Andainya detik dan waktu bagi Ara adalah magis, bagi Iyan, itu tidak lebih daripada satu hukuman.
Mulanya Ara menyokong Dollah yang membenci Iyan, seorang chef terkenal disebabkan cemburu. Namun apabila bertatapan sendiri dengan Iyan, angan-angan cinta monyet mula muncul walaupun dia tahu, Ara dan Iyan, terlalu mustahil boleh bersama. Iyan tu kekasih selebriti!
Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau. Iyan + Ara = Berangan saja mampu. Itu kata Ara Elisya. Kata Iyan Naufal…
Dia dan Ara tidak sepatutnya bertemu. Dia cuba melarikan diri tapi setiap kali itu dia gagal. Akhirnya dia membiarkan saja pertemuan demi pertemuan berlaku walaupun itu bermaksud rahsia yang disimpan selama ini akan menghancurkan dirinya sedikit demi sedikit.
Kematian tragis Rogayah yang menjadikan Ara sebagai saksi dan Iyan sebagai suspek membuatkan keadaan berubah. Pembunuh macam kau patut mati di tali gantung - ARA
Semuanya berubah sekali lagi apabila Iyan menghilangkan diri selepas menyelamatkan Ara daripada pembunuh ibunya sendiri. Namun demi rahsia yang disimpan, Iyan kembali dan Ara diburu seseorang. Bagi Iyan, dia perlu berada di sisi gadis itu kerana bertahun-tahun lalu dia berjanji…
Lama dulu, aku berjanji pada diri aku yang aku akan jaga dia. Tapi waktu tu aku terlalu takut. - IYAN
Ada sesuatu yang Ara terlupa. Ada sesuatu yang Iyan sembunyikan kerana waktu tidak mengizinkannya untuk membongkar segalanya.
Kata REY - Ara Elisya tak patut muncul lagi dalam hidup kau. Kata AIFA - Beauty and the beast. You tahu cerita tu? You and Ara. Beast and the beauty. Kata EIDAN - Hantar dia jauh dari hidup kau.
Akankah Iyan melarikan diri sekali lagi atau memilih untuk berterus-terang. Adakah Ara akan terlupa sesuatu itu untuk selama-lamanya?
Sumpah, saya akan beritahu semuanya. Tapi saya tak tahu. Saya minta maaf. - ARA
It’s like a song that no one hears I’m screaming out but you’re not here
Kehidupan Ara Elisya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tak habis-habis dirundung malang sejak kejadian 7 tahun lalu. Dengan Razif sepupunya yang tak henti menggangu, mak long yang kerap memfitnah dan di buru entah siapa, membuatkan Ara lelah. Namun, dia tetap berusaha untuk kuat. Tanpa sedar, Iyan Naufal sentiasa melindunginya.. namun, untuk bersama bukan pilih. Bagi Iyan, andai dia di sisi Ara, hanya akan menambahkan luka di hati gadis itu.
Buku ni thriller sikit (unexpected) dan sangat pantas, kejap je plot lompat sana sini. Ara ni pulak banyak betul musuh orang nak dengki, ada je la cedera la kena culik la hampir kena bunuh la.. memang cemas je baca. Nasib baik Iyan ada dan muncul di saat diperlukan.
Kesian sebenarnya dengan Ara, dek kerana kecuaian masa lalu dia menyalahkan diri dan menjadi buruan. Iyan pun sama, sebab kesilapan dan demi nak menyelamatkan seseorang, terpaksa memikul rasa bersalah seumur hidup. Tapi sweet je dia jaga Ara dalam diam.
Saya suka sebab tak melalut, pantas tapi ada rase sweet dan emosi watak2 dalam tu yang saling melindungi. Watak2 Aifa, Dollah, Rey dan Eidan ada karekter tersendiri, kiranya tak la macam tak de fungsi pun sekadar tempelan. Kehadiran diorang ni la kekuatan Iyan dan Ara.
Plot pun pantas, cuma secara peribadi saya rasa tak payah buat banyak sangat konflik dalam ni.. kesian dekat Ara satu, pastu rasa macam kejap je da setel (tapi puas hati sebab tak tergantung). N suka lagi kalau elemen misteri diterapkan sikit, tapi mungkin jadi makin serabut nanti so tak pe la kot.
Buku yang penuh konflik, aksi dan emosi, jarang jumpa dah sekarang sebab selalu sweet je meleret2. Tapi yang ni memang padat bagi saya. yang penting, hubungan antara watak tu kuat dan perwatakkan dia menjadi la. Olahan penulis ok la, walaupun ada certeain rasa meleret.
Overall, ok la.. ni buku pertama penulis saya baca rasanya dan saya berpuas hati.
Kalau la boleh buat carta hubungkait antara semua watak dlm kisah ni. Hmmm tapi saya tak pandai. Boleh buat lakaran dlm kepala otak ni je. Razif ni kalau takde dia pun tak apa. Mula2 baca tu tak tahu apa sebab Ara nk kena kahwin dengan Razif tambah lagi perangai Razif ni. Rupa-rupanya itu aje ke. Mengarut betul lah.
Kisah Iyan dan Ara dah lama bermula. Sejak Ara kehilangan ayahnya dalam kejadian tembakan di mana Ara menjadi saksi terhadap kes itu. Macam tak real je suasana tembak-tembak tu. Dah la di kawasan awam. Ada kedai-kedai lagi dekat2 situ. Iyan rasa bersalah sebab dia turut terlibat dalam kejadian itu. Ara je yang tak tahu. Selama ini Iyan yang sentiasa mengekori dan memerhati dari jauh akan kehidupan Ara. Lama-lama Iyan jadi suka malah jatuh cinta. Tapi cinta itu tak sepatutnya wujud.
