Kesilapan si Pendek dijadikan pengajaran dan teladan. Dia memastikan tidak ada musuh dalam selimut dengan mengamal kepimpinan secara pecah dan perintah. Tidak ada sesiapa diberi keistimewaan dan kepercayaan berlebihan. Malah, adakalanya, dia sengaja melaga-lagakan pengikut-pengikut kanannya.
Si Pendek.
Antara yang membimbangkannya ialah saki-baki pengikut si Pendek. Mana yang boleh ditundukkan, telah ditundukkan. Mana yang enggan ditundukkan, sudah dihapuskan. Cuma masih ada tiga pengikut kanan si Pendek yang belum dihapuskannya. Dua daripadanya sudah diketahui di mana, dan seorang lagi menghilangkan diri entah ke mana. Dia telah mengatur dengan terperinci tindakan untuk menghapuskan mereka dan sedang menunggu kesannya.
Apabila sihir, jenayah dan cinta digabungkan menjadi satu cerita dan tujuan akhirnya menjadi satu, lalu cerita menjadi semakin mendebarkan.
Best! Setiap muka surat buat kita yang membaca rasa sayang nak berhenti. Sebab apa? Sebab tertanya-tanya apa yang berlaku lepas tu? Kemudian apa? Mana tidaknya, antara novel yang punya watak yang ramai. Tapi... tetap tak akan lost bila baca. Sebabnya kita yang membaca ni akan cuba untuk kaitkan setiap watak antara antara satu sama lain. Memang berbaloi baca. Sampai ke penghujung kita akan ikut tanpa jemu. Sebab nak cari siapa dalang utama dalam setiap watak. Tapi... saya seorang ke rasa akan ada sambungan Suluk 2? Harap adalah. Sebab saya sampai sekarang tertanya-tanya, "Ada yang aku tertinggal ke masa baca tadi?" Hahahaha....
Mengisahkan satu pembunuhan berlaku yang mana mayatnya telah ditanam bersama 'harta'. 17 tahun selepas itu 'harta' itu cuba dijejak oleh seseorang tetapi bukan mudah kerana ada 'mastermind' yang menjadikan ianya sukar dijejak...
Satu buku. 29 watak. 29 watak yang berbeza tetapi mempunyai hubung kait. Setiap watak memainkan peranan yang penting sehingga ke muka surat terakhir. Manusia mampu berubah, tapi dosa silam akan tetap datang menyapa. Masa itulah kita diuji. Pasrah atau menyanggah?? Apabila sihir, jenayah dan cinta digabungkan dalam satu cerita dan tujuan yang sama tiada apa yang ada selain debaran!! Ya!! 7 jam 22 minit yg mendebarkan. Sehingga ke muka surat 414. Akhirnya debaran itu aku simpan dalam peti besi dan aku percaya, debaran itu akan dtg kembali di SULUK 2....
߷ 17 tahun lalu, demi matlamat ingin menjadi 𝐍𝐎𝐌𝐔𝐑𝐎 𝐔𝐍𝐎 - nombor satu, ’Dia’ melakukan pembunuhan. Si Pendek dibunuh demi mendapatkan penghormatan.
߷ Rahsia yang ditanam bersama Si Pendek, membawa suku sakat Si Pendek kembali ke sana. Ada sesuatu yang perlu di cari. Tapi dimana?
߷ Kehadiran Rozy, membuatkan Nek Ipah terpanar. Ada rahsia yang disembunyikan. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Menyamar menjadi wanita muda demi kepentingan diri.
“ 𝐍𝐞𝐤... 𝐌𝐮𝐧𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤.“
߷ Satu demi satu watak muncul, mengelirukan. Tapi cukup kuat untuk meyakinkan ada sesuatu di sebalik naskhah ini. Tapi apa? Siapa mereka semua ni?
“𝐌𝐚𝐦𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐰𝐚𝐭𝐚𝐤 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐥𝐮𝐭 𝐧𝐢.“ - Adam
𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹
Suluk. Novel yang kita taktau hujung pangkal dia. Bila baca rasa tertanya-tanya, apa yang jadi. Cerita pasal apa ni?
Ada banyak watak dalam ni. Mula-mula kita pelik, asal banyak sangat watak ni. Tapi bila dah setengah buku baca, kita mula faham. Ouhh, ada kaitan semua ni.
