Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
“Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!”
“Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?”
Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti telah sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti! Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?
“Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!” – RAZMAN
“Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng tu. Kau kan kuat makan!” – BAIZURA
“Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?” – MAIZATUL AKMA
Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional.
Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.
Suriati aka Ati, ketika zaman persekolahannya sering dibuli dan diejek lantaran tubuh badannya yang gempal. Cintanya pada Rayyan juga dioersenda, sehingga mengakibatkan tragedi. Setelah sepuluh tahun, dia kembali untuk membalas dendam terhadap mereka yang pernah menyakitinya.
Sebuah kisah thriller yang langsung, tidak berbelit, malah mangsa dan dalangnya telah terdedah sejak awal tanpa ada rahsia. Cuma, mungkin pembaca akan ternanti-nanti pembalasan yang akan dilaksanakan oleh Ati.
Permulaan cerita agak perlahan dan banyak memperkenalkan watak, yang ada kaitan secara langsung atau pun tidak dengan mangsa. Secara peribadi, yang kurang berkenan dengan watak yang pelbagai dan subplot yang tidak begitu penting; seperti Tauke Lim, Mail Tibai, Doktor Yazid yang sekadar muncul untuk membuktikan kekejaman Ati dan orang suruhannya.
Namun, cerita menjadi menarik ketika kembali di rumah banglo itu. Pengakhiran yang sedikit mengecewakan, mungkin andai dibiarkan Ati dan bongkok berleluasa dan meninggalkan sedikit misteri mengenai bongkok, menjadikan cerita ini lebih menarik.
Apapun, itu hanya pandangan peribadi saya. Maaf andai ada yang tidak berkenan dengan review ini. Tahniah untuk penulis!
psiko jap.. hehe... macam ni, puan penulis Siti Rozilah Novelis atau nama penanya rosa nur, tidak menyorokkan apa-apa kisah pun daripada kita pembaca. tapi... haa... tapi, sebab kita pembaca, kita diseksa dengan perasaan nak bagitau watak ni jahat, watak ni penipu, watak ni teruk, ehh.. kau kena tipu.. adoi, dia ni jahat... kita pembaca hanya mampu membaca kesengsaraan watak-watak yang ada tanpa mampu menyelamatkan mereka. nampak tak mainan emosi puan penulis pada kita ni? seolah-olah segalanya berlaku depan mata tanpa mampu kita buat apa-apa... kejamkan?
suriati membawa dendam lara yang menjadi racun dalam dirinya. puan chempaka yang menggalakkan lagi api dendam dalam jiwa. mereka berdua, punya memori hitam dengan insan sekeliling terutama lelaki. puan chempaka yang terpedaya dengan mainan perasaan oleh hadi yang rupanya telah beristeri malah turut memperkotak-katikkan maruah dirinya. suriati pula, sebabkan kegemukan dia sering diejek dipermainkan oleh teman-teman sekolah.
masa berlalu, dendam makin menyala. misi bermula... suriati a.k.a. aurora merencana. bongkok dan jimi menjalankan kerja mereka. baizura, hanna, razman dan rayyan menanti padahnya. siapa yang menghalang, maut padahnya!
dendam, umpama api dalam sekam. jika tidak dipadam, ia mampu membakar dalam diam. manusia, adakala ada yang suka menghina dalam tawa. ada yang suka mengata dalam senda. hati-hati kerana itu semua mampu membuat jiwa sengsara jika tidak dibendung keceluparannya!
Superb. Sesuai dengan tajuk, dengan cerita, dengan watak utama yang simpan dendam kesumat. Imaginasi penulis dizahirkan sangat baik. Gaya penceritaan lancar. Si Bongkok yang setia pada Suriati. Keadaan fizikal yang menggelikan. Dendam Suriati yang tak berkesudahan. Situasi rumah terbakar. Apa lagi? Suriati sememangnya ganas dan kejam!
Pada awalan bab agak slow.. I dont know why... Mungkin bagi aku je.. Jadi aku nak cepat2 habis...
Tapi di pertengahan, penulis ni berjaya menarik minat aku kembali untuk baca dan menghayati cerita ini.
