Warhammer 40,000 Rulebook atau dikenali juga sebagai Big Rulebook edisi ketujuh merupakan sebuah buku peraturan utama yang diperlukan sekiranya seseorang itu mahu bermain permainan tabletop di dalam dunia atau universe fiksyen Warhammer 40,000.
Secara asasnya,buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama mendedikasikan kepada latar belakang atau fluff Warhammer 40,000. Di dalam edisi ketujuh ini,latar belakang lebih diutamakan kepada era Dark Imperium yang menyaksikan kebangkitan Roboute Guilliman dan kejadian aneh yang dipanggil The Great Rift. Fenomena ini merupakan sebuah ribut warp besar yang memisahkan beberapa Segmentum daripada Segmentum Solar di mana terletaknya Terra,iaitu Bumi yang merupakan pusat kuasa bagi seluruh umat manusia. Selain itu,faction-faction utama manusia dan makhluk asing juga dibincangkan secara ringkas seperti Space Marines,Imperial Guard,Eldar,Tau,Tyranids dan lain-lain yang berkaitan. Kesemuanya boleh dimainkan di atas papan permainan dan memiliki miniatures masing-masing.
Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpenting iaitu bahagian peraturan. Terbahagi kepada dua sub-bahagian,Core Rules dan Advanced Rules. Core Rules membincangkan fasa-fasa penting atau Phases yang digunakan ketika bermain iaitu Movement,Psychic,Shoot,Charge,Fight dan Morale. Selain itu,tatacara untuk menyediakan pasukan atau force yang melibatkan beberapa model dan unit turut dijelaskan. Manakala,Advanced Rules membincangkan aspek-aspek permainan yang lebih kompleks dan mencabar tetapi lebih memberikan pengalaman bermain yang lebih bermakna kepada setiap pemain.