Cukuplah sekadar menjadi jaminan kebahagiaan dalam hubungan suami isteri?
Cerita ini hanyalah sekadar sebuah cerita cinta yang klise. Malah penulis sendiri mengiyakannya. Cerita mengisahkan Dayana yang kecewa apabila ditinggalkan oleh cinta pertamanya, Zarief selepas lima tahun penantian. Hasil kekecewaan itu, Dayana telah menutup pintu hatinya untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya.
Hidup sentiasa menjanjikan sesuatu di luar jangkaan. Datanglah seorang lelaki cina muslim bernama Shiraz Danial dalam hidup Dayana. Shiraz yang secara langsung menjadi calon menantu pilihan ayah Dayana. Bagaikan takdir yang tidak mungkin dilepaskan, lamaran Shiraz akhirnya diterima oleh Dayana cuma bukan atas dasar cinta.
Aku sukakan watak Danial. Boleh dimasukkan ke dalam senarai "book boyfriend" 🤭 Kacak, tenang, sabar dan penuh dengan pick up line 😂 Aku tidak berapa gemar akan watak Dayana, bila mana dia memerlukan bukti cinta Danial. Bagiku, apa lagi perlu dibuktikan. Action speaks louder than words. Gitu ~ 🥰
Plot cerita ringan, jelas dan mudah. Pembacaan lancar hingga ke akhir cerita. Secara jujurnya, aku tidak berapa gemar membaca buku yang penuh ayat cinta. Mungkin sebab aku bukan orang yang romantik. Haha. Namun begitu, baca pick up line Danial memberi idea untuk diriku bagi pick up line kat suami 🙈😂
Novel ini walaupun klise, tapi cukup rencahnya dengan kisah keluarga, sahabat, dan percintaan. Semestinya aku rekomen mini novel ini kepada mereka yang suka membaca novel cinta. Pengakhiran novel ini boleh dijangka dan mestilah semanis gula 😍
Terima kasih @aamir kerana memberi buku ini untuk pertukaran ulasan buku 😊
"Kesempurnaan itu boleh dicari dan disimpan. Pernikahan itu tak semestinya dimulakan dengan kesempurnaan. Ianya boleh dicari saat hubungan lelaki dan wanita sudahpun halal. Setelah jumpa kesempurnaan itu, kita simpan supaya ianya akan jadi pembimbing kebahagiaan suami isteri".
Aku mulakan review kalini dengan, aku tak feel dengan buku ni. Solely because of the hero. Okay, I get that hero dia ni sangat sweet talker. But it was too much untuk seorang aku. Kadang-kadang, aku rasa pick up line dia tu tak mengena tempat dan situasi. Dari mula pun aku memang agak wary dengan watak dia ni. Sebab dia terima plan Pak Shah untuk pikat Dayana pun aku rasa macam saja-saja. Macam banyak main-main pun iya jugak watak dia ni. Okay la, ada je part yang dia serious nak teruskan perkahwinan dengan Dayana and that one part towards the end yang dia tunjuk emotion lain other than sweet talking tapi apa yang aku dapat secara keseluruhan watak Dan ni is that he is a sweet talker and that alone.
Plot dan penceritaan is okay and quite good actually. Cerita yang simple tanpa konflik yang membebankan pembaca. Gadis yang putus cinta, tak percaya dengan janji lelaki, terima hero sebab hormatkan parents, kahwin, jatuh cinta dengan husband, ex datang mengganggu, tamat. Yeah, klise macam yang penulis cakap. And disebabkan kisah dia simple, aku boleh teruskan bacaan walaupun banyak kali consider DNF-ing. Kupasan beberapa ayat daripada Al-Quran yang penulis include menambahkan seri buku ni.
