Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dominan Itu Dia

Rate this book
Perlanggaran kecil menemukan Lutfi dengan Aria Natasha. Dalam masa yang pantas, mereka jatuh cinta. Namun, cinta mana yang tidak bergolak? Aria terpisah daripada Lutfi apabila dia hampir-hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

ASP Hadid telah ditugaskan untuk melindungi Aria sementara pihak polis mencari dalang di sebalik penculikan Aria yang hanya dikenali sebagai Mr. Zed. Kes bertambah rumit apabila Mr. Zed menyenaraikan nama Aria dalam sistem bidaan penjenayah, The Dark Web.

Sementara bidaan untuk Aria masih aktif di rangkaian penjenayah itu, Aria telah ditempatkan di sebuah banglo perlindungan polis. Sedikit-sedikit, Hadid membongkar rahsia peribadi Aria.

"Kenapa awak sesuka hati boleh tanya saya soalan peribadi tapi bila saya pula tanya, awak suruh saya, go to sleep, Aria?" – Aria Natasha

"Saya tak nak jawab soalan awak. Tapi saya nak buat benda lain dengan awak." – Hadid.


Perasaan Aria berkocak. Hatinya berbelah bahagi di antara Lutfi dan Hadid. Kedua-dua lelaki itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Aura dominan kedua-dua lelaki itu mencetuskan persaingan.

"Antara kau dan aku, akulah lebih dahulu dapat sentuh Aria." – Lutfi.

"Aku nak tayang pada kau trofi aku." – Hadid.


Sementara Lutfi dan Hadid berebutkan Aria, ahli-ahli The Dark Web pula merasakan Mr. Zed hanya mempermain-mainkan mereka. Mereka menuntut agar Mr. Zed umumkan pemenang yang membida Aria Natasha. Sekali lagi, Aria termasuk ke dalam perangkap Mr. Zed.

"Awak dah buat jenayah besar kalau awak teruskan dengan niat awak jual kami. Lepaskan kami." – Aria

"Tidak semudah itu. Harga awak tinggi, Aria Natasha." – Mr. Zed


Apakah uniknya Aria sehingga dia disenaraikan sebagai 'barang' yang mencecah jutaan ringgit? Bolehkah selama-lamanya Hadid menjadi pelindung Aria dari ancaman The Dark Web? Mampukah kekayaan Lutfi membeli Aria daripada sistem penjenayah itu? Siapa yang telah merubah 'product description' Aria Natasha? Lutfi atau Hadid?

576 pages, Paperback

First published August 1, 2018

4 people are currently reading
212 people want to read

About the author

Maya Iris

12 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
102 (43%)
4 stars
101 (42%)
3 stars
22 (9%)
2 stars
7 (2%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 28, 2018
BEST n WOW sgt!

Apa yg aku suka sgt tentang novel ini ialah isu-isu semasa yg dibahaskan penulis, terutamanya mengenai pedophile.

Pedophile, pemerdagangan manusia, sistem bidaan penjenayah - ketiga-tiga isu ini menjdkan novel Dominan Itu Dia amat menarik, lain dari yg lain. Watak-watak yg ada di dlm DID pun sgt best!

Aria
- Mula2 baca, aku rasa watak Aria ni agak pelik(Hadid pun kata Aria pelik). Senang ckp, naif sgtlah kot. Senang sgt percaya pd org yg bru kenal.
- Eh, tp memang aku geram sungguhlah bila tahu dia sendiri yg rupa-rupanya bocorkan segala maklumat. Ada ke patut dia buat mcm tu, memang padanlah Hadid marah. Sbb aku sendiri pun rasa marah!

Hadid
- Tegas dan garang. Maklumlah, polis. Tp walaupun garang, cair jugak Aria(dan aku, hahaha) dgn sikap pelindungnya.
- Sebenarnya, Hadid ni... nk kata sweet, takdelah sweet sgt. Tp disebabkan ketegasannya, keberaniannya, keazamannya, menjdkan dia seorg lelaki yg sgt WOW. Kalau dah dia kata dia nk, memang dia nklah sesuatu tu. Takde istilah putus asa okeyh!
-  Kata Hadid, "love needs no explanation. Only actions." Jd itulah yg dia buat. Dia suka Aria, so terus dia masuk meminang. Takde ucapan 'i love u' bagai semua tu. Haa, kira sweet jugak laa tu, kan?😂

Lutfi
- Fuh, fuh... tak tahu nk cakap. Cuma boleh kata, don't judge a book by its cover.

