Kehidupan seharian Habil tidak seperti kebanyakan orang. Pelbagai kemelut perlu dilaluinya. Dia seringkali memaksa diri mengerah minda untuk mencari jawapan tentang kebenaran kisah hidupnya. Baginya Qabil, kembar yang terlalu disayangi sentiasa ada di sisinya. Keakraban mereka seperti isi dengan kuku. Di mana ada Habil, di situ juga ada Qabil.
Anehnya semua orang mendakwa Qabil sudah mati. Kematian yang tidak berkubur membuat Habil tidak pernah berhenti menjejak kembarnya itu. Tekadnya semakin bulat untuk membawa Qabil pulang ke pangkuan ibunya. Habil tahu yang ada di dalam hati ibunya adalah Qabil, Qabil dan Qabil, bukan dirinya. Keadaan itu membuat Habil selalu berjauh hati.
Keakraban Habil dan Qabil, sama akrabnya seperti Habil dan sungai. Tidak boleh dipisahkan. Dari tebing sungai juga munculnya Puteri. Puteri mendakwa Habil adalah kekasihnya sejak ratusan tahun lamanya. Dari sungai juga, datangnya Panglima Hitam makhluk besar berbulu hitam dan bermata merah biji saga.
Kedua-dua makhluk itu saling berebutkan Habil dengan tujuan masing-masing. Mereka mahu membawa Habil ke satu daerah yang tidak terlihat oleh pandangan manusia biasa. Minda dan semangat Habil cuba ditakluki oleh mereka. Panglima Hitam bertindak di atas arahan Dasim, makhluk seperti monyet besar. Puteri pula melakukan kehendaknya kerana terkeliru di antara Habil dan Qabil. Dia tidak dapat membezakan di antara keduanya.
Tanpa Habil menduga, rupa-rupanya dia telah pun beristeri. Habil tidak dapat menerima kenyataan yang mengejutkan itu. Hidupnya semakin tertekan. Asakan demi asakan Marshita dan gangguan Puteri serta Panglima Hitam, membuat Habil nekad membawa diri. Pergi jauh daripada keluarga. Dia pergi ke daerah yang begitu asing sekali.
Di situ dia bertemu kembali dengan Qabil. Pertemuan itu begitu menggembirakan Habil. Selama ini firasatnya tentang Qabil tidak pernah silap. Ternyata Qabil masih hidup. Kegembiraan itu tidak lama bila Qabil lebih memilih untuk menjadi seteru. Bukan lagi kembar yang dilahirkan daripada perut ibu yang sama. Tiada lagi rasa kasih Qabil terhadap Habil. Qabil lebih rela mengorbankan Habil demi memuaskan hati Dasim si monyet besar yang durjana.
Ketika ini Habil pula bertarung antara hidup dan mati. Apakah kesudahan kisah mereka?
hmm... karya puan penulis Novelis Izam Nor II ini banyak kekurangan. lompong juga ada di mana-mana. tapi akak salute keberanian yang puan penulis berani lakukan. percubaan untuk genre ini yang pertama buat beliau. ideanya juga tak kurang menarik. penyampaian beliau buat pembaca tertanya-tanya sehingga ke hujung baru banyak persoalan terungkai. andaian pun banyak tak mengena. nampak tak betapa puan penulis mampu menggelodakkan rasa dalam jiwa pembaca? dunia ini, banyak misterinya. bila watak habil terperangkap di dalam dunia lain, memang kena akui...
kalau nak diikutkan sebenar, perjalanan kisah ini panjang. dari waktu susah habil sekeluarga. dari zaman remaja dia melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan sehingga dia dan zurita rupanya punya ikatan. habil juga ada kembar, qabil. qabil hilang.
muncul puteri maya sari. puteri yang entah dari mana, menyatakan habil miliknya. puteri ini pula bersengketa dengan dasim yang ingin jadikan puteri miliknya. habil tersepit diperantara. puteri mahukan habil, dasim mahukan puteri, habil pula nak menyelamatkan qabil yang ada dalam pasungan dasim. aduh! terbeban jiwa mengenangkan seksa watak habil ini sebenarnya.
bagi akak, sebenarnya puteri ini lebih layak pada watak zurita. dialah menjadi tunjang kekuatan habil. dia yang meniup semangat habil yang goyah. dan dia yang mempercayai tentang habil keseluruhan walaupun ibu habil sendiri goyah kepercayaan. so, jangan ingat puteri alam lain tu indah ya. hehe.. jelmaan je semua tu...
penyakit manusia ni banyak jenis. selagi nyawa dikandung badan, usaha untuk menyembuhkan memang perlu. macam habil sendiri, putus asa tak pernah ada pada zurita. dia yakin habil tetap akan sembuh. penyakit lain yang mampu memudaratkan diri seperti tamak, dengki, busuk hati, mudah jatuh hukum, talam dua muka... haa.. yang ni agak-agak boleh tak diubati?
Pertama kali baca karya dari penulis. Saya lost dalam buku ni. Banyak ketiba-tibaan dan persoalan yang tak terjawab dalam buku ini. Mungkin penulis perlu letakkan timeline atau garis sempadan/tempat/alam supaya pembaca tidak keliru. Bila setting tempat melibatkan 2 zaman atau alam, senang untuk pembaca keliru dan hilang rentak.