Watak Dayana pulak walaupun klise gegurl patah hati, tak terus cair dengan Dann punya ayat manis still menerima Dan sebagai seorang suami. And that fact dia 'dipaksa' untuk terima Dan dalam hidup dia, aku rasa dia seorang yang sangat kuat dan pandai bezakan kesedihan dia dengan rasa hormat pada ayah dia. Takdela dia melenting tak tentu pasalkan bila dapat tahu Pak Shah nak jodohkan dia dengan Dan.
Lepas depa dua ni kahwin eh makin manis leting dibuatnya! Aku tak tahu la nak cringe ke tak dengan Dan ni hahaha, serious tak boleh go. Nasib baik juga la Dayana ni tak tiba-tiba terus cair dengan laki dia, kalau tak memang aku tutup terus kot. Macam aku kata, aku tak okay dengan hero je, so overall aku okay je dengan cerita dalam buku ni. Cuma tula, dua tiga bab terakhir tu macam out of place sikit, ke aku je yang rasa ceni? Entah la.
1. Aku suka kualiti novel ni. Nampaklah penulis berusaha jaga kualiti dari segi cetakan (walaupun gambar cover depan pecah), layout, even payah nak jumpa typo. Kudoss!
2. Aku tahu ni novel cinta dan harap mesti ada konflik walaupun sekecil semut, tapi nan hado. Ia semata-mata berkisarkan Dayana yg baru putus cinta dan bapaknya sporting, minta Dan pikat si anak. AWKWARD!
3. Daniel ni sweet talker. Always dengan pickup line yg buat aku jadi... Euwwww! Stop it, dude! Ini tak sweet, tapi minta muntah sebaldi. Trying hard nak pikat Dayana yg acah acah jual mahal. Pun aku tak berkenan dengan si Dayana ni.
4. Ada part yg naratif agak jiwang dan overall, olahan penulis tak berjaya sampaikan emosi ke hati aku. Sorry🙏
Boleh kot baca untuk isi masa lapang (walaupun aku takkan repeat lagi)
1 bintang untuk kualiti terbaik. 1 bintang lagi untuk ketiadaan typo.
lain sudut pandang seorang lelaki yang menulis kisah cinta. feel, aura dan lenggok penyampaian yang simple oleh tuan penulis Aamir Hafreez tapi letak bicara semua penuh padat berisi.
dayana. kecewa bila penantiannya selama lima tahun menjadi sia-sia. zarief berkahwin atas kehendak keluarga.
dia mahu bekukan hati. dah tidak percaya pada mana-mana janji lelaki. sangat menggusarkan pak shah hingga ayahnya itu mahu jodohkan dengan anak angkatnya, danial.
tapi danial tahu, takkan semudah itu dayana mahukan dirinya. bersemut sungguh ayat-ayat cinta tuan penulis. sana sini ada saja selitan.
mereka berkawan. tapi bila zarief datang mengganggu menuntut cinta semula dari dayana, dia tak toleh kiri kanan. terus ajak danial berkahwin.
berkahwin tanpa rasa cinta. lebih pada ingin menyelamatkan hubungan suami isteri lain dan juga mahu menjaga maruah sendiri. tak mahu dituduh sebagai perampas.
cantik perjalanan ke korea. serba sedikit tapi cukup untuk buat pembaca rasa ada bersama.
perkahwinan sememangnya saling melengkapi. tak perlu gusar bila jujur dan percaya mampu jalan seiring.
aturan dari Yang Maha Esa takkan pernah silap.
terima dan redha, lebih baik dari terus meratap tak ketentuan.
Buku ni berkisar tentang kehidupan Dayana yang patah hati dan dalam proses menerima seorang lelaki pilihan ayahnya sebagai seorang suami. Kalau dilihat buku ini tersangat klise, fast pace, drama melayu bagai, semua yang terjadi dalam buku ni its too good to be true sampailah aku nampak semua ni depan mata sendiri. Iya teman, kisah klise yang ada di TV dan dalam buku itu bisa terjadi dalam realiti. Adakala baik juga untuk kita membaca benda klise sekali-sekala, jalan ceritanya mungkin sama tapi setiap cerita dari penulis yang berbeza mesti ada perbezaannya bukan?
