Ruang tandas biasanya sempit, gelap dan sentiasa lembab. Namun inilah 'kediaman' paling digemari makhluk yang tidak kelihatan. Oleh itu, kebanyakan cerita seram berlaku di tandas sekolah, tandas di kawasan rehat ataupun tandas di pusat beli-belah. Lain kali, apabila mahu ke tandas, ajaklah seseorang untuk menemani. Kalau tidak, ia akan ajak kamu bermain kerana menyangka kamu sedang bersendirian!
Siapa pernah duduk asrama memang familiar dengan cerita hantu tandas. Dalam ni ada macam-macam jenis hantu tandas termasuk yang rupa mengerikan dan yang tak berapa seram sangat. Walaupun sesuai untuk bacaan kanak-kanak, untuk orang dewasa juga tidaklah membosankan!
takut masuk tandas? nak lagi bayangan seram memghantui? sila belek komik nih. ada banyak kisah seram misteri yang melibatkan tandas. kes buli sinonim dengan tandas sekolah/asrama yang akibatkan kematian. belum lagi masuk kisah tandas di r&r.
ilustrasi berwarna dan kemas buat pembaca lagi suka dan tekun belek. ada juga cerpen pendek yang diselit. satu yang akak suka kisah nak balik bercuti. rupanya salah seorang kawan mereka langgar lari. mayat dihumban dalam tandas lama. teman yang terkunci di tandas asrama dapat petunjuk dari roh mayat itu.
ada juga lukisan yang menguji minda pembaca. selain belek gambar hantu, boleh belek keanehan yang ada pada gambar. jangan terlebih belek sudahla ya.. hehe... boleh je bagi anak-anak baca sebab walaupun kisah hantu tandas je pun, tapi setiap satu ada pengajaran tersendiri. do and don't. komik sebegini mampu memberi ajaran secara pantas dan berkesan.