Jah Aniza bercita-cita mahu menjadi pemimpin yang mengangkat martabat kaum wanita, sekaligus memberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. Dia rasa kejayaannya memenangi pemilihan presiden Kelab Kembara adalah titik tolak untuknya memulakan langkah memastikan suara wanita didengari.
Sejak kecil dia selalu dibanding-bandingkan dengan abangnya. Dia rasa tertekan dan diabaikan. Melihat sikap ayahnya yang langsung tidak bertanggungjawab pada keluarga membuat dia semakin berdendam.
Cita-citanya sudah menjadi satu obsesi. Apa yang orang kata semua dia tidak peduli. Teringat soalan Effa, adakah dia mahu jadi seorang feminis?
Mungkin. Kerana dari pengalaman hidupnya, Jah menyimpulkan yang men are trash!
Santai yang agresif. Sebuah novel remaja zaman sekolah dengan isu keluarga dan persahabatan. Dari awal, perkenalan watak utama sangat kuat dan tegas. Perangai Jah Aniza yang lahir dalam keluarga berantakan dengan perangai si ayah yang cukup untuk buat dia tak berapa gemar dengan orang lelaki. Saya ingatkan tema feminis itu sendiri akan bawa saya ke satu 'perbincangan' berat tapi penulis cuma santai-santai sahaja, ada isu viral di medsos yang dibawa sekali jadi perkembangan naratif agak variasi dan konflik persahabatan dan keluarga itu walau agak dramatik tapi penceritaannya berkesan. Beberapa babak senang diagak jalan kisahnya-- tentang cikgu Azhar dan Leeya, tentang lelaki pakaian gelap yang suspicious. Ada perangai-perangai watak yang cukup buat saya meluat dan tak puas hati, tentang Jah sendiri yang mahu tegakkan kesamarataan tapi tanpa sedar dia sendiri tak berlaku adil. Satu hal yang saya agak suka bila penulis fokus tentang hal persahabatan antara Jah, Effa dan Leeya-- ini sangat menarik dan banyak pengajaran. Boleh lihat pelbagai persepsi individu dalam menghadapi konflik dan persekitaran. Penggunaan bahasa juga bagus, tak terlalu formal dan bersesuaian dengan plot.
Boleh dihadiahkan untuk anak anak gadis yang berada di tingkatan 3 - 5. Memaparkan tidak seimbangnya tugasan jantina dalam keluarga. Disertakan sedikit flashback yang tidak menggelirukan dalam bab. Relatable bagi ramai keluarga sedia ada... konflik remaja dan persahabatan. Ditamatkan dengan keinsfan dan bahagia perempuan.
Feminis—sebuah tajuk yang, pada zaman serba millenial ini—akan buat kau overexpect buku ini sebagai sebuah fiksyen gerakan feminisme. Tapi, kalau kau ambil ringan sahaja, ia sebuah cerita tentang adventur budak sekolah yang terpaksa melalui pengalaman-pengalaman seksis dan misogyny dalam dan luar sekolah. Sebuah novel remaja berjaya dengan isi-isi yang menyentuh hati dan damn, Wayne has a role in this book? Wow Wayne.
Jah Aniza, nekad memperjuangkan hak feminis setelah melihat keganasan rumah tangga dalan keluarganya, sehingga mengucar-kacirkan hidup keluarganya. Bersama kawan baiknya, Effa dan Leeya, mereka mengocak alam remaja dengan semangat juang demi menegakkan prinsip masing-masing!
Permulaan, diperkenalkan dengan watak-watak yang pelbagai, sebelum semuanya bersatu dalam takdir yang tersurat. Secara peribadi, banyak yang boleh diagak pembaca, seawal pengenalan konflik lagi. Malah, misteri yang cuba diwujudkan juga seakan mudah ditebak, dan hala tuju novel ini dapat dibaca sejak awal lagi.
