Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sindiket #1

Sindiket

Rate this book
Kisah kali ini tentang kegiatan perdagangan manusia dan organ. Kegiatan ini semakin berkembang kerana dari hari ke hari permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat. Munira seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak telah ditimpa musibah. Bila kedua-dua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajalela menculik kanak-kanak. Kumpulan Van Putih yang bernaung dibawah satu Sindiket yang besar telah membawa kedua anak Munira itu ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka.

Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu.

Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.

551 pages, Paperback

First published August 7, 2018

6 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Arman Jazee

9 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (53%)
4 stars
22 (32%)
3 stars
8 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 20, 2020
4.5*

Saya perlukan lebih lagi, tuan Arman. Okay, done this! What next, Sir? 😉.

Full review: 20/04/2020

Sebenarnya lama tak follow mana-mana penulis Karangkraf. Dek kerana sapaan Arman Jazlee (AJ) tempoh hari, baru sedar banyak buku bukan hanya tulisan beliau, tapi ramai lagi penulis yang aku suka sudah ketinggalan. Kenapa eh? Haha 😂, aku pun tak pasti.

Baik, kerana dah lama tak baca karya penulis. Jadi aku kira ianya suatu edisi pengenalan semula, dan biasanya kerana baru nak mengenal aku tak punya apa-apa expectation pada karyanya. Ianya lebih mudah begini, kerana kita akan lebih tenang membacanya.

1. Ini bukan kisah cinta ya, tapi lebih daripada itu -- cinta sang abang pada adiknya, si ibu yang menyayangi anak lebih daripada nyawanya sendiri. Dan, juga para sang pendosa yang mahu kembali pada-Nya.

2. Besar isu yang dibawa. Lihat saja tajuk dan muka depannya tapi dek kerana olahan penulis, isunya dapat dihayati dengan baik. Cuma di hujung konflik, aku rasa penuh drama, macam tengok sinetron di kaca TV, atau aku dah dapat meneka dalangnya jadi rasa teruja itu hilang?

3. Somchai & Munira. Aku suka. Good chemistry, mungkin tak terlalu mencuba jadi aku senang dengan perkembangan kisah mereka berdua.

4. Aksi martial arts dalam buku -- kalau AJ tipu aku rela ditipu haha. Serius sebab aku tak tau sangat pasal muay thai ni. Jadi kerana Somchai aku tau jugalah dah sikit-sikit.

5. Ending -- memaafkan. Move on. Hidup satu perjalanan yang panjang, dirintangi ujian depan-belakang. Tapi tiap ujian mendewasakan, dan untuk itu tahniah Zira.

Mungkin sepanjang PKP ni, mood aku sungguh baik, makanya aku puas hati dengan Sindiket, atau kerana ini genre kegemaran jadi aku dapat menghadamnya dengan baik sekali.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
April 18, 2019
Fuh. Dah lama sebenarnya aku tak mengikuti perkembangan novel dibawah alaf/buku prima. Setelah tengok salah seorang rakan di ig bookstagram update pasal novel ni, terus aku rasa berkenan untuk memilikinya.

Yes, novel ini berkaitan dengan kisah yang telah melanda negara kita. Bahkan di luar negara juga. Jenayah penjualan organ ini berleluasa. Target utama mereka adalah kanak2 yang tidak berdosa.

Dalam novel ni, banyak part2 ngeri yang diceritakan. Dan jika mungkin aku yang menonton situasi tu, barangkali aku juga pengsan. Dengan sewenang-wenangnya mereka membedah kanak2 untuk mengambil organ mereka seperti jantung, hati & buah pinggang. Malahan kornea mata juga dikorek. Ngeri sungguh part ini.

Ku harap jenayah seperti ini dapat dibendung. Kasihan pada kanak2 yang tidak berdosa & keluarga mereka. Terpaksa menerima hakikat bahawa anak mereka mati tanpa batu nisan.

Well, lepasni bolehla ku cari novel penulis ini yang lain. Sebab aku sungguh suka dengan cara penulisan beliau. Dalam hanya satu hari aku mampu khatam buku ini.

Tahniah buat penulis.👍
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
October 27, 2022
Memang seriau baca novel ni.

Bila baca pasal pemerdagangan organ, orang jahat gergaji badan pastu keluarkan jantung, fuhh.

