Kehadiran lelaki bernama Tengku Kamarul dalam hidup Raihana dan anaknya Ajif, mengubah kehidupan kedua-dua beranak itu. Sikap Tengku Kamarul yang terlalu mengambil berat tentang Ajif begitu membimbangkan Raihana. Raihana risau hati si anak yang terlalu dahagakan kasih seorang ayah akan terluka bila tiba masanya untuk Tengku Kamarul pergi. Lantaran itu, Raihana begitu berhati-hati dalam meladeni kehadiran Tengku Kamarul
Sikap berhati-hati Raihana itu pula semakin menarik hati Tengku Kamarul. Akhirnya Tengku Kamarul sedar, dia bukan saja sukakan si anak, malahan si ibu juga.
“Boleh papa tanya tak?”
Tengku Kamarul lap peluh di dahi Ajif. Comel sangat dia. Entah turun muka siapa. Kalau nak kata mamanya, memang tak langsung.
Mereka bahagia sebagai sebuah keluarga, namun bahagia itu rupanya sudah lama diintai sengsara. Akan kekalkan bahagia itu bersama mereka? Atau Ajif sekadar dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja?
Macam mana la agaknya rupa si Ajif siram pokok bunga, kan? Dengan guna getah paip lagi. Mesti dia banyak main air. Tapi mana berani dia nak main air sebab mama dia garang giler! Hahaha.
Sedih pulak masa Ajif nak kena ambil dengan ibu kandung dia tu. Tidakk....!!
Kasihan pada nasib Tengku Kamarul yang punya ibu seorang kaki botol.
Raihana nekad menjaga Ajif setelah ibu bapa kandungnya tidak mahukannya. Terbiasa berdua, menjadikan hidup Raihana hanya untuk Ajif. Kehadiran jiran barunya, Tengku Kamarul yang gemar melayan Ajif menjentik hatinya. Keikhlasan Kamarul benar2 menyentuh hati Raihana. Namun, banyak dugaan menanti hubungan mereka.
Compare dengan #nakajakjumpaabah, ni santai lagi kot. Kebetulan tengah stress dengan keje, memang layan je baca buku ni.. Suka dengan Ajif, polos n comel je.. saya rasa cerita ni best sebab Ajif je. Watak dia memang memikat pembaca.
Raihana memang tegas, tapi nampak kematangan dia mendidik Ajif walaupun tak kahwin. Cite pun more pasal perkembangan hubungan Raihana dan Kamarul, dengan bantuan Ajif. Tak la sweet sangat pun, direct je tapi comel sebab Ajif.
Cuma 1, macam cepat sangat la pulak ending die, macam tu je.. ingat kan ending pesawat terhempas ke apa ke kan..hahah.. over pulak pembaca. Konflik pun sekejap je, tak terlalu mengganggu pun. Apa pun, yang penting happy ending.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
I would consider this as a typical Nueen, cuma maybe yang bezanya adalah watak Raihana yang garang macam singa betina. Kebiasaannya, watak heroin novel Nueen seorang yang blur tapi mulut berbisa. Raihana is anything but blur. Ada masanya terlalu advance pun ada!
Dari segi jalan cerita, there was nothing too exciting except bila dah masuk towards the end tu jer sikit. Seperti N katakan, it is typical Nueen so you can expect a lot of flirtations antara Tengku Kamarul dan Raihana disamping diolog berbisa.
Kali ini, kisahnya lebih tertumpu kepada si cilik, Ajif. .
Ajif ialah anak angkat kepada Raihana. So, sebagai ibu tunggal yang membesarkan Ajif bersendirian, Raihana memang sangat tegas dalam mendidik Ajif. .
Sehinggalah kemunculan Kamarul, jiran sebelah rumah. Kamarul mulanya hanya sukakan Ajif, lama-kelamaan dia terpikat juga kepada mama Ajif. .
Ceritanya smooth je sehinggalah munculnya Najihah, ibu kandung Ajif yang menuntut hak penjagaan semula ke atas Ajif. Tapi, konfliknya berjaya diselesaikan dengan mudah oleh Ajif sendiri. .
