Batrisyia. Orangnya sangat simple. Belajar sambil berkhidmat secara sukarela di Al-Husna. Dalam hidupnya, ada walid, umi, Hilman dan penulis kesayangannya, Mr. Anonymous. Batrisyia percaya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Bak kata Mr. Anonymous, 'Kebaikan takkan pernah meninggalkan orang yang baik'. Keyakinan itu menyebabkan Batrisyia tanpa ragu-ragu memilih Aidil.
"Apa pasal berdiri aje kat luar tu? Nak jadi maling?" ~ Batrisyia
"Haah, sebab nak curi hati awak." ~ Aidil
Hidupnya yang simple itu tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara dengan kehadiran Ishraf Muzaffar. Mereka tidak bersependapat, apatah lagi dalam mencapai kata sepakat. Pendek cerita, takkan pernah ada istilah 'damai' antara mereka.
"Sebab cikgu-cikgu lain tak pernah peningkan kepala saya." ~ Ishraf Muzaffar
Apabila takdir memilih untuk memisahkan Batrisyia dan Aidil, Ishraf Muzaffar datang sebagai penawar.
"Salah satu cara mudah untuk lupakan seseorang, kita kena ada pengganti." ~ Ishraf Muzaffar
"Bukan senang saya nak lupakan, sebab saya ni bukan jenis pelupa." ~ Batrisyia
"Dalam kes Isya ni, lebih elok jadi pelupa." ~ Ishraf Muzaffar
Ketika Batrisyia nampak ada baiknya seorang lelaki bernama Ishraf Muzaffar, sebuah rahsia terbongkar sehingga menjadikan Ishraf Muzaffar begitu terkutuk di mata Batrisya. Masakan wanita sebaik dia menerima lelaki seperti Ishraf Muzaffar?
"Syurga itu dipenuhi dengan pendosa. Pendosa yang kembali mencari tuhannya. Bukan saya yang kata, tapi Mr. Anonymous awak yang kata, Isya." ~ Ishraf Muzaffar
Batrisya terpanah. Mahu lari, kaki tak mampu menapak pergi. Mahu kembali, jelas nyata bertentangan dengan prinsip hati. Jadi, apa keputusan yang perlu dia buat?
Hubungan Batrisya aka Isya dengan Aidil yang lebih 7 tahun bukanlah tiket untuk ke gerbamg perkahwinan. Isya terpaksa akur andai Aidil bukan jodohnya. Kehadiran Ishraf Muzaffar, mengucar-kacirkan hidupnya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui oenulis kegemarannya, Mr Anonymous adalah Ishraf. Namun, saat kisah silam Ishraf terbongkar, Isya mula membenci. Namun, Ishraf tak pernah lelah mengejar Isya.
Novel yang tak sangka boleh layan sampai habis, sebab buku ni bagi saya agak tebal. Cerita yang santai, memang fokus perkembangan hubungan Isya dan Ishraf saja. Watak2 antagonis yang muncul pun Kyra je kot, lain tu memang team Isya je la.. tu pun kejap je muncul. Suka dengan orang2 keliling Isya yang caring dan sentiasa protected kat Isya ni, tanpa dia sedar.
Walaupun jalan cerita boleh diagak jugak la tapi olahan penulis santai dan tak la meleret pun. Bab pun pendek2 je, tapi ringkas dan padat. Walaupun lompat kejap sana sini tapi masih ok dan tak berbelit.
Santai je, tak banyak konflik pun.. ada pun pasal masa lalu Isyaf.. tu pun kejap je la... hujung2 dah hubungan dengan Isya yang asyik tarik tali tu..
Lama aku ambil masa nak habiskan buku ni, lebih kurang 3 minggu kot. Maklumlah, aku kejap baca, kejap berhenti, kejap baca semula, then berhenti, dan begitulah sepanjang 3 minggu tu. Hahahhaha.
