Perpisahan itu bukan pilihan tetapi keadaan yang memaksa mereka untuk membuat keputusan.
Setelah puas memujuk, puas merayu, akhirnya Eshal Wardina akur dengan takdir Tuhan. Perkahwinan yang dibina bersama Syed Arash sudah sampai ke penghujungnya. Tiada lagi cara untuk memperbaiki bila Arash sendiri menginginkan semua itu terjadi.
"Abang yakin, Shal akan lebih bahagia tanpa abang." - Arash
"Abang bukan Tuhan nak tentukan Shal akan bahagia atau tak! Dan jangan cakap pasal bahagia kalau abang sendiri tak tahu apa maknanya!" - Eshal
Perpisahan membawa mereka ke haluan masing-masing. Setelah tiga tahun tak bersua, mereka akhirnya ditemukan semula. Dalam marah, ada rasa rindu yang menjengah. Dalam benci, ada rasa sayang yang masih berbaki. Apatah lagi apabila Eshal tahu, di sebalik perpisahan mereka, ada rahsia yang Arash sembunyikan selama ini. Rahsia yang menyimpan segala penderitaan yang ditanggung oleh Arash sepanjang perpisahan mereka.
Namun untuk kembali bersama itu tak semudah yang disangka. Kerana ada insan yang membenci melihat mereka bersatu semula.
"Kau pindah ke sini sebab apa? Sebab nak dekati Eshal semula? Jangan harap! Kau langkah mayat aku dulu." - Ehsan
Bahkan kehadiran Naim di sisi Eshal juga, membuatkan keadaan menjadi semakin rumit. Sedangkan bermacam alasan sudah diberikan untuk menolak huluran kasih daripada lelaki itu tetapi Naim seolah-olah tak reti bahasa.
"I believe, I deserve someone better. Someone like you." - Naim
"Saya dah nikah, Encik Naim." - Eshal
"Eshal... Saya akan lebih percaya kalau awak kata yang awak dah bertunang. Tapi kalau dah nikah tu... You have to work harder, sweetheart. To make me believe you." - Naim
Eshal lelah dan Arash hampir mengalah. Benarkah akan ada bahagia yang menanti buat mereka? Andai ada sekalipun, mereka tak pasti adakah mereka mampu bertahan hingga tiba saat itu atau mengalah sebelum waktunya? Atau sememangnya selama ini mereka bertemu hanya untuk berpisah?
~ Kisah Yang Aku Inginkan ~ BesQ ~ Hingga Tiba Saat Itu ~ Karyaseni ~ Hanya Itu Pintaku ~ P2U ~ Demi Cinta ~ BesQ ~ Shhh... I Love You ~ P2U | Adaptasi Drama Slot Akasia April 2017 ~ Dia... Pelengkap Hidupku ~ IKP ~ Spanish Guitar (Yang Menyentuh Hati) ~ IKP ~ Perangkap Dua Hati ~ LNP
mungkin, bukan 'makanan' saya. Maaf tak dapat nak suka seperti review lain.
Namun, olahan penulis saya kira cukup baik, tersusun dan bersahaja, tidak terlalu kebudak-budakkan dan watak yang menggerakkan jalan cerita. Tahniah untuk itu.
Aku tak ambil masa yang lama untuk habiskan HTSI. Tapi sepanjang proses pembacaan, aku belum nampak dia punya Wow factor buatkan aku turn off. dan aku ambik masa lagi untuk aku baca balik dan hadam betul-betul. . sebelum aku buat analisis, aku rate dekat goodreads 3 bintang tapi bila aku hadam betul-betul baru aku nampak apa yang cuba di sampaikan oleh Farisya Natasya. Something yang belum pernah di highlightkan dalam penulisan Farisya Natasha. Aku tukar terus rate kepada 4 bintang. Nampak tak pemahaman dan keseronokan kita bila memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis boleh mengubah rate novel tersebut?
haha okay tak payah nak beriya sangat, aku teruskan dengan reviu Hingga Tiba Saat Itu.
***** Hingga Tiba Saat Itu ni ada beberapa episod berlaku di Turki dan beberapa negara lain. Okay part ini aku tak komen sangat sebab aku suka kalau ada penulis yang memvariasikan latar belakang cerita. It reminds me a lot lah tentang kecantikan bumi Turki. Cerita kali ini aku sifatkan ia sebagai melankolik berbanding cerita cerita Farisya Natasha sebelum sebelum ini.