Ara, hidupnya dipenuhi dengan duka. Sehingga akhirnya dia menjadi yatim piatu. Kematian ibunya menyebabkan Ara tuduh Iyan ialah pembunuh. Sempat la bermalam di penjara tu. Nasib baik Ara selalu ditemani Dollah, sepupu dan juga sahabat paling rapat dan baik. Ara pun suka kan Iyan. Iyan ketika itu bercinta dengan Aifa. Kenapa Iyan mendekati Aifa? Sedangkan Iyan cintakan Ara. Untuk mereka ni bersatu punya la banyak halangan. Menangis pun banyak.
Kehadiran Sofea tu saya tak tahu nak komen apa. Macam gilanya. Rupanya memang gila. Drama sangat pun ye. Patutnya kejadian macam tu dan yang selepasnya boleh sebabkan PTSD tau untuk mangsa. Tahu dah penulis suka masukkan plot twist yang di luar alam. Macam eh ye ke ni? Boleh pulak macam tu? Hujung2 tu masukkan kisah si Rey pulak. Terus si Rey tu pulak jadi misteri. Siapa Rey? Macam Vincenzo tu ke?
Cerita kalini more on romance jgk for me. Karya Sis Ieya Sya biasanya mmg akan bermain dgn emosi. Kejap aku geram, kejap aku sedih, kejap aku gelak, kejap aku terkebil-kebil sbb pikir apa yg jd. Hahah. Gitulah kalau baca buku author ni 😵💫
Cerita ni bagi aku agak sedikit ‘draggy’, sbb scene ML dan FL yang agak berulang scene yang sama terjadi, disebabkan rahsia yang nak disimpan oleh ML😌 Owh lagi satu, aku tak taulah kalau ini aku je yang rasa, tapi part nak settlekan kes tu, macam jadi gitu aje. Maksud aku terlalu pantas, dan bila semuanya terbongkar, a little bit anticlimatic for me. Tp ada satu part tu aku tak expect 😫 Aduyai, kenapalah gitu, aku rasa kesian dekat ML, dkt FL, dekat 2nd FL dan semua yg dekat dgn these main characters. Derita yang ditanggung tu fuhh tak tergambar. 🤧 Tak boleh nak salahkan sesiapa. Tp itulah orang cakap takdir yg telah tersurat dan tersirat gitu 🙃
Overall, still a nice read 🫶🏻 Sbb aku dah mmg suka cara penulisan Sis Ieya Sya, so this one still ok 😬 #emptycanvashida
Naskah yg dibaca 2x , disebabkan mud ku jauh hilang di lautan china selatan. Olahan yang menarik, jalan cerita yg menarik, nak bagitau rumusan pun rasanya semua dah tau ceritanya macamna
Let just comment pada karakter and plot.
Hero, is a chef, in this book he is a handsome chef and for me, dia banyak kebolehan, mcm ninja pun boleh kot, sebab sentiasa memerhatikan heroin. Sebab tu tajuknya 'aku di sini'... Berpegang pada janji. And someone yang sangat setia. And yes, i can imagine all that sebab ..... Sila baca sendiri.. He's an ex police cop btw..
Heroin, digambarkan sebagai berani , mmg berani pun, berani melawan. Uii, bila jumpa orang yg dia x suka, mmg mulut dia x de filter. But she is sweet in kind of way... I love the way, how this character di bina, sbb dia bukan heroin yg dapat everything dengan senang. For me, dia seorang yg akan layan org lain, sebagaimana org lain layan dia..
Sebenarnya, antagonis dalam buku ni macam banyak sangat. Bukan la seorang sahaja, tapi macam 2,3 orang, yang kadang2 buatkan ku pikir, sapa yg serang sebenarnya nih. Dengan perangai makcik bawang yg sampai ke akhir jadi bawang. Memang x de yg mau mak long heroin tu jadi mak mertua.. Perasan family dia bagus sangat. Mulut x de filter langsung. Sampaikan mak heroin mati , still boleh menghasut sedara2 lain.
I mcm kembali ke zaman2 , olahan dan plot begini biasa pada novel2 zaman 90an. Ada isi, penggunaan ayat dan setiap perkataan yg selesa untuk dibaca. And the sweetness is just enough.
And the ending...i just love the ending , sbbkan, mereka bersatu disebabkan rasa sayang org lain. Yang kalau plot cerita lain, asyik nk memisahkan jer..tapi dalam ni, rasa sayang tu melebihi segala galanya asalkan dia bahagia..
Aku disini mengisahkan tentang Iyan yg jatuh cinta dengan Ara dimana Iyan terlibat dlm insiden pembunuhan ayah Ara. Kerana itu, Iyan terpaksa memendam perasaannya selama 6 thn. Namun takdir menentukan mereka bertemu dan akhirnya hubungan mereka mula rapat. Pelbagai insiden dan dugaan mereka tempuhi menyaksikan Iyad sentiasa ada untuk melindungi Ara. Kemuncak apabila rahsia pembunuhan ayah Ara dan Lara terbongkar. Iyan yg berjanji dengan Aifa kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin dgn Aifa dan meninggalkan Ara iaitu wanita yg plg dicintai. Bagi saya, Iyan merupakan seorang lelaki yg sgt setia pada cintanya. Namun kerana janji dan desakan Aifa, Iyan terpaksa mengambil keputusan utk meningalkan Ara. Salute juga pada Aifa yg akhirnya terpaksa melepaskan org yg dikasihi kerana tidak sanggup untuk melihat kekasihnya menderita. Yang pasti saya rasa sangat kesian pada Dollah yg tidak putus asa mendapatkan cinta dari Aifa. Tidak juga dilupakan watak Rey yg sentiasa ada disamping Iyan. Hope writter akan buat kisah Rey pula selepas ini🙊. Overall, tahniah pada writter kerana menulis kisah sebegini. Kalau bole bg lebih dr 5 bintang, saya akan bagi berjuta2 bintang😍
Nice story. Tapi ada kepincangan di beberapa bahagian. But it's ok, untuk karya terawal, aku nampak improvement daripada penulis ieya sya pada karya terkini beliau.
