Jump to ratings and reviews
Rate this book

CinderBella

Rate this book
Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri.

"Sah. Memang sah awak dah gila..." - Bella

"Apa kau kata?! Aku gila?!" - Shah

Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja.

"Jom kita kahwin?" - Darius

"Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?" - Bella

Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan. Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?

Paperback

First published January 1, 2018

4 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Miss Elle

6 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (42%)
4 stars
2 (9%)
3 stars
4 (19%)
2 stars
4 (19%)
1 star
2 (9%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 16, 2018
Sorry, mungkin bukan genre saya, too fairytales! n, terlalu tak matang pun iye jugak.. so sorry.

Mungkin orang lain akan suka..

Tahniah penulis.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
September 29, 2018
Its about a girl yg ad mak..hanya mak, sebab ayahnya da meninggal, n maknya kawen, so dia ada 2 abg tiri.. Maknya kawen, x tanya anak, tp anak nya ditentukan jodoh dengan abg tiri yg sulung..adil ke? Memangla x adil.

Nsb baik abg tiri yg kedua tolong melarikan heroin and bg pada hero.. And..bla..bla..sweetness overload.. And maybe bukan taste saya...haih... Gaya bahasa yg sangat2 santai membuatkan x excited nk habiskan baca...

Sorry writer...
3 reviews
November 3, 2018
The best story ever! Good job, Miss Elle. Dah lama saya menanti cerita ni, akhirnya di terbitkan juga. Ramai yang kata cerita ini 'too fantasy' tapi bagi saya ianya sempurna. What do you expect bila tajuk pun dah ala-ala Cinderella di sertakan sekali dengan kasut. Takkanlah cerita psiko-thriller pula, kan? Apa pun, cerita ni memang terbaik. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Tahniah Miss Elle!
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
October 28, 2018
Love story yg digambarkan agak too good to be true dan sweetness yang overload. Dalam dunia realiti mungkinkah ada kisah cinta anak billionaire dgn orang biasa2? (saya boleh andaikan ayah Darius ni billionaire berdasarkan harta2 yg diceritakan oleh penulis). However it come to my senses yang ini adalah sebuah novel dan bukannya kisah biography gadis bernama Bella. Sudah tentunya kisah yg digambarkan oleh penulis tidak berdasarkan norma2 kehidupan biasa kita. Mungkin cerita Cinderbella akan lebih menarik jika tidak terlampau dimekap.Maaf Miss Elle, saya lebih menyukai cerita Jadikan Aku ci-pilot mu. Plot cerita menarik dan tidak terlalu disempurnakan oleh penulis. Walau apapun Cinderbella sebuah kisah yg menarik, mungkin sesuai untuk golongan remaja yg menyukai cerita sedemikian berbanding saya yg dah masuk kategori Kilauan emas ni agaknya tak sesuai.
Profile Image for Nour.
28 reviews1 follower
October 2, 2018
tibe tibe rasa kecewa kenapa xkawin ngan abang tiri dia huhu. Sorri Miss Elle. kipidap.
Profile Image for ♡ dalisa.
12 reviews
August 9, 2022
did not finish, kurang suka dengan cara penggunaan bahasa yg kurang matang for me hahah and cerita pun kurang matang
1 review
Read
October 26, 2018
Memg bkn genre yg saya suka..maaflah..rasa kecewa dan frust jugaklah
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.