Memang grafik. Terbayang² di kepala.

Sindiket mengisahkan tentang Munira seorang ibu tunggal. Kedua² anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajela

Saat mengetahui kedua anaknya dibawa ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka, Munira bekerjasama dengan seorang bekas gangster Somchai.

Misi membalas dendam & menyelamatkan anak yang diculik.

Saya pernah terbaca penulisnya @armanjazee berkongsi tips penulisan thriller:

"Novel aksi harus bergerak fast pace, tulisan anda mesti meningkatkan adrenaline pembaca. Jadikan setiap bab itu satu screen kisah yang tergantung dan menyebabkan pembaca ingin tahu dan menyelak helaian seterusnya. Ini namanya skill penulisan."

Dan itulah yang saya rasai sepanjang membaca Sindiket.

Rasa tak senang duduk. Rasa tertanya-tanya. Dari satu babak ke babak lain sampai kita ikut semput sekali.

Lepas ni saya nak cuba karya² Arman Jazee yang lain pula.
Profile Image for Ai Ar.
19 reviews5 followers
September 15, 2018
Mengisahkan kegiatan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menjadikan aktiviti pemerdagangan organ sebagai tunjang utama dlm cerita kali ini. Bagaimana MO mereka dari menculik sehinggalah organ² itu sampai kepada pembelinya. Mengisahkan juga liku² seorg hamba yang saban masa diuji dengan bermacam² dugaan hidup sehinggalah dia mampu menjadi seorg manusia yang paling kejam dimuka bumi.

Aku membaca karya ini bukan kerana genre, bukan kerana sinopsis, bukan kerana cover, tapi kerana penulisnya. Seorg penulis yang aku dah 'follow' dari suatu masa dahulu. Kali ini beliau suapkan aku dgn sebuah cerita yang sarat dengan dendam. Bagaimana dendam mampu membuatkan seseorang menjadi pencabut nyawa!! Karya yang padat dgn 'twist', aksi dan bermacam² rasa. Ada rasa geram, puas, insaf, pilu dan ngilu.

Ada beberapa kesilapan, tetapi kesilapan tersebut hanya di 'celah gigi'. Sedikit pun tak mengganggu gugat keterujaan pembacaan. Tahniah tuan penulis!! Ini karya aku dah campak dalam peti pesi!! 4.5/5 bintang!!
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
February 15, 2019
Review buku update di blog >> http://www.siqahiqa.com/2019/02/revie...

Mengisahkan sindiket perdagangan organ manusia, lebih tepat lagi, organ kanak-kanak. Bermula daripada kisah penculikan kanak-kanak yang dilakukan oleh Kumpulan Van Putih sehingga ke proses pembelian organ. Mereka bernaung di bawah satu sindiket besar untuk penculikan dan penjualan organ secara haram.

Aku sedikit pelik bila baca Prolog 1, di mana tiada nama Munira dan Somchai seperti dalam sinopsis. Bila habis Prolog 1 dan bermulanya Prolog 2, aku yakin pasti ada kaitan antara kedua-dua prolog ini tapi tak pasti apa kaitannya. Dan semuanya terbongkar sedikit demi sedikit hampir pada pengakhiran cerita.

Kasih sayang yang tidak ternilai oleh ibu, Munira membuatkan dia bersungguh untuk menyelamatkan dua orang anaknya yang diculik setelah pihak polis menghentikan siasatan kerana tidak cukup bukti. Somchai, lelaki yang mengalami pelbagai liku kehidupan lantas menjadikan dia seorang manusia yang paling kejam dan digeruni.

Pertalian antara Munira dan Somchai tidak disangka. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan anak-anak Munira dan membanteras sindiket ini.

Karya yang sangat padat dengan plot twist dan aksi. Pelbagai perasaan muncul dalam diri ketika membaca karya ini. Sedih, ngilu, marah, dan geram.

Aku suka akan pengakhiran buku ini. Kehilangan orang tersayang menjadikan seseorang itu lebih tabah, kuat, dan tak mudah putus asa. Berjuang untuk diri sendiri dan mereka yang meninggalkan dirinya.