Apa yang membuatkan saya suka akan buku ini, adalah pada cerita klise nya yang membuatkan saya senang untuk tidak berfikir ligat seperti menonton drama aksi. Plot boleh dijangka tapi dalam nada yang membuatkan hati kita berbunga pada masa yang sama. Nak kata penulis ni sweet berpatutan kot sebab karakternya pun semua sweet-sweet belaka. Lagi satu, komedi dia boleh tahan, pandai penulis susun atur plot. Saya nampak ini merupakan karya yang berjaya dan mampu memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya.
Sahabat baik saya pun melalui cerita yang seakan sama seperti Dayana, cinta selepas nikah. Dan saya tengok pun memang sweet lah mereka, yelah baik buruk seorang tu sudah disemat awal-awal, untuk menerima pasangan seadanya. Sangat sweet bila teringat balik detik-detik mereka disatukan.
Benar, kadang-kadang kita perlu melayani kisah klise dan old school, barulah kita akan ingat hangatnya pelukan memori masa lalu. Buku yang setebal 250 muka surat ini pun rasa santai sahaja baca, jiwang and sweet all the way, memang buat kau tersenyum seorang-seorang. Kalau anda seorang peminat novel cinta, ini bukunya, sebab segalanya happy ending, walau ada ketika mengalir juga air mata tiba-tiba.
Terima kasih penulis kerana memberi hadiah buku ini. Semoga menjadi titik tolak untuk lebih banyak melahirkan karya-karya hebat, amiin.
Haha, masih susah mau move on cerita dia, macam tengok drama Korea pun ada. Tapi sis kuat dan sis mampu. :P
Percaya... satu perkataan yg mudah diungkapkan. Yg nyata, ia sangat penting dan menjadi jaminan kebahagiaan dlm sesebuah perkahwinan. -- Lima tahun lepas, Dayana Qaisarah dan Zarief Zakuan bahagia menyulam cinta. Mereka berjanji utk akhiri hubungan yg dibina dgn ikatan HALAL. Namun, Dayana terpaksa akur utk berpisah sementara bila Zarief memilih Jordan utk sambung pelajaran di bidang kedoktoran. Dayana tetap setia menanti kepulangan Zarief. -- Lima tahun bukanlah satu jangka masa yg pendek bagi Dayana menunggu Zarief, cinta hatinya tapi apa yg dia dapat hanyalah kekecewaan. Zarief memungkiri janji bila dia menikahi wanita pilihan keluarganya. Sejak itu, Dayana mengunci rapat hatinya dan tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula. Siapa pilihan keluarganya? Kenapa Zarief mungkir janji? -- Kerana sayangkan Dayana, papanya Pak Shah telah merancang sesuatu. Dengan itu, muncul seseorang bernama Shiraz Danial, melamar hati Dayana. Danial yg kacak, tenang, sabar dan penuh ayat² pick up line. Dia menjadi calon menantu pilihan Pak Shah tapi Dayana tetap keras hati utk terima. Ditolaknya lamaran Danial mentah-mentah. Akur dgn kehendak Dayana, Danial undur diri dan mereka hanya berkawan. Siapa Danial? -- Takdir menentukan segalanya. Dayana pula tiba² melamar Danial setelah terima satu pesanan email. Mereka disatukan bukan atas dasar cinta, bukan juga kerana terpaksa. Dayana punya sebab tersendiri terima Danial sbg suami. Email dari siapa dan apa kandungannya hingga merubah keputusan Dayana? Apa pengakhirannya? Bahagiakah Zarief dgn pilihan keluarganya dan Dayana yg memilih Danial? -- Novel yg cukup rencah dengan kisah keluarga, sahabat dan percintaan. Seriously, aku hormat dgn keputusan Dayana. Aku juga suka hubungan keakraban Dayana dan Aqilah, susah nak cari. Plot cerita yg smooth dan tersusun kemas melancarkan pembacaan. Best and highly recommended. Full marks ⭐⭐⭐⭐⭐ Tahniah Aamir Hafreez 💜
Ini adalah mini novel pertama yang aku baca. Terima kasih penulis atas buku ni.
