Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: TREN

Rate this book
Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?
Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL

Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya.
Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA

Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap tujuh belas tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Satu per satu mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, satu per satu pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dan apa kaitannya dengan epal merah dan komuter?
Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU/ SUFI ABQARI

384 pages, Paperback

First published July 1, 2018

3 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Aziah Zainal

8 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (25%)
4 stars
6 (25%)
3 stars
7 (29%)
2 stars
2 (8%)
1 star
3 (12%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 18, 2018
3 cerita dari 3 penulis berbeza dengan tema tren.. Ketiga-tiganya menarik.. Ghaib membawa kita menyelusuri kisah rompakan dan kemalangan yang meragut nyawa dan terus menghantui Stesen Lama.. Ada yang berjaya pulang dan ada yang menjadi mangsa.. Masa Untuk Pulang pula menceritakan kisah sehuah kampung di Munsan, Korea yang terhijab dari pandangan manusia.. Salma yang tersesat di hutan berjumpa dengan Jong Kook yang memang menetap di dalam hutan.. Namun ada roh yang tak mahu melepaskan mereka dan mahu mereka menjadi korban.. Suka sebab dua negara.. Korea dan Malaysia.. Kisah ketiga bertajuk Epal Merah dan Komuter Hantu.. Kerana sering dihina dan dibuli, Suri mencari Komuter Hantu untuk memohon hajat.. Hajat yang dipohon tertunai dengan munculnya sehiji epal merah yang menggoda.. Namun semakin banyak epal merah yang muncul, Suri semakin kaku umpama boneka.. Kisah ini sedih pada Sha sebab manusia yang kurang sering dipandang hina dan dibuli.. Best..
129 reviews3 followers
March 7, 2019
Cerita hantu yang ideanya agak original! Ada part yang aku boleh relate dengan diri sendiri which is Suri yang dibuli. Aku rasa buku ini memberi kesedaran untuk stop buli orang sebab consequencesnya sangat negatif kepada yang dibuli dan membuli. Aku happy gila bila dapat tahu ada versi eBook sebab aku naik public transport jadi takperlu susah2 nak hurung kesana-sini novel ni! Bukak fon terus baca :) Linknya di sini ya buk kalau yang nak tahu tu:-https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
August 14, 2021
Cerita pertama seram klise tetapi ada jalan cerita yang menarik.
Cerita kedua ambil masa yang lama utk difahami.
Cerita ketiga lebih kepada balas dendam dan kasih sayang. Kalau ada lanjutan kisah seram tren, mungkin cerita ketiga sangatlah sesuai~ boleh dipanjangkan lagi ceritanya.
Profile Image for Hamidah Effendi.
367 reviews2 followers
June 2, 2025
Ulasan Buku: Projek Seram – Tren
Oleh tiga penulis hebat yang membawa pembaca menyusuri kisah-kisah seram dan penuh makna, berlatarkan train, salah satu pengangkutan awam paling biasa dalam hidup kita.

Dari rel, pembaca dibawa menyusuri ke perkampungan ghaib, kemudian menjelajah hingga ke pelusuk Korea, ke sebuah kampung yang hilang dari peta dunia. Dan akhirnya, tiba di Stesen Sleeping Beauty, tempat di mana kisah bukan lagi tentang puteri dibuli ibu tiri, tapi tentang seorang gadis yang menjauhkan diri kerana terlalu memandang kekurangan diri sendiri.

Kisah seramnya? Menarik, ada yang misteri dan ada yang menyentuh emosi. Tapi yang paling Mid suka—bukan semata kisah seramnya, tapi kerana kata-kata dalam buku ini penuh makna, menyentuh hati dan menghidupkan jiwa.

Jalan cerita mungkin perlahan pada awalnya, tapi bila masuk ke klimaks—serius, kau takkan berhenti baca.

Antara petikan kata-kata yang Mid rasa menusuk:

🔻
"Diri kita. Jika semangat kurang, badan lesu, hati panas, datanglah segala yang jahat menguasai diri. Perkara-perkara negatif berlegar di minda kita hanya bila marah atau sedih. Bukan masa gembira, kan?"

"Ah! Kau terlalu sinis pada diri sendiri. Berhentilah menikam diri sendiri. Ada seribu satu kelebihan lagi pada diri kau. Kenapa mesti fokus pada kelemahan? Kenapa tak positif dan membaiki kekurangan?"

"Kau tahu... bila Tuhan tak lagi di hati, yang menjawab doamu adalah syaitan. Mereka membenarkan segala keinginan kau. Tapi kita lupa, syaitan tak pernah datang untuk kabulkan hajat atau selamatkan kita."

"Maafkanlah semua orang untuk segala-galanya. Hidup ini terlalu pendek untuk kau ratapi dengan dendam. Cukup-cukuplah membandingkan hidupmu dengan orang lain. Kita tak pernah tahu apa yang mereka lalui. Sentiasa bersyukur walau ianya hanya sebutir nasi atau seukir senyuman. Kau pasti menjadi manusia paling tenang dan kaya."


---

Buku ni bukan sekadar untuk takutkan… tapi untuk buat kita berfikir dan melihat ke dalam diri sendiri.
Ada seram, ada jiwa.

#ProjekSeramTren #SeramDenganMakna #KisahDalamTrain #SleepingBeautyVersiLain #MotivasiBuku #JanganMenikamDiri #BacaBuku2025 #bukuPrima #BukuYangMenyentuhHati
Profile Image for Sansuriya82.
61 reviews5 followers
May 7, 2025
Rating: 4/5
Status: Highly Recommended untuk peminat seram urban

Projek Seram Tren adalah gabungan tiga penulis seram tempatan — Aziah Zainal, Zyra Safiya dan Sufi Abqari — yang berjaya mencipta sebuah antologi seram yang dekat dengan realiti harian, tapi cukup mengganggu fikiran.

Setiap cerita mempunyai kekuatan tersendiri:
• Ghaib buat saya rasa diperhatikan dalam tren yang kononnya kosong,
• Masa untuk Pulang penuh emosi dan ketegangan perjalanan yang tiada jaminan pulang,
• dan Epal Merah dan Komuter Ah Tu menyelitkan rasa ganjil yang halus tapi menghantui.

Kesemua cerita berjaya menimbulkan rasa meremang dan debar yang konsisten dari awal hingga akhir. Karya ini terasa lebih kuat kerana lokasinya—dalam tren, tempat harian kita semua—membuatkan ketakutan itu lebih ‘real’.

Kalau anda suka kisah seram yang terasa dekat dan membibitkan rasa tak selesa secara perlahan, Projek Seram Tren adalah pilihan tepat.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.