Tahniah kepada penulis 👍🏻👍🏻

P/s: akan dibeli lagi buku terbitan Buku Prima yang bertemakan thriller. Menarik 👍🏻👍🏻
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
March 4, 2021
Memang tak dapat dinafikan, penulis ni memang pakar dalam menulis novel bergenre thriller. Scene2 aksi non-stop, memang terasa thrill betul di sepanjang pembacaan. Diselitkan juga dengan babak2 slice of life yg sedih betul, dan juga dakwah yg menginsafkan. Recommended untuk peminat2 genre thriller. Novel ni ada 2 prologue. Pada mulanya tertanya-tanya juga perkaitan antara keduanya. Di pengakhiran cerita, barulah semuanya terungkai.

Prolog pertama menceritakan tentang Naim dan adiknya, Naina yg diabaikan dan didera oleh ibu-bapanya. Akhirnya Naim nekad membawa adiknya itu untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Di sana, barulah dia sedar bahawa kehidupan di bandar raya itu tidaklah seindah mana...

Prolog kedua pula memulakan cerita utama novel ni. Mengisahkan tentang satu sindiket perdagangan organ yg menculik kanak-kanak untuk dijadikan mangsa. Selepas dua anaknya diculik, Munira nekad untuk menyiasat sendiri kes itu selepas pihak polis terpaksa menghentikan siasatan kerana kekurangan bukti. Segalanya berubah apabila Somchai, seorang penjahat tiba2 mengambil keputusan untuk membantu Munira mencari anak-anaknya yg diculik itu...
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
February 4, 2025
Sindiket, mendedahkan isu keruntuhan institusi keluarga yang membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

Pada saya, jika dirumuskan, Sindiket mengangkat dua watak ibu yang berbeza.

Nadia, ibu yang meninggalkan anak-anak dan suami demi kemewahan. Tak ada belas kasihan walau dirayu oleh anak-anaknya.

Munira, ibu yang meninggalkan satu-satunya pekerjaan demi anak-anak. Diugut oleh majikan, dan pihak-pihak lain, dia tetap dengan pendirian. Tidak takut andai nyawa hilang demi mencari anak-anaknya yang diculik oleh satu sindiket.

Isu dan jalan ceritanya baik dan menarik. Cuma, dialog watak-wataknya, 'tidak hidup'. Rasa kurang berkesan. Rasa macam tak real. Saya lebih sukakan penulisan Arman Jazee dalam novel Leluhur dan Perhitungan. Lebih hidup pertuturan watak-wataknya.

Dan, perkaitan antara watak yang mungkin dibina sebagai plot twist di akhir-akhir, tak begitu berkesan. Mungkin kerana watak itu muncul sesekali dan tiba-tiba ia jadi watak penting yang melakukan plot twist. Karakter watak Datin Lily, macam tak kena ketika di akhir cerita.

Perkaitan watak Somchai dan Munira, lebih hidup. Ketika Munirah dan Somchai tahu siapa mereka antara satu sama lain, saya boleh selami perasaan Somchai pada ketika itu. Pertemuan yang membuka ingatan Somchai terhadap kebaikan satu-satunya manusia yang dia ingat sampai mati.

Selain kisah dua orang ibu, dan kisah keruntuhan moral masyarakat yang terlibat dengan dadah, judi, gengsterisme, sindiket pemerdagangan manusia, ia juga menaikkan tentang kepentingan pendermaan organ jika dibuat secara sah.

Manusia hilang kemanusiaan.

Demi menghidupkan anak sendiri, manusia melupakan hak hidup anak orang lain.

Dan, manusia dengan ilmu (pakar bedah, pakar bius...), hilang akhlak apabila sanggup menerima tugas membunuh demi imbuhan yang besar.

Cerita ini, bersifat thriller apabila ia melibatkan watak-watak yang berdepan dengan sindiket kejam. Tetapi, ia jadi hilang thriller apabila mudah benar watak-wataknya, berubah.

Somchai insaf dengan sangat cepat apabila bertemu Munira. Munira berubah daripada wanita biasa kepada wanita yang boleh berlawan dengan manusia ganas, kejam, dah biasa bergaduh, bunuh orang... dalam hanya beberapa bulan.