Benarla kata orang.. Jangan simpan dendam.. Merosak diri sendiri.. Inilah yang terjadi dalam novel ni. Dendam 10 tahun yang lalu menjadikan seorang perempuan yang baik bertukar kepada 'raksasa' bagi aku. Sebab dia tidak takot untuk melakukan perkara yang ngeri.
Tapi bagi aku seriuslah remaja berusia 17 tahun tak matang... Boleh mengejek fizikal orang..macam budak sekolah rendah pulak. Bertitik tolak pada inilah yang membawa kepada dendam seorang perempuan. Bahkan bukan setakat diejek.. Malah maruahnya telah diinjak2.
10 tahun...dia melakukan perubahan dan tampil menjadi perempuan yang lain.
Ada part ngeri dalam novel ni.. Kalau aku bayangkan.. Rase nak muntah. Euwwww.
Lagi satu watak si bongkok... Wujudkah manusia seperti itu sekarang... 😅
Tapi rasanya macam nak ada sambungan je cerita ni.. Cam tergantung..tapi tak taulah kan. Huhu
Moral of the story.. Jangan simpan dendam... Benda tu akan makan diri kita sendiri.
Tahniah buat penulis. Keep writing. Semoga dapat menghasilkan karya2 yang terbaik dimasa akan datang.
Ceritanya linear. Plot tersusun. Tak terbelit-belit. Karakter senang nak ingat.
Bagus.
Tapi menjadi seorang sadistik disebabkan oleh buli (orang cakap watak utama gemuk) tidak begitu meyakinkan. Tak logik pun ada. Watak utama Suriati berdendam sampai bunuh-bunuh orang sebab orang panggil dia gemuk.
Biasanya, untuk seseorang menjadi psiko sampai seksa orang dengan potong jari, potong lidah, kurung dalam keranda yang dipenuhi lipan dan kala jengking, seseorang itu haruslah mempunyai kisah lampau yang traumatik dalam jangka masa yang panjang. Kalau sebab orang label gemuk, tak jadi psiko lagi. Dalam rancangan TV ramai lagi yang gemuk sampai kena usung masuk ambulans elok je tak de sampai dendam berbunuh-bunuhan.
Sejujurnya, kisah ini membuatkan saya agak mengantuk dan tak sabar-sabar untuk habiskan supaya boleh ambil buku lain.
Ohsem.. Mengerikan dan mengujakan.. Dari awal pembacaan Sha dah tertarik untuk mengetahui kesudahannya.. Bila dendam mula terbit dalqm diri, tak sangka manusia sanggup melakukan kerja gila.. Watak Suriati dalam ini memang sadis betul.. Ngeri bacanya.. Tu belum lagi part si Bongkok menjalankan kerja.. Wargh!! Memang terbaik dan detail lah.. Suka dengan olahan penulis sehingga ke hujung cerita.. Dan sekali lagi kes buli menjadi punca segala-galanya berlaku.. Buli ini kalau tak ditangani dan diuruskan memang mampu merosakkan masa depan..
Suka kisah Psiko ni. Psiko mengisahkan suriati yang dibuli dan diejek oleh rakan2 sekolahnya. Satu tragedi di sungai gasing telah merubah keseluruhan hidup suriati. 10 tahun kemudian suriati muncul dengan imej dan nama baru. Dendam yg membara telah menyebabkan 4 sekawan diculik dan dikurung. Kalau berdendam biar sampai mati! Paling suka dalam novel ni bagaimana penulis mengolah secara detail bentuk2 hukuman yg dikenakan pada mangsa culik. Memang ngeri cara kematian yg digunakan. Tahniah penulis. 5 bintang untuk Psiko.
Gerak cerita mudah difahami. Tiada adegan imbas kembali yang terlalu banyak seperti kebanyakan novel thriller yang ada sekarang. Menjadikan isu dendam sebagai tunjang utama, membuatkan hidup Suriati berubah 100%. Satu demi satu musuhnya dicari saat dia mula dewasa. Apakah Suriati akan insaf dengan dendamnya? Keseluruhannya, novel ini antara novel yang wajib dimiliki oleh peminat psiko-thriller.