"Pada aku, isu yang diketengahkan oleh penulis adalah isu yang berat apabila Farisya Natasha membawa isu penceraian, dan watak utamanya menghidap anxiety disorder dan telah melalui beberapa episod kehilangan. Ringkasnya, Arash merupakan seorang duda yang mempunyai anak lelaki, Fayad dan telah kehilangan seorang isteri. Dalam pada masa dia cuba membaiki kehidupannya, dia bertemu dengan seorang gadis, Eshal yang tinggal di sebelah rumahnya. Konflik berlaku apabila sekali lagi Arash melalui episod kehilangan anaknya, Fayad setelah berkahwin dengan Eshal. dan dari situ Arash mula melalui beberapa symptom anxiety disorder. Dan kegagalan Arash dalam merasakan sesuatu perubahan terhadap pola pemikiran dan tindakan nya terhadap apa yang dia rasa menyebabkan dia kehilangan Eshal melalui episod penceraian."
Walaupun pada dasarnya aku bangkitkan isu penceraian, kehilangan dan anxiety disorder merupakan isu yang berat tapi penulis telah mengembangkan isu-isu berkenaan dengan santai yang pada aku bagus tetapi kalau penulis menguatkan beberapa episod Arash mengalami simptom anxiety disorder dengan lebih jelas, mungkin aku akan lebih 'merasai' dan cerita Hingga Tiba Saat Itu ni lebih 'sedap' dan meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca. Sebab aku tak nampak dengan jelas situasi mana yang boleh menjadi triggered kepada Arash. Okay mungkin pada flashback yang di cipta oleh penulis di beberapa bab yang akhir atau pun insiden-insiden pengsan yang ada di dalam bab selepas Arash dan Eshal bertemu semula
Kelebihan HTSI ini pula, aku lihat dari segi point yang diketengahkan oleh penulis dalam memberi highlight kepada gangguan kebimbangan yang melampau. Anxiety disorder. bila aku analisis balik, penulis cuba membawa situasi seseorang yang menghidap anxiety disorder, yang pola pemikiran dan tindakan terganggu sehingga ikatan perkahwinan Arash dan Eshal terlerai. Tapi dalam episod seterusnya, penulis membawa solusi kepada Arash dengan mengetengahkan cara merawat anxiety disorder melalui medication, terapi (CBT - Cognitive Behavioral Therapy) dan juga senaman/riadah yang konsisten melalui flashback dan bab -bab semasa.
Keseluruhannya, aku suka cerita HTSI ini kerana penulis menyentuh isu-isu psikologi seperti anxiety disorder, treatment yang diperlukan di tambah dengan konflik episod kehilangan. Latar belakang beberapa bab yang divariasikan dengan baik. Teknik flashback dan current situation yang mudah diikuti dan rentetan bab yang tak messy. Cuma kalau ditambah atau di kemaskan lagi beberapa scene tentang anxiety disorder atau episod kehilangan wife Arash di garap ketika awal bab bukan flashback mungkin menjadikan cerita ini lebih terkesan.
tw / cw: character with mental disorder: ~ anxiety disorder, PTSD, death.
The story is about two divorcee, which was previously married to each other, Eshal and Arash, that coincidentally meet again during a trip, 3 years after separation. That meeting opened up the gate of forgiveness towards one another, but one of them tried to move forward, and one tried to reconcile their marriage relationship once again. As Arash moved back at their old house and became neighbours once more, things started to unfold, the truth of what had happened during their marriage and divorce, the truth of what had happened post divorce, and the reasoning why they their reconcilation and remarriage might be close to impossible, despite how much they still care and love one another. While one may feel like they're the most effected in divorce, little did they know, another person suffers greater than they did.
It is a melancholic family drama, romance, as well as travel log, told in a back and forth storytelling in between past and present in chronological order. In depth, the story touches a lot on sense of longing, forgiveness, and acceptance (keredaan), together with topics of social prejudice towards janda / duda, mental health, and family involvement in marriages.
It's a good story, while the conflicts touched were quite heavy, the story were fast paced, and the overall plot were also quite smooth and just linear, it's still a comfy non-stressing read I'd say.
The story did grasp my feelings very deeply. I cried a lot, like a lot lot, as the story is actually absolutely saddening and heart wrenching, especially when they touched on death of a child. Another thing that touches me as well as a person with anxiety disorder, I could relate to the character on a personal level, and seeing how he suffers and how people didn't understand him and abandoned him breaks me greatly. It's simply just real, and my heart reached out for him.