Ajif ni, walaupun baru berusia 6 tahun, tapi aku rasa dia sangat matang melebihi umurnya. Bayangkan, sewaktu Najihah nak bawa Ajif ke Australia, Ajif tak menangis pun. Tapi yang dia tanya, adakah di Australia nanti, ibunya akan sediakan guru mengaji untuknya? hahaha, so Najihah sedar yang Raihana yang lebih layak untuk menjaga Ajif.
puan penulis Nueen Teratak Kasih suka bagitau, karya beliau bodoh-bodoh je. tapi beliau tau tak, yang bodoh-bodoh tulah yang ramai pembaca karya beliau rindu. ada yang baca berulang-ulang (akak salah seorang daripadanya). sebab apa tau? yang bodoh-bodoh inilah realiti kehidupan maka pembaca akan akan rasa lebih dekat dengan segala kisah yang disampaikan. tak caya?
ada je ibu yang tak nak anak sendiri. ada je manusia yang percaya hal-hal khurafat konon anak sial ni semua. kesian ajif. awal-awal lagi najihah menolak kehadiran anaknya itu. untungnya raihana sebab terpilih untuk menjadi pelindung anak malang ini. bijak, comel, petah, mesra... eh... banyak lagilah. itu sebab dipertemuan pertama, tengku kamarul dah tertarik dengan anak ini.
tengku kamarul pula, anak malang yang terpaksa menerima segala keburukan ibunya. boleh dikata puan mazura adalah ibu yang pentingkan diri sendiri. kalau tidak, masakan sanggup mengupah orang membuat perkara keji terhadap najwa sekaligus menghilangkan segala rasa dalam kehidupan tengku kamarul? tapi sebab mengenangkan puan mazura ibunya, tengku kamarul tidak ambil apa-apa tindakan.
puan penulis ada menyampaikan tentang bagaimana anak-anak kecil dijaga. mereka lembut, baik... jangan dihidangkan segala yang negatif. raihana mungkin bukan mama yang sempurna kerana garang dan agak auka berwasangka tapi dia sangat sayang pada ajif. tengku kamarul mungkin hanya pada permulaan jatuh hati dengan sikap ajif tapi dia menjadikan ajif sebagai satu tanggungjawab besar dalam kehidupannya.
pengajaran? malas nak cerita. sayang anak bukan perlu ditatang semata-mata macam sepupu raihana, si fakhrul yang sangat kurang ajar tapi mak longnya macam tak peduli pun. kerja tak, agama letak tepi... pengorbanan manusia pun, hargainya lebih baik...
Kisah Ajif,mama Ajif n papa Ajif. Memang kelakar n menghiburkan hati dengan gelagat si Ajif ni. Cuma bab konflik tu kejap sangat n xpuas dengan scene sweet muet mama n papa Ajif lepas kahwin tu. Nak lagiiii...haha
Suka bila penulis gambarkan Raihana ni orang biasa biasa dekat dihati.tau marah tak berapa reti masak n kuat membebel.hehe..xdela si heroin yang perfect lemah lembut ala ala perempuan melayu terakhir gitu. Tapi pengorbanan Raihana menjaga Ajif n menjadi mama Ajif tatkala ibu kandung sendiri membuang Ajif memang mengagumkan. Tak semua orang ada kekuatan untuk berkorban sebegitu sekali.
Done. Sayang mengapa tak merindu. Ajif anak yang bijak, mendengar kata, penyejuk jiwa buat Raihana.
Tengku kamarul jiran baru sebelah rumah Raihana. Keletah ajif buat dia rasa sayang pada anak tu. Dari panggilan uncle, bertukar menjadi papa. Mula2 sayangkan anak, selepas tu mula jatuh hati pada maknya pula. 😁
Tapi ada satu rahsia besar yang Raihana sembunyikan dari tengku kamarul tentang ajif. Rahsia apa? Kena lah baca buku ni. 😂😂.
I wish i could met Ajiff in real life. Rasa nak peluk-peluk anak comel dan keletah ni. Jarang watak utama novel tertumpu pada seorang anak kecil. Kisah kekeluargaan yg sangat dekat di hati saya.
Mengisahkan Raihana yang belum berkahwin tapi punya seorang anak lelaki, Ajif yang berumur enam tahun. Ajif berkawan dengan jiran baharu sebelah rumah, Tengku Kamarul. Perhubungan sehari ke sehari semakin rapat di antara Raihana, Kamarul dan Ajif. Dari rumah Raihana ke rumah ibu bapanya untuk hantar Ajif. Balik dari kerja, Raihana ambil Ajif pulang ke rumah dan berjumpa Kamarul. Bahagian ini yang meleret-leret dan berulang-ulang buat saya bosan. Plot yang tak berkembang. Bagus juga kalau dipanjangkan kisah Najwa. Bagaimana ibu Kamarul bersama Tengku Amylin, sepupu Kamarul serta Khairul, sahabat Kamarul berkomplot membunuh Najwa, kekasih Kamarul itu. Keseluruhan cerita agak hambar. Bila Najihah kembali untuk menuntut Ajif pun emosinya kurang berkesan. Epilogue yang pendek, sangat drastic pengakhirannya. Saya cuma suka Ajif yang bijak, cerdik dan dengar kata.