Sedikit pesanan/cadangan buat penulis :
- Andai kelak penulis mahu mengarang genre action-romance, aku kira ada baiknya jika sisi kegelapan watak antagonis/jahat/mastermind diberi penekanan sedikit. Maksudnya seperti memasukkan beberapa babak mengenai watak-watak dark begini dengan lebih banyak sedikit, agar pergerakan cerita yang disusuli cinta serta aksi ini mampu bergerak seiring dan lebih mantap.
Anyway, aku yakin penulis mampu untuk improve lebih lagi dalam genre action-romance untuk karya akan datang. Dan seperti biasa, bakal aku tunggu karyanya yang lain selepas ini.
cw / tw: characters with mental disorders: self-blame, self-loath, depression, loneliness, trauma; detailed and gore description of murder, kidnapping.
This story is about a cheerful lady, Ara Elisya, a daughter of the flower shop owner, where she unintentionally crossed path with a person from her past that she has forgotten about, Iyan Naufal, a successful restaurant owner, and a partner to a celebrity, Aifa Hani. The two of these seperate individuals technically doesn't have anything to do in common, but after that first meeting, somehow Iyan kept on involved with the event of her life, up until an incident where Ara 'witnessed' Iyan covered in blood at her mother's murder scene, then things started to get unfold from that point on, from Ara's own background, and her past connection with Iyan. Little did she know, he actually held a larger secret that he has been held onto, regarding her background, as well as his true 'feelings' towards her. This is the story about secrets upon secrets, the interrelationships, and a lot of emotions involved overtime.
• The genre of the story is a crime investigation, murder mystery, suspense, action with love and romance. The larger part of the story held the theme of 'Cinta terlarang', not because of something 'scandalous', but it is due to the secrets from their past, the one that made Iyan suffered on his own for years on his own, the one that involved Ara's story on it. The overall concept of the story also focuses more towards 'emotions' and 'feelings' of each character, as it's also part of the main conflict in the tale. And do keep in mind that the title of the story: 'Aku di Sini', held a large meaning in the story and it correlates with the MCs.
Overall this is such a fantastical story I'd say. Initially I don't really know what to expect from the blurb itself plus with the cover of the book, I was only expecting pure romance with a sode of mystery, maybe? And to my surprise, it's crime investigation, well pull me in! The story telling was smooth and well written overall, the arrangements of the story and the retelling / flashbacks was well told as well. I'd like to mention that the reveal of truths throughout the story was mind boggling for me and the way it was well hidden, they truly surprised me and had me gasping all around! The conflicts was absolutely heart breaking and touching and I could really grasp what the characters were going through as well.
Putting aside the crimes and murder going on, one thing I'd love to mention is that, I actually had fun imagining the settings of the story! The restaurant or cafe full of handsome men reminded me full on of the manga / light novel Kaoru's Cake House, and their training facilities made me think of Divergent. Ah, I do wish to see more of them haha.
• Now, jumping onto the characters themselves, but first foremost I'd praise over how I genuinely like the idea of seperate individual stories between the two characters intertwined and connected with one another. It's well developed throughout the storyline. Apart from that I truly love is how in depth the author shows the level of Iyan's love and emotional suffering towards Ara was, as well as her feelings on the later part of the story, I've seen a lot of pinning trope before, but this probably is on top of the bizarrely painful one I'd say.
As most of the conflicts involved feelings and emotions of each characters I genuinely appreciate over how mature everyone was when going through it, some of the characters did take time to be aware of it, but I love how accepting they were when they were told off over their behaviour. Although sometimes they're quite frustrating, but it makes them 'humanlike'.
Regarding Ara, I simply love her character. This is a bit personal, but I just genuinely relate to her on very personal level, especially how she 'hide things' behind her lively and cheerful demeanor. And everytime when she apologises to everyone, it simply breaks my heart, and through this, we could see how far she live with internal on depth 'self-blame'. It's saddening and I wanted to give her a big hug. And the same could be said with Iyan, although he's more prominent, they both relate over that self-blame and self-loath. Overtime, everytime when his 'suffering' was mentioned and was shown even deeper, even as a reader, I feel even worse each time as well. I'm just glad things eventually goes well for both of them.
On the major side characters, their involvement in the story was quite balanced, and their role is also relevant through and through. Aifa's attachments, Dollah's absolute care, Rey's concern, Eidan's protectiveness, they're all very nice to see.
• The post conflicts, peleraian chapters by the end, it's simply lovely. After what we've seen and what both Iyan and Ara went through, how they used to harbour their feelings, the emotional suppression; the chapters felt like a breath of fresh air. How they finally able to show their true feelings and affection towards one another, together with their constant assurance, and seeing the sides they actually secretly had, I like it very much. Their way of showing affection was so cute, him tugging onto bits of her clothes, the 'cat', goodness it's just, really wholesome and, well, adorable.
• Despite all the good things, I do found a bit of cons in the story. Firstly, usually I'll just ignore it, but since this bothers me a lot throughout my reading so I'm going to point this out, I'm not sure if they were ever fixed, but my copy of the book is the first edition. So apparently there are a lot of grammar mistake on the usage of kata sendi nama dari / daripada and I couldn't simply look over it as most of the time as it was quite obvious and it was used repeatitively juak. Others wasn't as big, tapi ada a number of wrong spellings of words then ended up membawa maksud lain daripada yang sepatutnya, and ada lah on BI grammar as well (tapi honestly it was confusing juak, so I simply dismissed it).