Okey... ni buku kedua yg aku baca dari Adah Hamidah selepas JJC. 4 tahun lepas aku baca JJC, sampai sekarang aku masih ingat betapa aku jatuh cinta gila pada bukunya yg itu. Dan sampai sekarang, aku masih suka dan merasakan watak Afdhal itu sangat special, takkan sama dgn watak-watak hero novel lain. Jadi, setelah 4 tahun, bila aku dpt tahu Adah Hamidah ada keluarkan karya baru, semestinya aku teruja sangat nak beli dan baca. Dgn hrpan karya barunya setanding JJC.
Malangnya, ia lain. Perasaan ketika baca JJC dgn MA sangatlah berbeza.
Aku suka jugak dgn Mr. Anonymous ni... tapi terselit jugak perasaan menyampah dgn beberapa watak dlm buku ni.
Yg paling aku menyampah semestinya Aidil. Tolonglah... Kalau watak dia tak wujud pun takpe. Sebab memang aku tak sukakan dia. Aku rasa sia-sia saja Isya jalinkan hubungan 7 tahun dgn dia, tapi akhirnya... Dia putuskan hubungan dan memilih lebih agungkan kerjayanya.
Entahlah, aku tak suka dia mungkin sebab aku memang anti kot dgn spesies lelaki tak serius mcm dia tu.
Tentang watak-watak lain tu aku malas nak ulas.
Dan watak paling aku suka semestinya Ishraf😜. Aku suka watak dia, tapi...
Bila aku dpt tahu apa yg dia dah buat pada mak ayah dulu, aku mcm... Terkejut giler ah. Tak caye rasa. First time aku baca buku yg heronya buat perangai tak semenggah mcm tu kat mak ayah sendiri. Sampai rasa mcm tak boleh terima sekejap dgn watak Ishraf ni, rasa mcm... "kejamnya lelaki macam ni, tak layak buat laki huh!"
Tapi... Tapi... (banyak betul 'tapi' aku, kan?😂)
Memandangkan heroin pun boleh maafkan Ishraf, kenapa tidak aku, kan?😙 So, aku cuba positifkan diri aku juga. Ya, manusia boleh berubah dan layak diberi peluang kedua.
Biasalah, manusia mana tak buat silap, kan. Kita semua tiada yg sempurna...
Oh ya, watak Hilman(abang Isya) pun best jugak. Aku suka sebab dia caring sangat pasal adik dia. Dan paling penting... Aku dan Hilman sehati sejiwa sebab dia pun tak sukakan Aidil!😜
Ok, pasal jalan cerita pula...
Sebenarnya kalau potong segala scene Aidil tu, dan tumpukan aje kisah cinta Isya-Ishraf, dgn senang hati aku akn bg 5 bintang utk buku ni. (Nampak tak kebencian aku pd watak Aidil tu sampai boleh mempengaruhi rating yg aku beri?🤔)
Sebabnya, kan... Watak Aidil tu laa meleretkan jln cerita buku ni aku rasa. Jln cerita boleh jd simple dan straightforward kalau heroin hanya fokus pd hero, bknnya lelaki lain. Lagi best kalau tamat jer konflik antara hero dan mak hero, penulis hanya tekankan kisah cinta antara hero dan heroin saja. Kemudian, terus menuju ke perkataan tamat. Tak perlulah buku jd setebal 713 muka surat. Buat apa tebal kalau meleret, kan? Baik nipis, tapi best.
Macam JJC dulu, penulis cuma tekankan kisah hero dan heroin jer, sebab tu buku tu tak bosan layan. Syok jer baca. Sayang MA tak macam tu.
Apa-apa pun, buku ni isinya tak kosong. Ada pengajaran kita boleh dpt. Dan masih lagi dlm kategori best, boleh layan👍.
Ni buku ketiga penulis yang aku baca and this is my least favourite. Sorryyy 🙏 Sebenarnya, aku beli buku ni disebabkan ratingnya. .
Aku percaya, 10 bab pertama buku, memainkan peranan penting untuk menarik minat membaca. Dan 10 bab pertama buku ni, buat aku curious. Ni cerita tentang apa? Siapa so-called abang nurse ni? Lelaki ni ada split personality ke? .