Walau bagaimanapu, pujian harus di beri buat penulis, berjaya mengadun pelbagai tema dan isu permasalahan remaja masakini, dari pada kemelut keluarga, ekonomi, sistem pembelajaran dan sosial, segalanya tersusun kemas buat pembaca. Tidak dinafikan, olahan gaya bahasa penulis agak snatai, tidak kaku dan plot berjalan seadanya, memudahkan menghayati kisah ini.
Sayangnya, isu feminis yang pada saya sepatutnya menjadi tunjang, terlihat sukar untuk diperjuangkan, melainkan di akhir cerita. Mungkin, penulis sengaja ingin mengajak pembaca lebih memahami konsep feminis itu sendiri.
Entahlah, mungkin saya mengharapkan novel ini sekurang-kurangnya seperti The Devil Wears Prada, atau pun Perempuan Berkalung Serban (mungkin sedikit berat temanya, boleh diabaikan). Apapun, tahniah untuk penulis! Sebuah permulaan yang baik!
Tahniah buat penulis kerana berjaya buat aku menangis di hujung-hujung novel ni. Ya, novel banyak drama.
Perjalanan cerita pada awal-awal novel ni agak slow bagi aku tapi pertengahan dah okay. Ada spark! Haa gituu.. Haha...
Aku suka bagaimana novel ini membetulkan sudut pandang seorang feminist. Feminist yang sejati, ia tak berjuang untuk jadi pemimpin dan kepuasan diri sendiri... Tapi untuk orang lain...
Mesej di pengakhiran novel ini aku kira dah berjaya disampaikan kepada pembaca. Best. Aku suka isu-isu remaja diketengahkan. Dan watak Mark ialah watak yang berjaya buat aku berbunga-bunga. Kahkah
Rasa dari awal tahun mula baca novel ni, baca sikit-sikit. Permulaan novel agak perlahan, sebab tu mula baca sikit-sikit je. Pertengahan baru makin nampak tema dan konflik muncul.
Novel yang baik cuba mengangkat tema feminis walaupun masih agak mendatar dengan isu-isu biasa.
Bacaan santai ringan yang baik untuk yang baru nak berjinak dengan perjuangan feminisme.
Sepanjang aku mula membaca seingat aku tak pernah lagi ada buku boleh buat aku menangis yang tahap airmata tak henti mengalir sambil selak page seterusnya. Dan ini lah pertama kali aku menangis sebab baca buku.
Well dari awal tajuk saja dah menarik perhatian aku. Cover pun cantik.
Dan buku ini mengisahkan tentang seorang gadis cekal Jah Aniza (watak utama dalam buku ni) yang ingin nasib semua wanita yang ditindas terbela.
Sedikit sebanyak buku ni banyak membuka mata aku. Untuk gadis semuda Jah dan aku nak kaitkan Leeya jugak yang dah tempuh ujian seberat tu. Mereka memang wanita cekal la. Begitu juga wanita hebat, Puan Jamilah, Ibu Jah.
Watak lelaki² tak guna dalam buku ni bersesuaian betul dengan "men are trash" di sinopsis buku. Aiman, Luiz, Cikgu Azhar yang langsung tak layak digelar cikgu. Harap lelaki² ni terima lah pembalasan yang setimpal.
Ending yang bagi aku membuka mata masyarakat di luar sana. Aku rasa macam nak bacakan kat masyarakat kita yang suka judge ni apa yang Jah Aniza cakapkan di penghujung buku ni (masa perhimpunan). Supaya kita bukak mata dengan apa yang terjadi sekarang. Hakikat hidup pahit untuk ditelan. Tapi pahit lagi bagi yang menggalas di bahu.
Aku suka dialog ni;
"Lagi satu, kita ni sesama kaum perempuan, jangan jatuhkan maruah sesama perempuan. Cuba faham dan bagi sokongan. Hari ni hari dia, esok mungkin hari kita. Cukup-cukuplah perempuan selalu ditindas lelaki dalam dunia ni. Jangan kita pulak nak jadi penindas orang lain" - Jah Aniza
pada permulaan perjalanan cerita agak slow, macam ada beberapa watak yang tidak dijelaskan pada awal cerita mungkin nak bagi kejutan kepada pembaca mcm watak mamat motor dan lelaki yang tidak diketahui suka menghendap n mengintip Jah dan saya sendiri dah dapat agak sebenarnya siapa watak-watak tu
meskipun pada pertengahan dan pengakhiran cerita saya sendiri dapat jangka apa yang terjadi, not bad but entah kenapa selesai baca buku ni saya tertanya diri saya sendiri, why did I buy this book at the first place.