Then there's an inconsistency on the story? On the part where Ara was surprised again over the fact that Aifa knew about her and Iyan's past connection, when she already knew that she knows about it? I thought I remembered incorrectly, but I went a couple chapters back and apparently it has been mentioned before and Ara was aware of it?
Don't know about others and how accurate things are, but I feel like the legal procedure on murder charges was a bit to easy, like, things could be dismissed fast, like someone died kot? And then this one though, I genuinely was taken aback sikit over how the medics didn't give the immediate attention toward the kidnapped person and even told them to back away too, like although someone else's needed more help, tapi macam, the person yang kenak kidnapped has been missing for days and malnourished kot, and does no one care about mental condition of a kidnapped person kah, like I feel so kesian on the post kidnapped scene and the emotional breakdown that happened during it aie, at least consolation from the people involved kah, show of care dikit bah haha, itok saya.
Regarding the antagonists though, considering they're part of the larger plot of the story, tapi somehow we barely know any of them and what exactly their background were. Not going to mention or spoil anyone so I'll just vaguely describe them; 1. The minor 'first half' antagonist, I wish their close relationship and their dynamics with the MC and the family were shown better so the betrayal would be felt even more deeply, and since they're barely ever mentioned early on, I literally forgot about their existence and suddenly they're the bad person haha. But I'd mention though, I really love how well the crimes described in the dialogues and how high their level of evil were, they do give me the heebie jeebies. 2. For the major 'later part' antagonist though, we technically doesn't know anything and how high their level of evilness, or even, what exactly is their business and how big was their influences were up that the point they're able to hide things they're doing more than half decade that no one was able to find any clues about their operation. The correlation with Lara and how she agrees with everything also wasn't explained much. And somehow the crimes done by the minor antagonist were elaborated more in detail compared to the bigger person and I found it a bit amusing, like of course it was hinted a bit here and there, plus that one killing, but barely anything on the larger scale, and I wished to see more of those personally.
This has been too long of a 'review', so that's all from me. Just overall, it's such a good story, an absolute page turner, and simply an enjoyable one! A recommendation for those that likes similar genre!
Maybe aku agak ketinggalan tapi inilah karya Ieya Sya yg pertama aku baca. Best. Dah la ini genre fav aku, action romance. Sbg pembaca baru utk karya penulis, aku sgt suka olahan dan jalan cerita, menarik. Dgn baca novelnya, akan faham kenapa tajuknya Aku Di Sini. seseorang yg sentiasa di sisi tanpa tahu siapa sebenarnya. Terselit nota yg menjadi tanda tanya ttg siapa pemiliknya.
Hero, Iyan Naufal, pd pandangan aku sgt cukup pakej. Dah la chef, ensem pulak tu. Bonus pulak bercinta dgn artis popular, iaitu Aifa. Heroin, Ara Elisya, pd aku seorang gadis yg sgt tabah. Hidupnya tak berapa bernasib baik selepas dua kejadian yg meragut nyawa kedua ibu bapanya, di depan mata. Kalau aku ditempat Ara, aku tak dapat bayangkan hidup aku menjadi sebatang kara di usia muda. Mampukah aku setabah Ara?
Straight to the point, Iyan sebenarnya dah enam tahun memendam rasa cinta terhadap Ara. Menjadi kekasih Aifa semata-mata ingin membongkar jenayah yg dilakukan oleh Datuk Ferhad iaitu pakcik kpd Aifa, bukan krn cinta. Iyan hny mampu melihat Ara dari jauh, tp tak mampu nak mendekatinya apa lagi meluahkan rasa. Semuanya krn kejadian yg meragut nyawa ayah Ara melibatkan Iyan. Krn itu, Iyan tak mampu mendekati Ara. Sebab seorang pembunuh takkan boleh bersama dgn anak org yg dibunuhnya. Benarkah Iyan pembunuhnya?
Pd aku novel ni byk sgt konflik yg menimpa Ara, dari kematian ayahnya kepada kematian ibunya. Lepas tu balas dendam pula dari Sofea yg tak aku duga. Di tambah lagi dengan sikap mak long dan sepupunya Razif. Byk sgt konflik yg Ara kena hadap. Menjadikan novel ini sgt padat. Banyak bebanan pd watak Ara. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, lepas satu, satu perkara menimpa dia.
Paling menyentuh hati dan pengajaran yg dpt di ambil dr kisah ini adalah pengorbanan. Pengorbanan cinta Aifa terhadap Iyan. Walaupun sakit, dia sanggup melepaskan lelaki yg dia cinta utk lihat lelaki itu bahagia. Pd mulanya aku anggap Aifa agak pentingkan diri tp keputusan yg dia buat tu sgt menyentuh hati. Tak guna memiliki jasad sedangkan hati pd orang lain. Maybe lepas ni penulis boleh kembangkan kisah Eiyad dan Aifa pulak, tak pun kisah Mel dan Dollah. Hehe meminta pula.
Patutnya bagi 4 stars. Tapi minus satu sebab elemen romance dia sikit. Haha.
Semuanya sebab salah faham. Kalau tak, takdela Iyan seksa diri dia. Tapi aku boleh nampak la Iyan ni somewhat possessive to Ara. Ara ni baikk je. Husnuzon betul dgn semua orang.
Novel Aku Disini bergenre action romance. Siapa suka baca genre mcmni maybe boleh cuba baca Aku Disini. Ara Elisya seorang gadis muda yang boleh dikatakan tidak bernasib baik dalam kehidupannya. Kehilangan keluarga, gagal dalam pelajaran, diganggu sepupunya, terjerumus dalam persekitaran yang merbahaya membuatkan aku rasa simpati dgn Ara. Tapi, mcm mana dia handle semua yg jadi dlm hidup dia tu. Aku puji. Ketabahan yang susah nak cari. Andai kata tak kuat, mungkin dia akan salah pilih jalan. Ketabahan dia menghadapi semuanya tu boleh diambil contoh la.