Tapi, tak related dengan any mental illness ya. .
Aidil dan Isya ni, katanya teman tapi mesra. Bercinta dah 7 tahun camtu. Bila dorang nak proceed kepada urusan kahwin, tetiba Aidil mulai menjauh dan berubah. .
Pada masa yang sama, di tempat kerja barunya, Isya ni memang lah tak sebulu dengan Dr Isyraf, pengerusi sekolah. Sebabnya, kejadian 7 tahun lepas, yang mereka duk bergaduh tu. Sampai sekarang, terbawa-bawa. .
Dan Isya juga ada menerima nota daripada Mr Anonymous. Mr Anonymous ni ialah penulis favourite Isya. .
Okay, so, siapakah antara mereka, yang berjaya memenangi hati Isya? .
Buku ni straight forward je. Tak payah pening kepala fikir. Tapiii, aku pening juga sebab tebal gila namatey buku ni. 700+ mukasurat. .
Dan, sebenarnya, kalau dipendekkan dan dibuang beberapa scene yang tidak perlu, buku ni akan jadi just nice ketebalannya. Contohnya, dalam 10 bab pertama tu, ada part yang Aidil cuba kelirukan Isya dengan 2 personalitinya. Hurm. Tak memasal aku ingat ni cerita DID ke. hahaha. Part Aiman dan Julia pun, macam takde pun takpe. Lepas tu, part tarik tali di hujung buku ni. OMG. Dahlah sebelum tu, aku dah bengang ngan Isya yang melepaskan Isyraf demi Aidil. Apooo. Cubalah fikir betul-betul dulu, Isya oi. hahaha..Lepas tu, Isya ngan Isyraf duk main tarik tali pula. Arghh stress aku. .
Otherwise, aku suka dengan watak Isyraf. Manusia mana tak buat salah kan? Tapi suka sebab dia gentleman la jugak. hahaa
Sweet! Batrisyia Bte Rashid (Isya) telah mengenali Aidil selama 7 tahun lamanya. Rancangan untuk Aidil bertemu keluarganya selalu saja tak jadi. Namun Isya tetap saja setia. Perkenalan dengan Ishraf Muzaffar tidak bermula dengan baik. Isya marah dengan Ishraf kerana Chik Hani dan sikapnya yang berlagak dan sombong. Aidil mula berubah. Kyra pula mendesak. Isya serabut. Ishraf datang meminang. Bila pula Ishraf mula suka pada dirinya? Musykil sungguh hati Isya. Bila Aidil datang kembali lagi setelah lama menghilang, kenapa hati merindu orang yang menjauh. Siapa pilihan hati Isya? Aidil atau Ishraf? Siapa pilihan hati Isya?
Phew! Akhirnya habis baca kisah cinta berkepanjangan 713 muka surat ni.
Apa yang saya boleh cakap adalah....
KENAPA BUKU NI UNDERRATED??
Kisah yang sangat santai sebab tak main emosi yang berat atau konflik yang super terbelit. Banyak gelak dan sengih je bila Isya panjang akal dok kacau Ishraf. Yang si Ishraf tu pula, awal-awal dah sangkut dengan Isya tapi selalu cover line.
Sedih sikit bila dapat tahu kisah di sebalik keluarga Ishraf. Tapi mungkin sebab konfliknya tak panjang dah cepat je diselesaikan, jadinya dia tak terasa sangat. Tapi okaylah, sebab cerita santai kan..
Best! Best! Best!
Ni bukan kisah cinta macam novel lain yang hero heroin kahwin di awal kisah dan ada babak-babak berabang-sayang, babak terjatuh dari kerusi masa nak ambil barang, ke apa semua, takde ya. Jadi kalau yang jenis suka baca cerita hero heroin kahwin awal-awal dan sweet2, kisah Isya-Ishraf bukan pilihan yang tepat. . Cons, Penulis tak pernah gambarkan watak-watak dalam cerita. Fizikalnya tu, sampai ke sudah tak ada. Rambut panjang ke pendek. Muka berjambang ke tidak. Tinggi lampai ke sedang-sedang. Muka bujur ke bulat. Badan ketak-ketak ke fit. Suara macho ke merdu. Tak ada.