Perjalanan mencari anak-anak Munira sangat lancar. Mudah mereka menemui jutawan Arab yang membeli anak-anak Munira, hanya dengan pertanyaan kepada pemandu teksi yang menjemput mereka di lapangan terbang. Kebetulan yang benar-benar kebetulan. Tak perlu makan masa berhari-hari.

Apa pun, cerita ini masih cerita yang bagus. Ia boleh membuatkan kita lebih berhati-hati terhadap permainan duniawi.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
January 30, 2025
Kehilangan kedua-dua anaknya membuatkan Munira nanar. Hinggakan dia tidak lagi mempercayai pihak polis untuk menemukan anak-anaknya. Lalu dia cuba menjejak sendiri van putih yang digunakan untuk menculik kanak-kanak tersebut. Dalam proses itu dia bertemu Somchai penjenayah yang digeruni kerana kehebatan dan kekejamannya.

Kental betul hati Munira dalam proses mencari anak-anaknya. Dari seorang wanita yang lemah lembut berubah menjadi wanita lasak. Pelbagai halangan ditempuhinya hanya untuk mencari kedua permata hatinya.

Perangai bos macam Datuk Azhar ni memang banyak. Tahu nak untung dia sahaja tapi kebajikan pekerja langsung tidak diendahkan. Boleh pula dia main ugut-ugut nak pecat orang. Kan dah mendapat. SH puas hati betul bila Munira bertindak sedemikian rupa pada Datuk Azhar.

Tengku Azmi ni pun contoh manusia yang tidak seharusnya menjadi suami dan bapa. Boleh pula dia salahkan Munira atas penculikan Zeri dan Zira. Padahal kejadian berlaku di sekolah. Pengawal keselamatan yang berdekatan dan nampak kejadian pun tak mampu berbuat apa-apa ini pula Munira yang jauh di pejabatnya.

Dalam naskah ni memang banyak betul watak-watak yang boleh buat SH mendidih. Mak Naim dan Naina, Tengku Azmi, Datin Lily, Prem, Toi, Rahman dan ramai lagilah. Memang membaca sambil segala sumpah seranah keluar mengenangkan perangai dan kelakuan bejat masing-masing.

SH rasa babak Munira menyatakan sayangnya tu rasa tak kena. Sebab sebelum itu sepanjang mereka bersama tak nampak langsung menunjukkan ada 'spark' yang berlaku di antara mereka. Rasa macam tiba-tiba betul.

Rahsia di sebalik Somchai memang SH dah boleh agak tetapi kaitan antara Somchai, Munira dan juga Datin Lily sangat mengejutkan. Dan SH suka dengan kejutan demi kejutan yang diberikan itu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
September 15, 2018
Thriller yang sangat mengancam dan ohsem.. Penulis berjaya menjadikan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya sebagai punca ibu itu menjadi kuat demi menyelamatkan anaknya.. Peristiwa kejam dan menyayat hati membentuk seorang lelaki menjadi kejam namun Allah itu maha kuasa dan hidayah itu boleh datang bila-bila sahaja.. Somchai dan Munira mempunyai pertalian yang tak disangka.. Kerana pertalian itu mereka mengejar musuh.. Puas.. Memang puas.. Isu penjualan organ dan penculikkan kanak-kanak yang berjaya..
8 reviews2 followers
April 9, 2019
Highly recommended 👍👍after Perhitungan.
Tersangat best cerita ni.Sarat dgn pelbagai perasaan yg sukar digambarkan.Sangat meruntun jiwa saya sebagai seorg ibu,seorg wanita dan seorg manusia yg Allah kurniakan akal fikiran yg waras.Kemanakah hilangnya sikap keperimanusiaan apabila wang mengaburi mata?
Penulis berjaya membawa saya masuk ke dlm cerita ni dan menjiwai jiwa seorg wanita. Tahniah Arman Jazee memang terbaik.
Tak nak cerita bnyk,for those yg belom dptkan cerita ni...dptkan segera.
Antara novel paling cepat saya habiskan membaca, 2 hari saya dah habis baca hehe
Profile Image for Ain Book collectors .
40 reviews
July 4, 2023
Kesian Zira kehilangan mak ,adik lelaki angkara neneknya yang jahat.hampir je menangis.kes culik kat Malaysia PON berlambak.harap pihak polis dapat tangkap penjenayah 2 ini.realiti PON banyak kes culik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Athirah Idrus.
408 reviews9 followers
September 23, 2025
Rating: 3.75 stars

Pelbagai jenis perasaan yang saya lalui masa baca buku ni – cemas, geram, marah, benci, sayu, puas, semuanya menggolak perasaan. Buku ini buku kedua yang saya baca dari Arman Jazee. Ternyata penulisannya dalam buku Leluhur mengasyikkan, sehingga saya terpanggil untuk membeli buku ini walaupun agak ngeri membaca sinopsis. Tengok saja muka buku ini pun dah rasa takut.