Tajuk yang menarik perhatian serta cover book yang cun! antara tajuk yang menarik perhatian kat esentral https://www.e-sentral.com/book/info/2...' sangat recommended untuk semua pembaca!
Bahagianya bila dah habis baca. Rasa macam lepas satu beban 😆
Pada suku daripada suku pertama, aku rasa oh letihnya baca. Sempat pause sekejap dan tidur. Kisahnya sangat dekat dengan realiti. Sangat relatable sebab benda yang hari-hari nampak dengan mata sendiri.
Aku sangka ia akan kekal begitu hingga ke akhir tapi aku silap. Aku suka bagaimana watak-wataknya dibentuk. Plot yang lancar dan penceritaan yang logikal. Semakin dibaca, semakin ringan rasanya. Hilang segala letih dan ketakutan aku. Haha
Buku ni sangat bagus. Tiada orang sempurna namun setiap watak diberi jalan keluar yang baik. Teruskan menulis! Aku mahu baca karya dengan bahasa sebegini lagi ☺️
p/s: Kenapa tak bagi 5 ⭐️? Saje je. Sebab aku nak buku seterusnya dari penulis. Hoho 😁
Secara peribadi, saya merasakan penulis berani mengetengahkan idea feminis melalui watak pelajar sekolah menengah. Namun, perbincangan idea feminis dibawa dengan baik dibantu dengan watak tambahan seperti Cikgu Azhar, Effa dan Mark.
Saya merasakan idea feminis itu boleh ditambah baik dengan perbincangan menurut Islam, salah faham dalam feminis, isu feminis dan sebagainya.
Tahniah kepada penulis. Jika ‘touch up’ beberapa perkara, pasti menjadi karya yang sangat baik.
"Biarlah lelaki dan wanita wujud di dunia ini dalam keadaan harmoni, kerana kita diciptakan until saling melengkapi, bukannya untuk mengatasi atau mengalahkan pihak yang satu lagi." - Taufik Morhaiji, Feminis
Feminis menceritakan tentang Jah Aniza yang bercita-cita mahu mengangkat martabat kaum wanita dan memperdengarkan suara-suara mereka. Langkah pertama Jah, bertanding dan memenangi pemilihan president Kelab Kembara dan memastikan ahli wanita juga mempunyai peluang menyuarakan pendapat mereka. Namun, Jah menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan tugasnya, daripada ahli keluarganya, rakan-rakan2 sekolah, kawan-kawan baiknya, dan terutamanya dirinya sendiri yang kelihatan semakin obses terhadap cita-citanya itu.
Sebagai anak tengah perempuan yang ditinggalkan oleh ayahnya dan mempunyai abang yang tidak berguna malah lebih diutamakan oleh ibunya daripadanya, tidak hairanlah Jah Aniza mempunyai perasaan benci terhadap lelaki.
Jah ingin membuktikan bahawa perempuan juga setanding dengan lelaki. Tidak salah namun Jah terlalu obses sehingga tidak menghiraukan kata - kata orang lain dan terlepas pandang tujuan asalnya. Jah juga bersikap berat sebelah dan tidak peduli dengan pendapat kaum lelaki ahli Kelab Kembara.
Aku mengharapkan lebih banyak maklumat berkenaan feminisme tapi buku ini hanya ringan dan sesuai untuk sekadar berjinak-jinak dengan feminisme.