Izham & Mr. Zed
- Allahu, memikirkan kedua-dua watak ini benar-benar wujud pd zmn sekarang, memang rasanya kejam gilerlah. Sian sungguh pd knk2 yg x berdosa tu. Dlm citer ni, knk2 yg plg kesian ialah Wana. Penderaan seksual hingga menyebabkan kematian. Memang jht giler si Izham.
- Mcm yg dikatakan Hadid, sepatutnya si Mr. Zed tu didik adiknya(Izham) ke jln yg lurus, bknnya sama-sama hanyut dlm nafsu yg terang2 terpesong, bknnya menyambung 'legasi' ayh mereka yg terang2 slh lg bodoh. (Yeah, naluri mereka jd mcm tu krn ada kisah silam yg memeritkan.)


Walaupun penulis tak menceritakan secara terperinci bagaimana keadaan mayat-mayat mangsa penderaan seksual, tp memang dah boleh bygkan betapa seksanya diorg. :'(

Apa2 pun, karya Maya Iris ini sememangnya terbaik! Aku suka! :)
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 30, 2018
DOMINAN ITU DIA
by Maya Iris

Pertemuan Aira dengan Lutfi dalam sebuah kemalangan merapatkan hubungan mereka. Namun, satu hari Aria diculik dan terlibat dalam kes permedangangan manusia bersama sekumpulan kanak2. Mujur, Aria dan kanak2 itu berjaya meloloskan diri dan menjadi saksi kawalan polis. Hadid, pegawai yang bertanggungjawab menyiasat kes Aria sentiasa berada di sisi Aria untuk memastikan keselamatan mereka. Tambahan lagi apabika mengegahui Aria menjadi barang lelongan yang mendapat sambutan tinggi di laman soscial biadaan, The Dark Web. Dalam menjaga Aria, hubungan mereka semakin rapat.

Banyak fakta dan isu semasa yang disentuh secara langsung atau pun tidak dalam buku ni. Isu utama mengenai pedofilia, kes penculikkan kanak2 dan pemerdangangan manusia. Banyak fakta dan info secara saintifik diketengahkan penulis. Sedikit menyentuh isu LGBT dan poligami, selain tugas sebagai anggota polis.

Kalau suka buku yang penuh konflik dan bergerak pantas, sesuai untuk baca buku ni. Penuh debaran, tapi di hujung cerita la. Sedikit penyiasat dan Islamik sikit. N rasanya memang boleh agak jugak siapa Lutfi ni sebenarnya. Namun, masih ada konflik yang harus dileraikan, so jangan ingat cerita dah habis. Kiranya banyak kali juga la pembaca 'tertipu', menarik nafas lega ingatkan dah settle, tapi rupanya masih jauh lagi. Ade part yang sedih, especially part penderaan kanak2 tu.. tak sanggup baca.

Cuma secara peribadi saya rasa macam tak sesuai pulak Hadid dengan Aria tu nak sweet2 masa tengah handle kes. Dan, macam kurang rasa trauma Aria lepas kena culik tu.. tapi mungkin sebab kanak2 tu lagi trauma dari Aria, so dia terpaksa act strong kot.

Apapun, tahniah untuk puan penulis untuk karya yang penuh emosi dan banyak pengajaran ni. Banyak manfaat dapat dikutip, dan secara keseluruhannya memang enjoy reading. Tahniah penulis.

*rating : 3.8*
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 3, 2018
Well done. Banyak sangat isiw yang sangat bergune dalam novel ini. Aku suke dengan genre ni.. Lain daripada yang lain. Ni kirenye first time aku bace novel ala2 siri penyiasatan. Dan ini jugak first novel aku bace hasil tulisan maya iris. Sebelom ni aku tak pernah kenal pon siape maya iris.

Dalam novel ni diterangkan ape itu pedofilia. Sangat menjijikan apabila aku cube membayangkan scene2 yang diceritakan untuk seorang pedofilia. Mempunyai keinginan seks terhadap kanak2.. Sangat menjijikan. Ape yang dorang fikir sehinggakan mereka lebih berminat terhadap kanak2 berbanding wanita dewasa.

Aktiviti perdagangan manusia adalah topik yang sangat hangat sekarang ni. Seperti yang kite ketahui terlalu banyak kes2 kehilangan kanak2. Masalah yang sangat berat.

Novel ini sangat bertepatan dengan masalah yang dihadapi sekarang. Bukan di malaysia saje. Serate dunia aku rase menghadapi masalah ini.

Syabas buat maya iris di atas kelahiran novel ini.. Banyak memberi maklumat tentang ape itu pedofilia.. Bagaimana ia berlaku.. Siapa mangsa utama pedofilia. Terlalu banyak maklumat yang aku peroleh daripada novel ni.

Memang recommended untuk mereka yang tidak sukekan novel sweet2. 😄
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
February 15, 2019
3.75 bintang

Gaya penulisan yang santai membuatkan penceritaan senang dihadam. Ditambah elemen crime-thriller, membuatkan pacing cerita laju dan lebih menarik.

Cuma penulis terlalu romanticized the crime part tu, membuatkan isu yang berat menjadi ringan. Saya tak tau la berapa banyak protokol yang dilanggar Hadid semasa menjaga semua mangsa tu.