Oh ya, tahap psiko dalam novel ni, aku rasa masa si Sofea cerita apa yang dia buat dekat 3 org kawan Ara dan keluarga dia. Eeii. Psiko gila nak mati.
By the way, semuanya related. Iyan dan Ara saling berkait rapat. Dan jenayah yang Iyan nak bongkarkan bukan calang-calang punya jenayah. Rasa seronok pulak bila ye la terselit jalan cerita yang bukan romantik je memanjang. Ada action, ada sedih, happy, and blala. Mood membaca pun terus laju je.
At the same time, aku jatuh simpati juga dekat hero si Iyan ni. Sebab dia pun lebih kurang Ara. Kehilangan kakak. Menyimpan perasaan serba salah terhadap Ara hampir 7 tahun lamanya. Tak mampu luahkan apa dia rasa. Hal hal libatkan perasaan ni jgn buat main. Parah tau. 🥺. Iyan ni very protective. Cara dia protect Ara tu fuh. Sendiri mau baca sendiri mau nilai la hehe. Tapi for me cara dia protect tu boleh tersenyum sendiri la. Manis.
Idea dah ada cumanya personally, aku rasa kalau penulis bagi lebih cerita banyak sikit pasal dalang di sebalik jenayah yg dilakukan oleh uncle Aifa mesti lagi best. Nak tahu jugak kegiatan dia yg lain, sejauh mana kegiatan jahat dia tu. Apa dia mampu lakukan lagi & banyak lg. Hehe. Tapi yg ada sekarang pun okay dah. Goodjob penulis.
Aifa, Dollah, Rey, Sofea. Semua watak tambahan dalam cerita ni banyak membantu dalam menguatkan jalan cerita Aku Disini. Tak ada watak tambahan yg hanya bodoh-bodoh diletakkan. Semuanya ada peranan masing-masing.
Amat jarang untuk aku habiskan pembacaan dalam sehari. Tu tandanya apa? Tandanya cerita ni best! 🙌🏻
Disebabkan byk persoalan yg perlu dirungkaikan, maka aku tak boleh stop baca. Gigih baca sampai habis. Nasib baik novel ni tak berat. Wahai penulis, masa aku baca novel ni aku siap pasang lagu Heartbeat by Christopher tau. Fall in love betul dgn lagu ni. Menjadikan ending cerita ni lebih menarik, lebih romantik, padat dan puas. Segala2nya terjawab biarpun Rey tak berjodohan dgn sapa2. (Auch!) Aku suka dgn Iyan ni sebab dia jaga tingkah laku walaupun mcm nak naughty2 dgn si Ara, dia tahu jaga batas. Buktinya kat part Iyan hadiahkan Ara rantai leher. Iyan bagi kat tgn Ara je. Pastu masa kat oversea, dia tak over pun nak peluk2 ke apa. Dah kahwin, baru masing2 naik bulu. Haha.
Well done penulis! 👍🏼 Can't wait to read your other novels.
saya benar2 jatuh hati dengan gaya penulisan Ieya Sya...menariknya penulisan penulis ini, beliau betul2 berjaya menyentuh emosi pembaca...pembaca dibawa merasai apa yang dirasai oleh watak dlm karya...watak tersebut akn terasa hidup dlm minda dan hati pembaca...hal ini akn membuatkan pembaca ingin terus merasai perasaan watak tanpa memberhentikan pembacaan...sehingga tamat pembacaan pun, emosi pembaca yg disentuh oleh penulis masih lg terasa...bak kata omputeh, cannot move on 😂 walaupun penulis mengetengahkan tema cinta tetapi persoalan yg digarapkan bukanlah kisah cinta picisan yang klise...malah watak2 dlm karya mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang mendukung antara 1 sama lain...semua watak kelihatan penting dan bermakna...semua watak hidup... tahniah penulis dan seluruh warga produksi karya ini...tiada kesalahan tatabahasa mahupun ejaan...
Ini first time ku baca novel daripada penulis ieya sya & novel pertama daripada kaseh aries.
Kalau tak silap perkiraan aku, novel ini novel pertama kan cik penulis menulis genre yang seperti ini. Action romance.
Bagi aku, penulis mempunyai idea. Jika boleh dikembangkan sedikit lagi, pasti lagi umpphh. Sekiranya cik penulis ada selitkan sedikit cerita berkenaan dengan Datuk Ferhad, its more better. Sebab dalam novel ini yang jahatnya adalah DF ini..tapi wataknya jarang2 sekali muncul.. Kalau penulis ceritakan lebih sedikit, mesti cerita ini lagi padat.
Untuk watak2 dalam novel ini, setiap satunya membawa watak masing2 dengan sempurna.
Tahniah buat penulis.. Lepas ini akan ku cari novel terbarunya, hey laura its me..😄
Ara sampai tak sempat bernafas sebab banyak betul dugaan. 2 kali kena culik, 2 kali jadi saksi jenayah. Stress aku. Rasanya dah layak masuk Hospital Bahagia.
Kekurangan dalam karya ini adalah dugaan hero dan herion yang banyak dan panjang tanpa ada 'back story penjenayah' yang hebat. Novel ni lebih tertumpu kepada hubungan Ara - Iyan berbanding fokus utama untuk menjatuhkan Datuk Ferhad dan dendam Iyan terhadap kematian kakaknya.