Tajuk : Psiko Penulis : Rosa Nur Terbitan : Karyaseni Rating : 4/5
To those who love psycho thiller novel, this one is highly recommended. Serious kejam giler pembunuhan dia. Aku suka tema novel yang diketengahkan. Mental illness. Penyakit yang kita tak nampak secara normal tapi actually it is more dangerous than any illness yang kita boleh nampak. Those patients, outside they look normal but inside hanya Allah yang tahu.
Mentally abuse make one become ruthless. Langsung hilang perikemanusian. Hilang terus fikiran waras. Lagi bahaya dari kena physical abuse. Mental abuse membuatkan seseorang kematian jiwa dan mudah berdendam. Punca matinya jiwa seseorang.
And everything was caused by being bullied. Victims of bullying most likely to become bullies themselves. And they may be scarier than their bullies.
Untuk yang sukakan cerita thriller, boleh la baca Psiko ni. .
Bak kata Puan Cempaka dan Suriati aka Aurora, kalau berdendam, biarlah sampai mati. .
Disebabkan pernah diejek gemuk dan maruahnya dipermainkan oleh 4 sekawan, Suriati cuba untuk bunuh diri, tapi akhirnya diselamatkan oleh Puan Cempaka dan Bongkok, dan dia nekad untuk mengubah penampilannya dan membalas dendam. .
Selepas 10 tahun, selepas kematian Puan Cempaka, Suriati akhirnya bebas dari rumah agam tu. Dan dia menjalankan misi membalas dendamnya, dibantu oleh Jimi dan juga Bongkok. .
Seorang demi seorang diculik, sehingga kesemua 4 sekawan tu dikurung di rumah agam tu. .
Cerita ni memang pure thriller la. Aku expect ada babak seram dan mistik jugak ke apa, tapi setakat mimpi-mimpi camtu je la. .
Oh ya, endingnya menarik. Bila Bongkok berpaling tadah dan Jimi muncul sebagai hero.
3/5 bintang ! Kenapa? Kerana mungkin atas diri saya yang lebih suka cerita2 novel yang mempunyai plot twist (dan plot twist tu mestilah yang kemas & tidak berselirat), lebih2 lagi novel2 bergenre thriller ni.
Dan memandangkan jalan cerita novel Psiko tulisan Rosa Nur ni merupakan one off cerita, atau satu jalan sahaja, jadi mungkin tak berapa nak kena dengan jiwa saya. Ini saya, bukan orang lain. Lain orang lain pandangannya.
Then, watak2 yang diperkenalkan banyak jugak tak relate dengan jalan cerita. Mungkin penulis sengaja buat macam tu untuk menambahkan lagi 'perasa' tambahan walaupun perasa tu kita tak dapat rasa dengan 'perasa menu' utama 😇
Tapi, satu pujian buat penulis kerana berani mengetengahkan isu dendam ni. Melihatkan dunia kita yang penuh dengan isu ni, jadi saya rasa memang wajar kalau ramai penulis novel mengetengahkan isu2 sebegini instead of cerita2 novel yang cliche seperti kahwin paksa, rampas2 suami orang semua.
Dan untuk yang lain, mungkin penulis boleh mengemaskan lagi jalan cerita dan juga cara penceritaan yang digarap dalam novel ni. Mungkin penulis boleh memasukkan sedikit ilmu yang apabila pembaca baca, kami juga dapat ilmu2 baru tu. Mungkin penulis boleh merujuk cara tuan Ramlee Awang Mursyid menulis novel2 thriller 😇
Overall, tahniah buat penulis atas penulisan ini. Review yang saya buat ni is just my two cent okey✌ Semua ada pendapat masing2 btw 😉
Psiko BEST! Satu perkataan yang keluar dari mulut aku selepas habis baca Psiko ni.. Jalan cerita memang superb.. Kejam dia tu, memang tahap dewa... Start baca aku dah rasa teruja nak tahu cerita seterusnya.. Plot yang disusun sangat kemas dan teratur.. Jadi, bila baca tu tak berselirat jalan ceritanya.. Kasi jalan terussssss aje.. Cuma throwback tu memang ada..