TSTL heroin. Hmmm. Walaupun tindakan Aria tu yang menggerakkan cerita, tapi tak boleh ke cerdik sikit?
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
December 9, 2018
4.5 star

Best !

Aku suka dgn topik pedophile yg dibahaskan oleh penulis.Banyak ilmu yg aku dapat setelah menghabiskan buku ni.Baru aku sedar yg pedofil ni mmg berbahaya dan kesannya boleh mengakibatkan kanak2 mati.Aku harap parents kat luar sana berhati2 dan ambil pengajaran daripada buku ini.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
January 5, 2021
Karya pertama penulis yg aku baca. Sebuah novel yg sgt bagus, penuh pengisian. Banyak memberi pengetahuan dan pengajaran. Gaya penceritaan yang santai ditambah lg dengan crime-thriller membuatkan novel ini sangat menarik. Isu-isu yang diketengahkan spt pedofilia, pemerdagangan manusia dan dark web menjadikan novel ini amat menarik. Lain dari yang lain.

Mengisahkan ASP Hadid, seorg pegawai polis yg ditugaskan menyiasat dalam kes kehilangan kanak-kanak. Hadid seorg duda. Tp suka first impression dia waktu jumpa Aria, mula-mula jumpa dah nak jadikan Aria gf. Kisah Aria pula bermula kejadian dia dilanggar oleh Lutfi. Lutfi mahu membayar kos membaiki kereta Aria tanpa membuat laporan polis. Aria ke balai polis tp sekadar utk membuat laporan ttg scammer. Di situ dia bertemu Hadid. Hubungan dia makin rapat dgn Lutfi tp satu hari itu Aria diculik. Dikurung bersama-sama dengan kanak-kanak lain yg diculik. Mereka akan dijual oleh mastermind yg digelar Mr. Zed.

Tapi Aria dan kanak-kanak yg lain berjaya melarikan diri apabila trak yg membawa mereka kehabisan minyak. Mereka mendapat bantuan dari orang awam yg membawa mereka ke balai polis berdekatan. Ini bukan pengakhirannya sbb pihak polis masih belum berjaya menangkap pelaku yg sebenar disebalik semua ini. Aria masih diburu kerana menjadi bidaan tertinggi di the dark web.

Cuma aku rasa, semasa dibawah perlindungan polis tu takde part sweet antara Aria dan Hadid pun ok. Sebab macam mengganggu protokol polis dengan orang yang dilindungi. Lastly, akhirnya tahu juga siapa mastermind disebalik semua ini. Dari awal lg aku dah agak dia orgnya, dan sememangnya betul. Berhati-hatilah dengan orang baru kita kenal, orang yang kita tak tahu latarbelakangnya.
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
January 27, 2021
Update: 20 Jan 2019

Setelah permulaan yang agak perlahan cabaran membaca tahun 2019 ni, naskhah dari Cik Puan Penulis ni memang buat KakChik rasa sangatttttttt puas hati.

Yang paling KakChik rasa syukur, memang tak ada langsung typo error. Tahniah untuk pasukan editor. Pada KakChik faktor ini memang mempengaruhi mood membaca.

Perkara yang menjadi tunjang utama naskhah ini termasuk dalam favourite list KakChik ialah:

1. Genre romantic thriller: walaupun tak banyak pun adegan romantik tu. Tapi ada yang manisnya.

2. Isu yang ketengahkan - pedofilia. Isu yang sudah menjadi kudis dalam kehidupan kita sejak berkurun dulu tapi selalu dipandang enteng sahaja. Sedihnya apabila tahu rekod internet surfing penduduk Malaysia berkenaan perkara ini. Sungguh memalukan dengan identiti kita sebagai negara Islam.

3. Watak & karektor yang digarap secara santai walaupun ada kala rasa macam nak masuk dalam buku tu & sula je pesalah-pesalah pedofilia ni.

4. Tak ada watak & karektor yang over shadow, jadi rasa kita tak berat sebelah.

Tapiiiii, tetaplah KakChik tak puas hati sebab tak tahu apa penamat hukuman buat Mr. Zed.

Dan KakChik rasa tahun 2019 ni, KakChik lebih teruja untuk membaca kisah-kisah yang sebegini. Buat otak berfikir bersama watak-watak untuk mencari solusi. :)


#2/30


Update reread: 27 Jan 2021
Buku: 3/40

Ulang baca sebab tiba-tiba terindu ASP Hadid, mula-mula rasa nak belek-belek saja tapi lepas tu, ehhhhhh rasa macam tak puas pulak.

Sudahnya baca la dari buka surat pertama hingga titik tamat. 😬

Dan rasa adore pada ASP Hadid tak pernah kurang 🙈
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
February 2, 2023
2 bintang


-SPOILER ALERT-


Sejujurnya, gaya penulisan yang bagi saya terlalu santai, tiada elemen kejutan & tak ada 'depth' & details' membuatkan saya macam tak boleh menghayati watak Aria & situasi penculikan.