Saya rasa kekuatan buku ini ada pada plotnya. Pada mulanya saya amat geram membaca perjalanan hidup watak utama, di mana dia dibenci dan diabaikan ibu bapanya. Runtunnya perasaan saya bila fikirkan ada orang yang menjadi ibu bapa hanya pada nama, bukan dari segi perlakuan. Makin lama baca, makin terkejut. Ada pula orang yang sanggup melakukan kejahatan kepada kanak-kanak, hanya demi keuntungan wang semata-mata.

Tahniah kepada penulis kerana menjayakan watak-watak jahat dan juga penceritaan yang menarik walaupun topiknya agak keras dan agak sukar dihadam. Antara jenayah yang paling menakutkan adalah jenayah pemerdagangan manusia. Ada berlaku di Malaysia, Cuma ramai di antara kita yang masih alpa dan tidak tahu, hanya kerana tidak terkena kepada anak atau saudara sendiri.

Saya mungkin berikan rating lebih tinggi kerana plot cerita tetapi saya kurang senang dengan watak-watak utama. Mungkin ‘perlu’ keganasan untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam buku ini, tetapi pengulangan kata-kata ‘aku bunuh kau aku bunuh kau’ dan seumpamanya berkali-kali sangat menjengkelkan. Watak perempuannya juga begitu lemah. Ya, memang ada orang sebegini di dalam dunia tapi Ya Allah, letih betul baca pasal Munira. Tolonglah ibu-ibu dan para wanita jadi lebih kuat. Kita punya pilihan. Yang jadi mangsa adalah anak-anak. Geram betul.

Apa-apa pun saya hargai usaha penulis dalam membawakan plot seperti ini, yang jarang diketengahkan di mana-mana. Sebagai manusia, kita perlu berhati-hati dan memastikan perkara ini tidak berlaku. Sedih bila tahu ada orang yang memandang hina orang lain yang dianggap tiada nilai dan boleh dikorbankan dengan sewenang-wenangnya. Saya tak sabar nak baca lagi buku-buku penulis ni.
Profile Image for Hanim.
17 reviews4 followers
January 14, 2025
Ulasan Buku: Sindiket oleh Arman Jazee

Sindiket karya Arman Jazee adalah sebuah novel thriller jenayah yang penuh dengan elemen misteri dan aksi mendebarkan. Novel ini mengupas sisi gelap dunia jenayah terancang di Malaysia, memperlihatkan bagaimana sindiket beroperasi dengan licik serta pengaruhnya terhadap masyarakat dan pihak berkuasa.

Arman Jazee berjaya menggambarkan watak-watak dengan mendalam, terutamanya protagonis yang terperangkap dalam konflik moral antara tugas dan keadilan. Bahasa yang digunakan dalam novel ini padat dan penuh emosi, menjadikan setiap babak terasa hidup dan berkesan. Pengarang juga menyelitkan elemen tempatan seperti latar tempat dan budaya Malaysia, menjadikan cerita ini lebih dekat di hati pembaca tempatan.

Plot Sindiket disusun dengan baik, penuh dengan plot twist yang tidak dijangka. Pembaca akan sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang mungkin terasa agak perlahan, ia tidak mengurangkan keasyikan cerita keseluruhannya.

Secara keseluruhan, Sindiket adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang gemarkan novel bergenre thriller dan misteri. Ia bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membuka mata terhadap realiti gelap yang mungkin berlaku di sekeliling kita. Buku ini pasti akan membuatkan pembaca tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang karya-karya lain oleh Arman Jazee.

