Manusia sekeliling menganggap dia sebagai bomoh. Ada juga yang menggelar dia sebagai pengamal ilmu mistik. Tapi sebenarnya dia lebih daripada itu.
Dia manusia terpilih. Parasnya indah bagai bidadari. Pewaris tugas masa lampau untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan alam ghaib. Dia dibantu oleh dua penjaganya – manusia dari zaman dulu yang diberikan keizinan oleh Maha Pencipta untuk turun semula ke Bumi.
Percaya atau tidak pada mereka, itu terpulang. Apa yang penting, dia harus melaksanakan tugas yang dipikul.
Sesiapa saja di dunia ini punya hak untuk percaya atau tidak. Jadi kau bagaimana? Percaya dan yakin yang dia adalah Hauri?
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.
Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...
Terima kasih Buku Fixi for this free copy as an exhange for an honest review at IGTV BukuFixi.
Jika anda tidak tahu, saya dan arwah Asmar memang berkawan dan kami mempunyai hubungan sebagai editor-penulis di rumah penerbitan yang lain. Selama arwah kenal saya, dia tahu saya akan memberi review yang jujur kepada setiap buku yang ditulisnya dan kali ini saya tetap akan memberi review yang jujur.
Hauri mengisahkan seorang hauri, atau bidadari yang berperanan sebagai bomoh di dunia. Dan novel ini terpisah kepada beberapa kisah, setiap kisah tentang seorang pesakit yang diubati si hauri bernama Katana.
Kerana novel ini terpisah kepada beberapa kisah, ia senang dibaca, seakan membaca kisah-kisah paranormal di Facebook atau Twitter thread. Tapi disebabkan itu juga, saya sebagai pembaca tak begitu invested dalam diri Katana, dan saya tak kisah apa nak jadi kat dia.
Novel ini sesuai untuk pembaca yang meminati genre paranormal dan seram, sesuai untuk pembaca yang sukakan bacaan ringan dan santai. Ini juga merupakan novel tulisan arwah Asmar yang terakhir, jadi mungkin anda sebagai peminat ingin simpan di dalam koleksi.
Untuk review yang lebih lanjut, boleh tonton review saya di IGTV Buku Fixi tak lama lagi.
Hauri, bidadari terpilih yang tugasnya (agaknya) adalah membantu manusai berkaitan dengan mahkluk paranormal. Dikurnikana kelebihan tersendiri, di samping dua orang penjaga yang sentiasa membantu dan memberi petunjuk kepada hauri aka Katanalata.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian pertama lebih kepada kes-kes yang pernah ditangani hauri, bersama watak-watak yang ada disekelilingnya. Serta, serba sedikit kelebihan yang ada pada beliau. Bahagian kedua, asal-usul atau latar belakang hauri, sebelum beroleh kebolehan tersebut. Tidak banyak ingin diperkatakan, namun bahagian pertama ibarat membaca kisah-kisah seram yang terpapar di laman facebook atau page seram. Walaupun tidak klise dan ada kelainanya, namun seakan tidak puas kerana pokok utama cerita ini sepatutnya menonjolakan kelebihan hauri, misi beliau dan tujuan beliau diturunkan.
Bahagian kedua, merupakan pengenalan kepada hauri, latar belakang sejak zaman persekolahan dan ke alam perkahwinan. Namun, maish tidak dapat merungkaikan siapa hauri sebenarnya. Secara peribadi, saya berpendapat banyak plot yang tidak perlu, dan tiada kaitan pun dengan pemilihannya sebagai hauri. Lebih kepada kisah malang seorang wanita, yang tiba-tiba mendapat durian runtuh dan di angkat menjadi hauri!
Walau bagaimanapun, dari segi teknik dan olahan, banyak peningkatan daripada penulis untuk naskhah kali ini. Olah lebih santai, ayat yang lebih simple dan plot yang tidak terlalu kelihatan try hard. Sebuah kisah santai saja sebenarnya, dan menarik untuk lebih mengkaji hauri ini.
Dan, Sekolah Bernama Kehidupan masih karya terbaik penulis.