Tapi, takpelah, sebab cerita pun best.. So, enjoy je.
Silalah baca kisah ni. Tahniah dan terima kasih kepada penulis sebab banyak hasilkan karya yang santai tapi ada selit juga pengajaran.
Saya tidak dapat menghadam cerita ini. Mungkin cerita kurang bersesuaian dengan jiwa. Saya sudah membaca Jauh Dari Cinta dan Jangan Jatuh Cinta daripada penulis yang sama. Namun untuk karyanya yang terbaru ni, saya rasa seperti ada yang kurang rencahnya. Tajuk cerita ini yang menggunakan 'Mr.' kelihatan terlalu biasa.
Apa-apapun, syabas untuk penulisan atas kelahiran karya terbarunya ini. Teruskan menulis.
I really dont know what shud i say about the book... Kisah percintaan, dikhianati...and then find love, dgn acara tarik tali... Hurm.. Owh lupa, ada kisah penulis yg diminati heroin, and tetiba hiatus sbb si penulis dpt balasan, sbb menipu mak ayah nya. And lost everything.. Theres too much in one book.
Not really excites me to the end.. But masih blh dibaca walaupun amik masa seminggu untuk saya habiskan.. Haih..
initially i shipped batrisya and aidil so much,they seemed so cute and funny together.and on top of that they were like made for each other.the hate to love trope is very obvious in this book which is seen between ishraf and batrisya from the very beginning.but this story all in all made me laugh and get mad and laugh again.absolutely loved it
This entire review has been hidden because of spoilers.
At first, ship Isya dengan Aidil tapi dari awal lagi tak berkenan dengan perangai Aidil yang mengelak jumpa keluarga Isya. Nak bawa Isya keluar pun tak minta permission dari abang Isya. Dah lah ambil Isya kat rumah tak turun tegur abang Isya. Siap hon pula tu. Hak alah. Apapun, sampai sekarang terfikir juga kenapa Aidil boleh berubah hati begitu cepat walaupun watak Kyra tu tak berapa nak jahat. Nak kata stress kerja pun agak-agaklah sampai dah tawar hati.
Tapi Isya pun satu, dah nak Doktor Ishraf tu sabar je tunggu jawapan pasal pinangan tapi boleh pula nak balik kat Aidil. Doktor Ishraf tu berganda-ganda lagi bagus dari Aidil walaupun dulu dia pernah buat salah kat ibu bapa dia. Tapi padanlah kat muka Isya. Bila Doktor Ishraf undur diri, baru gelabah nak kejar Doktor Ishraf balik. Huh! Tapi nasib novel ni best juga. Kalau saya jadi Isya, dah lama move on dari Aidil kalau Ishraf datang sebagai pengganti. Punyalah sweet and baik. Siapa je tak cair? Isya je tak cair. Geram pula rasa. Nasib baik happy ending. Bila baca yang Doktor Ishraf tu penulis Mr. Anonymous, terus teringat kat Teme. Kebetulan pula Mr. Anonymous sambung belajar kat UK. Tapi, kebetulan je
Story dia simple tapi best for me, kisah dia pasal batrisya dan isyraf yang dari pertemuan pertama mereka je dah tak sebulu.
Takdir menemukan mereka, rupa rupanya isyraf pengetua sekolah yang isya mengajar. Sambil tu Isya disulam cinta Aidil, mereka saling bercinta sampailah tembelang Aidil pecah.
Story ni lawak, sedih semua ada. Bagi saya watak yang best hilman, abang Isya. Hilman pendengar setia masalah Isya dan Hilman sentiasa ada dengan Isya.
I enjoy gila baca cerita ni. I rasa story ni sangat underrated. Ceritanya sangat fun dan best.