Aira digambarkan lemah, takut dengan persepsi lelaki dan tiada keyakinan diri dan naif sebelum di culik. Banyak juga tindakan bodoh yang dia dah buat, hurmmm I wish her character was slowly built up.

I wish I can hear her inner thought or durasi penculikan itu dipanjangkan sedikit. Aku tak dapat lari untuk membandingkan scene penculikan Pemusnah Hati dengan buku ni.

Zero chemistry between Aria and Hadid. Terlalu canggung hubungan mereka. Bila Hadid ajak kahwin pun aku tak dapat rasa apa-apa. Banyak scene yang berulang kali dan aku jadi bosan dengan perangai kebudak-budakan Aria. Hadid pun tidak digambarkan 'dominan' seperti tajuk buku.

Isu memperdagangan manusia, dark web memang menarik tapi disebabkan penjenayah telah dijangka dari awal dan penggunaan bahasa yang membuatkan aku tak kusyuk membaca.

Aku langkau buku ni sebab nak tahu lanjutan kisah mereka. Buku ni tak menepati citarasa aku (i love the theme but not the plot & bahasa)
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
January 20, 2023
My own rate for this book: 3 ⭐

TW: Pedofilia, SA

Buku ni bawa topik yang heavy ya. Banyak info yang kita boleh dapat especially berkaitan dengan jenayah s**sual kepada kanak-kanak. Dunia sekarang ni memang sangat menakutkan, risau bila pikir macam mana orang sampai tergamak buat macam tu dekat budak-budak.

Bab info tu aku okay, cumanya buku ni aku macam rasa kurang sikit dari segi penceritaan dia. Aku tak taulah kalau sebab expectation aku, aku beli buku ni expecting more on thriller part, tp sadly mcm focus more on the romance. Bukan la aku tak setuju kalau ada romance, banyak je buku thriller-romance yang aku baca tapi best aje. Cumanya, yang ini the romance kinda feel forced. 😖 Aku tak dapat rasa the 'chemistry' between them. Bagi aku banyak juga part yang agak 'draggy' dan tak nampak sangat dari segi penyiasatan dia tu. Kadang-kadang tu ada scene yang aku rasa perlu lebih serius, tapi tetiba jadi tak serius, sebab nak juga masuk campur dengan hal peribadi 😑

Ok, taknak komen banyak-banyak 😅 Mungkin cara penulisan buku ni tak kena dengan taste aku but it was an ok read la. #emptycanvashida
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 10, 2019
Susah nak letak cerita ini. Best sangat2!
Aria Natasha bertemu dengan Lutfi selepas satu perlanggaran. Mereka bercinta. Suatu hari, Aria diculik. Semasa diculik, Aria mula rapat dengan 5 budak yang telah diculik lebih awal lagi. Bila mereka dapat larikan diri, mereka diberi perlindungan oleh pihak polis sementara penjahat masih belum dapat dijejaki. ASP Hadid ketua penyiasat dan kumpulannya menyembunyikan Aria bersama 5 budak itu di sebuah banglo. Aria dengan tak sengaja telah membocorkan tempat perlindungan mereka. Disamping itu, nama Aria dan budak-budak telah dibida di laman 'The Dark Web'. Untuk menjaga keselamatan Aria, Hadid melamar Aria. Mereka berkahwin. Tapi baru beberapa hari bernikah, Wana telah diculik sekali lagi. Aria masuk campur urusan polis untuk cuba selamatkan Wana. Selepas itu Hadid menghilang tanpa jejak. Lama Aria menunggu Hadid untuk kembali. Adakah Hadid selamat? Masih marahkah Hadid dengan Aria? Bolehkah mereka hidup bersama lagi? Bagaimana dengan keselamatan Aria dan budak2 itu? Bagaimana dengan penjahat2 itu? Apa pengakhiran mereka? Siapa sebenarnya Lutfi?
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
December 7, 2018
Best novel..
Baca novel ini buat saya teringat kes Natacsha Kampush suatu ketika dahulu yang pernah menggemparkan dunia setelah lapan tahun kena hilang dan kembali semula ke pangkuan keluarganya setelah dia melarikan diri dari penculik itu..
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
May 25, 2024
Finished it a long time ago
Suka! banyak ilmu baru yang i dapat time baca novel ni. Pedophile, sexual abuse, pemerdaganan manusia dll
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
January 22, 2019
Mayb bukan taste sy cerita yg begini.. But for the sake of thriller, this book mmg sangat best..
Tahniah penulis..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 6, 2018
puan penulis Maya Iris memang! suka membunuh perasaan pembaca, err... me je kot?.. hehe.. tapi serius la, perasaanku terbunuh di hujung helaian yang ada perkataan TAMAT. setakat tu je HADID beraksi? itu je?.. Hero yang diletakkan dibelakang walaupun sebenar dia menguasai cerita.