Berdirinya novel Psiko ni hanya dengan satu sebab sahaja iaitu DENDAM! Dalam satu novel kita sebagai pembaca boleh rasai pelbagai gelombang didalamnya.. Thriller, aksi, kekejaman, penyiksaan, kesakitan, penderitaan, tekanan, stress, emosi, sedih, gembira, pergolakan dan percintaan. Pendek kata Psiko ni berjaya menghuru-harakan perasaan pembaca.. Jaga-jaga anda korang pulak yang Psiko.. Haha!!
Psiko bermula dengan kisah seorang gadis obesiti yang bernama Suriati yang selalu diejek dan dihina dek kerana saiz badannya yang besar.. Setiap hari dia dikeji dan dipersendakan oleh rakan-rakan terutamanya Razman, Baizura dan Hanna Hanani.. Sungguhpun begitu, dia sebagai manusia tak lepas dari perasaan ingin mencintai dan dicintai.. Dalam diam dia meminati Rayyan Firdaus yang merupakan rakan baik kepada Razman, Baizura dan Hanna Hanani tadi..
Mereka mengetahui akan hal itu dan sekali lagi Suriati dihina dan dikeji kerana tidak sedar akan dirinya yang gemuk ingin mendampingi seorang lelaki yang kacak dan digilai ramai.. Mereka suka mempermainkan Suriati sehingga tibalah satu hari, sesuatu yang buruk terjadi kepada Suriati disebabkan niat jahat mereka berempat yang menyebabkan Suriati bertindak turun ke Sungai tanpa sedar dia dihanyutkan arus deras Sungai Gasing..
Mayatnya tidak ditemui.. Kehilangannya menjadi tanda tanya.. Selepas 10 tahun dia muncul kembali dengan penampilan yang berbeza.. Rupa yang cantik dan tubuh yang langsing.. Apakah rahsianya? Semuanya kerana Puan Chempaka yang menyeksanya untuk cantik dan kurus.. Wajahnya yang berparut telah dibuat pembedahan plastik sehinggakan dia menjadi cantik menawan.. Semua tidak mengenalinya kerana dia adalah Suriati yang baru dikenali sebagai Aurora..
Bukan setakat dicantikkan sahaja tetapi Puan Chempaka telah mengajarnya untuk berdendam.. Dendam kesumat dia simpan untuk menghancurkan rakan-rakannya yang pernah mengeji dan mencacinya sehingga dia hilang kehidupannya selama 10 tahun dek kerana dikurung oleh Puan Chempaka..
"Kalau berdendam biar sampai mati"
Dia sanggup menyamar, berlakon seterusnya menculik.. Bukan setakat itu sahaja, malah dia menyiksa mereka berempat sebelum dibunuhnya dengan kejam.. Allahuakbar..
Besar sungguh kuasa dendam ni kan.. Kadang kita tidak sedar dimana tersilap percaturan, orang akan menyimpan dendam terhadap kita.. Jadi, berhati-hatilah dengan percakapan mahupun perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain.. Kelak padah akibatnya.. Moga kita dijauhi dengan sikap dendam dan dijauhi juga dengan orang-orang yang suka berdendam..
Ending Psiko ni buat aku tak keruan kerana ceritanya seolah-oleh akan ada sambungannya dimana si bongkok masih hidup dan menjejak Suriati dan Jimi.. Haa mesti korang tertanya-tanya siapa si bongkok dan jimi kan? Kalau nak tahu kenalah baca sendiri weh.. Cerita ni panjang kot.. Takan aku nak cerita A to Z kat sini kan.. Tak best la camtu.. Baca sendiri baru best.. Hehe..
Alhamdulillah saya baru je habis baca PSIKO.. Tahniah kepada penulisnyaa -- Puan Rossa Nur..
Jalan cerita yang baik, takbuat pembaca bosan. Kena dengan citarasaa saya yang memang sukakan novel genre thriller macam novel ni. Nasib si watak utamaa yang kurang baik akhirnya menjadikan dia seorang yang psiko. Pendendam..
