun boleh tengok masa silam orang lain?”

“Mata Kimi boleh detect semua orang yang special. Macam sekarang, Kimi nampak cahaya dekat tangan abang.”

“Jadi, Kimi nak abang buat apa?”

“Jangan cakap abang tak tau yang abang boleh download dan upload memori orang lain?”

“Sumpah abang tak faham apa yang Kimi cakap ni.”

“Selama hari ni abang buat apa je dengan tangan abang ni?”

“Abang tengok memori orang lain lah.”

“Abang boleh buat lebih dari tu.”

“Maksud Kimi?”

“Tak ada masa nak explain. Abang pegang tangan Kak Jue sekarang. Download semua memori dia.”

296 pages, Paperback

Published August 15, 2018

3 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Wan S.C.

5 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (25%)
4 stars
37 (41%)
3 stars
27 (30%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 25, 2018
Redza kembali ke Malaysia selepas 10 tahun kematian orang tuanya. Dia kembali demi mencari punca kematian kedua ibu bapanya sekaligus menjejak kembali saudara-maranya. Redza memiliki kuasa yang boleh membaca atau mendownload memori seseorang atau sesuatu dengan jarinya. Julia, pemandu Grab yang membawanya, ditemui terjatuh dari kondonya dan koma. Maka, bermula lah pencarian segala kemalangan yang berlaku.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian, yang boleh dikatakan permulaan, pengembaraan ke dalam memori Julia, dan peleraian. Permulaan yang menarik, mampu membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah konflik yang sebenarnya.

Bahagian kedua adalah yang paling pajang dalam bab ini, namun pada pendapat saya boleh skip je, tak ada maklumat penting berkaitan . Sedikit sebanyak saya kecewa dan terasa seperti membuang masa apabila mengetahui kebenaran di bahagian 3. Tidak keterlaluan, sedikit lelah dengan pengembaraan minda Julia di bahagian ini.

Bahagian ketiga adalah pelerainya, namun masih banyak persoalan yang tak terjawap, pembunuhan orang tua Redza, siapa yang menolak Julia dan bagaimana Borhan boleh mengesan mereka semudah itu? Peleraian yang seakan tergesa-gesa dan sekadar ingin habis.

Sebab itu, sayangnya buku ini banyak dibazirkan dengan Bahagian 2 yang tidak berkaitan. Adalah lebih baik andai dikembangkan konflik antara watak, kelebihan masing-masing dan peleraian yang lebih jitu untuk semua. Malah, kewujudan Kimi juga sekadar memberi tahu dia boleh melihat kebolehan orang lain, dan lenyap.

Secara peribadi, saya mengharapkan lebih daripada naskhah ini, namun mungkin expectation terlalu tinggi kot. Apapun, masih enjoy untuk di baca.

Tahniah untuk penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for farahxreads.
716 reviews261 followers
March 21, 2022
Saya sejujurnya tidak menaruh harapan yang tinggi buat naskhah ini sebab tak pernah dengar nama penulisnya (tapi sudah tahu siapa penulisnya lepas membaca naskhah ini) & kalau melihat sinopsisnya, ia tidak termasuk dalam kategori secawan teh saya.

Tapi naskhah ini melangkau (?) jangkaan saya. Campuran misteri, jenayah, sedikit elemen fantasi dan saifai yang realistik membuatkan saya sentiasa berdebar-debar tentang apa sebenarnya yang terjadi. Bacaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu; bahagian Redza pulang dari Korea, pengembaraan ke minda Julia dan peleraian tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Jujurnya, agak sedikit lelah dengan bacaan ini, terutamanya di bahagian minda Julia (walaupun penuh advencer), sebab kita tidak akan tahu sebenarnya apa yang terjadi sehinggalah dalam, 30 mukasurat terakhir saya rasa? Ada beberapa soalan yang tak terjawab tapi saya suka begitu sebab pembaca boleh membuat kesimpulan mereka sendiri. Bilangan watak juga boleh tahan ramai tapi lama lama jadi biasa sebab otak dah boleh buat nota mental. Dan saya suka dengan jalan cerita dan idea penulis walaupun kita nampak ada sikit sikit elemen The Hunger Games.