Penilaian: 4/5
Profile Image for Nor Afizah.
12 reviews1 follower
July 27, 2019
🤗Assalamualaikum & slmt petang,saya nak review novel SINDIKET.:-

S :- Sebuah kisah yang sarat dengan emosi serta mendebarkan.

I :- Intipati ceritanya sarat dengan pelbagai pengajaran, baik dari segi moral ,kemasyarakatan mahupun kerohanian.

N :- Ngilu dan ngeri bila membaca bahagian permindahan organ secara haram,betapa kejamnya manusia sanggup membunuh anak kecil yg tidak berdosa hanya kerana ketamakan dunia.

D :- Dua kisah dalam satu novel, digarap secara berasingan tetapi saling berkait sebenarnya.

I :- Ibu mana yang sanggup terima kehilangan anak nya dengan pasrah shj.? Perjuangan munira untuk menyelamatkan kedua anaknya yg diculik oleh geng ' van putih' sangat mengagumkan.

K :- Kekuatan dalam menghadapi setiap ujian datangnya dari Allah,maka jangan pernah berputus asa denganNya antara apa y penulis cuba sampaikan.

E :- Enam jam diperlukan secara total untuk saya habiskan novel menarik ini.

T :- Tentunya saya sangat berpuas hati dengan endingnya,menarik juga jika difilemkan hehehhe.syabas penulis ,plot twist dihujung cerita memang saya tak jangka.

Akhirnya ,rate saya untuk novel ini 4.9/5 bintang
Profile Image for Haliza Mohd Dan.
15 reviews1 follower
February 10, 2025
Dimulai dengan kisah duka hidup Naim, seorang kanak yg berusia 12 tahun - ditinggalkan ibu. Kemudian krn kecewa bapanya menjadi pemabuk & kaki judi. Dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya Naina yg sindrom down. Diabaikan, dipukul & didera - makanan harian Naim & Naina. Dia mendapat simpati seorang guru yg baik iaitu Cikgu Bakar.

Namun, setelah ayahnya mati dibunuh, dia dihalau keluar dr rumah sewa - Naim membawa Naina tinggal dibawah jambatan, dgn sekumpulan penagih dadah. & pengakhiran hidup mereka berdua cukup tragis.

Selepas 20 tahun...
Munira menerima berita penculikan 2 orang anaknya ketika pulang dr sekolah. Kekecewaan dgn pihak polis yg gagal menemukan anaknya mybbkan dia bertindak sendirian menyiasat. Penyiasatannya menemukan hasil yg memeranjatkan - anaknya diculik oleh geng penjual organ...

Somchai, seorang gangster menawarkan diri membantunya, sekaligus membongkar & melumpuhkan satu organisasi besar pemerdagangan organ manusia.

Mestilah ada plot "twist"...bagaimana seorang gangster siam yg ganas sanggup mengkhianati kumpulannya demi Munira... & siapa dalang yg paling besar dlm jenayah ini turut dibongkar.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
352 reviews3 followers
July 4, 2025
Ulasan Buku Sindiket oleh Arman Jazee

karya Arman Jazee memang tak pernah mengecewakan. Sindiket kali ini penuh drama dan emosi — banyak sangat watak yang teraniaya sampai buat aku rasa geram! Kadang-kadang terfikir, “Kalau watak utama tu terus je duduk rumah cikgu, kan senang?” Tapi kalau semudah tu, bukanlah cerita Sindiket namanya 😅

Buku ini mengangkat kisah konflik keluarga yang "broken", dendam terhasil setelah menzalimi anak sendiri. Kerana harta, ada yang rela tinggalkan keluarga. Tapi akhirnya, satu peristiwa membuka kembali pintu lama yang sekian lama tertutup.

Sad ending. Dan ya, memang banyak part yang buat air mata jatuh. Bahagian paling menyentuh bagi aku adalah tentang Naim dan adiknya — terus teringat filem Grave of the Fireflies. Jadi bagi aku, Sindiket ini kombinasi hebat antara Taken dan Grave of the Fireflies. Best tak? Mestilah triple best!

Aku pesan awal-awal — sediakan tisu. Sebab air mata tu memang tak boleh tahan. Lepas ni nak sambung baca Sindiket 2.0. Ready tak?


