Buku ni macam gabungan genre motivasi, self-help, memoir, parenting, dan banyak lagi. Tetapi lebih banyak difokuskan dalam sektor perubatan memandangkan penulis adalah seorang doktor di bahagian psikiatri. Kita yang tidak bekerja dalam bidang perubatan pun boleh ambil iktibar.
Sebak, sedih, tersentuh, bila baca kisah penulis serta petikan kata-kata dari al-Quran dan tokoh ilmuan Islam. Bagi saya ini bacaan separa santai, banyak kisah kita boleh jadikan pengajaran. Penulisan juga banyak memberi tips dalam menghadapi pelbagai isu kesihatan dan juga isu kekeluargaan.
Kehidupan penulisan mengingatkan saya pada ibu saya yang juga merupakan seorang ibu dan doktor perubatan yang berbakti pada masyarakat. Wanita seperti mereka sering merawat orang lain dan selalu terlupa akan kesihatan diri sendiri. Watak Insyirah yang merupakan anak penulis saya boleh kait serba sedikit. Moga semua doktor wanita seperti penulis dan ibu saya dimudahkan urusan dan diberikan ganjaran yang melimpah ruah dariNya. Salah satu bacaan terbaik tahun ini.