Part best pasal buku ni, easy reading 💕 bab dia pendek-pendek ja. Nak pula font dia besar. Lagi syok baca 😂
Dari awal sampai akhir penuh persoalan. Tapi bila dah faham tu , perghhh gini ko mat 👍 walaupun tak puas hati dengan ending tapi ku bagi 5 ⭐️ sebab dia buat aku tak lepas baca. Dengan vibes kampung dia bagi, lagi la cun 😘 buku ni kita rate as best reading so far 😎
Sihir, pencarian dan kisah cinta terhalang, berjaya membuatkan cerita ini jadi menarik.. Dari awal cerita, penulis telah menghidangkan misteri dan plot twist yang berjaya menarik Sha untuk terus membaca..
Mula-mula nampak tajuk SULUK, dengan cover gambar wanita sedang melarikan diri, sudah mula menimbulkan tanda tanya, seterusnya rasa nak beli dan baca. Memang buku ini bergenre misteri thriller. Selain daripada dua sebab di atas, nama penulisnya juga telah membuatkan buku ini jadi pilihan. Memang penulisan Abdul Rahim Awang sudah biasa dibaca dan kena dengan rentak bacaan.
Cerita ini dipecahkan kepada Prolog, Bab dan Epilog. Macam biasa, setiap satu itu membawa erti besar kepada pembacaan selain daripada Blurb yang membayangkan bagaimana penulisan cerita ini dibawa.
Prolognya bermula dengan dua watak yang cuba menyembunyikan mayat dan seguni duit hasil curi. Dan, yang agak menarik bila watak yang diberi suara utama sewaktu Prolog ini, telah didedahkan identitinya sebagai seorang yang telah mengkhianati seorang ketua demi satu gelaran - NUMORO ONO (Nombor Satu).
Bab seterusnya bercerita kisah atau tragedi setiap watak. Dan, penceritaannya sering ditamatkan dengan cliff-hanger. Setiap bab baru, akan muncul watak baru dengan kisah mereka terkait dengan watak-watak yang dikenalkan sebelum itu.
Semakin jauh pembacaan, semakin banyak misteri yang ditimbulkan. Van yang membawa 7 orang yang tidak mengenali di antara satu sama lain (kecuali pasangan atau rakan sekutu mereka), dengan misi berbeza dan rahsia, telah rosak di kawasan berhutan gelap. Bantuan seorang wanita kaya dan pemandunya telah membawa mereka ke sebuah resort. Di sana, identiti sebenar mereka sedikit demi sedikit terdedah. Dan, di antara mereka sebenarnya terkait di antara satu sama lain dengan beberapa jalan cerita. Ada unsur mistik bila salah seorang watak utama bernama Nek Ipah mengamalkan sihir dan mampu muncul sebagai wanita muda bernama Munirah.
Kerana terlalu ingin mewujudkan unsur suspen dan tanda tanya sehingga ke penghujung cerita, pembacaan jadi sedikit bosan.
Apapun, cerita ini sedap dibaca dari segi olahan dan gaya bahasa. Abdul Rahim Awang memang tahu cara hendak mewujudkan thriller dengan mengaitkan konflik dan menyembunyikan identiti di antara watak. Cuma, endingnya yang ditamatkan dengan sebuah epilog, jadi suam bila peleraian konflik, sudah dijangka. Hatta, watak utamanya yang menjadi Nomoru Ono dimunculkan setelah didiamkan sepanjang cerita.
Setelah baca lebih dari 5buah karya Abdul Rahim Awang, saya yakin beliau seorang yang pakar operasi kepolisan, selok belok dunia penyiasatan, penguatkuasaan undang-undang. Ini teori hanya berdasarkan pembacaan buku-buku tulisan beliau, saya belum sempat google latar peribadi seorang ARA. Suluk rasanya karya beliau yang terkini atau mungkin sudah lama dinukil namun baru diterbitkan. Suluk digarap sebagai perjalanan kehidupan begitu ramai watak semuanya utama; penuh suspense dan teka teki. Penjenayah kejam, penjahat licik, bekas banduan yang telah berubah baik, pegawai tinggi polis dalam penyamaran, isteri mualaf, ibu penyayang pengamal ilmu hitam, anak buangan mencari keluarga biologikal, teruna dara bakal pelaku incest... semuanya memainkan peranan penting berkait-kaitan ... nampak tak betapa memeningkan buku ini? Namun percayalah, anda tidak kan pening baca buku ini kerana ARA adalah seorang penulis 'master'. Kelihatannya dia bersahaja bercerita. Akhir sekali, seperti saya, anda juga akan meraung. Mengapa? Sila baca. KedaiBukuSaduri jual buku Suluk dab beberapa lagi buku terbitan lama karya ARA.