I don't find much issue with the story as it's actually is quite a simple and short tale, but some of the factual information presented in the story felt too 'ilmiah' / 'text book', in a way that it feels like it was straightforwardly simply being copy pasted from another source and being forced into a conversation. This included the history, the explanation of the condition / sickness, as well as potongan ayat Al-Quran. Yes, I understand that the author might wanted to be as accurate as possible without messing things up, but them being included in regular human dialogues, felt, just unnatural or unrealistic.
For instance, as normal human being, although we like a shop and knows a lot about it, we wouldn't suddenly mention or remember the details of how many branches they have around the world etc etc. — And another example, we, if we're not a medical doctor, we wouldn't talk like actually doctors as if we had existing scripts on the said conditions, when instead, we can just explain mainly about the condition of that character itself, the simple little traits / behaviour that might shows, or what he might've done, or even what another person should do to help or avoid if such things happen / relapse. This last one wasn't mentioned much on the story, and I had wished the other characters would've actually confronted him on how he will always has other people around him, and he can always genuinely speak his minds instead of suppressing his innermost thoughts. These things could actually make the story feel much more alive, at the same time, it can left a more heartfelt feeling and genuine understanding from everyone that had the same condition, as well as towards the people that doesn't.
Oh lastly, screw Ehsan and his extreme sister complex. Also, despite how understanding her boss was on later part of the story, someone really should report him for conflict of interest (COI) towards his subordinate, as a reader myself, his behaviour and everything he has done makes me sooo uncomfortable simply from reading it.
Yeah, nevertheless it was a nice read, the story were predictable surely, but again, it was just straightforward and quite simple, do go for it if you're interested!
Susah untuk saya kategorikan novel ni. Lets just say.. Im in the middle, love the plot, the flow of the story.. Dan bagaimana olahan dia,serta susunan ayat. Its make you feel light. Smooth reading. Tak berhenti saya baca.
Jalan ceritanya ada sesuatu yg biasa. Konflik diri, and how they overcome the problem. Tp yg membuatkan saya terus membaca ialah reason seperti di atas.. 😘😘😘
Firstly, saya suka gaya penulisan penulis ini kerana dalam mode santai (tak perly heavy conflict/scene/plot), dia bijak menyuntik emosi sehingga terkesan di jiwa.
Kisah tentang Eshal Wardina & Syed Arash.
Arash rela dibuang keluarga demi bersama org yg dia cinta. Namun bahagianya hanya seketika apabila isteri yg dia cinta pergi bertemu Sang Pencipta ketika melahirkan zuriat mereka.
Kemudian dia bertemu Eshal. Ketika baru hendak mencipta bahagia bersama Eshal, sekali lagi dia menghadapi kehilangan yg mana kehilangan kali ini membuatkan dia trauma. Mengapa sebegini nasibnya? Apakah dia tidak layak utk merasa bahagia? Akhirnya dia tenggelam bersama persoalan2 tersebut, sehingga tidak pedulikan Eshal lg. Lantas mereka berpisah
Setelah tiga tahun waktu berlalu, mereka bersua kembali. Ketika eshal merasakan amat mustahil utk keadaan kembali spt dulu, satu persatu kisah tersingkap. Namun jalan untuk mereka kembali bersatu hanya secerah 1%.
Sesungguhnya setiap manusia mengimpikan kehidupan yg bahagia. Namun perjalanan ke arah "bahagia" itu punya ceritanya sendiri. HINGGA TIBA SAAT ITU, biarpun jalannya penuh liku, bertahanlah... berjuanglah... dan berdoalah kepada-Nya.
Satu lg yg saya suka dgn penulis ini, beliau tidak tinggalkan sebarang tanda tanya. Segalanya terhurai di penghujung cerita.
Ku dah review panjang lebar dekat penulis. So, kat sini ku ringkaskan saja review mengenai HTSI.
1) kak Farisya dah semakin matang dlm penulisan dan pandai dah merobek emosi pembaca. Ku kononnya x nak menangis pun bila baca HTSI ni, tapi part awal2 tu dah sebak kot, bila akhir2 tu apalagi banjirlah jawabnya. 😂
2) Bila baca kan, korang mesti tak boleh nak stop tau. Ku nak tahu sangat kenapa Arash dgn Eshal berpisah. Ingat ke kena buatan orang ke apa, padahal sebaliknya. (Kalau nak tahu, bacalah sndiri ya)
3) Ceritanya tak tergantung dan setiap watak tu ada pengakhiran masing2. Bukan kisah yg selitkan elemen cinta semata-mata tapi ada elemen kekeluargaan & persahabatan jugak. Penuh dgn pengajaran semestinya.