kisah pedofilia dan pemerdagangan manusia, pengenalan pada kisah jenayah tersebut sangat baik diolah. mudah kita sebagai pembaca aware dengan keadaan ini. kita secara realiti sebenarnya memang betul, penyumbang pada penyebab belakunya jenayah. letak gambar anak-anak kat fb, insta dan sebagainya. letak gambar paling comel, paling seksi walaupun anak-anak kecik. otak kita memang menolak segala yang dangkal, tapi otak manusia mereng sebegini, yang nafsu mereka membuas bila tengok kanak-kanak? kita takkan tahu dan takkan dapat meneka bagaimana mereka boleh berfikiran sedemikian. izham, mana dapat sangka dan jangka yang sebenar dia mangsa ayahnya sendiri? menjadi bertambah ganas dengan menjadi mangsa abangnya pula. dan seterusnya? kenapa dia sendiri tak boleh berfikir sewarasnya? haa.. nampak tak kat situ masalah psikologi manusia.

aria pula lain kisah. tak berkahwin lagi dan menjadi magsa ejekan adik-adik kembarnya yang dia andartu. kawan sepejabat pula asyik menggalakkan dia berkenalan dan punya kekasih. senget gak watak aria ni. asyik nak dengar cakap orang, payah pulak nak buat keputusan sendiri. juga cepat percaya walaupun berfikir.

masuk part penculikan dan jumpa kanak-kanak yang hendak dijual, haa... sangat banyak info berguna. sampaikan wujudnya hantu tetek pun boleh diterangkan. pernah juga terfikir tentang kejahatan sebalik hantu sekor ni tapi taklah mendalam dan terperinci macam puan penulis fikirkan. sebab yang tahu, orang tua dulu-dulu selalu punya alasan untuk sesuatu kata-kata, contoh macam hantu nilah. main senja-senja nanti kena sorok hantu tetek. cuma kadang-kadang kita ni terima tanpa nak fikir, ya nanti kena sorok. walhal ada kelogikan disebaliknya.

idea dan penyampaian? kehebatan puan penulis ini tang inilah. malas akak nak kobarkan lagi. kita ni pembaca, diseret, diheret, ditenggelamkan, disumbat dan segala yang berkaitan dalam cerita. lepas tu dibiarkan kita ni terkapai-kapai kat hujung. kejamkan? haha!! siapa yang tak dapat hayati dari awal sampai hujung, mesti ada yang tak kena. okey, puan penulis. nak mintak tebal memang melampau. walaupun hujungnya agak laju, tapi 542 mukasurat kira oklah. ni pun puas slowkan pembacaan tau! haha!!
242 reviews11 followers
October 3, 2018
Best. Byk ilmu Di dalam buku ni. Kisah pedofilia, pemerdagangan manusia. Jgn sesuka Hari buat ank Anda berkeliaran Tanpa pengawasan org dewasa. Buruk oadahnya.mcm taknpuas baca. Eh dah hbs. Kisah aria yg diperdagangkan Di dark web. Untuk melindungi aria, inspector hadid menguasai aria Dan knk-knk lain Di sebuah banglo. Hero yg owesome.. melting dgn hadid.penuh jarisma
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
August 8, 2022
"Ya. Sexual abuse dalam kalangan kanak-kanak
lebih sukar untuk dirawat. Kerana mereka tak pandai kontrol perasaan mereka. Dan mereka ada imaginasi yang tinggi. Paling sedih apabila orang yang mereka percaya itulah yang mendera mereka. Mereka akan hilang kepercayaan kepada orang dewasa."

Salah satu buku terbaik yang pernah aku baca untuk tahun ini. Penulis pandai ketengahkan isu pedofilia yang sedang berleluasa zaman sekarang ni. Banyak manfaat yang aku dapat drpd buku ini.

Buku ini mengisahkan tentang Aria Natasha yang diculik semasa nak ambil kereta dia yang rosak kat bengkel. Semasa diculik tu banyak yang berlaku dan Aria ada berjumpa dengan beberapa lagi mangsa culik yang lain yang merupakan kanak-kanak.

ASP Hadid ni polis yang bertanggungjawab dalam bahagian ini. Dialah yang menjaga dan melindungi Aria dan mangsa-mangsa yang lain selepas berjaya diselamatkan.

Banyak babak yang buat aku terkesima dan speechless. Kenapa tergamak manusia bertopengkan syaitan ni melakukan sedemikian dekat kanak-kanak yang tak berdosa. Walaupun ini cuma kisah fiction tetapi aku rasa sesuatu bila baca penulis menceritakan tentang kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak oleh golongan dewasa yang bernafsu pelik.