Naina, kesian kamu...tidak😭😭😭😭😭😱😫
69 reviews
March 4, 2019
Buku yang sangat membuka mata terutama ibu bapa di luar sana tentang keselamatan anak-anak mereka yang kian terancam! Even aku takde anak tapi adik aku yang masih kecil membuatkan aku risau tentang keselamatan mereka. Bagaimana jika benda macam ni terjadi kat batang hidung sendiri. Sepatutnya buku ni diadaptasi menjadi filem atau drama sebab bagus sebagai peringatan! Jadi buku ni dah masuk lima kali aku baca eBook dia. Klik je link ni senang engko nak baca and bawa ke mana2 (https://www.e-sentral.com/book/info/2...)
Profile Image for SN Fatihah.
12 reviews
November 10, 2022
Karya daripada Arman Jazee yang pertama saya baca. Plot yang unik dengan olahan menarik. Tema kekeluargaan yang diangkat serta isu yang dekat dengan masyarakat.

Aksi yang ditulis pun sangat thrill. Sampai nak termuntah baca pun ada! Bukan muntah meluat tapi sebab sangat gore.

Selepas baca karya ni, terbayang anak saudara. Semoga selamatlah mereka daripada sindiket ini.

Satu je yang kurang suka, kulit buku tu. Mungkin tak minat cover yang begini. Apa pun karya ni terbaik!
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
July 11, 2023
Separuh buku ni penuh dgn babak yg sangat brutal.. serius aku baca pun terasa ngilu & loya je..
separuh akhir buku ni baru lah banyak babak2 aksi..
Aku kasi 4 bintang je sebab aku tak puas hati ending dia.
Aku tak puas hati kat polis2 yg pandang rendah kat Munirah tu… mengharap la ade babak polis2 tu kena malukan tp takde..
Terpaksa lah aku reka sendiri babak2 tu dalam lembaran imajinasi ku je..
😅
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
July 30, 2022
Jalan cerita menarik, cuma kadang seperti menonton drama 'cerekarama TV3' sangat cliche.. lengok bahasa kaku. Sampai sahaja bab anak Munira kena culik. Saya dah dapat agak plot twist semuanya. Mungkin yang buat saya rasa bosan ialah gaya penulisan. Terlalu keras. Apa pun saya tetap salute pada penulis yang cipta awareness tentang permasalahan dunia kanak-kanak yang bahaya.
Profile Image for NANIEYYY BIBLIOPHILE.
18 reviews1 follower
January 20, 2025
Buku ini bukan saja menceritakan mengenai proses penculikan kanak-kanak, malah diterangkan secara terperinci setiap proses yang berlaku sehingga ke proses pembelian organ.

Karya yang sangat padat dengan aksi dan plot twist. Aksi yang mendebarkan dan juga ngeri. Ngeri sampai rasa kalau tengah tengok filem, pasti aku akan tutup mata. Haa begitulah tahap kengerian yang aku rasa.

Pelbagai rasa muncul ketika baca buku ini. Penulis boleh dikatakan bijak dalam menimbulkan emosi sedih, marah, geram, nyampah dan sebagainya.

Jalan cerita tidak ada sedikit pun babak yang bosan. Susunan plot yang kemas dan teratur dalam Prolog 1 dan Prolog 2. Buku ini ada dua Prolog. Sepanjang aku membaca Prolog 1, aku tertanya-tanya di mana watak utama Munira dan Somchai seperti yang ada pada sinopsis. Teruskan membaca Prolog 2 dan di situlah bakal bertemu dengan jawapannya.
Profile Image for Mim.
36 reviews
January 15, 2025
Best. Memang best.

Bila sedih, terasa kesedihannya. Bila kejam, terasa kekejamannya. Semuanya sampai. Babak pergelutan dan perlawanan dapat digambarkan dengan begitu baik.

Masa mula-mula baca tu saya ingat kan buku ni koleksi cerita pendek mengenai sindiket. Jadi plot twist demi plot twist menjadilah untuk saya.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
August 1, 2020
Fuh fuh fuh
Terasa baru lepas berlari tanpa henti
Gila lah ...
Action pack non stop

Malas nak cerita panjang penat
Baca lah ...
Awesome ... Tak boleh berhenti
Kalau berhenti pun sebab tidur mengantuk

Takkan sangka semua
And ending nya ... It's better than nothing ...
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.