Juga persoalan seperti kenapa muncul Puteri dalam hidup Habil, kenapa Habil sakit seperti itu juga tidak dirungkai dengan sempurna dalam ni.
Satu lagi, walaupun tajuk buku ini ialah Puteri tapi bagi saya, watak Puteri Maya Sari hanyalah watak tambahan sahaja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
🔍 Sinopsis Ringkas Habil dan Qabil merupakan kembar seiras. Mereka adalah satu yang sukar untuk dipisahkan. Kehilangan Qabil tidak dapat diterima oleh Marshita dan juga Habil sendiri sehingga membawa kepada perjalanan merentas garis masa yang berbeza dengan dunia nyata.
💭 Ulasan Cerita ni bagi saya memang best. Dari awal saya faham dan dapat gambaran tentang kehidupan Habil sehingga saya terbuai sendiri dengan kisahnya. Walaupun tajuk agak mengelirukan. Sehinggalah latar tahun berubah. Habil mula keliru dengan apa yang dia alami, saya juga terasa keliru sama seperti dia.
Ramai orang kampung mengatakan Habil ni sakit, tapi sakit Habil ni sukar untuk ditafsirkan dengan perkataan. Hanya Habil dan pembaca yang pernah alami situasi itu saja akan mengerti apakah maksud penyakit yang Habil lalui.
Selain itu, kekuatan cerita ini berpusat pada konflik dalaman Habil. Di mana dia rasa selalu disisih oleh ibunya sebaik saja mereka kehilangan Qabil, adik kembar Habil. Maka, dengan cara apa sekalipun Habil telah nekad untuk membawa Qabil kembali ke pangkuan ibu mereka, Marshita.
Hanya kerana mahu melihat Marshita kembali gembira dan ceria. Namun, dalam niat nekad itu akhirnya memakan diri sendiri. Dia terlupa banyak perkara tentang waktu di dunia nyata.
Memasuki alam lain membuatkan Habil hampir tergoda dengan sumpahan dan mantera Puteri, bergaduh dengan Dasim yang hanya mahu mengucar-gacirkan anak Adam.
Dalam waktu yang sama Zurita, isteri Habil tidak pernah meninggalkan suaminya. Tidak kira di mana Habil berada, Zurita akan sentiasa menjadi semangat dari jauh. Segala perit dan liku dia sanggup hadapi demi kasih kepada si suami walaupun dia berbadan dua menanti hari untuk melahirkan zuriat mereka melihat isi dunia.
Setiap watak yang ada memberi kesan dan impak yang berbeza.
Sejujurnya sebagai pembaca, saya rasa terbuai dengan kisah Habil menjalani setiap liku kehidupan. Di samping, Habil merentas garis masa yang hanya difahami oleh dia dan pembaca.
💡 Kekuatan Buku ✔ Perjalanan watak Habil serta konflik dalamannya diberikan penutup yang baik. ✔ Mistik yang adakalanya wujud di dunia nyata, tetapi kisahnya amat terpencil untuk dijadikan sebagai isu utama.
⚖️ Cadangan Penambahbaikan : 1. Mungkin boleh diperbaiki atau diperincikan lagi tentang penyakit Habil. Saya tertarik untuk tahu bagaimana sakit itu diklasifikasikan pada zaman moden ini. 2. Mungkin boleh dipanjangkan lagi tentang bagaimana Puteri boleh menganggap Habil sebagai kekasih.
🌟 Kesimpulan Bagi saya, Puteri adalah watak tambahan saja dalam cerita kerana pusat cerita lebih tertumpu kepada Habil. Walau bagaimanapun kisah ini ada pengajaran yang boleh pembaca ambil iktibar. Secara jujurnya, saya suka dengan kisah Puteri. Misteri dan mistiknya sampai kepada pembaca. Malah sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah misteri yang perlahan tetapi penuh dengan unsur mistik.
Novel ini ada jalan cerita yang bagus.walau pun ada terkurang "rasa" pada penamatnya huhu..kisah Habil dan Qabil yang terpisah oleh kematian.puas juga saya menahan diri dari terus membaca muka surat terakhir kerana teka teki dan persoalan yang meleret.sama ada Puteri benar benar wujud atau hanya imaginasi Habil dalam tekanan perasaan kematian Qabil.walau saya berharap Qabil dapat kembali semula ke alam nyata.sebuah cerita yang keliru tapi dapat saya sambung simpang siurnya.jarang baca buku begini.biasa buku hantu yang terus terang.sebuah kisah yang menarik.sebuah perjalanan yang panjang.
Cerita ni berat sebenarnya. Tahniahlah kepada penulis. Lenguh jari jemari nak menyelak satu persatu, tapi akhirnya berjaya jugak aku habiskan.
Selain daripada kisah mistik/paranormal boleh ke aku kategorikan sebagai mental illness? Sebab ia melibatkan sakit misteri. Dengan suara2 yang pesakit saja dapat mendengar.
Apa yang aku suka, doa dan kemaafan ibu bapa penting dalam kesejahteraan hidup, beriman dan yakin hanya Allah segala2nya