Dinda Andria. Nama bukan main sedap, tapi dia suruh orang panggil dia D saja.
“Jangan panggil saya dengan nama tu. Panggil saya D.” “Nama Dinda sesuai untuk awak. Awak pulak boleh panggil saya Qib. Tapi, kalau awak nak panggil saya kanda pun boleh. Dinda, kanda.” “Tunggu Malaysia turun salji kut baru saya panggil awak kanda.”
Bagi Khairi Raqib, pencarian gadis misteri selama tiga tahun berakhir bila D muncul di hadapan matanya. Lidah jadi kelu, hati pula hanya Tuhan yang tahu. Yang jadi masalahnya, jantung D tak berdegup laju.
“D tu untuk apa?” “Awak dah tahu nama penuh saya, kan? Masih lagi nak tanya D untuk apa?” “Kalau bagi saya, d tu untuk darling. Ataupun dear.” “D untuk Dinda.”
Gara-gara hutang terlanggar side mirror, Khairi Raqib dekatkan jarak hatinya dengan D. Bila lelaki itu ajak kahwin, D tak tahu sama ada dia malu atau mahu. Apa yang pasti, Khairi Raqib mahu hubungan mereka jadi kita.
“Saya suka awak sebut perkataan kita.” “Dari dulu saya nak tanya, kenapa awak suka dengan perkataan tu?” “Kita. Satu perkataan yang melibatkan saya dan awak secara serentak. Ibarat saya dalam diri awak dan awak ada dalam hati saya.”
Kali ni jantung D sudah berdegup laju. Prinsip seteguh Tembok Besar China mula runtuh. Namun, ada rahsia yang Khairi Raqib pendam. Termasuklah peristiwa tiga tahun dulu.
Rasanya buku ni mcm buku sekali lalu baca, and then untuk mengulangnya...mayb bukan dlm masa yg terdekat. Jalan cerita yg bg saya smooth, klise... Tp untuk santai , boleh di baca .
Highlight for me ialah nama hero dan heroin..haha ..tu je yg ingat kat kepala..
Selepas habis baca novel Hero Pandang Pertama kita terus baca novel ni. Dalam novel ni kisah mengenai kawan baik Aura pula.
Kisah mengenai Dinda Andria yg mempunyai trauma terhadap lelaki. Dia memang susah nak percaya dekat lelaki disebabkan kejadian² tertentu yg berlaku dalam hidup dia. Bermula kisah bila D tercalarkan kereta Khairi Raqib then dia tinggalkan nota untuk ganti rugi. Mulanya Qib taknak terima tapi bila dia dapat tahu orang yg calarkan kereta dia tu sebenarnya perempuan yg dia tunggu selama 3 tahun jadi dia buat racangan untuk rapat dengan D. Nak dipendekkan cerita ada beberapa kejadian yg buat depa berdua ni setuju nak berkahwin. Bermula kisah hubungan mereka selepas kahwin.
Saya suka dengan cerita ni. Jalan cerita dia tak membosankan. Memang laju je habis baca, tapi tu pendapat saya lah yg memang suka cerita² santai ni. Konflik yg ada pun tak besar sangat and jalan cerita tak meleret. Dan paling penting takda watak orang ketiga or ibu mentua jahat ke apa. Paling tak suka kalau ada cerita macam tu 🤣 karya² Nia memang banyak unsur kekeluargaan yg boleh dijadikan pengajaran. Ada juga part sayu yg buat air mata mengalir atau mungkin saya yg terlampau sensitif 🤭 Apa pun saya suka 👍 lagi² dengan watak Qib yg setia tu dan watak D walaupun luaran dia kasar tapi sifat penyayang dia tu buat nampak sweet sangat 🩷🩷🩷 mereka berdua memang saling melengkapi ❤️
P/S : Excited bila ada part tiba² watak Merah Miqael muncul. Tapi kenapa sikit sangat tak sempat pun nak lepas rindu 🤧