Tapi, apa apa pun tahniah penulis atas naskhah ini. Teruskan menulis! Rating sebenar: 3.8/5 bintang.
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
May 22, 2021
Sebenarnya saya tidak tahu hendak masukkan buku ini dalam genre apa. Novel ini mempunyai unsur-unsur jenayah, misteri, advencer, juga saifai. Novel ini dibahagikan kepada tiga bahagian.

Bahagian I

Berlatarbelakangkan tahun 2028 dan Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri kelapan yang sangat muda. Saya tersenyum sinis apabila membaca ayat di halaman 34: Tidak seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Pahang masih sama. Masih banyak hutannya, masih banyak kawasan yang belum diterokai. Heh.

Dimulakan dengan kisah Redza yang baru kembali ke Malaysia kerana dia ingin merungkai kes kematian ibu bapanya sepuluh tahun lampau. Selepas kematian orang tuanya itu, Redza dibawa oleh makciknya ke Korea Selatan dan tidak pernah pulang lagi. Sedikit tak logik di sini: ibu bapa Redza ditemukan mati tergantung pada penghujung Ramadan. Polis tidak menemui sebarang bukti pembunuhan lalu menutup siasatan. Redza dibawa ke Korea Selatan pada hari raya kedua. Cepatnya settle siasatan dalam beberapa hari sahaja? Hebat PDRM. Kes langgar SOP dan rentas negeri niqabis tersohor Malaysia pun ambil masa berminggu-minggu. LOL.

Redza mempunyai kelebihan melihat memori seseorang/sesuatu itu apabila menyentuh sebarang benda dengan jemarinya. Dia berkenalan dengan Julia, seorang pemandu teksi/Grab. Ketika ini juga Redza tahu kewujudan sebuah tembok tinggi (penjara) yang dipanggil Genajaya.

Bahagian II

Pembaca dibawa mengembara ke dalam memori Julia yang telah terlantar kerana kemalangan. Bermula dengan kapal terbang yang dinaiki Julia ke Australia terhempas, ini kisah Julia dan penumpang-penumpang lain yang terselamat dan upaya mereka untuk melangsungkan hidup di sebuah pulau/hutan. Pembaca tak akan terlepas merasai vibe 'The Hunger Games' di sini, kerana memang itulah yang dinyatakan sebanyak tiga kali. Bab-bab dalam Bahagian II ini pada saya sedikit melelahkan, terlalu panjang kerana banyak watak tambahan dan kerana saya tidak tahu apa kaitannya dengan Bahagian I.

Bahagian III

Dalam bahagian ini dirungkaikan kaitan tentang Bahagian I dan II. Demikian pun masih banyak misteri lain yang tidak terungkai, dan kisah ini berakhir tanpa konklusi. Apakah ada kesinambungan lagi selepas ini? Wallahualam.

Saya suka dengan naratifnya yang pantas. Ayat-ayat yang digunakan ringkas, mudah, dan sentiasa membangkitkan rasa ingin tahu babak seterusnya. Kecuali komen saya di atas tentang Bahagian II yang panjang meleret, bagi saya naskhah ini sangat baik dan menghiburkan.

Seperti komen kebiasaan saya tentang buku-buku keluaran FIXI, naskhah ini turut mengandungi banyak kesalahan tatabahasa, tanda baca, dan sedikit kesilapan ejaan. Tetapi saya juga baru mengetahui bahawa ejaan 'celopar' yang betul ialah dengan menggunakan huruf O dan bukan U. #TIL. Terima kasih banyak-banyak.