4) Ku boleh cakap, tak rugi kalau baca. Tak sabar nak tunggu next novel penulis. 😘
Hadir di kala tiada mood membaca. Sangat tak memeningkan dan menyesakkan kepala walaupun ada sikap beberapa watak yang menyakitkan hati. Jadi kita mulakan dengan apa yang kita tak suka dululah. Yang tak cantik dulu barulah yang positif-positif kita cerita. hehe
Watak yang paling saya tak suka sudah semestinya dan akan dipersetuju oleh mereka yang dah membaca iaitu, Ehsan abang kepada FL, Eshal. Dia macam takde sebab boleh jadi benci ML, Arash. Ego dia sangat melangit ye. Walaupun ada betulnya bila dia bagitahu tak manis Eshal kerap pergi rumah Arash walaupun dari luar, tapi hanya disebabkan Arash ni duda anak satu, jadi masalah bagi dia untuk adik dia rapat. Kata Arash ni tak layak hidup dekat dunia. Dia siapa nak menghakimi dan tentukan semua tu kan? Hidup ni juga berputar bagai roda kan. Apa yang dia kata, bakal terjadi dekat diri sendiri untuk ambil iktibar atau tak.
Next, watak bos kepada Eshal. Sudah ada tunang, tapi sebab tak suka perangai tunang dia yang cemburu buta (for me kadangkala berasas cemburu tu, sebab pernah sekali waktu mereka bergaduh, Naim ni pergi mention yang dia nak peristerikan Eshal). Dan duk guna ayat tersirat sokmo nakkan Eshal ni. Tapi, Eshal bukan jenis mudah cair. Pastu macam takleh terima kenyataan bila Eshal ni tak nak dekat dia unless ada bukti yang jelas.
Yang saya suka, mungkin sebab ML dia ni dah 30-an, hampir ke 40-an. Nampak karakter yang matang walaupun dia buat keputusan ceraikan Eshal atas sebab-sebab tertentu. Cerita ni ada sikit-sikit sentuh isu mental health. Betul. Kita yang normal mungkin akan fikir, kenapa asbab yang kecil boleh membuat seseorang tu ambil keputusan besar yang akan memberikan dia penyesalan je nanti. Tapi bukan untuk mereka yang fikirannya sedang serabut dan bercelaru. Bila faktor untuk dia triggered tu hampir sama, boleh menyebabkan mereka ambil tindakan yang tidak rasional.
Cerita dia memang cepat. Arash pindah, berkenalan rapat, kahwin, cerai dan bertemu kembali. Penulis selang-selikan masa lalu dengan masa kini pun bagi saya tak memeningkan. Tersusun je. Tanpa nyatakan masa pun, kita as pembaca boleh tahu.
Untuk Eshal, dia setia. Dia sangat yakin dan percaya pada Arash. Walaupun selepas mereka bercerai, ada yang kata buruk tentang Arash, dia akan pertahankan. Waktu mula-mula kahwin dengan Arash pun, jumpa dengan calon menantu tak jadi mak mentua dia pun, tak jadi masalah bagi dia sebab dia percaya siapa yang menang di hati Arash. Dengan arwah Aileen pun dia tak cemburu.
"I'm ninety nine percent sure you'll never be mine again. but it's that one percent that keeps me going."
Dan ni adalah satu ayat dari Arash yang saya suka bila dia dah 'sembuh' dan nak dapatkan Eshal balik. Saya ni macam kuno sikit. Suka kalau penulis tulis plot yang ML-FL saling berbalas mesej melalui surat, emel atau seangkatan dengannya lah. I love it.
Awwww...love this book. Sebagaimana seawal muka surat pertama lagi, aku dah jatuh cinta, sampailah aku tutup buku ni, perasaan tu tetap ada. .
Kisah dan konflik yang diketengahkan biasa-biasa je, tapi gaya penulisannya yang membuatkan aku bertahan membaca dan tengok-tengok dah habis. .