~al-Fatihan buat Asmar Shah, semoga tenang di sana. Tahniah, Asmar! Cita-cita kau dah tercapai!~
setiap watak yang diwujudkan oleh penulis sebenar bagi pendapat akak mewakili sikap manusia. manusia yang punya banyak kekurangan walaupun masing-masing punya kelebihan sama ada disedari atau tidak.
paling perlu - sedar yang Allah itu ada. sentiasa ADA. manusia perlu sujud pada-Nya.
hauri - sang bidadari ini pula lebih kepada rahmat yang Allah turunkan. sama ada nak bersyukur ataupun tidak. ni pendapat akak saja tau. mungkin yang pernah baca, punya pendapat tersendiri. katanalata digambarkan seorang yang sangat cantik. dan pula dapat membantu menyembuhkan mereka yang punya masalah, lebih pada sakit misteri.
tertarik juga dengan bagaimana mulanya katanalata ini. shumway, anak gadis polos yang tidak dapat menyambung pelajaran kerana disuruh berkahwin. dikhianati suami. kemudian dia pun membalas dan akhirnya sedar, dosa yang dilakukan tidak akan membawanya ke mana-mana.
manusia, memang pendosa.
tahniah juga pada penulis Sahidzan Salleh, Lokman Hakim dan Ikmal Ahmad yang sama membantu menjayakan naskah terakhir dari penulis ini.
. moga roh arwah Asmar Shah damai di sana. Al-Fatihah.
Asmar mempunyai kisah yang mahu dikhabarkan. Isi ceritanya menarik dengan watak Katanalata yang digambarkan dalam dua suasana. Bergerak sebagai manusia dan menjadi Puteri Katanalata. Dalam proses penceritaan terlalu banyak watak diperkenalkan. Antagonis dan Protagonis yang keluar masuk dan susur masuk waktu agak menggelirukan. Pembaca harus hati hati dengan teknik ini. Dalam mempamirkan kemampuan Katanalata terjadilah kes kes yang berulang ulang. Saya puji garapan watak utama yang mempunyai dua pembantu dari dunia lain dan yang ada di bumi. Novel perlahan lahan ditamatkan dengan pengenalan pada watak sebenar Katanalata yang bagaikan kisah Carrie. Terlalu banyak kata tambahan KOT dalam ekspresi. Ceritanya lancar dan kekal menarik narik hati penbaca. Untuk peminat Asmar Shah silalah baca... naskah yang dikhabarkan mendapat bantuan Shahizan Salleh dan Lokman Hakim.
Novel Hauri ini ditulis menggunakan beberapa teknik dan terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, kes-kes. Keduanya, latar belakang Hauri itu sendiri. Cumanya saya rasa kurang sedap apabila dalam penceritaan kes-kes dalam bahagian pertama tidak banyak mengembangkan karakter Hauri itu sendiri dan terlebih fokus pada watak sampingan. Manakala bahagian dua pula tidak diceritakan habis tentang tugas sebenar Hauri.
Dua tanda tanya ini jadi satu masalah juga. Apa sebenarnya tujuan kewujudan Hauri? Apa sifat-sifat sebenar Hauri yang kononnya mulia itu?
Aside from that, teknik-teknik penceritaan yang digunakan sangat bagus seperti yang reverse chronological tu.
Yes, yes, I'm a sucker for pretty covers. Bought it solely for that reason. It was a dissapointment tbh.
This is basically a slice of life type of story. It's a bit different because instead of a teen, it revolves around an ageless Hauri (bidadari- i don't think angel is a correct equivalent, but yeah).. She has the power to solve all of this paranormal shizz. But I have no idea why it fall short and I was so, so bored.
Ni novel pertama daripada buku fixi yang aku baca.. aku beli ni dah lama. Beli sebab murah n sebab nak try baca buku fixi .
Hauri, bidadari yang diturunkan didunia untuk membantu manusia .
Katalanata, dia mempunyai kelebihan dalam merawat manusia yang mempunyai masalah dengan gangguan makhluk halus .
Disampingnya ada King dan Rostona yang berperanan sebagai penjaganya yg turut membantunya dalam merawat manusia dalam kesusahan .
Novel ini terbahagi kepada dua bahagian. Dimana bahagian pertama diceraikan kpd 3 tajuk utama, iaitu antara manusia2 yg dibantu oleh Katalanata - Ratna, Dahya dan Jenelyn. Manakala bahagian kedua tentang siapa sebenarnya Katalanata atau Hauri .
Nama2 yang dipaparkan dalam novel ini, lain daripada yang lain. Bukan seperti nama2 melayu kita. Mungkin lebih kepada sabahan. Tapi aku agak musykil jugakla dengan nama2 berkenaan, sebab apa yang aku faham ianya melibatkan agama islam .
Apa2 pun tahniah buat penulis meskipon beliau sudah meninggal. Salam takziah buat ahli keluarga arwah. Bagi peminat genre seram dan paranormal boleh try baca .