Begitupun, ada dua kesalahan yang bagi saya sangat jelas yang tidak diteliti oleh pihak editorial:

(1)Terdapat tiga ayat yang kontradik antara satu sama lain, yang ditebalkan:
- Aku kembali memandang ke arah muka pintu. Nenek tiada di situ. Yang ada kini cumalah seorang wanita yang mungkin usianya dalam sepuluh ke lima belas tahun tua daripada aku. (halaman 40)
- Seingat aku, Habibah binti Deraman itu sahajalah yang ada gelaran Kak Bie dalam kampung ini. Anak angkat nenek yang aku gelarkan sebagai Maksu. Tetapi aku lebih selesa memanggilnya Kak Bie disebabkan umur kami yang tidak berapa jauh jaraknya. (halaman 41)
- Pasangan di hadapanku sekarang, sebenarnya lebih sesuai kalau kupanggil Kak Bie dan Abang Borhan. Jarak umur kami yang tidak sampai 10 tahun membuat aku rasa kekok memanggil mereka Paksu dan Maksu. (halaman 42)

(2) Novel ini menggunakan sudut pandangan watak-watak yang berbeza. Tetapi ada satu bab yang menggunakan 'Jue' sahaja dan bukannya 'Julia'.

Memang saya berkira-kira mahu memberi di antara tiga atau empat bintang, dan meski masih banyak persoalan berbaki yang tidak diselesaikan, penulis telah berjaya mengekalkan momentum untuk saya khatamkan buku ini dalam satu hari, jadi ⭐⭐⭐⭐ daripada saya seorang pembaca yang cerewet. Syabas!
112 reviews3 followers
April 5, 2019
Buku yang habis dibaca dalam sekali seating. Bangganya aku. Haha 😆

Aku terimbau komik dan watak komik antara yang paling aku suka bila baca mukasurat awal naskah ni. Eiji Asuma dari siri Remaja Psikometer: Eiji. Berkuasa yang sama pada tangannya. Tapi keupayaan Redza dalam naskah ni malah lebih jauh lagi.

Idea yang menarik. Aku suka bahasa dan twistnya sehingga ke akhir. Ada banyak watak tapi aku tak keliru. Dari awal sudah boleh agak sebab klunya sudah ada. Antara perasan dengan tidak. Hingga ke akhir, masih ada persoalan namun jawapannya mungkin ada yang dah boleh agak.

Ada 3 bahagian. Jujurnya aku tak gemarkan bahagian kedua. Drag. Aku faham kepentingannya tapi aku tetap tak gemar. Mungkin, sebab aku dahagakan lebih banyak sisi Zamrud, Ikram dan Hakimi yang diketengahkan. Itu hanya citarasa peribadi aku semata-mata.

Bagaimanapun, aku suka bagaimana setiap watak utama berjaya mempunyai identiti sendiri. Setiap kuasa ada kekuatan dan kaitannya sesama sendiri.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
September 28, 2020
Sebuah novel keluaran Fixi bergenre misteri, dengan plot yg kreatif dan menghiburkan. Unsur2 misteri dan thriller dalam novel ni sangat kuat. Novel ini juga ditulis dengan baik, membuatkan pembacaan lancar dan tak bosan. Cerita akhirnya diakhiri dengan open ending, tak sabar nak tunggu sequelnya...

Novel ni dibahagikan kepada tiga parts. Part 1 mengisahkan tentang Redza yg baru pulang ke kampung halamannya (selepas 10 tahun tinggal di Korea) untuk menyiasat tentang punca kematian ibu-bapanya. Redza mempunyai satu kebolehan ajaib, iaitu boleh membaca dan men-download memori seseorang atau sesuatu yg disentuh dengan jarinya. Di Malaysia, dia telah berkenalan dengan Julia, seorang grab driver yg misteri. Satu kes pembunuhan kejam, tembok misteri yg diberi nama Genajaya, kelibat misteri yg selalu menghantui Redza, serta Zamrud yg menjadi perdana menteri Malaysia termuda menambahkan lagi misteri.