Buku ini juga mengajar aku untuk jangan mudah mempercayakan lelaki. Contohnya, aku juga hampir termakan yang Cikgu Azhar tu difitnah kerana dia yang banyak menjadi teman perbualan Jah untuk topik feminisme ini namun akhirnya Cikgu Azhar menunjukkan belangnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel yang sangat santai. Antara quotes menarik dalam novel:
"Kita seharusnya berhenti menegur kaum wanita dengan menyuruh wanita untuk sentiasa melihat keadaan sekeliling apabila perkara sebenar yang sering dunia lupakan ialah yang sentiasa memerhati kaum wanita adalah lelaki. Instead of cari siapa yang patut disalahkan, bukankah lebih baik kita educate?"
"Untuk kaum lelaki, jangan jadikan kelemahan perempuan sebagai alasan untuk mengambil kesempatan. Lindungilah seperti mana anda mahu ibu, adik, kakak anda dilindungi. Untuk kaum perempuan, janganlah jadi batu api yang akan merosakkan jiwa dan perasaan kaum perempuan lain. Bersatu dan saling melindungi. Itu yang paling penting"
Rasa macam baca buku untuk budak sekolah rendah yang pernah aku baca masa darjah 6 lepas UPSR dulu. Maybe sebab it revolves around persekitaran budak sekolah lah kot? Taufik membawa topik berat dalam cara yang ringan dan santai tapi sampai. Kadang-kadang rasa a bit preachy tapi tak keterlaluan. Sesuai untuk remaja sekolah menengah yang baru nak kenal dunia. Tak tahu nak tulis apa lagi. For me it's an okay book. Tak teruk dan tak juga terlalu bagus. Boleh dibaca lah.
2 bitang + 1 Bintang (Sebab masukkan bait-bait lagu Harry Styles)
Tahniah juga kepada penulis untuk novel debut ini!
Ingatkan buku pasal yelah Feminisme liberal, politik bla bla macam yang orang benci dalam twitter fb. Pastu lagi2 pulak tetiba lelaki pulak penulisnya tapi pasal perempuan. Apoo.. Awalnya takut jugak nak baca kang ter “emo”. Tapi tak. Topik yang agak susah dibahaskan lagi2 dunia sekarang tapi penulis mencerikan dengan santai dan tidak berat. Boleh related. Menampakkan penulis seorang yang bijak berpelajaran and buat research. Recommended! ❤️ Kalau penulis ada menulis lagi buku yang lain2 saya sanggup berhabis duit! Haha
Aku suka penulisannya, kemas dan mantap. Berjaya buat aku hanyut dalam buaiyan kata! Plotnya boleh diagak, tiada kejutan kecuali ketika Jah memeluk Cikgu Azhar. It's okay nice novel after all. Perjuangan yang dibawa oleh Jah sangat berpatutan, tak melampau-lampau ibarat feminis yang digembar-gemburkan. Pembawaan emosi sangatlah maju, aku menangis part bapak dia minta maaf. Aku juga boleh faham apa yang nak disampaikan penulis.
Good job.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Permulaan yang agak slow, tapi lama kelamaan makin sedap pula dibaca. Obsesi si Jah Aniza ni boleh tahan juga. Habis semua dia nak tibai. Drama tak perlu kata, lepas satu, satu mai. Dan ada ending yang sempurna. Kudos!
Kudos to the writer! Topik yang diketengahkan adalah topik yang menarik. Penceritaan yang ringkas, santai dan sangat jelas. Penamat yang sempurna, macam apa yang saya inginkan.
Bacaan yang sangat mencabar sebab Sha bengang dengan keegoan watak bernama Jah.. Hehehe.. Keseluruhan jalan cerita dia okaylah.. Mujurlah penulis rendahkan ego watak Jah dihujung cerita.. Menarik keseluruhan isi cerita yang disampaikan penulis..
Suka dengan watak Jah yang sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Penghujung cerita yang mendebarkan dan plot twist yang sukar diramal.
Hebat! saya kagum dengan penulis buku ni. Jalan cerita dalam buku ni semuanya make sense. Tak ada yang tak logik. Di pengakhiran cerita ni buat air mata menitis.