"Kadangkala sesuatu yang buruk diluarannya, tidak semestinya buruk di dalam. Begitulah juga sebaliknya. Ada yang nampak buruk diluar tapi didalamnya penuh keindahan yang sangat luar biasa,"
Buku pertama untuk tahun 2019 ni..aku memilih buku ni sbb cover page buku je mase big bad wolf haritu.. jalan cerita menarik dan buku ini hanya pengenalan kepada buku seterusnya. tetapi malangnya ini adalah penulisan terakhir arwah jadi aku tak dapat nak teruskan penceritaan buku ni.. seperti yg aku katakn sbg buku pengenalan, jalan cerita sangaf simple dan mendatar... di tengah2 buku agak membosankan sampai rasa nak skip aje..pengulangan epilog dkt ending smp aku skip je part tu...
buku ni terbahagi kepada 2 bahagian.. bahagian pertama mengenai tugas2 katanalata ni dlm mengubati org2 drpd gangguan makhluk halus.. bahagiani bagi aku biasa aje..cerita pertama boleh la layan tp kalo dah smp 3 cerita mcm agak bosan... patutnye cerita bole dikembangkan dgn misi sebenar hauri dan tugas2 penting di dunia ni..
cerita kedua mengenai kisah silam hauri dan pengenalan bagaimana die mendapat kuasa tersebut..bagi aku manusia mmg tak boleh lari dr melakukan kesalahan tp bagi aku jika die mmg ade penjaga, patutnye bole menjaga die dr melakukan kesalahan besar i.e. berzina.. and bg aku siapa penjaga tu yang bole meletakkn hukum penceraian suami isteri padahal talak tu terletak pada suami nya...
🌸First Impression tentang buku ini, ingatkan buku fantasi tetapi setelah membaca beberapa helai mukasurat, sangkaan meleset sebab buku ini lebih dari sangkaan saya kerana bagi saya buku ini membawa makna yang begitu sarat. Hauri bermaksud bidadari. Disini sangat sesuailah tajuk buku dengan inti ceritanya.
🌸Watak utama iaitu Katanalata telah diberi kelebihan yang istimewa dimana dia mampu mengubati orang yang ada penyakit misteri dengan izinNya. Bahagian ketika Katanalata mengubati pesakitnya, terasa setiap wataknya hidup sampaikan saya rasa meremang bulu roma.
🌸Selain itu, jalan cerita yang ditulis oleh penulis ini teratur, bagi saya mudah untuk difahami dan diikuti walaupun ada plot flashback. Oleh itu, saya beri rate 5 stars untuk buku ini😉 🌸Bagi sesiapa yang terbaca review ini, marilah kita hadiahkan Al - Fatihah kepada penulis buku ini yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.......
Hauri ni bila dah habis baca, dia ni macam sepatutnya ada sambungan. Tapi pencipta karya ini sudah menghadap Illahi dan besar kemungkinan beliau tidak sempat menyambung karya beliau.
Hauri ni ada dua bahagian (dalam buku yang sama ya). Bahagian pertama adventurous. Tapi agak slow, panjang dan dapat dijangka jalan ceritanya. Harap dapat bersabar ketika membaca bahagian pertama kerana batu permata menunggu dibahagian kedua. Walaupun saya sendiri baran dan mengambil masa berhari hari untuk menghabiskan bahagian pertama (da baca nanti harap fahamlah hahahaha)
Bahagian kedua pula bercerita tentang watak utama itu sendiri yang best dan tak berapa boring. Boleh baca in one-sit.
Overall, 3 ⭐ sebab bahagian pertama yang slow dan kerana terdapat juga banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat.
Jalan cerita agak mendatar. Prolog dah cantik, tapi penat baca lepas throwback beberapa jam, dithrowback pula beberapa minggu. Ditambah lagi throwback untuk beberapa bulan. Rasa bosan pula baca sedangkan boleh je writer tulis sekali je throwback, pembaca dah boleh faham kisah sebaliknya. Apa pun enjoy reading
Memang agak slow juga jalan cerita novel ni. Sedikit membosankan. Nasib baik cuti panjang dan balik kampung. Boleh juga habis membaca. Plot cerita tidak WOW !!
Kisah yang lain dari yang lain kali ini. Tentang Katana, seorang manusia terpilih menjadi Hauri. Gempak juga cara Kak Put dan Ar Rahman merawat. Terbitan