Rasanya kalau penulis tambah beberapa bab atau selingan cerita berkenaan jenayah Datuk Ferhad secara tak langsung dapat menguatkan jalan cerita. Sedikit kecewa di situ. Yang lain ok je
This entire review has been hidden because of spoilers.
hendak menyusun jalan cerita yang sudah ripuk ditelan masa memang payah. tambah bila rasa bersalah itu membelenggu dalam setiap hembus nafas yang diatur.
ara. yang ada dengannya cuma emak tersayang iaitu rogayah dan sepupu, anak pada mak sunya iaitu dollah. mak long bersama anaknya, razif selalu saja buat onar. dan suara mak longnya mampu menimbulkan kepercayaan pada orang sekeliling.
entah mana muncul, iyan. dia sendiri tak ketahui. tetapi lelaki itu yang menimbulkan semua kucar kacir dalam hidupnya. dan lelaki itulah teman pada aifa hani, seorang pelakon dan kawan baik pada dollah suatu waktu dulu. bila dollah meluah rasa hati, aifa lari.
nampak teka teki yang penulis cantik Ieya Sya wujudkan? simpang di hadapan pembaca banyak. semua punya tarikan untuk pembaca lewati. tapi semuanya pembaca tak tahu mana hala tuju yang sebenar.
muncul watak rey, rego, lara, eidan... semua inilah ada di setiap simpang. simpang yang ara kehilangan emak tersayang. simpang yang buat iyan ditahan dalam lokap. simpang yang menemukan kembali pada kisah sewaktu ayah ara ditembak. itu belum lagi simpang yang menemukan rego dan eidan. belum lagi kisah masing-masing yang punya agenda. kisah aksi yang mendebarkan dan mencabar minda. argghh!!...
kasih adik-beradik memang sukar hendak diluah bagaimana. seburuk mana pun, talian darah takkan putus. akan tetap datang membantu walau mulut menyumpah beribu.
sahabat yang baik pula, dialah yang ada saat duka. dialah orang pertama yang akan marah kalau salah pilih langkah. dan dialah sanggup menjadi tempat bersandar saat mampu rebah.
cinta sejati pula, dia memerhati. dia tak gopoh. dia tahu tindakan apa yang perlu diambil. sama ada bahagia atau derita. sama ada bersama atau berpisah. asalkan yang dicinta itu menemui sinar gemerlap.
dan
diri sendiri yang melalui semua kepayahan itu, suka duka, ceria derita, takkan siapa tahu. kecuali dia hendak bercerita, percaya pada yang sudi menelinga tanpa berkata apa.
maka
di akhir perjalanan simpang, dia akan temui
pada yang setia. pada yang ikhlas. pada yang luhur.
pada yang mampu menggenggam erat tak kira apa jua kondisinya.
2.9* Siapa sangka, orang yang paling dekat dengan kita, orang itulah yang memusnahkan hidup kita. . Saya nak lepaskan novel ini. Jika berminat, mesej sahaja di fb.
Novel ni memang bagi aku kepuasan la. Tutup buku dengan rasa sebak, rasa puas. .
Novel ni rasanya action romance kot. So, maybe yang mengharapkan babak aksi yang banyak, mungkin akan rasa hampa kot. Tapi sebab aku baca buku ni dengan expectation kisah cinta biasa, i would say i impressed! .
Kisahnya, Ara, seorang gadis yang telah kehilangan ayahnya dalam satu kejadian pembunuhan 6 tahun lepas. Dan sekarang, dia kehilangan maknya pulak. Dan suspek utama ialah Iyan sebab Iyan satu-satunya yang berada di tempat kejadian dengan memegang pistol. Tapi, macam mana Iyan boleh dituduh membunuh, sedangkan untuk memegang pistol pun, dia tidak mampu. .
Sehinggalah misteri si pembunuh itu terbongkar. Rupanya, ia berkaitan dengan dendam lama yang melibatkan Ara. .
Selepas tu, masing-masing meneruskan hidup. Iyan masih bercinta ngan Aifa, seorang pelakon terkenal. Dollah, sepupu Ara pulak masih bertepuk sebelah tangan terhadap Aifa. Dan Iyan dan Ara menyimpan perasaan dalam diam. .
Ada sebab kenapa Iyan cuba menjauhkan diri daripada Ara. Sebabnya Iyan ialah pembunuh kepada ayah Ara. Dan bagaimanakah mereka semua berhadapan dengan hakikat itu? .
Aku suka buku ni sebab ia penuh dengan rasa sayang. Iyan sayangkan Ara. Kerana sayang, dia menjauh. Ara pun sayangkan Iya. Tapi kerana tidak mahu menjadi jahat, dia terima Iyan bersama Aifa. Dollah sayangkan Aifa, tapi dia tahu, Aifa sayangkan Iyan. Dan kerana sayang Aifa lah, dia melepaskan Iyan kepada Ara. Aku suka sebab Iyan dan Ara bersatu atas dasar kasih sayang orang lain. Semua orang sayang each other. .
Watak dalam buku ni, saling berkait. Tapi semuanya ada peranan masing-masing. Dan dari awal lagi, dah tahu yang Iyan la si pembunuh. So, kita akan curious untuk baca sampai habis. Tup tup, ada banyak lagi rahsia lain. .
buku ni memang penuh ngan emosi la. Buat aku rasa sebak, nangis dan tersenyum sorang-sorang. .
oh ya, aku sukalah kisah Mel dan Dollah. Harapnya ada sambungan.
Novel ni bermula dengan santai. Mengenali si Ara Elisya yang wataknya agak masuk air, digandingkan pula dengan si sepupu, Dollah, memang mengarut habis perangai mereka! Tapi disebalik keceriaan seorang Ara, rupanya ada rahsia yang tersimpan. Rahsia kedukaan. Enter Iyan Naufal, lelaki misteri yang hadir dalam hidup Ara sebagai kekasih kepada Aifa Hani, seorang public figure merangkap crush, ex-bestfriend Dollah.
Iyan Naufal... Dia tersangatlah misteri. Gaya macam benci gila dengan Ara, sejak pertama kali jumpa lagi. Tapi kenapa? Takkan sebab tengok muka Ara je tiba-tiba benci tanpa sebab? Pelik sungguh kelakuannya. Lama-kelamaan, dia seolah-olah menaruh harapan pulak dengan si Ara. Ah, tak faham aku!