Seperti yang dinyatakan penulis sendiri. Cerita ini adalah sebuah cerita cinta yang klise. Aku akuinya. Tapi penggunaan bahasa, jalan ceritanya menjadikan novel ni menarik untuk dibaca walaupon aku agak lelah dengan kisah2 cinta yang terlalu klise. Serius, sekarang aku sangat2 jarang membeli novel2 cinta semata2.
YNIH ni bagi aku cukup rencahnya. Aku mampu menghabiskannya in one sitting. So korang rasa?
Kisah cinta Dayana yang tidak kesampaian apabila kekasih hatinya, Zariel bertindak berkahwin dengan pilihan keluarganya demi harta. Penantian Dayana selama 5 tahun menjadi sia2. Kehadiran Daniel atas perancangan papa Dayana sendiri demi mengubati hati anaknya.
Bagi aku watak Daniel ni sangatla sweet. Berbunga2 aku baca part dia. Terutama lepas Daniel dan Dayana berkahwin.
Cerita ini sangat straight forward bagi aku. Masalah2 yang timbul pon dapat disettlekan dengan smooth. Takde langau2 yang over dalam cerita ni.
Kisah cinta antara Dayana & Dann. Kisah cinta klise? Hmmm, bagiku, tidaklah klise mana kerana konflik yang diketengahkan adalah realiti kehidupan. Bertemu seseorang dalam keadaan diri menjalani fasa 'move on'. Desakan dan harapan orang tersayang membuatkan fasa ini makin sukar, seterusnya mengeraskan lagi hati sendiri.
Aku suka dengan jalan ceritanya kerana konflik tidak berat dan ia adalah realiti dalam perhubungan. Karakter Dann hampir sempurna sebagai seorang 'manusia'. Hampir ya, dia pun ada kekurangan juga dan kekurangan itu ada di akhir-akhir cerita sewaktu bertemu dengan Sofea, yang buatkan aku pun terkesan sama. Sedih pula part tu. Uwaaa.
Penulis paparkan fasa 'move on' ni tidak mudah bagi sesetengah orang. Itulah yang terjadi pada Dayana tapi kematangan Dayana menerima Dann digarap dengan baik, nak nak part Sofea tu.
Cuma itulah, aku juga pernah lalui fasa heart broken ni, malah sahabat2 aku yang heart broken pun selalu refer aku untuk kaunseling cinta..haha. Pesan aku, ambil masa tak apa, jangan lama je. Sebab setelah aku amati pengalaman sendiri, rasa sangat rugi setiap masa yang kita buangkan untuk mengenang seseorang yang tidak lagi wujud dalam hidup kita, tidak lagi menghargai kita. Dan, jangan sesekali kuncikan hati untuk mencintai dan dicintai, kerana ia tidak adil untuk diri kita sendiri serta orang seterusnya. Mana tahu, orang itu adalah jodoh yang selayaknya DIA hadirkan. Masa kita pun tak lama di dunia ni, jadi, sentiasalah ceriakan hati sendiri dan jangan lama-lama lalui fasa tu.
Baca kisah ni, buatkan aku tiba-tiba teringat semua yang kat atas tu. Hahaha. Kalau aku jadi Dayana, rasanya awal-awal dah aku move on. Haha.
Tahniah dan terima kasih buat penulis untuk kisah yang santai ini. Aku berjaya habis baca dalam dua jam je. Semuanya digarap dengan baik meskipun ada yang tidak mendapat pengakhiran yang indah. Hidup kita pun begitu juga, kan? Tapi, selagi kita lapang dada, yang tidak indah itu akan sentiasa bersinar indah di hati.