Part ke-2 pula mengisahkan tentang Redza yg cuba membaca memori Julia yg telah koma akibat satu kemalangan. Memori itu membawa pembaca menjelajah ke satu pulau misteri. Unsur2 thriller serta survival dalam part ni sangat kuat, dan nampaknya diinspirasikan dari siri The Hunger Game. Part ke-3 pula, akhirnya membongkar segala misteri yg cuba disampaikan pada 2 parts awal. Watak-watak lain yg juga mempunyai kuasa ajaib mula didedahkan satu demi satu...
Profile Image for MalasMembaca.
15 reviews7 followers
December 5, 2018
Jari ialah antara rilisan Buku Fixi yang baik bagi tahun 2018. Secara jujurnya, aku tak meletakkan harapan yang tinggi pada buku ini. Tapi aku dikejutkan dengan idea penulis yang best. Cara penulis bercerita juga fun. 50 muka surat pertama buku ini akan buat kau nak baca lagi bukan tutup buku dan susun di rak.

Cerita dalam buku ini akan bikin kepala kau celaru. Tanda soal besar sudah ditanam dalam kepala dari permulaan bacaan sehingga tiga muka surat terakhir. Part yang paling best ialah setiap apa yang terjadi tiada dalam senarai jangkaan kau. Bagi aku benda tu menarik. Aku sebagai pembaca akan terus membaca selagi tanda soal besar dalam kepala aku tak hilang.

Walaupun aku tak bersetuju dengan tajuk Jari dan kulit muka buku ini, tapi perkara-perkara yang bagus tentang buku ini sudah berjaya menutup segala kekurangan yang ada. Mungkin jika kau pembaca Buku Fixi yang sedang kebingungan hendak beli buku apa, aku syorkan buku ini. Gerenti puas.
8 reviews
September 19, 2018
Buku ni aku beli dua minggu lepas lagi. Baru habis baca dua hari lepas. Hari ni pulak baru teringat nak review kat sini.

Sejujurnya, pada aku, permulaan cerita tu menarik. Kepulangan Redza ke Malaysia setelah 10 tahun di Korea, nak bertemu semula dengan saudara mara dan jenguk rumah peninggalan orang tuanya yang sudah meninggal.

Plot dibawa kepada pertemuan Redza dan Julia, seorang pemandu Grab. Bermula dari sini, plot menarik . Kebolehan Redza adalah jarinya. Boleh tahu kisah silam dengan cara menyentuh dengan jari kirinya. Bila dah sampai sini, okey..aku rasa ni dah macam citer fantasi, superhero.

Bila julia jatuh dan koma, plot bermula dengan sentuhan jari Redza untuk tahu kisah silam Julia dan siapa Julia sebenarnya. Sampai part ni, aku rasa boleh pendekkan plot ni (julia dan kawan-kawannya yang naik kapal terbang lalu terhempas dan mereka terdampar di sebuah pulau. Plot sini terlalu panjang sampai ambil separuh dari mukasurat novel, yang mana bagi aku just untuk tunjuk cerita dari sisi Julia. tapi mungkin penulis nak tunjuk apa yang terjadi kepada kawan-kawan Julia dalam plot ni).

Masuk part seterusnya, setelah tahu kisah Julia, plot Borhan yang sedang menyiasat kes pembunuhan Elmira dan juga generasi Gena.

Namun begitu, aku suka part last tu. Julia dan anak patung. Aku rasa watak utama elok bagi kat Julia...hehe
Profile Image for Ann  Andrea.
72 reviews51 followers
February 26, 2019
Rating : 4/5 star.

I do enjoy this book so much in a way that it kept me wondering what will be going on next everytime I'm reading it. Character by character, more curiousity to come. And yes, this book has too many characters in it and it kept me wondering what's going to happen to each of the character for example to Julia.

