Tujuh Penulis bergabung dalam satu naskhah. Tujuh cerita menarik untuk dikongsi bersama:
1. Oops! Maaf ... - Farah Husain * Bila Izad mula beri mix signal, hati Nadha jadi keliru dan hatinya tertanya-tanya. He loves me... he loves me not?
2. Ali Alauddin - Rose Harissa * Kerana dipaksa kahwin, Ali Alauddin akur meninggalkan kehidupannya di bumi England. Berusaha mengenali isteri selepas nikah tapi Ali tak menyangka Alilatul Barizah menyimpan sebuah trauma.
3. Degupan Cinta- Cik Amal Amina * Lebih tujuh tahun, Dian masih tidak mampu melupakan Yusuf, cinta pertamanya walau ketika ini dia sudah punya Iskandar. Keadaan makin rumit bila Yusuf tiba-tiba muncul kembali.
4. Kelip-Kelip Terbang Malam – Shamien A. Basit * Bebas dari kurungan tirai besi, Nadhirah simpan rahsia sendiri. Tapi kembalinya Hud menggugat hatinya. Antara rahsia dan sayang, yang mana harus dia utamakan?
5. Naqi - Rina Farizq * NAQI rasa bersalah bila mengingatkan perbuatannya terhadap Safia. Dia tak pernah melayan Safia dengan baik malah, kata-kata yang dilontarkan juga kasar. Dapatkah Safia memaafkannya?
6. Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara * Perkenalan di majlis perkahwinan sebagai pengapit pengantin menemukan Ayong dan Ayaz. Kisah dua hati yang pernah terluka. Mampukan Pengapit Pengantin bertukar menjadi Raja sehari?
7. Mr Whatever - Illa Shanahila * Jadi pembantu rumah Kak Lina tak susah pun bagi Hanan, aman dan bebas. Tapi, keamanan Hanan mula terganggu bila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu. Siapa dia?
Bila ianya keluaran limited edition, kita akan jangkakan yang lebih.
Hmmm...
Full review: 20/09/18
Oops! Maaf - Farah Husain Comel. Boleh pula gigih stalk anak jiran. Tapi part Izad tiba-tiba lost tu, aku rasa nak hempuk kepala Izad. Aku makin selesa dengan FH. Rasanya dah boleh start baca novelnya yang lain.
Ali Alauddin - Rose Harissa OMG!!! Dah kenapa cerita tergantung ni? Rasa nak pok je Kak Rose ni la 😂 Tak suka bila tengah larut dengan konflik Ali-Ari sekali tamat. Ok, pesanan wajibulrunnah - sila SAMBUNG! Titik.
Degupan Cinta - Cik Amal Amina Suka part awal masa Iskandar nak try Dian tapi makin sampai ke titik penamat rasa gatal sangat si Iskandar ni, dan itu buat momentum membacaku jatuh merundum.
Kelip-kelip Terbang Malam - Shamien A. Basit Cerita yang sangat tak cliche. Aku suka. Cerita ni kalau dipanjangkan lagi jadi sebuah novel aku akan beli. Nadhirah, you’re really supergirl!
Naqi - Rina Farizq Nak cakap: Naqi, you’re such a loser! Emo dibuatnya. Betul kata Safia, masa orang tu tengah comot, serabai kata tak suka. Bila dia dah cantik pandai bergaya tiba-tiba cinta jatuh ke hati? Mujur bukan Cherina kat tempat Safia tu 🙄
Mr Whatever - Illa Shanahila Plot awal macam pernah baca tapi tak ingat kat mana tapi masih cerita yang comel, tak banyak konflik pun. Sesuai untuk bacaan santai.
Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara Puas hati baca kisah ni. Ringkas dan comel. Manis sekali. Dan, memang zaman media sosial ni, semua nak jadi thread di twitter eh? #sistanyaje 😬 Apa pun, good job Ayaz!
Untuk pembaca yang cerewet sepertiku, LE ini kelihatan biasa-biasa je. Silap sendiri bila letak harapan setinggi gunung. Namun, ia masih tak menghampakan.
1. Oops! Maaf...- Farah Husain Tiada yg special. Cliche? Yes..namun tetap suka. Jumpa cinta baru, kekasih lama datang kembali. Hati berbolak balik. Bukan kerana cinta tapi niat untuk membantu. Perasaan Nadha diabaikan. Izad kusut memikirkan jalan penyelesaian.
Kisah yg Ringkas. Sebenarnya tak rumit pun. Pandai buat pandailah tanggung. Kenapa perlu bebankan diri dengan masalah orang lain? I'm not savage..just being logical. Ending too abrupt.
2. Ali Alauddin - Rose Harissa Awesome tu mmg awesome tapi sedihnya. Saya lebih suka jika cerita ni ada pengakhirannya. Instead rasa macam tergantung di pertengahan jalan cerita. Ali yg penyabar dan cuba memahami keadaan Ari yg trauma. Hingga akhir story ni pun masih belum menang hati isteri. The last email tu shockinglah sikit. Siapa pengirim sebenar? Masih hidup lagi ke? Pengorbanan ke? How I wish it can be longer.
3. Degupan Cinta - Cik Amal Amina Newcomer sebarisan dengan Lady Amarfee dan Farah Darianna. Saya suka juga karya2 mereka (LA & FD) yg pandai memberi kesimbangan dlm permainan emosi.