" Zarief tak jadi balik Malaysia sebab dia ... dah kawin "
Dayana dikejutkan dengan berita tersebut. Lima tahun Dayana tunggu dan ini hasil yang dia dapat. Ayahnya ingin menyatukan Shiraz, anak angkatnya dengan Dayana . Susah bagi Dayana ingin terima lelaki dalam hidupnya.
" Kahwin dengan saya! "
" Apa syaratnya ? " " Aku tak bercinta dengan dia. Tapi aku nak dia cintakan aku selepas nikah. "
Dan bermulalah cerita Dayana & Danial
Berulang kali hati Aqilah menyatakan ... Inilah hadiah pengorbanan untuk dia berikan pada Dayana. Kerana harga sebuah persahabatan itu, tiada nilai yang boleh ditawarkan.
Selain daripada watak Dayana & Shiraz, saya suka watak kawan baik Dayana iaitu Aqilah. Susah nak dapat kawan sebaik seperti Aqilah.
Lama kita peram ulasan Your Name Is Halal by Aamir Hafreez. Lestgo ~ But first thing first, thank you so much Am untuk pemberian naskah edisi kemaskini 2020 ini. 🙌🏻
Sinospsis Ringkas:
5 tahun dalam relationship. Alih-alih Dayana Qaisarah dapat tahu boyfriend dia (Zarief) sudah berkahwin. Justeru itu, Dayana menutup pintu hatinya untuk menerima & mempercayai insan bernama lelaki. Dalam masa yang sama, ayah Dayana iaitu Pak Syah cuba untuk 'mengkenenkan' anaknya dengan seorang lelaki mualaf bernama Shiraz Danial. Apa yang akan terjadi selepas itu?
Kalau kalian mencari bacaan santai romantik. Boleh cuba baca YNIH. Kalau dah nama santai tu please baca dalam keadaan yang santai oki. Ya. Klise & penuh dengan pickupline. Maybe ada orang yang tak boleh nak terima ayat manis yang sangat melimpah ruah. I can understand that.
Tapi as for me, saya anggap karakter Shiraz Danial yang penulis cipta ini seorang yang sweet talker & suka ekspresskan sayang dia terhadap pasangan dengan kata-kata. Plus with action too. Jadi, kita terima sajalah semua pickupline yang ada dalam buku ini. Wohoo.
Thanks to Shiraz Danial yang tak pernah giveup untuk menawan hati Dayana. Sebab kalau orang yang tak ada kesabaran tinggi. Nak face it orang macam Dayana. Kena level sabar yang tinggi woo. Member baru putus cinta pulak. Hm
📌 Apa yang kita suka dalam YNIH ini ialah selingan ayat Al Quran diletakkan bersesuai dengan situasi. Bukan simply letak macam tak ada arah. 📌 Hubungan kekeluargaan & persahabatan yang kuat dan penuh dengan kasih dan sayang. 📌 Plot yang kemas dan bahasa yang mudah difahami. Tak sangka dapat baca POV (cintan cintun) dari seorang lelaki.
And kita sangat berharap kita dapat baca sikit cerita dari side Zarief pasal apa sebenarnya yang berlaku sampaikan dia kena kahwin. Tak kisah la dipaksa ke aturan keluarga ke. Nak tahu dari POV dia. Watak antagonis yang tak antagonis sangat. Sebab senang je nak patahkan kejahatan dia. Hati dia tak seterong enuf untuk jadi langau.
kwn aku bagi free je buku ni. skrg aku paham kenapa dia bagi mcm tu aje.haha
review jujur,bukan taste aku. penulis kalau nak masukkan english word kat dalam dialog, maka buatlah terus ayat english. lagi baik. cerita dia memang cerita cinta biasa yg melereh tu. bolehlah.