Some of the story are a little bit like Hunger Games though. And I was thinking, why is the story plot change to be one of the story like Hunger Games out of a sudden because it happens in the middle of the story. Way too much different from the beginning where it talks about Redza, a guy who is a Malaysian born, live in Korea for 10 years after the death of his parents brought by his aunt. And through the ending process then I understand that it is actually one of the memories of Julia that Redza see (which is actually a fake memories that has been stall by Julia's brother, Dato' Seri Zamrud.)

Lets talk about the ending, honestly I wanting to read more. Hoping that there is another book of this because it makes me curious of what happen next. Do Redza, Hakimi, Ikram, Julia and Zamrud really goes to Genajaya? Or what happens to Borhan next? It makes me wonder though. Ah well, actually, this is what the author always do. To make the reader wanting for more and to make the reader to think of what will happen next. Curiosity is always part of the brilliant idea.

To all the readers out day, I would highly recommended this book to you guys! It is a good shot!

Happy Reading!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Erin95.
148 reviews5 followers
December 21, 2019
Sebuah karya yang bijak dari penulis. Kenapa aku cakap bijak sebab dekat Bahagian III semua perkara telah jelas. Aku suka gaya penceritaan macam ni. Berdebar, berdebar, berdebar tiba² ending semua kat hujung sekali. Ringkas tapi padat. Cuma bahagian mula2 cerita je slow sikit.

Julia yang boleh menghidupkan patung², Redza yang boleh tengok masa lalu orang/benda, Hakimi yang boleh detect orang yang ada gene AA aktif, Ikram yang boleh masuk dalam dunia cermin dan Zamrud si Perdana Menteri yang menggunakan ilmu pukau untuk memerintah.

Bahagian II tu buat buku satu lagi pun jadi cerita dah tu aku rasa. Walaupun cerita bahagian II tu lebih kurang movie Hunger games, tapi lantak pi la kan. Still menarik gakla. Cara diorang survive dalam hutan selama 8 hari atau mungkin lebih tu.

Pada tahun 2028, dari cuma ada chromosome XX dan XY. Now dah ada AA. Aktif dan pasif. Well done untuk penulis. Aku rasa buku ni boleh pergi jauh kalau bahagian III tu dikembangkan lagi, jadi satu buku lain pulak mungkin. Sequel?
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
May 10, 2020
Entah macam mana, tiba-tiba saya rasa terdetik mahu membeli buku ini dua minggu lepas bersama dua buah buku lain melalui Projek Buku. Saya tak kenal pun penulisnya siapa. Saya juga tak berapa gemar dengan design muka depannya. Maaf lah, saya baru sedar saya selalu ada masalah dengan design muka depan buku-buku yang saya baca. Mungkin sebab tu orang kata don't judge a book by its cover. Kulit yang biasa-biasa tak semestinya isi pun biasa-biasa.

Dan untuk Jari, saya setuju dengan kenyataan ini. Isinya langsung tak buruk. Melelahkan, mungkin benar di sesetengah bahagian. Tapi, buruk? Jauh sekali. Jujur saya kata, saya tak meletakkan harapan yang tinggi pun untuk naskah ini. Saya cuma terbaca sinopsisnya di Goodreads dan rating yang diterima lantas saya terus membuat pesanan secara atas talian.

Sambung baca di sini ----> https://faizsahaja.blogspot.com/2020/...
Profile Image for Elly.
33 reviews
January 15, 2022
**unsur spoiler i guess ?**