As usual her style always start with playfulness. Light-hearted. Senang dgn cara Iskandar masa nak mengurat Dian. Hairan ngan sikap Casanova Yusuf. Sokongan dari abang Dian buat Iskandar untuk pergi next level. Happy ending. Cerpen worthy.
4. Kelap-Kelip Terbang Malam - Shamien A. Basit Tak pernah baca novelnya. GIO pun masih dlm simpanan.
Apa lagi yg boleh saya katakan? Cerpen ni awesome.
Kerana ingin membuktikan dia adalah peguam yg paling hebat, yg tidak bersalah menerima hukuman penjara. By twist of fate, Nadha berkawan pula dengan adik tiri Hud. Dari sini, kisah silam dan kesilapan dalam penyiasatan mula terbongkar. Kekesalan bertandang dalam diri Hud.
Bukan kisah cinta tapi di pengakhiran bagai kisah mereka baru sahaja nak bermula. Saya nak juga tahu pengakhiran buat Suzi dan Adam dan sesiapa yg menyalahi undang2 dengan memberi rasuah.
5. Naqi - Rina Fazriq (3/5) A rejected ugly duckling who proposed to prince charming turn into a beautiful swan. Beberapa tahun berlalu, itu pula yg menjadi pujaan hati. Sayangnya, terlambat, yg di keji dan di hina suatu ketika dahulu telah pun bertunang.
6. Mr Whatever - Illa Shanahila Sejujurnya, cerita ni saya rasa paling ringkas. Sweet je walaupun bermula dengan salah sangka. Namun entah kenapa, saya tak boleh masuk sangat sangat cerita ni. Maaf author.
7. Mr Pengapit Pengantin - Ezza Mysara 3 tahun bercinta akhirnya putus begitu sahaja kerana si gadis curang. Then, bertemu pula Ayong. Dari gadis sos cili ke Cik Pengapit Pengantin hingga status tukar kepada isteri. Sampai akhir story pun tak tahu nama isteri. Di panggil Ayang sepanjang masa. Hehehe.
Untuk orang yang kurang gemar membaca cerpen, saya berpuas hati.
1. Oops! Maaf ... - Farah Husain
Mula-mula suka lepas tu suka lagi lepas2 pada tu aiyooo tak suka nya lelaki macam tu rasa nak lepok je. Happy Ending saya suka hehe dan sangat-sangat terasa gaya FH dalam cerpen eh ha walaupun bukan follower tegar.
2. Ali Alauddin - Rose Harissa
Sampai hati penulis okay, lama taw saya nak move on. Rasa nak kumpul je orang-orang kampung untuk buat petisyen #kamimahukansambungan haha. Seperti kebiasaan penulis pasti akan menyelitkan sesuatu yang lain dan penulis memang sentiasa up to date. Good job penulis #sayasuka.
3. Degupan Cinta- Cik Amal Amina
Okay not bad juga lah sebab pertama kali baca olahan penulis. Untuk cerpen saya suka tapi kalau kisah begini dijadikan sebuah buku penuh, ermm mungkin tidak. Maaf saya pembaca kekwat.
4. Kelip-Kelip Terbang Malam –Shamien A. Basit
Ini menarik lagi menarik kalau kita tengok versi drama tapi drama Korea lah. Drama Melayu hurmm cukuplah tgk cerita patahnya sebelah saya (iya ke tajuk dia mcm tu )
5. Naqi -Rina Farizq
Sekali lagi sebab cerpen kan pendek sahaja jadi ok boleh diterima.
6. Mr Whatever - Illa Shanahila
Not bad, saya suka cuma bila penulis berusaha gigih nak lengkapkan kisah ni supaya pembaca berpuas hati, (puas hati saya) jadi saya dapat rasakan penamat yang terburu-buru itu sedikit mencacatkan jalan cerita. Yang ini kalau jadi novel penuh ok saya suka.
7. Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara
Sekali lagi, mungkin sebab cerpen jadi saya rasa antara yg paling menarik dalam koleksi ini. Saya baca dua kali haha, still tatau siapa nama penuh Ayang eh ayong comel je kisah mereka berdua.
Semua dalam cerita ni best, berbaloi beli. Kisah simple but nice.
Kelip-kelip terbang malam. Paling tersentuh dengan kisah ni. Sedih sangat bila heroin kena aniaya. Kejam gila pada si jahat yang nak larikan diri dari kesilapan sendiri, jadikan heroin kambing hitam.
Ali Alaudin. Tertanya² pengakhiran dia. Saya rasa ex tunang heroin still hidup.
Naqi. Tak suka hero dia. Dia tak suka heroin sebab heroin tak cantik. Bila dah cantik dah suka pulak. Rasa nak cekik je.
Oops! Maaf... Kisah biasa² tapi garapan penulis saya suka.
Degupan Cinta. Hey si yusuf ni... dah pisah dengan heroin, nak balik pulak. Dasar!
Encik Pengapit Pengantin. Semestinya suka dengan olahan kak ezza sebab dia akan selitkan kata² hikmah yang buat kita sedar diri. Sweet je hero,heroin ni. Tapi part dia tweet tu rasa macam budak² pulak. X matang langsung😂
Mr Whatever. Sejujurnya dah pernah baca kisah macam ni.