Rupanya, antara mereka, sudah ada takdir yang lama mengikat. Ada cerita yang tak tersingkap. Kisah mereka rupanya telah bermula bertahun lamanya. Rahsia pembunuhan ayah Ara sedikit demi sedikit di buka. Dan kisah itu, rupanya kisah duka untuk mereka. Cerita yang mulanya bermula dengan ringan dan santai semakin lama semakin berselirat dan penuh tanda tanya. Sungguh aku hooked!
Walaupun aku ambil masa sedikit untuk membaca kisah ni, aku enjoy gila kisah ni! Walaupun banyak tanda tanya, semuanya dijawab penulis sesuai dengan pace cerita. Semua watak bagi aku berkembang dengan baik. Aku tertanya juga, Rey yang berpindah ke Itali ni, ada kisah dia sendiri ke? Intriguing betul ending yang macam kasi hint untuk kisah Rey.
* nak letgo novel ni RM10 include postage.. berminat bolehla PM
Kuatnya seorang Ara Elisya . Setianya Iyan Naufal . Mulianya Aifa Hani . Semua karakter yang sangat menginspirasi . Jujur aku katakan , naskhah ini adalah antara naskhah terbaik yang aku baca setakat ini . Jalan cerita , olahan & watak-watak semuanya terbaik . Membaca karya penulis ini ibarat aku turut masuk ke dalam semua karekter & watak - watak ciptaannya . Siapa sangka ada manis dipenghujungnya walaupun pahit dipermulaan yang terpaksa ditanggung Iyan Naufal. Syabas & terbaik khas untuk penulis , well done !!!!
Geram sangat dgn hero and heroin. Main tarik" tali pulak. Terseksa jiwa raga yg membaca ni. And disebabkan terlalu berahsia, konflik meleret-leret n lambat selesai. Kejap ni la, kejap tu lah. Kecik besar je tengok Ara ni. Kalau ada Ara ni depan mata, memang free la dapat maki hamun. Overall, best je novel ni but watak Ara tu buatkan i as reader nak serang dia. Hish
Meleret² cerita ni. Kesimpulannya, Iyan suka kat Ara, tapi dok main tarik tali sebab peristiwa lama antara Iyan dan bapa Ara. Rasa meluat sebab dok main tarik tali tu, jadi meleret² sangat.
Ara Elisya, gadis manis yg berani tp penuh kesedihan. Kehilangan ayah tersayang. Dipaksa menikahi Razif, sepupu sendiri. Dibenci keluarga Mak Long tanpa sebab. Yg sentiasa ada hanyalah emaknya, Rogayah dan Dollah, sepupu yg paling memahami. Dollah lah segalanya bagi Ara. Dialah kawan, dialah tempat meluahkan perasaan. -- Aifa Hani yg cantik, berkerjaya, sempurna dan berjaya dlm dunia selebriti penuh glamour dgn gelaran Princess of Malay. Anak seorang hartawan iaitu Tan Sri Ali dan hangat bercinta dgn seorang chef terkenal. Pernah berkawan rapat dan satu sekolah dgn Dollah. Dollah mencintai Aifa dlm diam. -- Iyan Naufal yg kacak, punya aura dan kerjaya tersendiri bermula dari luar negara. Kini, namanya makin tersohor bila kerap muncul di tv dan mempunyai restoran. Dia anak yatim piatu yg membesar dgn cara dia sendiri. Rapat dgn Rey merangkap sahabat dan pekerjanya. Menjalinkan hubungan dgn Aifa atas sebab tertentu. -- Enam tahun lepas, Ara kehilangan ayah tersayang pada hari lahirnya. Ayahnya ditembak mati didepan matanya sendiri. Ara menjadi saksi utama dan hanya diamkan diri bila disoal. Dia bukan amnesia tp dia terlupa. Diamnya Ara rupanya menjadi pembunuh jiwa seseorang. Sejak itu, setiap tahun Ara pasti mendapat hadiah hari lahir dgn signature 'AK'. Siapa AK? Kenapa ayahnya dibunuh? -- Kemunculan Iyan bukan saja². Dia ada motif demi membongkarkan identiti seseorang dan dendam masa lalu. Hubungan dgn Aifa sekadar rancangan. Dia juga diburu Rego dr kumpulan pengedar dadah. Takdir telah pertemukan semula Iyan dgn Ara dlm beberapa insiden dan merapatkan mereka. Ara mula jatuh hati. Kehadiran Ara mengembalikan senyuman Iyan yg telah lama mati. Iyan melindungi Ara dlm diam. Siapa Iyan? Apa kaitan mereka? -- Ara yg membantu emaknya di kedai bunga dipaksa menikahi Razif tp ditolak lalu Razif memaksa dan mengasarinya. Tanpa sedar, dia berada dlm bahaya dan diburu seorang psiko atas dendam lalu. Sekali lagi Ara diuji bila maknya dibunuh. Iyan dituduh krn berada di tempat kejadian. Sadis bila insan tak bersalah jadi mangsa. Tak sangka bila misteri si psiko terbongkar. Siapa si psiko? Kenapa mak Ara dibunuh? -- Kerana kecuaian masa lalu, Ara menyalahkan diri dan menjadi buruan. Iyan yg buat silap demi menyelamatkan seseorang, terpaksa memikul rasa bersalah dan menyandang gelaran pembunuh seumur hidup. Iyan tak pernah lupa kejadian tragis itu tp dia tak mampu utk berbicara. Semakin lama satu per satu rahsia mula terbongkar. Saat kebenaran mula terserlah, Iyan yg terikat dgn janji berlalu pergi bersama Aifa. Apa pilihan yg Ara ada? Apa kesudahannya? -- Sebuah kisah action-romance yg penuh konflik dan kasih sayang. Setiap bab penuh dgn emosi dan digarap sempurna hingga terasa dijiwa. Ara yg kasihan dan Iyan menjadi pelindung. Aifa, Dollah, Rey, Sofea dan Rego hanya watak tambahan yg memantapkan jalan cerita. Setiap watak berhubung kuat ditambah dgn aksi dan emosi. Kisah Iyan-Ara ibarat bunga smeraldo - ketulusan yg tak mampu disampaikan... Mereka bersatu disebabkan rasa sayang org lain. Sangat puas bila habiskan baca buku ni. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Baru abis.. Perghh!!! Tak terkata.. Lepas asar tadi belek belek muka pertama.. Ahhh sudah!!! Tak boleh lepas pulak!!! 😂😂😂Start start jek makk da tak boleh berhenti dari trus membaca helaian demi helaian... Gila bapakkk punya best cite ni!!! Ala ala triler gitu.. Kisah si Iyan naufal dan Ara elisya.. Ara ni sedari mula lagi dah banyak masaalah hidup dia.malang sungguh nasib dia .kehilangan ayah dan ibu dalam keadaan yang sangat tragis. Iyan datang dalam hidup Ara secara tiba tiba. Datang macam taufan.. Pergi macam ribut. Begitulah.. Ara jadi bingung..siapa Iyan? Lelaki yang penuh misteri. Yang selalu ada waktu Ara dalam kesusahan.Iyan punya sebab tersendiri kenapa dia perlu lindungi Ara. Kisah ni konflik dia sangat best. Susun atur cerita yang menarik. Buatkan kita yang baca ternanti nanti apa lagi selepas ini. Tertanya tanya di buatnya.. Menjadi gilerr la penulis ni jadikan kita sebagai seorang penyiasat juga tau.. Bab menyentuh perasaan lagi la.. Iyan tu punya sakit dada.. Punya la dia nak sembunyikan rasa hati dia kat Ara.. Sampai dia terpaksa jadi seorang lelaki yang kejam. Tak berperasaan. Semata mata supaya Ara jauh dari dia. Tapi dalam masa yang sama dia selalu terjebak juga dalam misi menyelamat Ara. Ara terseret sama dalam pertelingkahan mereka. Dia takut luahkan hati dia.. Walau dia tahu Ara punya rasa yang sama. Iyan ada satu rahsia besar tersimpan kemas dalam hati dia. Yang kalau rahsia tu terbongkar... Ara pasti akan benci dan terus menjauh dari dia.. Watak Iyan ni kejung kaku.. Keras dan ganas. Namun hatinya terselit seribu satu rasa yang terpendam. Watak watak sampingan semua menjadi. Best la cerita ni. Korang baca la sendiri. Bukan kisah percintaan semata. Kisah dendam.. Kisah kasih sayang sesama saudara sepupu.. Adik beradik..dan jantung korang pun ikot berdebar waktu part cemas tu.. Terbaekk la!!! Ieya Sya#thumbs up 👍👍👍👍👍
Aku baru baca 3 novel dari penulis ni, CS and SAD were the bomb. Kisah Ara dan Iyan ni pun menarik, tapi banyak trigger warning yang bukan biasa² bagi aku, jadi tolak satu bintang untuk itu.
Semuanya bermula dari takdir berdarah yang membawa pada kesalahfahaman selama bertahun-tahun. Watak² lain dalam cerita ni pun banyak membantu dalam mengembangkan plot, so yeah it's a nice story.
2nd karya dari nukilan ieya sya yang saya dah baca. sungguh tak mengecewakan. dapat rasa sakit yang ara dan iyan rasa, dengan plot twist yang tak dijangka di bahagian klimaks cerita.. insya Allah nak try baca lagi karyanya yang lain..
Novel ieya sya jarang la tak banyak plot twist...sampai tercegang dibuatnya.. Dlm buku ni sebenarnya i kesian dekat watak aifa tau.. nasib la Author bagi happy ending dekat aifa😌tidak mmg aku pergi rumah dia
ok kalau cakap pasal buku ieya sya ni memang lah boleh jadi roller coster tau ... i memang suke gila cite yg kali ni sebab cara Ieya sya sampaikan emosi antara Ara dengan Iyan memang kene sangat ... yang sorang suka sangat simpan rahsia sampai makan diri yang lagi sorang degil semue nak ikut dia ..
jalan cerita dalam cerita kisah pengkhianat dalam hubungan kawan cinta yang menyakitkan best and worth it ..it my opinion so yeah this story it my taste.. dari awal sampai habis memang woowwww plot twist onother plot twist ,, terbaik...
Ara dari awl pertemuan dia dengan Iyan memang jadi satu tragedi yang membawa pada satu demi satu rahsia yang membuatkan Ara kehilangan seseorang yang dia sayang.. kerana satu peluru meragut nyawa orang yang tiddak bersalah.. hari demi hari Ara cuba untuk melupakan kejadian hingga lah kejadian sama berulang tapi kali ini dia kehilangan Ibunya dengan tangan orang yang pernah dia kenal.. ya lelaki yang menjadi pelindung dalam senyap ..
Iyan Naufal.. lelaki misteri muncul dalam hidup Ara... kehadiranya tidak disenangi oleh rakan baik Iyan...Rey..
hari demi hari perasaan Iyan dan Ara bertukar dari orang asing kepada cinta .. tetapi siapa Iyan dengan kisah lama.dan Ara yang mencari pembunuh orang yang dia sayang... diesebalik kisah meereka berdua ada kisah hitam yang merek sendiri tidak tahu .. ada yang merancang hidup merka berdua ..
mereka perlu antara satu sama lain tapi ... boleh kah Ara terima Iyan lepas dia dapat tahu siap Iyan dan kisah silam yang melibatkan nyawa..