Bila dah terbongkar kebenaran siapa ‘Mr Zed’ dan adiknya, sekali lagi aku terkejut sebab jujur aku cakapkan pada awalnya sebelum aku tahu siapa ‘Mr Zed’ yang sebenarnya aku suka pada ‘Mr Zed’ sebab dia cara dia layan Aria agak gentleman la. Walaupun ada kisah silam bagaimana ‘Mr Zed’ dan adiknya boleh bernafsu terhadap kanak-kanak tetapi aku tak rasa kesian sebab untuk apa mereka menyakitkan orang lain yang tak bersalah sedangkan yang menyakitkan mereka berdua bukan mangsa-mangsa ini.

Romance dalam kisah ini sangat la sedikit. Aku rasa dalam 5-10% sahaja tapi berjaya buatkan pembaca berbunga bunga. 😝

Dan tak lupa juga buku ini sangat fast paced so takde pun bab yang rasa meleret atau draggy. SATU LAGI, watak Aria pada permulaan cerita ni aku boleh kata agak bodoh dan naif jugak ye. Macam mana la mudah sangat dia percaya dengan orang yang dia baru jumpa dan tak kenal pun lagi 😒

P/s: buku Kontra yang Menyatukan from this author pun best jugak. Kalau korang sukakan gaya penulisan author ni silalah baca buku tu hehe promote pulak 😙



♾/5
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
February 11, 2021
- sangat menarik
- bahasa sopan
- bersih daripada unsur softporn
- bukan sekadar kisah cinta khayalan memabukkan
- fiksyen cinta yang kelihatan realistik
- susunan plot yang tidak memeningkan
- scene aksi digambarkan dengan sangat baik
- padat dengan pelbagai cabang ilmu
- boleh diiktiraf sebagai bahan bacaan bermanfaat
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
November 12, 2022
Aria dipertemukan dengan Lufti atas sebab Lufti terlanggar kereta Aria. After that, dorang in love but something happen buatkan dorang break up tau. TIBA-TIBA! Aria kena culik & hampir jadi mangsa pemerdagangan manusia yg dalang dia cuma dikenali sebagai Mr. Zed. Kes tu jadi makin payah bila nama Aria ada dalam system bidaan jual orang😰 Other than that, Mr Zed ni actually seorang pedopholic disorder🤢

Bila FL kena tangkap ofc wajib ada hero kan😜Siapakah hero malaya tu? ASP Hadid in d house🤭 lelaki besi yg serious + hebat + duda ohoii😏 wait! kenapa ayat Ad ni macam happy semacam bila tau Hadid duda?🤫okay! Hadid yg ditugaskan untuk selamatkan Aria dan tangkap Mr. Zed tu. How 'love story' Aria & Hadid? ehekk kena baca😍 sumpah dua-dua brutal selamba je suka kita🤭

"𝐬𝐞𝐭𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐫 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢."🦋

now persoalan dia rasa-rasa Aria dapat diselamatkan tak? usually pedopholic ni suka budak but why culik Aria? siapa Mr Zed? apa reason Aria break dengan Lufti?

Overall, Ad enjoy sangat, very fast paced😍 sangat banyak info penting❗️Ad baca ni meremang sebab geram + geli + sedih. Tak sangka memang wujud jenis macam ni😣 untuk yg suka love story semata Ad tak recommend sebab this novel sweet dia sikit je sebab dia more focus on the storyline about pedopholic disorder. Tapi baca je sebab worth it bagi Ad. Selamat mengenali si besi ASP Hadid🙈
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
November 21, 2018
jalan cerita ok menarik ... pasal phedophilia ...
watak Hadid ... Aria Natasha .. Lufti ...
masa first tu agak panjang sikit kisah memancing antara Aria Natasha vs Hadid & Lufti
rasa nak langkau jer tapi tak boleh nanti hilang seri
boleh katakan Hadid ni gentleman .. workaholic tu sebab nak hilangkan memori hitam
yer la wife dia meninggal kena tembak sekali dengan baby dalam perut

menarik bila keadaan dah jadi panas ..
clue dah mula muncul .. watak dah makin mengganas ...
baru la rasa filem action ...

then kalau Lufti ni memang tak boleh agak siapa dia
fikir juga tapi tak nampak bayang .. cuma part last baru lah .... kurang asam jawo
rasa nak campak kat gaung jer Lufti and adik dia Izham ...
jahat nak mampus ..
tapi perlu kah kita blame pada mereka berdua ni? salah mereka 100% ke?

and part sedih Wana ... meninggal ..
macam ala kenapa matikan Wana .. dia masih diselamatkan .. cuma ambil masa jer
haishhh sabar jer lah ..

dialog ok lah takde meleret .. jiwang ...
sebu otak kalau jiwang sangat ...

overall boleh kata full mark
tak tahu untuk orang lain
lain orang lain citarasa kan ...


Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
June 7, 2022
3.8/5 ⭐

aku baca banyaaaak good reviews about this book, macam wajib dibaca semua orang, so my expectations was quite high tau. not that its not good, just tak sampai my expectations.

villain nya dijangka, jalan cerita pun macam expected. sparks yang dapat pun sebab Hadid ni sweet in his ways. very cold but sweet sangat aih lemah lutut beb.

banyak benda boleh belajar daripada buku ni, especially tentang pedophiles, perdagangan manusia (very scary ya).

Hadid. yall, this man. berdup dap dup dap jantung ya bila lelaki ni muncul, duda hot pula tu 🥵 very cold at first, tapi dah kahwin tu laaaah berapa banyak gula si Aria kasi dalam kopi dia ni? aihhh rasa macam kena kencing manis tau! sangatlah tegas dan uhuk uhuk dominan 🤩

Aria. she's a no to me. kadang tu, aku macam tak faham apa yang dia fikir. 29 tahun tapi childish sungguh. satu lagi, rasa macam dia ni polos sangat tentang dunia, macam tak tahu apa terjadi padahal guna je media sosial.

it is a good read, tapi tak berbaloi orang berebut buku ni sampai sanggup keluar berpuluh ringgit. banyak pengajaran dalam ni tapi, mungkin sebab aku tak suka cara penulisan penulis tak masuk dalam hati sangat.
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
April 6, 2019
4.5✨

Fuhh! Berjaya juga dapat DID di Pesta Buku ahad lepas. Ambil masa jugak nak habiskan bukan sebab tak best ke apa, cuman banyak kerjaan dong.

Maya Iris is one of my fav writer. Jadi untuk dapatkan semua karya dia adalah satu kemestian walaupun lambat. But its better late than never right? 😉

Hadid. Wow charismatic feels dia over the top of my heart lah. Tenang dan tegas, memang bikin hati cair woooo.

Aria Natasha. What a brave woman walaupun kadang kadang rasa nak ketuk jugak kepala dia ni sebab tanpa sedar bocorkan rahsia.

Luthfi. Satu karakter yang memang boleh teka dari awal samada antagonist atau protagonist.

Suka sebab kak maya tulis semua watak dalam ni tak overshadow watak lain. Semua sikit sikit tapi cukup rasa, buatkan rasa macam takde yang tertinggal. Hujung hujung pengakhiran cerita tu diceritakan dengan ringkas dan tak dramatik bagi saya tapi rasa cukup. Less is more gituuu.

Overall, dapat input baru, ilmu baru. Terima kasih kak maya untuk karya yang InshaAllah dapat banyak bukak minda pembaca di luar sana tentang isu pedofilia dan jugak jenayah atas kanak-kanak terutamanya.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
October 9, 2022
Perjumpaan buat kali pertama di balai polis antara Aria dan Hadid dah buat Hadid rasa sesuatu. Apatah lagi bila dia tiba-tiba sahaja ajak girlfriendnya. Eh pakcik polis ni. Dah lah senang saja dia dapat nombor telefon Aria. Tapi egonya tercuit apabila si Aria macam malas nak layan dia.

Aria ditemukan dua lelaki dalam satu hari yang sama. Tanpa disangka, dua-dua lelaki itu juga telah memberi satu kenangan. Hadid dan Lutfi. Pahit atau manis.

"𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙙𝙖𝙠-𝙗𝙪𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙩𝙪𝙣𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣."

"𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙖𝙥𝙖?"

"𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙝𝙬𝙞𝙣."

Buku ni ada unsur jenayah penderaan seksual terhadap kanak-kanak which that part buat Zu makin tertarik nak baca. Dari awal Zu dah boleh agak siapa yang ‘kepala’ sindiket tu ✋🏻 But still, bila dapat tahu apa yang mereka buat kat budak ni rasa seriau lah juga sebab benda tu somehow in reality mungkin terjadi.

Storyline yang menarik tapi kind of rushing waktu nak sampai hujung chapter buat Zu rasa tak puas dengan endingnya macam itu saja. I want more Hadid and Aria 😤❤️☝🏻
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
October 22, 2018
Terbayangkan remy ishak sebagai hadid dan redza minhat sebagai luthfi. Aria pula maybe sharifah amani sebab rasanya kalau bagi kat pelakon lain berat watak aria yang nak dibawa. I love this book. Highly recommended.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
May 21, 2024
Kisah jenayah seksual pedofilia, pemerdagangan manusia dan sistem bidaan penjenayah. Isu yang amat berat dan membimbangkan. Semuanya adalah melalui internet. Boleh korang bayangkan betapa bahayanya internet ni, bukan sahaja kepada kanak-kanak malah juga pada orang dewasa.

Bak kata si ASP Hadid ni, "Love needs no explanation. Only actions".
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 19, 2020
[BOOK 67]

Dominan Itu Dia by Maya Iris.
.