Cumaa, sebagai manusia yang berperikemanusiaan, saya sedih jugaklaa atas nasib yang menimpa hanna, razman, baizura dan rayyan. Mereka layak untuk dapatkan peluang keduaa sepatutnyaa.. (Tapi jadi takbest la pulak kan kalau ada peluang kedua. Tajuk pun psiko. Hehe)
Moral of the story, kita kena jagaa tutur kata kita. Kadang tanpa kita sedar, gurauan kita melukakan hati seseorang. Kita ingat, dia tak kisah. Rupanyaa, dia pendam menjadi dendam.. Dendam ni sifat syaitan. Sebab akhirnyaa, kita juga yang rugi -- jika dendam kita dahpun tertunai. Kita tetap takpunya sekeping hati yang tenang dan bahagiaa. Ianya hanya akan memakan diri kita semula.
Permulaannya dimulakan dengan cerita yang boleh menyebabkan pembaca sakit hati — di pertengahan cerita penulis sudah memulakan konflik yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca — watak-watak juga tidak boleh dipercaya sangat — setiap watak mempunyai sebab dan agenda tersendiri dalam cerita ini.
Kisah Suriati yang dibuli kerana bentuk fizikalnya amatlah tidak sewajarnya kita praktikkan dalam kehidupan kita — pembuli-pembulinya itu tidak tahu bahawa apabila api dendam itu sudah tersemat dalam hati seseorang,pasti ada pertumpahan darah yang terjadi sama ada sedar atau tidak — kita sebagai rakan si mangsa buli tidak boleh membiarkan mereka berseorangan.
Sebab mengapa Suriati jadi seperti itu bukanlah kerana hasrat diri sendiri — tetapi kerana telah diapi-apikan dengan wanita yang juga berdendam sampai mati.
Jalan cerita tersusun. Tiada plot twist. Pengakhiran nak kata tak bagus tu tak jugak. Cuma cara pembalasan tu sekejap sgt. Jalan cerita panjang-panjang tapi balasan yang diberikan sekerat bab je. Lagi satu, kisah hidup Ati tak tragik sgt pun sampai nak dendam mcm tu. Memang membuli tu boleh menyebabkan trauma kepada mangsa tapi kisah sebelum dia berdendam tu agak biasa. Kalau lebih tragik dan sedih mungkin logik lah sikit alasan dia balas dendam sampai mcm tu sekali.
Best! Agaknya itulah naluri seorang pendendam. Dendam bisa membuat sesorg jadi psiko, kejam dlm membuat pertimbangan. Cuma saya masih tidak tahu mengapa dengan si Johar. Rasanya tidak diceritakan punca johar menjadi mangsa chempaka. Apapun, memang karya yang baik. Tahniah!
Penceritaan pada mulanya menarik sebab misteri identiti si bongkok and juga kehilangan Suriati di Sungai Gasing. Agak predictable yang Ati masih hidup and nak balas dendam dekat kawan-kawan yang selalu buli dia. Bagi aku, jalan cerita taklah se-psiko yang aku harapkan but still agak gruesome jugalah. Minus point bila penulis beri nama pada sekecil-kecil watak sampaikan si tukang baca meter elektrik pun mention nama. Dah lah agak lebih kurang buat aku rasa confused sekejap. Haih. Kemuncak cerita apabila Ati berjaya bawak Rayyan ke rumah agam tapi sayangnya from this point onwards, penulisan agak rushing. Rasa tak berbaloi cerita panjang-panjang sebelum dia berjaya culik empat sekawan sedangkan misi dia nak menyeksa tak diberi tumpuan sangat. Yang kejam pun si Hanna je. Yang lain memang rasa rushing habis. Ending pun rasa 'duh' sangat sebab memang predictable.
Dah lama baca buku ni , sejak habis spm and now im 20 years old ! Hahahahaha funny . Psiko ni awal awal ingatkan seram but for me tak terlampau seram mana. Dia jadi psiko sebab dulu dia gemuk and her friends always ejek and pernah tolak dia masuk dalam sungai then hanyut ke mana ntah . For me , overall 3.5 . Best tapi jalan perceritaan kurang logik.