Selepas 3 tahun bercerai, Eshal dan Arash terserempak di bumi Turki. Dan selepas itu, banyak lagi pertemuan dan kenangan yang dicoretkan di bumi Turki sehinggalah mereka kembali ke Malaysia. .
Sekarang, Arash kembali untuk memikat semula hati Eshal walaupun 1% je peluang yang ada. .
Eshal ni walaupun muda 9 tahun daripada Arash, tapi dia matang. Jika dulu, Arash ialah pilihannya, sekarang, dia mengikut apa yang orang tuanya mahukan. .
Arash pula, walaupun sebenarnya aku nak marah kat dia. Kenapa dia ceraikan Eshal? Tapi aku tak mampu nak marah dia. Dia ada sebabnya tersendiri kenapa dia lepaskan Eshal. Dia ingatkan lepas bercerai, mereka akan bahagia, tapi makin menderita. .
Aku suka bila penulis menggambarkan keadaan Anxiety Disorder tu. Boleh rasa betapa menderitanya hidup Arash. .
Penulisan penulis ini mmg akan menerapkan ikatan kekeluargaan..kali ini penulisannya lebih matang & cukup memberi kesan..konflik x berat dan persoalan semua terjawab
ESHAL WARDINA, SYED ARASH, SYED FAYAD, ARISSA, EHSAN, EN TARMIZI, PN WARDAH, ZETTY, DARLINA, NAIM, ZAHRUL, IKHWAN, IZWAN, EN SYED FALIQ, PN SHARIFAH KHALIDA, SOFEA, DR HEIDI, AILEEN ABDULLAH
Ada jiran baru berpindah masuk di rumah sebelah keluarga Eshal. Pensyarah Dr Syed Arash Syed Faliq bersama anaknya, Syed Fayad. Eshal menawarkan diri menjaga Fayad sepanjang Arash menguruskan kemasukan perabot-perabotnya. Sejak hari itu, mereka menjadi rapat. Kehadiran Eshal serba sedikit memudahkan urusannya berkaitan Fayad. Selesanya Fayad bersama Eshal mewujudkan rasa untuk memiliki gadis tersebut. Arash berumur 33 tahun manakala Eshal 24 tahun. Duda dan memiliki anak dan perbezaan umur 9 tahun menyebabkan Ehsan, abang Eshal tidak berkenan adiknya dinikahi oleh Arash. Eshal tekad dan akhirnya En Tarmizi menyatukan mereka berdua.
Kehidupan mereka bahagia sehinggalah Fayad didiagnosis menghidap demam denggi berdarah. Kondisi Fayad yang kritikal merunsingkan Arash. Dia takut kehilangan Fayad setelah ibu Fayad, Aileen. Arash abaikan Eshal sehingga Ehsan membuat keputusan untuk memaksa Arash lepaskan Eshal. Berpisah mereka selama 3 tahun. Bertemu secara tiba-tiba di Istanbul Antartuk Airport. Eshal ketika ini sedang bercuti bersama Zetty dengan mengikuti rombongan. Arash pula ingin menziarah kakaknya, Arissa sekeluarga. Arissa tahu daripada Arash tentang pertemuan demi pertemuan mereka di Istanbul. Arissa merancang untuk menyatukan mereka. Memujuk Eshal untuk tinggal di rumahnya.
Arash kembali tinggal di rumah yang dibelikan oleh Arissa. Setelah mengetahui tahap kesihatan Arash setelah kehilangan Fayad, En Tarmizi mengajak Arash makan di rumahnya dan bersedia memberi pertolongan jika diperlukan. Penerimaan baik mak dan abah Eshal memberi kekuatan kepada Arash untuk menyambung kembali hubungan mereka yang terlerai. Arash ingin melamar Eshal. Kepulangan Arash ke rumah itu tidak disenangi oleh Ehsan sehingga melepaskan tumbukan. Ehsan membantah keputusan abahnya untuk menerima Arash. Tekadnya En Tarmizi menyebabkan Ehsan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Berbulan dia menjauhkan isteri dan anaknya, Danish daripada ahli keluarganya. Hanya kerana rasa marah dan ego.
Bila perhatikan watak-watak dalam novel ini. Lelaki-lelaki yang meminati Eshal daripada golongan yang punya kerjaya tetap dan berwajah matang. Arash, Naim, Dr Heidi. Beza umur mereka dengan Eshal jauh sangat. Arash 9 tahun, Dr Heidi, 11 tahun, Naim ermmm 🤔 😅