This is one of the definition of good book. Bila kau drive selama 5 jam, tapi masih gigih baca buku sampai tak sanggup nak tidur sebab best dan tak sabar nak tahu endingnya.
.

As mentioned by the writer earlier, buku ni tentang kisah pemerdagangan manusia, pedofilia dan the dark web.
.

Aku suka la watak Hadid ni. Cool and smart. Masa mula-mula yang dia terrr ngorat Aria kat balai polis tu, cerita ni dah jadi best. Tapi watak Lutfi pun muncul gak, makin merancakkan cerita. Dari awal lagi pon, kita dah start rasa suspicious dah pun kan tentang identiti Lutfi ni.
.

Pastu makin best bila Aria ditangkap bersama budak-budak lain. Gigih dorang cari jalan keluar. Bila dah berjaya, ingatkan dah terselamat, tapi dorang masih lagi menjadi buruan sebab nama dorang dah tersenarai dalam Dark Web.
.

Aku suka chemistry Hadid dan Aria ni. Tak perlu nak scene manis diabetes tu, cukup manis-manis buah gitu je pon dah rasa romantisnya. Aku suka masa dorang kat banglo tu bersama budak-budak lain. Macam a big family.
.

Watak yang paling kesian, watak Wana la. Serba sedikit, aku boleh faham la kegilaan pedofil ni. Bak kata Hadid, dorang pernah jadi mangsa masa kecik-kecik dulu. Trauma tu yang buatkan dorang rasa, dorang tak mampu puaskan wanita dewasa, sebab tu, dorang buat dajal kat kanak-kanak yang tak berdosa. Bodoh kan.
.

Cuma part ending tu, aku geram ngan Hadid. weh, at least cakap lah sepatah kat Aria sebelum kau tinggalkan dia tu. haihh..pastu bila dah balik, secoet je part bahagia dorang. Dan sekarang, aku tak tahu nak geram kat sapa.
Profile Image for Zyra.
28 reviews
April 17, 2020
Di sebabkan awal-awal macam boring sikit, pembacaan agak slow walaupun buku nipis je. Tapi sampai ke bab 14 cerita start makin menarik. Bahasa penulisan yang mudah dan santai 🌹
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
August 27, 2018
Fuh! Inspektor Hadid ni memang "sesuatu sangat". Bersahaja dan sentiasa tenang, muka tanpa riak tu yang menambah "umph! " pada watak Inspektor Hadid. Asyik berdebar membaca DID, memang suspense. Sambil membaca otak ligat mencari suspek seperti Detective Conan. Dari awal kemunculan watak Lutfi memang ku tak berkenan langsung.

Banyak pengetahuan yang boleh didapati ketika membaca DID seperti kes pedophile dan juga kes pemerdagangan manusia. Betul, tanpa membaca novel ini kita boleh juga memperolehi segala maklumat mengenai jenayah berkaitan tapi apabila membaca DID dan disuakan pengetahuan itu lebih menarik dan mudah untuk saya hadam.

Mungkin review saya nampak "bias" pada sesetengah orang tapi masing-masing mempunyai citarasa tersendiri. Saya memiliki hampir kesemua karya Kak Maya Iris kecuali Paradoks dan hasil karya beliau memang tidak mengecewakan. Tahniah buat kak maya iris dan saya doakan semoga kak Maya akan terus menghasilkan karya2 yang hebat. Aamiin
Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
February 2, 2019
Biasa2 aje novel
Jln cerita xbpe smooth
X bpe smpi feel tu..
Just my 2 cents
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
August 10, 2022
okay novel aku tak tahu nak komen macam mana 😭😭😭😭😭😭
seriously, aku tak tahu nak mula dari mana.

haih pendek kata, novel ni BESTTT BESTT BESTTT.
no wonder kenapa byk betul yg cari DID ni and snggup letak harga kayangan. nasib baik KS reprint ekkkkk. fuuuu memang tak rugi lah beli!!!

semua perfect tapi kesian
selain itu, hadid omgg. u stole my heart! dia ada aura dia sendiri. kalau aria dh boleh terpikat aku lagi laaa!!!!! kachak nya abe polis kite nii.

ok tu je. seriously tak tahu nak reviewww mcm mna. kalau korang suka misteri/romance/aksi beli je lah ehhh. tak yah fikir 500 kali nak beli atau tak. beli je! tak suka, jual balik HEHEHEHHE

ok tu je :D

ratingL 100/5
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
May 24, 2020
[61-2020]

#DominanItuDia #MayaIris #StayAtHome

Apa yang boleh disimpulkan usai membaca naskhah ini, segalanya bagi saya cukup sempurna. Bagaimana penulis mengetengahkan tema pedofilia dan isu pemerdagangan manusia dengan baik, disusuli pula adegan aksi dan kekeluargaan semuanya bagi saya penulis ceritakan dengan jayanya. Tahniah buat penulis!
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.