kalau untuk bercakap secara jujur, saya cukup marah setelah habis baca buku, ternyata bahagian II dimana kononnya Julia terhempas kerana meteor itu tipu belaka, sampai sekarang dan ketika tulis ini saya sangat maghoh. Kadang terasa macam "patutnya takya baca bahagian II ni" tapi tak best la kalau tak baca sebab nanti tak faham huhu. Apabila di bahagian III akhirnya segalanya terungkai, cukup benci dengan perangai Zamrud yang sangat menyusahkan orang. Jika saya tidak salah maka Hakimi, Julia dan Zamrud ialah sepupu kepada Redza dan abangnya. Tetapi ada satu perkara yang tidak dapat saya rungkaikan iaitu apa yang jadi sehingga Julia jatuh dari kondo.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews
September 16, 2025
emm aku actually kurang suka buku ni, aku beli based on synopsis belakang and it looks promising and cool, tapi agak disappointed :(( maybe bukan type of genre yang aku suka kot

dalam ni dia banyak genre, ada crime ada sci-fi ? and banyak sangat pov, kejap pov orang A kejap pov B, aku kena catch up 1by1, awal baca tu aku rasa ohh okay nice
dah tengah gitu aku rasa bosan and slow like storyline dia takde hala tuju :)

and somehow aku rasa vibe vibe hunger games jugak, sebab ada survival mode tu HAHAHA and yeah tu jela kot aku bole komen, aku baca sekali je pastu nope this is not for me xx

afterall ini opinion aku sahaja
Profile Image for Izz Rais.
27 reviews
November 11, 2023
Sayang. Sayang sangat.

Spoiler >

Novel ni start dengan sangat sangat menarik. Kita memang betul-betul rasa curious dengan plot, dengan misteri patung. Penulisan pun baik dan tak kaku. Tapi di tengah sampai klimaks, a bit macam terlalu lari jauh dari theme asal. Scene yang tiba-tiba bertukar dengan sangat lama. I mean boleh nak buat tapi rasa buang masa bila last-last cuma imaginasi dalam watak. Tapi di hujung cerita masuk theme asal semula dan not bad. But still, I hope the plot in the middle was better.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
May 25, 2023
Penat dan membangongkan. Bahagian 2 dah buat aku lelah nak faham dan baca. Banyak scene dan bahasa yang buat aku cringe dan irk. Lebih-lebih lagi bila penulis menulis bahasa dan ayat-ayat dalam bahasa Indonesia. Sangat-sangat keras, kaku dan canggung. Harap diperbaiki.

Agak terjeda bacaan aku dekat babak Hakimi dan Redza. Sebab Hakimi bisu tapi cara penulisan tu macam menunjukkan dorang gunakan bahasa lisan dan bukan bahasa isyarat.

Boleh tukar tajuk Jari kepada Patung kot.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shahid Miskam.
2 reviews1 follower
October 30, 2019
Buku ni buat aku ketagih dan tak senang duduk, dan buatkan aku tak boleh nak tinggal, banyak persoalan dan tanda tanya bermain di fikiran, ada mampu terjawab dan ada yang perlu difikirkan dengan imiginasi sendiri..
Profile Image for Datzier Rahman.
3 reviews
February 23, 2021
Secara keseluruhan, idea yang menarik. Idea yang segar. Sedikit kecewa apabila saya sedar bab Julia adalah semata-mata fiksi dan tidak pernah berlaku namun gg kepada penulis, satu 'twist' yang tidak diduga.
Profile Image for Farah Nisa.
111 reviews1 follower
December 27, 2021
Rasa macam membazir masa baca bahagian 2. Nak skip pon boleh sebab takde kaitan langsung.

Ending pening. So redza taktahu pasal mak bapak dia at the end? Kenapa omma dia tak bagi dia percaya kat family malaysia? Sebab abg borhan tu? Peningggggggg
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azlinda.
1 review
September 25, 2021
Fantasy, Thriller, Mistery, Dark. Good reading. Feels like watching Lost and Heroes altogether. Keep writing, Wan! 👍
Profile Image for Ftha.
8 reviews
January 4, 2023
such a wow. tak expect plot & jalan cerita dia macamni. masa baca bab pertengahan, confuse sikit rasa macam apa kena mengena? okay teruskan baca! berbaloi masa terluang saya ✨
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.